Thursday, May 21, 2015

6 Punca Penyebab Kulit Kering

Hi.. Salam Khamis.. amboi macam baca skrip buletin Utama pulak kannn??!!.. hehe. Sihat ke korang kat luar sana? kalau tanya khabar aku buat masa ni.. jawapan aku alhamdulillah sihat tapi buat masa ni ada komplikasi dengan kulit muka sikit.. ni semua gara-gara pergi buat facial last week.. nanti aku buat entry lain ya.. so harini Kakak (titiba plak Kakak.. hahaha) nak share artikel yang Kakak jumpa kat IG.


Baca tu.. udara kering menyebabkan penguapan pada kulit hingga kurangnya kelembabab pada kulit. Lately ni kan cuaca tak menentu.. kejap hujan kejap panas terik. kesian kat kulit.. huhu.


Ngeri je baca.. lagi ngeri kalau kerja kita memerlukan kita berada ditengah2 panas terik.. Ya, kadang-kadang kerja aku memerlukan aku berada dalam keadaan tu.. sobs.

 Aku noticed haritu dua minggu berturut-turut aku berjemur kat tengah panas tanpa batasan. Sekali tu masa aku bercuti ngan kawan2 kat Penang haritu.. masa Cycling kat sana haritu macam rasa tak bersalah sangat pada kulit membiarkan dia berjemur tengah panas terik sambil kayuh beskal.. rasa menyesal pun ada *tumbokdirisendiri*.

Kedua pulak masa Sports Day KhaNish bulan lepas. Semangat bagi sokongan kat anak2 kononya.. emak tabah berjemur kat tengah panas pun tak apa.. padahnya?? hitam legam kulit aku lepas tu.. hahaha. Habis berkurangan kolagen ai tau! 


Yang ni aku tak berapa paham sangat apa maksud dia. Tapi apa-apa pun banyakkan lah minum air & pakai moisturiser atau apa-apa krim yang boleh membuatkan korang protect kulit korang dari kering kontang.


Ni aku rasa bergantung pada jenis cleanser yang kita pakai kot.. entah lah aku pun bukan pandai sangat pasal sabun-sabun ni.. aku tau aku cuci muka dengan cleanser, bilas bersih2 lepas tu lap dengan kain bersih. Then baru tempek segala bagai toner ke moisturiser bagai kat muka.


Nampak??? orang macam aku yang kerja luar & dalam office lagi senang terdedah dengan keadaan macam ni. Kalau kerja dalam office ni air-cond dok atas kepala je.. agak2 panas, aku kuatkan air-cond sesuka hati aku sampai sejuk. Tengah sedap2 dok dalam kesejukan, secara tak langsungnya kita lupa yang air-cond ni telah 'membunuh' kulit kita.. Wah! drastik sangat ayat kau Jah.. hahaha.


Yang ke 6 ni yang buatkan aku tak boleh terima kenyataan.. Proses Penuaan katanya??! *nanges*. 

Kenalah terima kenyataan.. kita ni hidup makin lama makin tua.. bukan makin muda ya.. sedar diri sikit! hahaha.
Read More

Thursday, May 7, 2015

Batu Karang Dalam Pundi Kencing (Urine Blader)

Lately ni cuaca panas kan??! tak tahan rasanya.. bila dah berpeluh tu rasa melekit berlengas-lengas badan ni. Nak keluar lunch pun fikir limablas kali. Nak tak nak keluar juga lah.. karang lapar pengsan pulak kat opis. Bila cuaca panas kat luar, kita yang kerja dalam opis ni aircond pun macam tak terasa sejuk sangat.. bila dah keluar dari opis mulalah bawa kipas lipas kat tangan.. laju je aku mengipas sampai lenguh tangan niha.

 Dalam pada tu kita kena beringat ya.. minum air masak banyak-banyak.. sikit sebanyak kita dapat hindar dari kekurangan air dalam badan.. Tak kisahlah kalau kena ulang aling keluar masuk toilet satu hari beratus kali.. yang penting cukup air dalam badan. 

Kau tanya aku? bergelen-gelen dah aku minum air.. tu pun kalau aku kat opis. Kalau kerja memerlukan aku keluar aku tak minum air secukupnya.. karang tiba-tiba nak tekencing mana pulak aku nak sua kan.. nak tekencing & teberak ni bukan boleh buat main.. kalau dah tak tahan sangat tu cepat2 lah cari jamban.. kalau tidak terabur tengah jalan sapa yang malu?? mereka dan keluarga mereka.. hahaha.

 Contoh macam harini.. aku tak ada kerja kat luar.. dok opis je.. berani lah aku minum air bergelen-gelen. bila dah minum air banyak tu memang kerap aku keluar masuk toilet kat opis ni.. aku syak jamban tu pun dah menyampah tengok aku.. balik2 muka aku je kat dalam tu.. hahaha.

Harini aku terjumpa satu artikel kat fb Ustaz Halim Zakaria pasal batu karang dalam pundi kencing.. meh aku share.

**************************************************************

Assalamualaikum wbt,

Sahabat2 fb yg dikasihi.... Perkongsian maklumat...BATU KARANG DALAM PUNDI2 KENCING (urine blader). 

Ana baru ziarah Sahabat karib di Semenyih... Beberapa hari lalu beliau tiba2 sukar buang air kecil.. kemaluan membengkak... seharian menahan kesakitan.. kencing.. Setitik dua. Hinggakan kemaluan terpaksa di balut agar air kencing tidak menitis di seluar.

Sekitar jam 3 pagi, beliau yg menahan kesakitan terus ke bilik air.. terasa nak buang air kecil, cukup sakit ketika itu kerana air kecil keluar setitik dua je.. agak lama juga belia menahan sakit.

Semasa menahan sakit dan meneran utk buang air kecil.. tetiba terpancut seketul batu (batu karang) dari kemaluannya. Inilah rupanya.. Hampir Satu inci...Subhanallah.


Punca-puncanya:

- Kurang minum air.
- kuat merokok (perokok tegar).
- Banyak makan makanan bergula dan acid. Acid boric (mee   kuning) antaranya, 
  kesan gabungan sodium silica pengawet = Asid boric.
- Suka sangat minum ais batu (teh tarik, air gas,
  air berwarna dan berperisa & etc).
- Makanan yg mengandungi gula dan kanji yg tinggi.
- Minuman-minuman (3 in one).

IKHTIAR:

- Daun pecah beling/jin batu direbus + gula batu (seketul
  sebesar ibu jari) dan minum 2 kali sehari.
- Perlu diamalkan.. In shaa Allah batu karang akan hancur.
  Yang paling penting... jaga perintah Allah swt.. jaga   
  makan.

Surah Al-Baqara, Verse 168:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Moga dimanfaatkan... Barakallah

*Copy & Paste*
Read More

Wednesday, May 6, 2015

District 21

Minggu lepas kan cuti panjang.. ni lah time-nya bawak KhaNish ke IOI City Mall. Ni juga masanya Babah korang nak bagi anak-anak dia bersuka ria.. masa pergi dengan Mummy haritu tak dapat main apa-apa pun.. cuma dapat makan je.. shopping pun tak hado.. huhu. Untung lah korang dapat pergi pastu dapat bersuka ria kat sana.. dapat shopping.. dapat makan.. Eleh dengan anak pun nak jeles.. poyo lah kau Jah! phuiii ;P

Kitorang pergi hari Jumaat.. sampai je terus budak-budak ni kata lapar. Ok kita pergi makan dulu kat Kenny Rogers. Bila dah konyang baru teringat.. eh kenapa aku tak ambik gambar makanan? Yes! ini faktor usia namanya.. haha. Settled makan terus naik atas ke tempat Ice Skating. Tengah line up tiba-tiba Khairine kata "Mummy main sekali ok.. Khairine takut jatuh" ni yang mak lemah ni.. apa benda semua omak kau yang kena jadi mangsa keadaan.. kenapa tak sebut nama apak kau??! Gggrrr.. datang si bapak pula bagi nasi tambah "Bagus tu.. dulu-dulu Mummy main rollerblade.. kalau ice skating ni mesti Mummy pandai" kata dia kat anak dia.. (apa kena mengena ice skating & rollerblade?).. sambung lagi "better you pergi teman sayang.. kesian anak-anak".. arrgghh lagi bertambah tekanan! aku kata aku malas nak main.. last-last tak main.. hahaha. Terus pegi kat depan tempat ice skating tu.. ada District 21.. kat situ pun aku malas nak masuk.. tah kenapa mood merundum sangat.. gelabah giler!

Khairine

Dalam pada macam tak ada mood nak masuk tu terpaksa juga masuk. Nizam dah beli tiket takkan aku kata aku tak nak masuk.. karang kena lempang ngan laki sia-sia je.. hahaha.

Kalau korang nak tau.. masuk sini budak-budak kena pakai sport shoe tau. Aku memang dah spare budak-budak ni punya kasut. Danish memang dah pakai.. Khairine aku bawa spare. Sebab minah tu banyak cekadak sket bab-bab pemakaian ni.. karang ada je yang tak kena.. kasut ni kat kena dengan baju ni lah.. baju ni tak kena dengan seluar ni lah.. ada je songeh dia.

View dari tingkat atas

Korang kalau nak tau apa yang ada kat District 21 ni korang cari sendiri kat website dia.. aku ni bukan nak buat review berbayar yang semua benda nak cerita kat sini.

First attraction KhaNish kat sini.. Nama tempat ni Launch Pad. Sampai kabut2 gambar budak ni pun aku tampal jugak kat sini.. haha. Tak mengapa.. janji ada gambar diorang melompat kat sini.. aku kisah apa! :)

The Maze

 Mula tu memang aku macam tak suka nak masuk kat dalam District 21 ni.. bagi aku tak ada apa yang menarik perhatian.. then bila tengok keliling mainan dia penuh ngan besi-besi dan tak ada warna warni macam kat taman permainan. Saiko sangat tanggapan aku tu.. hahaha. Bila dah masuk dalam ni baru aku rasa fun & teruja.. rasa bangga sangat bila tengok anak2 melompat-lombat & memanjat sana sini.

The Maze ni panjang.. dari hujung sini sampai hujung sana. Sangkar ni last pit stop diorang lepas tu diorang turun ikut slide yang ada kat dalam sangkar tu.

Ni yang jadi tarikan aku.. siap ada slide yang merentasi dalam bas lagi.. kalau berat badan aku sama macam budak2 tu.. dah lama aku naik panjat bas ni!

Khairine dalam percubaan untuk memanjat.. Si Danish dah selamat sampai dalam bas

KhaNish the Geng Bas Skolah ;)

Dalam bas

Eh anak sapa ni? dah besar gajah pun nak main slide.. runtuh baru tau! actually ni slide yang dalam bas tu.. aku ni puas lah mencangkung kat depan slide ni menunggu KhaNish turun dari slide kononnya nak snap gambar.. rupanya bila dia dah sampai atas dia pegi kat tempat lain.. Datang Bang Nizam cakap "anak2 you dah ke sana" kuciwa!

Dah sampai atas ni diorang nak main Free Fall.. hurmm kata lah nak main Free Fall.. mak ni tungguuu lah kau kat tepi bas sekolah tu.. ingatkan korang hilang.. derau jantung.

 Danish is ready



Happy face ;)

Turn Khairine pula

 Cuak lettew.. hahaha

Berani betul budak2 ni.. mak kau tengok pun dah kecut perut walaupun tak tinggi mana.. aku ni gayat kat tempat2 tinggi.. tu yang semua benda tinggi2 pun tak nak naik.

Lepas tu sambung main GoPedal.. pusing 3 round je lepas tu habis.. ini mainan yang tak mencabar.

 Next.. main Tubby Ride

Naik serabai rambut Khairine kat sini.. 

Aku salute anak2 aku.. berani betul main benda2 macam ni. Kalau ikut perangai mak ngan bapak kau.. dari kecik memang penakut.. hahaha. Ye lah lagi pun time kita kecik2 dulu mana ada playground yang cecanggih macam ni. Main lah kau kat taman permainan kat kawasan rumah.. tu pun yang gelongsor jenis besi.. jongkang jongket pula jenis kayu yang bawah dia lapik ngan tayar.. hahaha.

 Tarik tube bawa naik atas


Actually ada dua tiga jenis mainan lagi yang KhaNish tak sempat main.. aku dengan Nizam dah penat kat sana berdiri sambil pantau budak2 ni. Tu pun dah macam tak nak balik.. pastu "Mummy.. next time kita datang lagi ya".. Eh apasal cakap dengan Mummy.. pergi cakap dengan Babah kau sana.. Babah kau yang akan keluar duit untuk semua ni.. hahaha.

 Belakang diorang tu pintu keluar & kedai jual baju & souvenir District 21.. masa keluar tu aku ngan Nizam jalan laju2 supaya budak2 ni tak menyinggah.. karang ada je benda dia nak beli

Total price masuk RM136 plus GST. Ni harga package untuk 4 orang.. entah macam mana tah kira package ni haritu Nizam ada cakap.. tapi aku tak faham.. tau-tau je dia dah beli. Untuk pengetahuan korang.. masa bayar nak beli tiket tu nanti dia akan bagi socks & glove. So korang cuma readykan anak2 korang dengan sport shoes ajos. Kalau tak pakai sport shoes tak bleh masuk.

Settled main2 kat District 21 kitorang masuk H&M.. saja nak cari kan minah ni baju & jeans selai dua.. lagi pun Khairine cakap dia nak cari skirt untuk menari nanti.. alasan sangat! dapat tutu skirt selai kat H&M.. lupa pulak nak ambil gambar skirt tu.. nanti lah bila Khairine pakai aku snap gambar ya. Tengok lah tu.. tak penuh satu shopping bag, on phone pulak.. very the makcik2 sangat perangai tu.. sambil shopping sambil on the phone. Kalah perangai mak kau! Pffffttt.
Read More

Tuesday, May 5, 2015

Simpati

Sedih betul lepas dengar berita accident kat DUKE yang melibatkan tiga beranak Jumaat lepas. Rasa sedih dalam diri ni macam aku pula yang menanggung derita yang adik-adik tu. Nak marah pun tak guna kalau benda dah jadi. Memang itu dah ditakdirkan buat mereka. Nak salahkan siapa pun tak tahu.. kalau ikut logical memang kita akan hentam kaw-kaw kumpulan budak-budak Myvi tu.. entah lah.. biarlah pihak yang berkuasa buat siasatan sampai dapat bukti & keadilan. Cakap lebih kat sini karang kena kecam pulak. Baik kita sama-sama doakan untuk arwah mangsa.

Kesian adik-adik ni.. sekelip mata jadi anak yatim piatu... bersabar yer dik.. makcik pun pernah rasa macam adik rasa sekarang. 

Al-Fatihah
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah