Wednesday, January 29, 2014

WW : IbuBapa Cemerlang

Anak2 yang cemerlang datang dari Ibubapa yang cemerlang.. Fikir2kan ;-)


Sent from Samsung Galaxy NoteII
Read More

Panjangkan Sedekah Buat Mereka


Assalamualaikum korang.. 

Aku ada berita sedih sikit pagi ni nak share. Ini kisah benar yer.. korang jangan ingat aku up cerita2 tipu pulak tau *takbaiktipunantidosa*. Actually aku nak share cerita ni berdasarkan  gambar yang korang nampak kat bawah ni. adik2 dalam gambar tu sebenarnya sepupu kepada kawan baik aku.. Shida

Source : C&P dari fb Shida korang boleh tengok kat fb Shida

As salam..
Beberapa miggu lepas saya ada menyiarkan cerita tentang sepupu saya (2 beradik di atas) yang kini yatim piatu setelah pemergian ayahnya beberapa tahun lepas dan diikuti kehilangan ibunya pula beberapa minggu sudah. Alhamdulillah ramai yang prihatin dan bertanya serta sudi meghulurkan sikit sumbangan.

Walaupun sedikit tapi ikhlas dan diharapkan kami dapat membantu megurangkan penderitaan mereka dan membolehkan mereka berdua dapat menikmati hidup sempurna seperti kanak2 lain seusia mereka. Betapa tabahnya mereka kini meneruskan hidup tanpa ibu dan ayah. Kini mereka berdua masih dibawah jagaan nenek mereka di palong Negeri Sembilan. Jika ada yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah di salurkan terus kepada adik arwah ibu mereka.

Maybank 155078428737 - Siti Aishah binti Abdul Aziz.
Alamat : 
No 171 blok 8 felda palong satu,
73440 gemas,negeri sembilan.

Di harapkan sumbagan kita dapat membantu meringankan penderitaan mereka. Sama2 kita berdoa mereka bedua berjaya di dunia dan di akhirat.

ALFATIHAH kepada arwah ibu dan ayah mereka.. Amin.

**Korang kalau nak share entry ni up kat blog korang pun boleh.. sangat dialu-alukan.. sama2 lah kita membantu sedikit sebanyak untuk adik2 malang ni.. Hari ni hari mereka, mana tahu sok2 hari kita pulak.. siapa tahu kan????

Semoga membawa keberkatan kepada kita semua.. In Shaa Allah.
Read More

Tuesday, January 28, 2014

Yogyakarta, Indonesia

Dah lah kena tinggal dan ditinggalkan.. balik2 je terus suruh aku up cerita dia kat blog aku.. kejam kan?? Actually bukan lah kena tinggal atau ditinggalkan.. Trip yang Nizam pergi ni cuma dengan kawan2 perempuan lelaki dia je.. buat apa aku nak menyebok ikut pulak. 

Dia pergi Yogyakarta lepas tu sambung terus ke Bandung. 5D4N dia kat sana. Kemain sakan menggeletis dengan kawan2 dia. Berbulu je mata aku bila tengok gambar2 dia kat sana.

Dats why tahun ni aku pulak nak buat trip rombongan dengan kawan2 lelaki perempuan aku. Siapa ada hati nak pergi travel, jom lah kita plan sesama.. lepas raya pun chantek jugak.. Kak Suria Amanda, Darl Bubbynotes & Adik AJ as per discussed we can plan after raya for our trip ok =)

Dialog & lakonan semula laki bini
Nizam : 
Sayang, nah gambar I dah copy semua dalam lappy tau.. nanti you update dalam blog you.

Aku : 
Aikkk dah lah I tak ikut, cerita kat sana pun I tak tau.. apa yang nak dijoyahkan nanti.

Sambil bukak lappy dia pun tunjuk kat aku gambar2 dia kat sana sambil pokpekpokpek ceritakan setiap gambar kat aku..

Aku : 
Bayar arrrr.. ingat free ke nak up cerita you kat Jogja tu.. hahaha *gelaksyaiton*

Nizam : 
Ooo berkira yer.. tak apa lah you masukkan lah cerita2 I kat Jogja tu.. nanti orang boleh refer kat blog you kalau siapa2 nak pergi Jogja..

Aku : 
hurmm yer lah tunggu lah nanti I senang2 I buat.. malas nak letak watermark bagai.. dah lah gambar you banyak.

(Dialog aku lagi panjang dari Nizam.. nampak sangat bini dia ni banyak cakap.. kepoh!!)

Hahahhahaha pasrah dalam redho je laki aku bila dengar bini dia yang kerek ni bila bercakap. Ehhh betul tak?? kalau aku nak up cerita dia, mesti lah kena bayar.. ingat free2 je ke buat entry.. dah lah aku tak ikut rombongan yang dia pergi tu.. phuiiii.

Ohh satu lagi lupa nak mengadu ngan korang.. Laki aku sekarang pun dah panggil aku dengan panggilan KAK JAH!! hahaha.. kadang dia panggil aku BEDAH.. Gggrr kuat nau terpengaruh bila baca blog aku. Lagi best bila dia perli2 aku dengan ayat2 yang ada dalam blog aku ni.. Bila bercakap dengan aku siap cakap sebijik-sebijik macam apa yang aku tulis kat blog ni.. hahahaha. Apa2 pun terima kasih Bie sebab sudi baca blog bini you yang tah apa2 ni.


Ni kat temple Borobudur.. kemain berlagak lagi dengan aku tunjuk gambar2 dia kat sana.. nyampah!! ;P


Muka ata sinyummmmm.. gumbira lah bini you tak dapat ikut.. sobs =(

Aku letak dua gambar je dulu kat entry ni.. nanti aku sambung kat entry lain untuk cerita selanjutnya yer.. gambar banyak nak kena watermark tu.. tunggu aku siapkan sikit2 nanti aku sambung yeh.
Read More

Monday, January 27, 2014

Makan Memakan

Giler punya tak ada cerita menarik.. harini aku nak tonjolkan gambar makanan je.. boleh???? hahaha. Weekend Sabtu haritu Khairine kena pergi sekolah.. dia ada kem apa tah tapi khas untuk pengawas2 sekolah.. tu pun setengah hari je.. so setengah hari tu tak boleh bergerak kemana2.. nak keluar menggeletis pun tak boleh.. sebab tengahari tu kena ambik Khairine dari sekolah. 

Petang dah malas nak keluar.. membuta sampai lewat petang. Malam pulak kelaparan. Tanya budak2 ni kata tak lapar. Ok kalau macam tu biar Babah & Mummy je keluar pergi makan.. korang dok rumah lepak main game je lah yer hehe. 

Aku dengan Nizam pergi yang dekat2 rumah je.. kitorang pergi makan kat Mentara @ Tiara Ampang.

 Hasilnya ini dia.. ini pilihan Nizam.. nasi kerabu ayam percik. Nizam kalau dengar kata makanan yang berunsurkan percik2 ni mmg fav dia. so mari kita try. Sedap jugak. Nasi dia lembut tak berderai.. kuah percik dia pun depan woii.

Aku pilih nasi kerabu daging bakar + kuah percik. sedapsss jugak ni. 

Masa kitorang tengah makan bro yang meniaga ni datang kat kitorang. Dia tanya samada makanan tu sedap ke tidok.. Nizam kata memang sedap.. lagi pun fav dia memang ayam percik. Sekali bro tu tanya lagi.. kau orang mana bro?  Nizam kata orang Melaka.. tak semena-mena bro tu terus jerit Laaaaa orang melaka musibat.. aku pun orang melaka jugak.  

Nampak??? Orang Melaka kalau dah jumpa orang Melaka memang perkataan lahanat, lahabau, hawau semua keluar hahaha. 

Kepada sesiapa yang rumah area ampang macam aku, boleh lah try nasi kerabu bro ni.. sedaps.. dia baru dua minggu meniaga.

Ahad pulak ada wedding kat Melawati.. lepas attend wedding kakak aku ajak pergi menggeletis kat Kenanga (KWC). so tak ada aktiviti menarik pun Ahad aku.

Yang penting aku nak kasi tau kat korang yang aku ada order cheese cake leleh dari DZZZ. Ini pun aku kirim dengan kakak aku suruh dia ambik dari DZZZ kat Klang. Kakak aku kan duduk kat Klang.. so alang2 dia nak datang rumah semalam aku kirim je kat dia.

Nak tengok??????

Nahhhh tengok ni.. aku snap gambar sipi2 je kasi korang leleh ailio.. hahahaha. Recommended wehhh korang kena order dengan dia. Dijamin sedap!!

Jangan lupa LIKE fb page tu ok =)

Done cerita hari Sabtu Ahad. Meh nak tunjuk apa yang aku makan & minum hari ni.

 Pagi tadi aku minum Cadbury Hot Chocolate Drink ek elehhh itu pun nak kecoh Dah tak ada cerita sangat gamaknya ni sampai apa yang aku minum pagi tadi pun boleh jadi cerita kat blog.. muahahahaha ;P

Lunch tadi pulak aku makan yee mee kat cafe opis aku.. ini pun sedapss sampai termimpi-mimpi.. hahaha tak habis2 bersikap over!

Ok sekian saja cerita makan memakan Kak Jah untuk harini.. 

Daaaaa =)
Read More

Saturday, January 25, 2014

Majlis Ta'lim Darul Murtadza [24 Januari 2014]

Alhamdulillah..semalam aku berkesempatan join Majlis Ta'lim di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. Banyak ilmu yang aku dapat.

Antara pengajaran yang aku belajar semalam yang di terjemahkan dari buku Panduan Amalam Harian Bidayatul Hidayah.

ADAB-ADAB ORANG ALIM (ADAB-ADAB SEORANG GURU)
Adab-Adab Pergaulan

"Jikalau engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini"

1) Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2) Lambat marah.

3) Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4) Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5) Memilih tawadu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai.

6) Meninggalkan bergurau dan bermain-main.

7) Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8) Membimbing murid yang bebal.

9) Tidak memarahi murid yang bodoh.

10) Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11) Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12) Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13) Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika dia tersalah.

14) Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15) Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan ilmunya.

16) Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain. Dan ilmu yang fardhu ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.

17) Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat memenuhi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semua diatas adalah sikit sebanyak adab-adab pergaulan. Masa aku datang Majlis Ta'lim malam tadi, Habib Ali Zaenal Abidin dah terjemahkan semua point2 kat atas tu. So daripada kita tak tahu, sekarang dah tahu. Ada diantara point2 tu aku address pada diri aku sendiri sebagai panduan untuk menjaga adab percakapan antara aku dengan anak2 aku. Anak2 ni perlukan perhatian.. so dengan adab-adab yang diterjemahkan tu boleh lah aku practicekan pada Khairine & Danish.

Kalau korang berminat nak join Majlis Ta'lim ni boleh dapatkan info2 di :
Kalau tak dapat nak join, boleh je dengar ceramah2 pendek dari Habib Ali Zaenal Abidin kat youtube
Read More

Friday, January 24, 2014

Biadap!

Assalamualaikum..

wahhh mentang2 hari jumaat.. dan2 tu nak bagi salam.. apasal hari2 lain tak bagi salam??!!! *phuiiikatdirisendiri*. Sebelum aku nak melepaskan geram, lebih afdol aku share something nice dulu.. lepas tu baru boleh lepas geram.
Fahem tu?? Opsss aku dah terikut2 pulak cara percakapan Habib Ali Zaenal Abidin dalam Majlis Ta'lim dia.. hehe. Tak kenal siapa Habib Ali??? hurmmm common betul lah korang ni.. kalau nak kenal siapa Habib Ali, korang boleh tengok kat LINK ni.

OK itu makadimah.. sekarang aku nak lepas geram pasal kejadian pagi tadi.

Macam biasa pagi hantar Khairine & Danish pergi sekolah. Lepas hantar diorang pergi sekolah aku pun terus pergi kerja. Masa sampai kat simpang depan sekolah budak2 tu, aku perasan ada kereta Avanza depan aku nak keluar simpang.. means dat kedudukan kereta aku betul2 belakang kereta dia. Fine! ko tahu apa jadi????

Masa kereta depan aku tu nak keluar simpang, dia dah langgar mat bangla yang naik basikal... cuak giler aku bila nampak kereta tu langgar mat bangla yang naik basikal.. nasib baik tak parah *kurussemangat*. Lepas dia dah langgar tu aku ingat orang yang langgar mat bangla tu nak turun dari kereta sebab dia dah bersalah.. lamaaaaaaaa aku tunggu tengok2 memang dia tak keluar2 dari kereta. Aku pun hon lah dari belakang. Kot yer pun kau tak nak keluar dari kereta, sila lah keluar dari simpang tu cepat2. Kenapa mesti nak diam kematu kat simpang tu?? bilanya ko nak jalan???

Aku syak dia terkejut sebab pagi2 buta dah langgar orang.. tu yang lama diam kematu dalam kereta kat simpang. Yang tak bagusnya perangai orang tu.. ko dah tau ko langgar orang, ko turun lah tengok mat bangla tu.. entah hidup ke mati ke pengsan ke parah ke kat situ.. ini kau boleh buat bodo je lepas tu terus keluar simpang. Yang si mat bangla tu terpinga2 kat tepi jalan dengan tayar basikal dah bengkok sebab kena langgar.. 

Kurang ajar betul orang tu!!! Bangla tu pun manusia biasa jugak.. ada hati dan perasaan apa??!!! cuba kalau kau pergi ke negara orang.. lepas tu kau kena langgar walaupun tak parah, apa perasaan kau masa tu???!!! hurmmm adakah ini typical Malaysian? atau sikap manusia tu sendiri yang tak ada hati dan perasaan???? 
Read More

Thursday, January 23, 2014

Update Baby Shahir Setahun

Kalau ada yang belum tahu siapa Baby Shahir ni, korang kena baca cerita2 kat link bawah ni.. baca dulu baru faham.


2 February ni genap setahun pemergian Kak Karina. Al-fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. I miss her oredi =(
Hari ni aku nak share gambar terbaru Baby Shahir. Almost 1 year old dah umur dia. In Shaa Allah next week aku dengan Shida nak pergi ziarah baby Shahir.
    Read More

    Tuesday, January 21, 2014

    Nasi Lemak Kak Jah RM4.50

    Nak melucah lah tu kan????? mesti korang baca je tajuk entry ni ingat "nasi lemak" aku kan??? Eeeeee otak kuning betul lah korang ni.. hahaha. Ini nasi lemak betul2 lah weiiii.. Minggu lepas aku masak nasi lemak. Lauk standard nasi lemak yang harga patringgitsetengah punya.. terbaekkk.. hahaha. 

    Jap lagi korang tengok gambar2 yang aku nak tayangkan tau.. lepas tu sila tinggalkan komen yang best2.. contohnya "sedapnya Kak Jah masak" "wow menjilat jari kaki saya lah" "menariknya lauk2 yang Kak Jah masak tu" and bla bla bla. Ok tak macam tu???? ;P

    Ahad haritu.. biasalah weekend kan hari kekeluargaan.. so aku pun bersemangat lah kononnya nak masak nasi lemak. Asek2 masak nasi ayam je.. bagilah aku buat cerita pasal nasi lemak pulak.. mudah2an dapat pageview tinggi macam entry nasi ayam aku kat LINK ni.. hehe

    Recipe nasi lemak tak payah lah aku bagi yer.. nasi lemak je kot.. google je lah sendiri :D

    Mula2 sekali aku masak daging black paper dulu. walaupun dimata korang tak nampak kat mana "black" nya kat daging tu tapi aku tetap kata ini daging black paper. Kuning2 tu sebab aku perap daging ni dengan garam kunyit. Bila goreng dan dah cukup masak baru aku campurkan sos black paper.. hahaha boleh gittue???

    Lepas tu goreng ayam pulak. Ayam goreng ni untuk budak2 tu.. karang tak ada ayam goreng sibuk mintak2.. so aku lumur je garam kunyit lepas tu goreng.

    Ohh lupa nak cerita.. aku ni kalau dok kat dapur memang lama macam orang betapa kat gua. Dah macam ambik catering masak untuk jamuan raya je kekdahnya. Sebab aku ni bangsa tak suka dapur berkecah. Kalau ada pinggan mangkok, piyok belanga kat dalam sinki, aku mesti nak settlekan dulu sambil2 masak. Tak reti lah kumpul2 pinggan mangkuk kotor selonggok kat sinki.. nanti aku jadi serabut. Bila serabut mood nak masak tu terus ke laut je nanti. hahaha banyak nau pantang larang Kak Jah kau ni.. phuiiii phuiii phuiii!! hahaha.

    Lepas tu aku masak sambal udang. kemain menonggek-nonggek udang dalam sambal tu.. hahaha. Udang pun tak lah besar mana pun.. tapi aku boh banyak2 dalam sambal tu.. biar puas dapat makan udang banyak2. hambekkk kau!

    Then diteruskan menggoreng telur dader dadar. Hancur boncai jadinya telur aku.. hahaha. Tak apa lah janji laki ai tak complain. hehehe.

    Lepas tu goreng kacang & ikan bilis sikit.. timun pun jangan lupa yer.

    Dan hasilnya... combination semua tu dalam satu pinggan. 

    Semuanya dah selamat dok dalam perut.. tinggal nak tunggu jadi bahan kumbahan je ni. Ehhh lamanya nak jadi taik???!! hahaha.

    Oklah.. Selamat menjamu mata =)
    Read More

    Friday, January 17, 2014

    Titipan Doa Buatmu


    Titipan doa yang tak pernah putus buat mu.. Kau pergi disaat dia amat memerlukan mu..
    AL-FATIHAH.



    Sent from Samsung Galaxy NoteII
    Read More

    Wednesday, January 15, 2014

    Pageview 2013

    Kemarin aku ada baca entry tajuk Blog Zirafah pasal "pageview gempak" siapa lagi kalau bukan Cik Joyah Sport kita yang sorang tu.. hehehehe.. dialah satu2nya kawan alam maya aku yang selalu dok risaukan Kak Jah dia ni kalau menghilang sekejap di alam maya.. kalau tak nampak kelibat aku kat blog ni beberapa hari, mesti kalut bertanya khabar. Terharu sangat *tepuktanganmacamsingalaut* =)

    So aku pun konon2nya nak menyibuk jugak lah.. nak jugak letak pageview gempak blog aku untuk sepanjang tahun 2013.. hakikatnya tak gempak pun.. hehehe. Korang jangan lah gelak kan pulak yeh.. pageview ni sebenarnya tak lah hebat mana pun.. Total view count pun ciput je..tak macam korang korang korang blogger yang dah fofuler.. pageview korang mesti in high level punya.. nak dibandingkan dengan blog aku yang suam2 kuku ni apalah sangat kannnnn.. sobs  *kesathinguskatbaju*.. tapi kadang2 nak jugak feeling2 fofuler macam uolls yang dah divavavass sangat tue.. ngeeee ;)

    Let's check-it out bebeh!!

    So far entry Resipi Ringkas Nasi Ayam yang dapat top pageview di blog aku. 


    Ketiga entry Sewa Kereta di Langkawi

    Tiga entry ni cukup lah yer.. kalau korang rasa nak baca, click lah kat link tu.. mana lah tau sikit sebanyak boleh membantu korang dengan adanya entry2 yang aku dah publish.. sharing is loving katanyer. PeaceYow =)
    Read More

    Tuesday, January 14, 2014

    Salam Maulidur Rasul


     Selawat Maulidur Rasul

     صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

    يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
    يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
    صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

    أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
    فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
    مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
    قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

    أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
    أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
    أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
    أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

    يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
    يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
    يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
    يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

    مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
    يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
    حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
    وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

    مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
    بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
    وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
    وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

    عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
    مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
    رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
    بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

    وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
    عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
    أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
    صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

    Read More

    Monday, January 13, 2014

    Desktop Wallpaper Calendar 2014 dari Azhafizah.com

    Kan aku dah kata dia memang havoc havoc.. havoc havoc.. terus nak nyanyi lagu havoc pulak.. kau dah kenapa Jah????!!! hahaha.

    Tak rugi join GA dari blogger Azhafizah.. belum due date lagi dah dapat hadiah tanda penghargaan sebab join GA dia. Kepada sesiapa yang belum join GA ni.. mari beramai2 pergi berhimpit-himpit kat blog Fiza.. join GA ni cepat sebelum due date.. nanti korang akan dapat email dari Fiza.. dia akan hantar hadiah macam yang aku dapat ni =)

    Thanks Fiza =)

    Sambung nyanyi.. Havoc havoc havoc havoc *sambilshuffle*
    Read More

    Giveaway Birthday Azhafizah

    For the first timer aku join GA. Phewww 2014 ni macam membuka lembaran baru pulak untuk aku join GA. Ini lah pembuka tahun 2014 aku join GA. Selama ni memang tak pernah join mana2 GA pun. Kali ni saja nak mencuba nasib.. kot2 lah first time join ni ada luck =) 

    Lagi buat aku teruja sebab hadiah2 yang menarik menanti.. cewahhh macam promote iklan kat tibi pulak nih.. hahaha. Eh apa salahnya promote lebih2.. hadiah yang menanti tu memang MENARIK TERTARIK dan MEMANG DEBOM okeh.. wa tak tipu lu.. kalau tak cayer pergi intai sendiri kat Blog Fiza.

    So apa tunggu lagi.. mari lah join cepat!! jangan lupa mencuba nasib yer Senah.. kot2 lah nasib kau baik boleh menang hadiah menarik ni.

    *Click banner untuk join*

    Syarat²
    1. Buat entry bertajuk "Giveaway Birthday Azhafizah"
    2. Letakkan Banner giveaway di atas dan backlink ke entry ini
    3. Follow Blog ini
    4. Like fanpange
    5. Follow Instagram Azhafizah [Jika ada account IG]
    6. Publish dan tinggalkan details seperti berikut


    Nama : untuk di tulis di calendar
    URL Blog : untuk di tulis di calendar
    URL entry giveaway :
    email :
    Kalau tak nak tulis nama,nak buat ayat pun boleh


    Hadiah dan pemenang yang akan dipilih


    TOP REFERRAL 1
    Full Design Blog

    TOP REFERRAL 2
    Header Blog

    TOP REFERRAL 3
    Watermark

    ENTRY KREATIF
    Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]


    Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali.Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.



    Read More

    Friday, January 10, 2014

    Majlis Ta'lim Darul Murtadza

    Last two weeks aku berkesempatan join Majlis Ta'lim ni di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. Last week ada Majlis Maulid tapi aku tak berkesempatan nak join.. sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan.. rugi sangat tak dapat join last week =(

    Jom sama2 kita join Majlis Ta'lim setiap hari Jumaat malam ;)

    "Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak”. – (Riwayat Abu Daud & At-Tirdmizi)


    Ayuh umat Rasulullah S.A.W. ambil bahagian kalian !!!

    InsyaALLAH kita teruskan fenomena luarbiasa ini pada setiap Jumaat di tempat & masa yang telah ditentukan-NYA (rujuk info di poster rasmi ini).
    Hayati sirahnya, ikuti sunnahnya & teladani akhlaknya Baginda S.A.W

    Info 
    Twitter : https://twitter.com/Darul_Murtadza
    Read More

    Wednesday, January 8, 2014

    Kau Nak Jadi Apa Sebenarnya Ni?

    Nak jadi apa?? tak kan nak jadi monyet pulak kannn??? hahahaha.. tiba2 je tajuk besau tanya nak jadi apa.. Sebenarnya tajuk entry aku ni address pada diri aku sendiri.. tiba2 terconfused dengan diri sendiri nak jadi apa.

    Entry ni tak ada gambar.. cerita je panjang nak mati. Aku ni kan kalau bercakap face to face dengan orang, kalau boleh sekali bercakap tu patplohlimaribu patah perkataan sekali nak keluar dari mulut.. gelojoh!! kalau up cerita kat blog pulak panjang berjela macam keretapi ekspress senandung malam buat orang menyampah nak baca sampai habis.. hahahahahaha.

    Ceritanya begini yer Senah... Sempena buka sekolah 2014 haritu, aku dengan Nizam apply cuti 2 hari (Khamis & Jumaat) sebab nak uruskan budak2 masuk sekolah. Dalam masa dua hari aku cuti tu.. macam2 experience aku dapat rasa. Kepuasan yang aku dapat sepanjang aku bercuti haritu yang buat aku jadi seronok sekejap.

    Nak tau apa?? 

    Of course lah aku dapat berangan jadi HOUSEWIFE/ HOUSEMANAGER/ HOUSEDIRECTOR yang terhormat.. pffffttt ;P Ok itu hanya angan2 je buat masa ni. Aku rasa aku perlu kerja lagi kot dalam umur2 yang tak berapa nak lanjut lagi ni *matakeatas*.. dikala zaman sekarang yang semua benda harga naik melampau-lampau, aku rasa aku kena delete je anganan aku tu.. terus rasa macam nak nyanyi.. buai buai.. buai ku laju.. aku nak kawin dengan anak raja.. hahaha bengong! yer lah.. kalau aku kawin dengan anak raja, tak payah lah aku bekerja yer dak?? hahaha. 

    Apa2 pun aku bersyukur masih ada rezeki yang Allah kurniakan kat keluarga aku. Kalau aku tak kerja pun, InshaAllah Nizam masih mampu tanggung kami sekeluarga kot.. Tapi aku kesian kat dia sorang2 kerja cari nafkah.. sekurang2nya aku bekerja pun dapat lah membantu sikit sebanyak untuk tampung hidup.. baru lah rasa bahagia rumahtangga saling bantu membantu.. Kan Bie?? I tau you mesti baca entry ni kannnn.. suka lettew ;P 

    Ke tak paham apa maksud aku disitu??

    Gggrrr!! Ok lah.. aku cerita 1 by 1 eh. Kadang2 aku ada jugak feeling2 nak jadi housewife (dapat feeling dua hari je sebab cuti.. hahaha). Kenapa aku rasa nakkkkkkk sangat tu???!! sebab MASA.. yer MASA ITU BERHARGA BUAT AKU. Kalau aku tak bekerja, aku tak terikat dengan masa. Kalau aku bekerja, masa aku terlalu compact untuk aku bahagi2kan antara family & kerjaya. 

    Ada jugak aku bersuara kat Nizam suruh ambil maid.. tapi dia tak bagi.. dia kata You tak nak pahala ke bantu kerja rumah untuk suami & anak2??? glupppp tersekat ailio Kak Jah kat kerongkong.. hahaha. Ok lah tapi kerja2 rumah bukan lah aku sorang je yang manage sekarang ni.. Nizam pun banyak membantu. Cuma kalau aku terlalu penat dan stress dengan kerja rumah yang berlambak2 aku akan jadi hangin.. time tu lah mood SINGA aku keluar. hahaha. Paling benci iron baju.. aku request hantar dobi je untuk ironing pun tak kasi jugak.. karang dia saiko aku lagi.. You tak nak pahala ke bantu kerja rumah untuk suami & anak2???.. Ok baiklah!! ai menurut perintah.. *buatmukahambar*.

    Let's say aku jadi housewife, mungkin aku boleh manage all the things dengan sendiri. Start dari pagi bangun siapkan breakfast, hantar anak2 ke sekolah, pergi pasau, readykan makanan untuk lunch, ambil balik dari sekolah bla bla bla. Dapat bayangkan tak?? ke korang bayangkan aku ni dah macam maid indon?? hahahaha.. kongajor ar tu nak kata aku maid indon.. hahaha. 

    Dalam masa dua hari bercuti hari tu aku ada juga terpikir.. lemas pulak kalau aku jadi housewife.. lagi rushing kot?? penat lagi.. ke hulu ke hilir ke sana ke sinun.. macam terkejar2 pulak. Dalam masa dua hari bercuti haritu pun dah cukup becak tiak aku.. segala peluh jantan betina keluar dari badan aku kesana sini uruskan sekolah diorang.. huhu. Ehhhh serabut lah oiiii *sekehkepalasendiri*

    Sebenarnya ramai je housewifes kat luar sana tu.. aku percaya korang mesti Mama/ Mummy/ Ibu/ Ummi yang hebat kann :) mungkin bagi aku yang bekerja ni agak surprise sikit lah kot bab2 nak manage semua benda macam ni.. lama kelamaan mana lah tahu aku boleh jadi HOUSEMANAGER/ HOUSEDIRECTOR yang bertauliah macam korang pulak =)

    So pengalaman ni susah aku nak feel sebab aku cuma dapat merasainya dua hari je feeling ala2 housemanager terhormat.. LoL!

    *************************************************

    Mari kita masuk bab yang lagi satu pulak.. iaitu "wanita bekerjaya" atau kot orangputih nya "career woman".. perrgghhh macam CEO company abah sendiri je bunyiknyer 
    kannn.. hahaha. 

    Dalam pada berangan nak jadi housewife/ housemanager/ housedirector tu.. rasa sayang pulak nak berenti kerja. Bila bekerja pulak aseklah dok pikir clash time dengan anak2. Clash time dengan laki tak apa.. nanti malam2 sikit kita boleh ketemu diatas katil saja.. tettttttt *tutupmuka*.. hahahaha. So time management antara kerja dengan family sangat2 terhad disitu.

    Itu yang aku alami sekarang.. lagi2 budak2 bersekolah.. seawal 5pagi aku dah bangun.. siapkan breakfast.. ecececehhh macam hebat je masak pepagi :p hahaha.. itu pun kadang2 je lah. Kadang tu aku tak sempat nak prepare.. kadang2 pulak tak ada idea apa nak dimasak untuk breakfast.. jadi blur aku.. hari2 masak sampai habis menu tak tau nak masak apa dah.. dushhh *inimemangbetulbetulpoyonakmati* hahaha. Ohhh yang paling parah sekali kalau aku terlajak dibuai mimpi.. itu memang mak mintak mahap lah kat anak2.. tak sompek nak prepare apa2. 

    Nampak?? penat okeh.. meh aku cerita sikit routine aku dihari weekdays yer. 

    - Pagi bangun prepare breakfast, 
    - kejut budak2 suruh mandi dan siap, 
    - Breakfast prepared suruh diorang makan.. then turn aku pulak mandi siap2. 
    - Salam2 ngan laki say bye2 terus hantar diorang pergi sekolah.. aku pulak terus pergi kerja. 
    - Sampai opis buat kerja bla bla bla..cukup time petang keluar opis. So masa yang aku spend sepanjang 8jam kat opis tu terlalu lama buat aku. Kalau aku seorang housewife, mungkin macam2 benda aku boleh get prepared kat rumah kot. 

    Ini dari segi time management antara kerja & housewife lah. Sebenarnya kerja kat opis ni tak lah seteruk macam kau kena membanting padi kat bendang pun.. dok dalam aircond kaki tangan je bergerak buat kerja.

    Ehh tak habis lagi cerita pasal routine ni.. habis je waktu kerja, pukul 5 on the dot aku dah kena chow dari opis. Sebab nak pergi menjemput Khairine & Danish kat sekolah pulak. Sampai rumah kadang tak sempat panas bontot lagi aku dah ke dapur. Hadap depan fridge cari bahan dan idea apa nak masak untuk dinner. Habis bersilat kat dapur, berkumpul semeja anak beranak untuk dinner. Habis makan kemas apa yang patut kat dapur, lepas tu get ready untuk hadap Khairine & Danish buat homework pulak. errgghhh tengokkkk betapa banyaknya masa aku kena spend.


    Mungkin kalau aku seorang housewife, preparation untuk dinner semua mungkin seawal pukul 6petang lagi aku dah boleh siapkan kot.. tapi hati macam tak nak berenti kerja pun yer jugak.. kalau dalam satu hari ada 48jam pun aku rasa memang tak cukup.. Arrgghhh!!!


    KAU NAK JADI APA SEBENARNYA NI???? pfffffftttt ;P

    Note : banyak berutang ngan korang.. Hutang BW.. nanti Kak Jah datang bertenggek kt blog korang eh... tunggguuuuuu =)

    Read More

    Monday, January 6, 2014

    Khairine & Danish Back To School 2014

    Wowowo orang lain kemain berlumba2 buat first entry di tahun baru.. aku baru terhegeh-hegeh nak up cerita ditahun 2014 ni.. hahaha.. Kak Jah busy dikkkk.. dua hari ambil cuti nak uruskan anak2 masuk sekolah.. bagai nak rak tahap keBIZIan. Hamboiii kalah makbapak orang lain yang anak baru nak masuk tadika & darjah satu. hehehehe over sangat Kak Jah kau ni ;P

    Memang busy babe.. tahun ni kan Danish dah masuk sekolah sama dengan Khairine. Diorang dah dok satu sekolah ni senang sikit hati aku.. tak lah sorang kat sekolah sana, sorang sekolah sini.

    First day mesti lah kena uruskan apa yang patut. Tapi uruskan hal untuk Danish je sebenarnya. Sampai je sekolah haritu Nizam terus bawa Danish ke pejabat sekolah nak register & menentukan class mana Danish masuk.

    Khairine aku tak payah nak runsing sangat sebab dia dah darjah 4, dah tahu kat mana kedudukan kelas dia.. so pagi hari pertama sekolah tu aku just hantar dia ke kelas dia je. Sepatutnya pun tak payah nak HOVER sangat hantar ke kelas pun.. tapi disebabkan keHOVERan mak dia yang HOVER sangat ni, nak jugak feeling ala2 anak baru masuk darjah 1 tau.. phuiii sangat.. muahaha.


    Kakak & Adik is ready to school ;)


    Khairine prefect tahun ni.. so kena pakai uniform biru. Vest & tie tak dapat lagi. Tie yang dia pakai tu tie masa dia pengawas perpustakaan tahun lepas. Aku saja suruh dia pakai.. baru lah nampak comel macam emak dia sket.. hehe.

    Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Danish dah pun dapat kedudukan dalam kelas, Khairine pun dah tahu kedudukan dia dalam kelas. Mula2 tu macam segan je nak tunggu Khairine kat depan kelas.. aku tengok parents lain tak ada pun bertenggek HOVER depan kelas anak2 diorang.. aku sorang je bersidai tersadai depan kelas Khairine.. kikiki. 

    Nizam pulak aku tengok bersidai kat luar kelas Danish macam bapak menunggu anak yang baru masuk darjah 1 (actually blok kelas Khairine & Danish bertentangan.. so boleh lah dua beradik ni berlambaian tangan nanti.. hehehe).

    Ok jom aku cerita pasal Khairine dulu yer.. lepas tu baru cerita pasal Danish pulak.

    Gelombang biru di kelas 4 Amanah.. Cikgu kelas Khairine kata "ini kelas pengawas ke?? ramainya pengawas dalam kelas ni".

    Kelas Khairine ni cantik, kemas je.. Kelas Danish sedeyyy sikit.. nanti aku tunjuk gambar yeh.. 

    Hari pertama dah masuk lambat.. nahhh duduk lah kau kat ceruk tepi tingkap tu hehehe.

    Sempat lah aku dengan Nizam tunggu Khairine & Danish kat kantin.. belikan makanan siap2 untuk diorang.. lepas tu temankan diorang makan. Dasar makbapak yang sangat HOVER kennn.. hahaha.


    Khairine & Aida geng pengawas sekolah.


    Julia, Aida & Khairine.. diorang ni BFF.. ada sorang lagi nama Myra tapi haritu diorang tak rehat sama2.


    Anak makan bapak sempat layan Candy Crush.. derrr ;P

    Ohhh sebenarnya Khairine & Danish ni time rehat diorang tak sama.. sebab tahap 1 (darjah 1, 2 & 3) akan keluar rehat dulu baru tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) pulak keluar rehat.

    Danish keluar rehat pukul 9.30am sampai pukul 10am. Khairine pulak pukul 10.30am sampai 10.50am. Walaupun time rehat diorang separate, bila beratur nak beli makanan kemain panjang berjela aku tengok. Kesian kat budak2 ni buang masa beratur panjang2.. kadang nak makan pun tak sempat. So lepas ni Mummy kena bangun awal sesuboh sapi'e siapkan bekalan untuk korang lah nampaknya. 

    Ni kisah Danish pulak.


    Welcome to your new school Danish.

    Korang tengok pintu kelas Danish ni.. sedey tak?? hahaha nanti tengok tingkap dia plak eh..


    Tengok tingkap kat belakang tu (sebelah Danish) ohoiiiii ini kalau bangsa budak2 nakal ada dalam kelas ni.. maunya dia terjun dari tingkat atas. Dah lah baru2 ni ada kes budak tersepit kat kosi dalam kelas.. hahaha macam2 hal lah!!


    Aku nak complain nanti kat sekolah diorang nak suruh diorang repair cepat2 tingkap tu. Dah lah kelas pun suram kejung je.. tak ada deco menarik langsung!!! ggrrr.


    Time rehat Danish. Hari pertama dah ada kawan.. masa turun rehat tengok dia berjalan dengan kawan dia.. cepat mesra juga anak jantan den ni.. macam bapak dia jugak LOL!! Ini kerja bapak dia lah ni main snappppppp je gambar sampai herot berot mulut anak dia tengah makan.. hahaha.

    Lepas rehat je aku & Nizam chow. Pergi uruskan sekolah agama Danish pulak. Tapi sayangnya Danish tak dapat masuk sekolah sama dengan Khairine. So sorang kat sekolah lain sorang lagi kat sekolah lain. Kerja aku nanti balik kerja ambil Danish dulu kat sekolah agama dia, then baru ambil Khairine pulak kat sekolah agama dia pulak.



    Gaya tersendiri. Excited nak pergi sekolah agama.


    Hari kedua sekolah, kitorang biarkan Danish naik bas sekolah. At least bagi dia independent sorang2 belajar naik bas sekolah sendiri.

    Ohh yer.. sekarang tambang bas dah naik siot!!! dulu RM30 untuk trip balik (sehala) je sebab pagi aku hantar. Sekarang RM40 sehala untuk seorang. Aku rasa dah mahal sangat dah tu.. 

    Aku dengar2 ada yang ambil RM100 tapi untuk dua hala (pergi & balik). Kalau ada yang anak 5 orang tu.. aku rasa mau pitam makbapak diorang kena bayar RM500 sebulan untuk transport sekolah je. Tapi aku percaya.. rejeki anak2 tetap ada.. walau macam mana mahal sekali pun, InshaAllah makbapak masih boleh bayar lagi kot. Cuma akan pitam selepas gigil membayar RM500 selepok.. muahahaha 

     Ini buku2 teks Khairine. Zaman sekarang darjah 4 dah belajar Sains, Sejarah & IT.. pergghhh hebak!! Kalau pandai belajar IT sok boleh lah geng dengan Babah yer Khairine ;D

    Ini buku2 Danish.. biasa2 je.. ko tunggu dah naik darjah 4 sok yer dik.. kalau tak tahu boleh tanya dengan Kakak ko.


    Kasut sekolah agama Khairine.. zaman ni top dengan kasut yang ada magnet.. aku ni puas lah dok pikir ada ke kasut sekolah yang ada magnet.. rupa2nya ini lah kasut yang ada magnet tu.. cisss anak lagi advance dari emak.. Tahniah anak!

    Kasut sekolah kebangsaan pun nak barbie juga.. tapi pattern kasut ni lain macam sikit.. mula2 ragu juga nak beli..boleh ke kasut macam ni pakai kat sekolah.. tapi bila pikir2 balik.. kalau tak boleh pakai, kenapa dia jual pulak kannn?? belasah je lah.. dah ini yang dia minat.

    Kasut kepam ni Danish punya.. baru 2 hari sekolah dah kotor.. grrrrr. Budak lelaki memang tak reti cermat.. dia belasah je mana dan. Baru darjah 3 dah nak pakai kasut bertali-tali. Mak kau dulu pakai kasut panguin je gi sekolah tahu tidak??!! hahaha. 

    Kau jangan ikut jejak bapak kau yer Danish.. pergi sekolah pun tak pakai stokin.. tak tau lah tertinggal ke tercicir ditengah jalan stokin dia tu.. muahahaha. Kalau sekolah benarkan student pergi sekolah pakai kasut futsal, aku rasa bapak kau lah orang pertama yang pakai Nish.. hahahaha.


    Aku suka kasut ni rare sangat. 

    Kasut plastik yang macam orang bawa gi menoreh ni memang bagus diwujudkan dikala zaman sekarang ni. Bila hujan tak akan basah macam kasut jenis kain.. selamat disitu. Cuma kalau kotor je lah kena kapur or basuh sikit2.. tak perlu menyental hehe. Kasut rupa ini aku beli dua pasang. satu untuk Khairine satu untuk Danish. *akulahemakyangbertuahdimukabumi* LoL!


    Kaler hitam pun aku beli sepasang untuk "Makcik Pengawas sekolah" (khairine).. spare kot2 hujan boleh pakai kasut ni.


    So far aku tengok Khairine & Danish selesa je pergi ke sekolah.. Alhamdulillah. Jangan rajin je pergi sekolah tapi tak pandai belajar yer.. Jangan ikut jejak bapak kauorang.. asal ponteng sekolah je panjat tembok.. tembok sekolah pun dah kenal muka bapak korang.. hahahah. 

    Ok lah sebelum aku pecah lobang pasal bapak diorang lebih panjang lagi, lebih baik aku stop dulu. Ini confirm2 dia baca ni.. jahanam aku nanti.. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii ;P
    Read More
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah