Thursday, August 28, 2014

Khairine Belajar Silat

Amboi kau hantar anak kau kelas silat Jah?? Yer Cik Bedah.. aku hantar anak aku belajar silat. Actually abang aku yang suggest suruh hantar anak2 aku belajar silat sebab dia pun belajar silat kat tempat ni jugak.. tapi dia dah lama start. Jangan takut yer tuan-tuan dan puan-puan.. Khairine cuma belajar yang basic2 je plus more to untuk buat persembahan je kot2 ada jemputan orang kawin ke atau mana2.. Silat untuk pertahankan diri pun dia ada belajar juga.. tapi tu bukan yang level2 orang tua punya ar.

 Pengurusan Seni Silat Setiabakti Malaysia

 Pasang kuda-kuda

 Tak nampak Danish dalam gambar ni kan?? dia memang tak ada.. sebab dia tak minat nak bersilat. Ok fine. Budak2 ni tak boleh paksa nanti dia belajar sekerat jalan je lepas tu aku yang stress sebab dah keluar duit. Sebenarnya Mummy pun tak minat jugak.. Mummy cuma minat bersilat atas katil je dengan Babah.. muahahaha.

Masa abang aku suggest suruh budak2 ni belajar silat, Khairine kata dia minat.. minat kalu mak kau confident nak hantar untuk belajar silat.. kalau dia kata tak minat mahap dipinta. 

Jangan jadi macam tahun lepas sudah.. dia sibuk nak belajar swimming.. bila hantar ke swimming class dia belajar satu sessi je.. lepas tu tak nak sambung lagi dah.. gggrrr. Alasan dia sebab sejuk.. lagi pun malas nak bangun pagi-pagi. Mana taknya.. class start pagi pukul 8 pagi setiap Sabtu dan Ahad. Mesti korang tertanya2 kenapa tak pergi sesi petang.. tau kenapa? sebab petang banyak program aku boleh buat. kalau pergi kelas pagi habis pukul 10 je.. lepas tu tengahari dah boleh meronggeng.. maklumlah weekend kannn.. tu je masa yang boleh merayap.

Minggu lepas 17 Ogos.. kelas pertama Khairine attend belajar silat. Kelas dia setiap hari Ahad pukul 11pagi sampai 12.30tengahari je. Baju belum beli lagi.. so pakai je lah tshirt dok rumah dengan seluar track sekolah tu.. hahaha. 

Masa nak pergi haritu aku cakap kat Khairine suruh dia pakai kasut sebab aku tengok dia pakai selipar je. Pastu kena sound.. "Mummy, belajar silat mana ada pakai kasut.. pakai kaki ayam je lah".. pfffttt termalu mak kau sekejap.. hahaha.


 Tumbuk

 Tumbuk

Lepas tu balik rumah dok mengadu kat aku tangan dia sakit sebab pergi tumbuk punching bag tu.. hahaha. Silat kata ko.. kena lah tabah nak oiii :D

 Dua orang sebelah Khairine tu anak-anak abang aku. Elok lah korang belajar silat bersama sepupu. Jangan dah pro sok bertumbok sesama sendiri udah ler.. hahaha. Yang paling aku risau mana tau sok-sok aku bergaduh dengan Khairine, dia wachaaa kan aku pulak nanti.. hahaha.
Read More

Monday, August 25, 2014

Kegilaan Laksa Sarawak

Ada hari tu minggu lepas kot.. teringat yang gelang tangan aku dah lama tersadai bawah bantal (sorok bawah bantal yer.. kau mampu??)  rantai kat cangkuk gelang tu dah putus. Lepas balik kerja aku ambik Khairine dulu kat rumah ajak teman aku ke Tesco Ampang. Dalam Tesco Ampang ada kedai emas Poh Kong.. bila masuk dah cerita2 kat cina tu suruh dia ganti. Lepas tu cina tu kata suruh tunggu dalam 45minit ke satu jam. Mampossss.. takkann nak balik dulu. alang2 dah ada kat Tesco tu walaupun dekat nak balik dulu tapi aku dah malas nak keluar balik kalau dah sampai rumah.

Sementara tu Khairine ajak pergi Popular sebab dia nak beli buku cerita dan buku latihan.. layan kejap dalam 15 minit then settled.

Aku cakap kat Khairine.. "jom lah kita lepak minum dulu kat Kluang Station tu Khairine.. mummy haus lah".. Bila dah duduk selak menu tengok macam dah terpikat plak dengan Laksa Sarawak dia.. nyummm mari lah kita try. Order semangkuk je aku share dengan Khairine..

Laksa Sarawak Kluang Station

Actually atas tu ada taugeh tapi aku request tak nak taugeh. Nampak biasa2 je kannn??? tapi sedap nak mati sampai menjilat ibu jari kaki!! hahaha.

 Apa ke teruk benau budak ni.. Mak kau tak masak ke kat rumah??? ishhh ;P

Licin dikerjakannya.

Dalam pada dia dok hirup2 kuah laksa tu dia tanya aku "mummy, mummy nak lagi ke tak? kalau tak Khairine habiskan ni.. sedap sangatttttt rasa macam nak order lagi satu je" (sambil buat muka comel). Yer lah nak.. habiskan lah kalau dah kata sedap sangat. Dalam hati ni rasa macam nak cari batu belah batu betangkup je time tu.. hahaha. Fikir anak punya pasal, kau makan lah.. mak kempunan pun tak mengapa wahai anak =)

Lepas tu esoknya aku repeat. Kali ni bawak emak aku dengan Danish sekali. Nizam tak ikut sebab dia balik kerja lambat.

 Repeat Laksa Sarawak lagi..

 Nenek & Danish.. 
 Danish pakai baju tidur je haritu.. baju tidur gambar Frozen okeh!! kau mampu bagi anak jantan kau pakai baju tidur Frozen pergi Tesco?? muahahaha.

Kitorang semua order Laksa Sarawak sorang semangkuk.. jakun betul.. mentang2 bulan depan nak pergi Sarawak.. *Oppsss terpecah lubang plak*.. hehe. 


Roti jala 

Roti jala yang ada dalam menu kat kedai ni buat aku tertarik sekejap.. tertarik dengan harga dia yang tak masuk akal tu. 

Aku whatsapp gambar ni kat SIL aku.. dia kata "kalau harga macam tu along boleh buat 3 kilo tepung Za.. kau jangan order".. terus aku tergelak.. hahaha. 

Yer lah 5 keping je kot roti jala tu.. lepas tu dia alas dengan daun pisang yang sebesar bijik je tu.. then secebis kuah dia.. can choose rendang daging or kari ayam.. haha. Memang tak teringin lah Kak Jah nak order Dik Kiah oii.. baik Kak Jah buat sendiri.. Kak Jah kan dah pandai buat ROTI JALA :)
Read More

Wednesday, August 20, 2014

Paratha Wrap with Cheese & Chicken Ham

Assalamualaikum...

Ada yang merindui Kak Jah?? dah beberapa hari Kak Jah tak keudara kann??!! apatah lagi nak BW kat blog korang.. busy tu memang busy kat opis ni.. seminggu dua ni boss tak outstation.. so bila dia ada kat opis agak terbatas sikit aku nak BW.. ni pun ambik masa tigapat hari nak resize & watermark gambar untuk satu entry.. tu nanti aku cerita yer. Bila kat rumah pulak tak sempat tangan ni nak on laptop.. at least boleh jugak aku draft entry ke apa yang patut.. hurmmm kat rumah pun memang susah nak curi masa. 

Quick update.. hari ni aku update entry simple2 dulu yer.. ada beberapa entry yang tertangguh yang aku nak up.. tunggu masa itu menjadi emas dulu baru aku boleh update :)


Paratha wrap with cheese and chicken ham

Gittue lah nama diberi.. hahaha. Ni pagi tadi punya bekalan untuk Khairine & Danish.. untuk bapak diorang aku tak buat paratha wrap ni.. unfortunately roti paratha ni habis pulak.. adoiii.. rupanya tinggal dua keping je dalam peti ais.. But issokay.. pagi semalam pun aku buat menu yang sama juga cuma aku guna roti gardinea je tangkup dua keping. Sorry bang Nizam.. ngeeee :D


Tak payah nak mintak menu sangat yer Cik Gayah.. korang tengok gambar ni pun korang tau macam mana nak buat.


Tadaaa... di wrap skali dengan paper kitchen.. senang budak2 nak makan kat sekolah waktu rehat nanti.. lepas tu aku bungkus dengan plastik.. tak payah nak tupperware bagai.

Itu je kisah untuk pagi tadi.. nanti Kak Jah keudara lagi yer.. nak sambung buat karangan untuk entry lain pulak.

Bye I miss You ;P
Read More

Tuesday, August 12, 2014

Top Komentator & Kad Hari Raya

Tanjat bila buka envelope colour chekelat tengok ada Kad Raya dan Fridge Magnet (FM) semalam. Bukak2 je tengok alahaiii cute giler.. macam puan yang memberinya jugak.. :))

Kad raya & FM tu dari blogger comel lagi terkenal iaitu adik Azhafizah dari blog www.azhafizah.com

 Kad Selamat Hari Raya yang simple tapi sangat2 cantik dan bermakna :))

FM yang cute.

Thanks Fiza.. sudi menghargai pengomen tegar macam akak ni kat blog Fiza.. akak terharu sangat. I'll always support you. 

Apa lagi korang.. kalau nak dapat gift yang cute dari Fiza sila jadi pengomen tegar kat blog beliau.. gift akan bertukar2 every month.. nasib2 lah kalau dapat benda lain pulak lepas ni.. mostly semua pun best2. Tapi ingat!!! kau jangan nak caras aku pulak.. tak pasal2 nama aku tak ada dalam list top komentator nanti.. hehehe.
Read More

Saturday, August 9, 2014

Nasi Jagung Sendu Lagi Confident

Nama nasi jagung tu dah ok.. kenapa plak sendu Jah?? Sendu lah korang.. sebab nasi jagung aku haritu merajuk.. sentap Kak Jah tau :(

First time buat.. mula2 masa nak masak tu hati aku ni terlampau confident.. rasa macam boleh buat.. dalam hati berkata-kata "eleh senang je kot macam masak nasi ayam je..chayokkk Jah!!"  nampak tak tahap kompiden aku tu besar mana?? muahahaha

Sebaliknya kau tau apa terjadi?? 

Mari baca story Kak Jah meh.. 

Last week kan minggu pertama raya.. so sedara mara ramai lah nak datang bertandang kat rumah. Lagi pun dari hari raya pertama sampai Jumaat lepas baru je balik dari Melaka maka sedara mara datang pun mesti lah weekend.

Oh lupa nak bagitau jugak.. disebabkan tahap confident aku terlalu tinggi pada haritu, aku ada buat roti jala jugak. Makan dengan kuah durian. HEBAT TAK???? 

Dalam cerita ni korang jangan tertipu yer.. aku malu sangat nak letak gambar nasi jagung aku tu.. adalah lebih baik kita "mengumpat" je lah pasal nasi jagung tu ek.. hahaha.

Masa dah prepare bahan2 semua dan dah tumis kat kuali, aku pun masukkan semua bahan tu kedalam rice cooker. Disebabkan tahap confident tu melampaui batas dan divider jalan raya, aku terlupa nak switch button kat rice cooker tu.. sekali lagi aku memang HEBAT... mari tepuk tangan beramai2 untuk aku.. muahahaha

Setengah jam berlalu, aku suruh Khairine cek rice cooker tengok samada nasi tu dah masak ke belum sebab nak kacau kasi rata. Dengan penuh perasaan Khairine kata nasi tu tak masak lagi sebab tak switch button.. Hah??!! rasa nak pitam mak kau masa tu. Dah lah terkejar nak masak.. kat tangan ni tengah dok menjala lagi roti jala.. mana satu aku nak capai ni.. sedara mara dah ada yang sampai.. adoiii #NangesKuatKuat

Terus aku panggil mak aku.. "mak.. tolong lah handle nasi jagung ni.. ada setengah masak setengah tak masak ni.." nampak.. tak pasal2 dah babitkan mak aku pulak??!! hahaha.

Mimpi ngeri aku haritu kerana mu wahai nasi jagung..

4 sekawan antara bahan yang ada dalam nasi jagung.

Segan pulak aku nak tunjuk rupa paras nasi jugung tu.. nanti2 lah kot2 aku buat nasi jagung lagi aku cuba buat yang terbaek skali.. tu pun kalau jadi.. hahaha.
Read More

Wednesday, August 6, 2014

Bercinta Di Burger Bakar

Tak sempat aku keluar opis semalam Nizam dah call aku... "you balik pukul berapa? jom pergi makan burger bakar.. lepas I hantar anak2 pergi tuisyen pukul 7.30pm nanti jumpa kat sana je" amboi mentang2 sambung cuti raya kemain eksyen kau yer bang.. hahaha. Korang tau tak dia cuti dari minggu kita beraya last week then esok baru masuk kerja balik. Hati ai is so jelessss tau.. #KeromotkanMuka Minggu ni dia cuti asek berjalan je kerja dia.. pergi mancing sorang2 pun jadi.. buhsan hidup you pergi mancing sorang2 Bie.. lebih baik you pergi kerja.. hahaha #AyatDengki

Semalam aku keluar opis dalam pukul 7.15pm macam tu terus jumpa Nizam kat Burger Bakar.. Aku tanya dia.. dia datang naik motor ke kereta.. dia kata kereta.. abes takkan nak pergi dua kereta skali kot.. dia kata leceh lah nak balik balik.. lepas makan dia kata nak terus ambil budak2 dari tuisyen.. hurmm sukati you lah Bie. Time tu mulalah rasa macam zaman bercinta pergi makan main janji2.. haha. Lepas tu kat meja makan borak2 sambil bergurau gelak2 benda bodoh2.. hahaha. dejavu sangat semalam tau!! haha bodo lah kau Jah menggeletis tak kena tempat ;P

Nizam punya

Aku tengok sekarang burger bakar ni dah tak macam zaman2 dia tengah top dulu.. presentation burger ni pun dah tak sama macam dalam gambar lagi dah. Zaman top dia dah abes kot.. huhu.

Aku makan meatball je.

Lepas makan kitorang terus berpisah Nizam pergi ambik budak2 balik tuisyen, aku terus rambos balik rumah.

Sekian cerita semalam yang diupdate pagi ni dari Kak Jah untuk anda =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah