Monday, January 20, 2020

Breakfast 🥘 Kak La Nasi Berlauk, Gombak


Dah lama nak try makan kat kedai Kak La ni. Ada pagi bila haritu NJ ajak keluar breakfast dekat Gombak, memang kitorang selalu makan kat kedai kat Gombak tu since Arwah my mom ada lagi. Sebab roti canai dia sedap. Kitorang panggil kedai tu kedai roti canai kampung. Yang buat roti canai tu orang lama (melayu) memang sedap. Kuah dia pun sedap. So, memang dah jadi favorite place kalau nak makan roti canai sedap ala-ala roti canai kampung.. gitu!

Sampai je kedai roti canai kampung, tengok kedai tu tutup pulak… hmmm. Terus blur tak tau nak kemana cari breakfast. i suggest kat NJ ok ke kalau makan makanan Kelantan? Ingat nak pergi Klate Kitchen.. tiba-tiba I teringat Kedai Kak La yang I selalu tengok dalam FB yang orang share. So, why not ke sana kennnn.

Kedai ni dalam Kawasan kampung tau. masa mula-mula masuk simpang Kampung Padang Balang tu, terus waze. Masuk ke dalammmmmmm nau kedai Kak La ni.

Nasi dagang gulai ayam, NJ punya


nasi dagang gulai ikan tongkol, pilihan i


Nasi kerabu daging goreng untuk Khairine

Varieties of lauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk 😋🥘

Lots of kuih.. i rasa semua ni orang consign je kot.. but ok, still have much choices.. menarik 👍


Korang kalau nak pergi makan makanan klate dalam suasana kampung, try la makan kat Kedai Kak La.

Address:
51100, 653, Jalan Kampung Padang Balang, Sentul
53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waze: Kak La Nasi Berlauk

Open everyday: 7.30am - 3pm


Read More

Thursday, January 16, 2020

Craving 🥘 Dim Sum

Korang kalau tulis blog, korang suka tak baca balik apa yang korang dah tulis kat blog? Kalau tanya i, i memang baca balik.. especially enty2 lama.. i suka baca balik apa yang i dah tulis dalam blog ni, kadang bila baca tu kerut kerut muka, pastu monolog sendiri "poyo betul tulisan aku dulu dulu" muahahaha.

Ni sebab terbaca balik entry sendiri lah ni.. entry pergi Hatyai makan kat Chabura Dimsum haritu. Terus craving nak makan dimsum.

Cakap kat NJ, "bie, jom pergi Hatyai.. i nak makan dim sum" pastu dia DEYYYY kan aku! hahaha. NJ kata "Dey! kat KL pun ada Dim Sum" terus i pancing dia dengan soklan "Bila nak pergi?" dia kata "balik kerja pun boleh" terjadinya makan dimsum balik kerja Selasa lepas 🙆😍

Our table

Dry Noodle with BBQ Chicken. Ni pilihan NJ. Dia tak pandai makan Dim Sum, so dia makan je mee ni sebagai melayan tekak bini dia yang craving Dim Sum haritu hehehe.

Golden Salted Egg Bao. Ini yang zedap!. korang tengok kat video kat bawah entry ni nanti.. i makan Bao ni sampai terpancutttttt 😄😄😄

 Fried Foo Chok Rolls.

Salted Egg Mai

Fried Fish Balls

Mulanya banyak terfikir nak pergi Dolly Dim Sum atau Dim Sum Place kedai Sheila Rusly tu. Bila fikir balik.. baik i pergi yang kat Mohd Chan ni je. Sebab kalau ikutkan tekak, somi & anak2 i kureng sikit makan dim sum.. diorang tu semua kg.com hahaha. Amboiii sedap je ngutuk.. padahal diri sendiri pun baru second time pandai makan dim sum LOL

Bukan apa nok! kalau pergi Dolly atau Dim Sum Place tu, baik pergi beramai-ramai. Boleh order banyak-banyak boleh rasa banyak jenis. Ni karang kalau i pergi anak beranak i je.. order banyak-banyak, pastu tak habis. like i said... tekak diorang bukan reti makan dimsum. So, better i plan with my friends, boleh pergi makan kat Dolly atau kedai Sheila Rusly tu.. baru berbaloi.

Makan kat Mohd Chan ni pun dah cukup lah untuk melayan tekak craving ni.. ok what???!! 😉


Ok dah, tu je nak cerita. Korang kalau nak pergi makan dim sum yang simple simple, pergi lah kat Mytown.




Read More

Monday, January 13, 2020

Pengaruh Social Media - SENDUK 🍴🥢🥄

Ada je cerita cerita lain yang tersadai dalam draft tu.. tapi cerita cerita tu semua memerlukan sel-sel otak i ni untuk berhubung. Mostly cerita cerita berat arr.. berat?? berat macam mana tu Jah? alaaa cerita cerita biasa je.. cuma membabitkan memories, gambar yang perlu diedit dan di watermark je. Paling letih nak mikior ayat apa nak dicharutkan. Kalau ikut malas, aku campak je gambar dalam 1 entry.. tapi sebab nak kan memory tu tertanam dalam blog ni, sis gigih untuk peram dulu cerita cerita tu dalam draft then baru kita buat karangan panjang-panjang berdasarkan gambar 😂😂😂

Ni tadi tengah dok belek belek shoppe, tiba-tiba pulak sel otak berhubung laju untuk update cerita.

Tajuk kita harini ialah SENDUK ya Senah!

Ni semua pengaruh social media. I ni suka tengok instafamous memasak kat IG. Ada one day tu i nampak that instafamous review pasal SENDUK.. terus i berkenan dengan senduk yang dia review tu. I pun mintak NJ belanja 🙊 tapi i tak beli kat IG yang sponsor tu.. i beli kat shopee. Sebab kat Shopee muroh sikit harga dia. Kualiti pun sama.

 

Kemain typo terang terangan disitu 😅 bukan 120cs ya! nak tulis 12pcs sebenarnya😆 

Hebat sangat ke SENDUK tu sampai kena buat entry pasal beli SENDUK?

Tak lah hebat mana pun.. kan dah kata kat tajuk atas tu.. "pengaruh social media" 🙈😆 meh i tunjuk sikit rupa senduk yang i order tu macam mana 🠋🠋🠋

 Mint Green

 Black

Pink
Light Green


My choice!! i beli kaler ni.. LIGHT GREEN

Niat hati nak pakai bila rumah baru siap nanti.. tapi macam lama je lagi.. 2 tahun lagi oiii rumah baru siap!! hahaha. Concept "office" (dapur) kat rumah baru tu pun i tak fikir lagi nak kaler concept apa nanti. So, mari kita rasmikan penggunaan SENDUK ni dulu ya!

Setakat i tulis entry ni, i belum guna lagi SENDUK baru tu hehehe. Bak kata NJ "bila masa u masak?" ya lah i tau i jarang masak.. tapi dengan kehadiran KAK SENDUK baru ni, inshaAllah i akan cuba push diri i untuk selalu kedapur ya Encik Somi... hehehe
Read More

Tuesday, January 7, 2020

New Year Eve Last Lunch 🥘 Kami di Johnny's Steamboat

Apa lagi kerja kitorang ni kalau tak MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN DAN MAKAN sokmo.. 😂😂 Siapa kitorang tu?? siapa lagi kalau bukan Gang "Fuh BAWANG" (my office-mate).

Kalau tak kerana MAKAN jugak, kitorang tak sampai ke HATYAI bersama-sama hanya kerana nak MAKAN hihi.

31 December haritu management bagi half day.. office tutup awal... decided pergi makan makan dengan gang "Fuh BAWANG" mula-mula planned nak makan kat The Dim Sum Place kedai Sheila Rusly tu.. pastu fikir-fikir balik tu KIV dulu lah.. sebab sebelum ni kitorang ada sebut-sebut nak pegi makan kat Johnny's Steamboat.. so, mari kita capaikan hajat ke Johnny's Steamboat dulu sebelum kita ke The Dimsum Place 😀

#FuhBawangMakanMakan

Bermula episod main masak masak 😋


Fieza, Kak Zie, Ibu June, Me & Saida



Siapa yang snap gambar & video kitorang? Miss K yang tolong mak dia & the gang ni yang snapkan picture.. dia pun join sekali petang tu. Thank you Khairine 😍

Haritu ada member office tanya..
Uoll pergi makan-makan ni office sponsor ke? atau claim back?? EH HELLO! MOHON MAHAP SKET YE.. NI SEMUA BAYAR SENDIRI.. KITORANG TONG TONG DUIT OK! TAK ADA SIAPA NAK SPONSOR. sila hadam ayat i ni! 😝😂

Bukan apa Bedah.. mostly diorang ni mulut jahat... selalu tengok kitorang selalu keluar makan-makan sesama, mulalah ingat boss sponsor ke, boleh claim balik ke, company bayar ke.. Jelly lettew #MataKeAtas

You watch out ok!!
Read More

Monday, January 6, 2020

Lunch 🥘 Kopitan Classic, Cheras

A day after cuti Christmas haritu tak silap hari Khamis kot.. kitorang pergi lunch kat Kopitan Classic, Cheras

Sebab depan dengan office kitorang.. Plus tempat ni pot baru lah untuk kitorang kalau nak datang lunch. Tu pun haritu I lalu area ni, masa kat traffic light, terpandang kedai nama Kopitan Classic.. betul-betul kat hujung corner shoplot kat Taman Maluri.

Suggest dengan “Group Fuhh BAWANG” semua kata ONZ je. As usual kennn. Group kitorang ni kalau bab makan makan memang lajuuuuuu 🏃 🏃 


Lunch hour kitorang keluar pergi JJCM. Dari luar nampak menyelerakan.

Interior pun cantik.. look cool & cozy 👍🏼 

Jom kita try order.. tengok macam mana pergi dia.. sedap ke tidok??? 😉

Ini Dimsum.. teringat makan kat Hatyai haritu. disebabkan teringat, mari order. Yang kaler putih ni nama dia Prawn Siew Mai RM5.00 (3pcs). Kaler oren sana tu nama dia Otak-otak (otak kau 😂) Siew Mai RM4.50 (3pcs).

Spicy Creamy Chicken with Butter RM13.50 pilihan tekak Ibu.

I, Fieza & Saida order menu yang sama. Lunch value set Kopitan Fried with Fish Fillet come with drink.. ice lemon tea. Siapa yang kebulor tengah2 hari rembang, boleh choose nasi ni. Portion gia giler banyak. Dalam timbunan nasi ni ada fish fillet. Sedap banget dong.. nampak macam bodo bodo je kennnn!

Kak Zie order Lunch set value juga.. tapi Hainan Chicken Rice.. pun come with drink.. ice lemon tea.

 Few choices untuk lunch menu in set

Pilihan Dimsum

Thai milk tea tarik ni tak sempat order hari.. might be next time.

Masa kitorang datang lunch kat sini, i saja la tanya kat abang cashier tu.. berapa lama dah kedai ni? dia kata baru 3 bulan. Oh ok, no wonder nampak serba serbi semua baru.

KOPITAN CLASSIC CHERAS
74, Jalan Jejaka 9
Maluri, Cheras
03-9226 6949
Read More

Friday, January 3, 2020

Sport Planet Off Season Sale Kaw Kaw 2019

Two weeks ago masa hari Christmas haritu NJ sent gambar kat Family WA group.. Sport Planet Warehouse ada buat sale kaw kaw katanya. I be like.. ok, nak ajak i pergi lettew.. i is onz je. NJ pesan.. "Ni nak kena pergi awal pagi. Bukak je trus masuk".. haiyoooo perangai sangat! 😅 Serupa lah bini dia pun (i lah tu) haritu pergi Sometime Reject Sale pun sanggup sampai awal queue panjang-panjang 🙈 Oh, entry tu belum kesempatan lagi i nak buat. Later lah.

Actually i ni tak berapa nak heran sangat sale sale barangan sports ni. Sebab i tak minat pakai sport shoes. I kan diva.. kena lah pakai stiletto 👠 gitewwww 😅

Memang ye sungguh kitorang sampai tepat pada masa.. hahaha. The time sampai tu dalam pukul 9.30am rasanya. Naik je escalator, nampak kedai tu baru nak angkat roller shutter kedai hahahaha. Kalau korang tak caya korang tengok kat dalam video kat bawah nanti.


Datang awal dapat lah apa yang nak gi grab. Sebab haritu NJ share banyak gambar-gambar kasut yang ada kat warehouse sale tu. Rasanya gambar-gambar tu dia cilok dah FB kot.. hahaha.

Hasil jaringan pagi tu 6 pasang kasut, bag sekolah KhaNish seorang 1, ada lah few items lagi. 

Pilihan NJ


Pilihan Ms. K dua pasang ni

I punya pun dua pasang jugak.. tiberrrrr tadi cakap tak suka pakai sport shoes.. sekali kau beli 2 pasang jugekkk.. booo!! Bukan apa Bedah! memang muroh.. sebat je lah hahaha.

Danish haritu belikan dia sepasang je. Sebab haritu dia tak ikut. Ada futsal tournament pagi tu. Apak dia VC je dari kedai sambil dia kat padang. Lepas tu belikan dia bag Reebok satu untuk bag sekolah dia.


Read More

Thursday, January 2, 2020

Back to School 🚸 2020

Selamat Tahun Baru 2020 uolls!! Kalau ingatkan balik kisah Wawasan 2020 masa zaman kecik dulu, mesti terbayangkan zaman tu dah terlalu canggih. Katanya ada kereta terbang, ada macam-macam teknologi canggih, rakyat Malaysia pun totally changed to their good mentality.. eh, macam macam lagi lah. Kat sekolah pun zaman tu mesti wajib nyanyi lagu Wawasan 2020 lepas nyanyi lagu Negaraku & Lagu Sekolah 😍

Tapi itu dulu. Semuanya dah tinggal kenangan. Baru 2 hari di tahun 2020 ni, tak tau lah apa yang menakjubkan. Mungkin juga ada kereta terbang seperti yang dihebohkan selama ni?? 😂😄 Will see.

Untuk masuk tahun baru ni, i tak nak cerita pasal azam ke, berazam ke, cita-cita tak kesampaian ke, diet ke apa ke semua tu cliche.. semua orang dok sebut benda yang sama. Apa yang i nak tekankan untuk tahun ni is... umur i dah masuk 40.. OMG! 4 series kau Jah??? hahahah. No matter what, yang penting kita perlu tingkatkan ilmu akhirat.. macam peribahasa orang melayu.. Dunia dunia jugak, akhirat jangan lupa 😎😎

So, macam mana mak mak, pagi ni? Mesti lagi busy dari bapak bapak kan? Mana nak siapkan anak, nak siapkan breakfast, itu ini semua mak yang paling busy gamaknya. Yang kaum bapak biasanya apa-apa benda pun, tetap cool je hehe.

KhaNish

Pagi tadi nyaris nyaris tak ada gambar Back to School 2020. Masa KhaNish keluar kereta tadi & dah jalan ke pintu masuk sekolah, i jerit kat diorang.. "ei ei ei (sampai dah tak tersebut nama anak sebab takut terlepas moment nak ambik gambar.. punya kalut mak kau 😂😂😂) meh sini kejap.. mami nak ambik gambar korang"  dengan muka toya diorang patah balik kat i.. i snap dari dalam kereta je hahahaha. Redho lah anak.. mak kau memang begini 😂


Kalau tahun-tahun sebelum ni, i memang akan apply cuti every first day of school open. Start dari tahun i dah tak buat kerja-kerja apply cuti dah. Kenapa? buktinya ada kat gambar atas ni #MataKeAtas

Cuma sekali je haritu masa first day PT3. I apply cuti senyap-senyap.. ingat nak accompany Khairine sampai tempat perhimpunan dia & nak tunggu dia kat kantin sampai time dia rehat.. PUN TAK DAPAT YA! DIA TAK BAGI I TEMAN 😭 terpaksa mak kau jenguk dari luar pagar je hahaha.. cerita tu ada kat entry ni → Cuti PT3 Tak Jadi ←

Tahun ni get ready PT3 Danish pulak. Tak tau lah mak kau nak apply cuti ke tidak nanti.

Pagi tadi tengok kat FB Memories.. ada few gambar first day budak-budak ni masa kecik. Jom kita throwback gambar-gambar diorang kat sini 😍

🠋🠋🠋






Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah