Thursday, February 28, 2013

Baby Shahir Hari Ini

OK nak share lagi gambar terbaru Baby Shahir.. Gambar ni aku copy dari fb cousin Arwah Sis Karina.. 

Baby Shahir dah discharge dari Gleneagle Hospital, Kuala Lumpur.. Sekarang Baby Shahir dalam jagaan neneknya.. which is mak kepada arwah Sis Karina. 

Nanti kalau ada lagi latest, akan dishare lagi kat entry lain yer =)

Baby Shahir hari ni.. Semakin sihat, Alhamdulillah :)


Read More

Hilang Mood kerana Sungai

W/pun lately ni musim hujan dipetang hari, tapi kami pegi juga mandi2 kat sungai. Idea Nizam lah ni.. Mulanya Sabtu aritu Nizam ajak gi mandi kat Hutan Lipur Ampang (formally named as Bukit Belacan). 

Last aku jejak tempat sana tahun 2010, time tu masih kerja dengan SYABAS. Kebetulan Kelab SYABAS ada buat Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2010 anjuran SYABAS. Anak2 staff SYABAS ramai yang join. 

Time tu SYABAS ada sediakan bas untuk anak2 staff ke sana. So aku nak bagi Khairine independent, aku suruh dia naik bas. Supaya dia dapat bergaul dengan budak2 lain & explore macam mana bila dia berada didunia luar. 

Time tu aku drive, follow dari belakang bas. Sampai je sana bas dah helok2 parking & dorang diangkut naik van shuttle ke dalam kawasan rekriasi. (kenderaan tak boleh masuk sampai ke dalam).

Kanak2 semua kena kutip sampah dari dalam sungai.. *kata 'Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia' kannn.. so kena lah bersihkan kawasan sungai* 

 Ni nak tunjuk sket gambaran yang kata last skali jejak kat Bukit belacan tahun 2010
(nak jugak flash back kennn!!) puiii


Selepas tahun 2010 aku kesana, aku ada dengar dorang dah diberi pelepasan untuk kenderaan masuk sampai dalam kawasan rekriasi. 

Chopp!! ni nak cerita pasal gi mandi2 minggu lepas eh! yang aku melalut sampai ke tahun 2010 tu apa ke hey nyer?? hehehe saja je nak mengimbau kembali nostalgia sebenarnya =) sebab cerita minggu lepas ni ada kena mengena ngan cerita tahun 2010 tu. 

OK berbalik pada cerita gi mandi2 aritu, planning dah chantekkk dah, nak gi mandi kat Hutan Lipur Ampang, tu pun dah tengahari kot.. redah je lah.. 

Sesampai je kat pintu masuk, guard tu kata tak boleh masuk dengan kereta, maksudnya ko kena parking kat luar then kena jalan kaki masuk kedalam untuk mandi. Tarikh berkuat kuasa untuk larangan masuk kereta, pada 20 Februari aritu. Giler????!!! jauh weh nak masuk kedalam tu. hurmmm hampa!!

Tak citer banyak, aku terus ajak Nizam gi Kemensah je.. senang! tak payah nak banyak songeh.. 


kitorang lepak mandi kat sini aritu.. best gak.. dah macam kat Desa Water park plak ;p

harga pondok untuk disewa, so sapa decide nak stay kat sini, ni rate dia..

dua beradik hantu air.. pantang nampak air.. 


Mula2 tu rasa nak gak mandi, last2 malas.. sebab mood dah terbang.. ni semua salah Hutan Lipur Ampang punya pasal.. puiii.. sebenarnya masuk gak dalam air, tu pun cuma celup2 montot je, sebab kena paksa ngan Khairine & Danish huhuhu.. Lewat petang baru bergerak pulang.. 

Read More

Wednesday, February 27, 2013

Growing Up Baby Shahir

Pada yang dah terbaca entry ni haritu, ini latest update baby Shahir, anak kepada Arwah Sis Karina. 

Alhamdulillah, dari hari ke hari baby Shahir dah semakin sihat membesar. Dah nampak perubahan pada fizikal dia, semakin sihat & tembam =)

Ni baby Shahir baru lahir, tapi tak cukup bulan.. lahir dalam usia 8bulan
masih bergantung sepenuhnya dengan tiub untuk bernafas & menyusu. 

Kalau tak silap ni masa baby Shahir dah nak masuk 2 minggu, dah boleh buka mata
ada nampak perubahan pada pembesaran baby Shahir.. Alhamdulillah :)

comelnya baby Shahir bobok :)

Ni latest picture Baby Shahir.. Alhamdulillah... semakin comel dia..

Mari lah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat Baby Shahir, juga untuk Arwah ibunya.. 

Sedih sangat.. masa taip cerita ni rasa nak nangis. Al-Fatihah buat arwah Sis Karina. Miss you so much sista :'(
Read More

Monday, February 25, 2013

CNY Dinner, Prince & Residence Hotel Kuala Lumpur

Simple Dinner CNY celebration, tahun ni tak best mcm tahun lepas..tahun lepas akak siap menang best dressed uolls hehehe.. pakai Cheongsam ala2 Ah Soh made in Pasar Pudu, rambut disiput ala2 Mok Limoh made in Jinjang.. sonok gilos siap dengan lucky draw bagai.. tapi tak masuk entry sebab tahun lepas memang aku saja sawangkan blog ni.. tahun ni je baru ada kesedaran sivik sket untuk nak hapdet regularly cerita2 mengarut aku... ngeh3 :D

Nah! nak tunjuk sket gambar siput sedut Mok Limoh akak tahun lepas
Siap kilat2 uolls.. 

Annual Dinner + CNY Celebration 2012 kat Oriental Pearl Restaurant, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort

Ni nak eksyen sket.. menang Best Dressed & Lucky Draw ko!! 
Ni lah boss kesayangan aku.. Matthew Rummer yang sangat baik & sporting nak mamp.. luv you Matt =)

Jumaat lepas dinner tu opis aku buat kat Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur. Memandangkan opis aku pun tak berapa nak jauh dari hotel, 6.15pm aku dah terpacak kat depan restaurant tu.. Lepak jap kat lounge sebelum masuk. Ngam2 6.30pm pintu restaurant tu terbuka, dengan rakusnya aku tak sabau nak masuk hihihi (nampak tak perangai gelojoh aku???!!.. puiiii). 

Welcome to Tai Zee Hin Restaurant 

 Tai Zi Heen, Prince Hotel & Residence Hotel Kuala Lumpur

 Bergambar itu penting :)

Posing sebelum makan yer!! 

Ok mari masuk ke Private Room 3, time ni ada yang belum sampai lagi sebab jalan jammed, tau je lah Senah oii, ari Jumaat kan sokmo nak jammed kat KL ni.. huh!

Yee Sang dah ready... let's count!! One, Two....

Three!! yiihhaaa *dengan harapan lepas makan dapat Ang Pow maa* haram tak hado lepas tu kahkahkah >_<

Spring and Happiness Set, nama menu yang hado malam tu.. semua makanan tu sodap nak mamp!! 

 Colourful of fruit Drinks.. sedapppp 

Makanan yang hebak!! sangat yummeh :)

 Makanan yang hebak tadi kini dah licin di bedal oleh kami =)

OK kenyang!! tunggu Ang Pow pun tak hado, ok lah boss.. time to say gud bye lah.. malas nak say thank you kat you lah boss sebabkan tak dapat ang pow, aku cepat2 angkat kaki chow chin chow.. balik rumah. 

Sampai je rumah, Nizam dah siap nak gi Futsal kat Sport Planet Ampang.. eh tunggu Bie!!! I nak ikut..... (suka nyebok kalau Nizam gi futsal hehhehe).
Read More

Thursday, February 21, 2013

Menang Wang Besar???



Semalam terima SMS dari nombor yang tak dikenali..  Ni PROMOTION ke atau DAPAT HADIAH PERCUMABila aku cuba call nombor yang diberi (SHELL SDN BHD kononnya) 0142846244 tak pulak berjawab!!! tak pulak kau return call aku.

Aku syak ni mesti SMS Spam... saja jer lah aku try call kot2 betul aku menang HADIAH PERCUMA RM19k dari Shell yang tertera kat SMS tu.. tak berharap pun.. tapi hagak2 lah kalau nak menipu pun oiiii!! Gggrrr (dalam hati menyumpah2).

Setakat hari ni aku tak pernah menang apa2 peraduan, tak tau lah kalau ini caranya sesebuah organisasi tu nak bagitahu yang kita menang dengan cara berSMS.. 

Bila pikir2 balik, memang tak logical langsung.. Giler ke apa???!!! dah lah hantar SMS pakai nombor lain, disuruhnya pulak aku call ke nombor yang lain untuk redemption!! Ini semua menipu & penipu besau!!!!!!! dalam hati ni tertanya2 juga, apa motip ko hantar SMS kononnya aku menang RM19k tu.. ke ko saja je nak bazir bill hp atau buang credit??? huhhh malas nak layan SMS bodo macam ni.. 
Read More

Wednesday, February 20, 2013

Birthday Card untuk Mummy

Terjemahan : 
Maafkan Khairine, nenene
Maafkan Khairine,
Maafkan Khairine 
The End
** Lirik diadaptasi dari cerita P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok, lagu Maafkan Kami **

Terjemahan :
Lukis gambar orang.. Maksudnya aku & dia lah dlm gambar tu :D


Sebenarnya Khairine nak bagi kad birthday dekat Mummy.. Nah! ni untuk mummy *sambil hulur sekeping kertas kat aku* 

Aku????? @#%&*/-+ blur kejap.. Sambil jawab.. Kan besday mummy dah lepas, kenapa bagi sekarang? 

Dengan slamber Khairine menjawab : ermmm tak apa lah mummy ambik je.. 

Bukak je tengok besday wish pun x ada.. Motip???? Aku jadi blur lagi.. 



Sent from Samsung Galaxy Note II
Read More

Pengaruh Anak-anak terhadap Ibu Bapa



MAKAN Subway Surfers, MINUM Subway Surfers, TIDO Subway Surfers, PEJAM MATA Subway Surfers, BERJAGA Subway Surfers, BERJALAN Subway Surfers, BARING Subway Surfers.. boleh dikatakan twenty four seven SUBWAY SURFERS.... APAKAH???????????

Ini semua pengaruh dari Khairine & Danish.. errrgghh dorang lah pembawa wabak game ni, sampai kan Mummy & Babah pun terjebak sama :D

Menggila ko main game ni.. apa idoknya?! asek teringat jer kat game ni.. kalau kat rumah masing2 senyappppppp je, sebab apa?? sebab masing2 ngadap game ni lah!! hahahaha.. aku dengan Nizam melayan guna hp, Danish & Khairine pulak masing2 dengan tab masing2.. leka weh main game ni, lepas  game over je mesti nak kena main lagi lagi lagi lagi dan lagi.. perrghhh memang tak jadi kerja lah kalau dok hadap game ni.. 

lagi2 kalau dapat bonus.. kahkahkah

Bila dah kojol, kena lah start balik.. puiii!! kuat betul pengaruh game ni

kalau tak caya coba lah donlod.. ngeeeeee :p
kbai, nak sambung main jap.. 



Read More

Friday, February 8, 2013

Prosperous Year of Snakesssssss! Gong Xi Fa Cai





Weekend and the year of snake is approaching. 


GONG XI FA CHAI to those celebrating and Happy Holiday to all Malaysian!!!! 

Be safe wherever you are..




Year of Snake!! 
Read More

Ekzema, Kulit Sensitif atau Kulit Kering?

Khairine memang ada ekzema pun masa kecik2 dulu.. Aku ada juga google tengok apa symptom ekzema ni.. tapi mostly  bayi/ kanak2 yang berumur 2 tahun dan kebawah memang cenderung bleh dapat ekzema. Sekarang Khairine dah umur 9 tahun kot.. 

Kulit kering atau Ekzema?????

Aku tak tau lah nak describe jenis apa kulit Khairine.. mungkin sebab Khairine seorang penghisap jari tegar???!!! actually Khairine hisap jari dari sejak dalam pantang lagi. Kalau hisap jari mesti nak ada kain bushuk dia. Nasib baik kain bushuk Khairine tu tak besar, hanya sehelai handkerchief je.. phewww. Sekarang umur dah 9tahun dah susah nak buang habit tu. Aku beranggapan mungkin kesan dari Khairine hisap jari tu maka kuman2 dah masuk dalam badan dia dari jari yang Khairine hisap tu kot.. plus mungkin juga pasal kain bushuk Khairine tu??? hurrmm

ni lah caranya Khairine hisap jari + kain busuk (handkerchief)


Semalam bawa Khairine gi Klinik, Doktor cuma kata kulit kering. Kulit kering tapi tak kan lah sampai macam tak ada tanda2 nak baik kot???!! sebelum ni pun aku ada pergi klinik lain untuk dapatkan rawatan pasal kulit Khairine, based on apa yang doktor tu kata, kulit Khairine ni jenis kulit sensitif, so Khairine tak boleh selalu terkena  habuk yang boleh membuatkan kulit dia jadi gatal2. Especially tempat tidur, penggunaan sabun, makanan/ pemakanan.. untuk mengelakkan Khairine menggaru, aku sentiasa pastikan kuku sentiasa pendek.

Aku pun keliru sekarang ni. segala mak nenek ubat, losyen, sabun dah guna selama ni untuk nak kurang kan kegatalan kat kulit Khairine tu. 

 Tunggu turn jap eh.. 


Doktor advise suruh datang jumpa dengan pakar kulit untuk dapat kan rawatan lanjut kalau masih lagi berlarutan. Tengok lepas 2 minggu macamana. Kalau ubat yang semalam doktor bagi tu tak berkesan, terpaksa lah jumpa dengan doktor pakar. 

Info tentang Ekzema :

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 



Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 



Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 
Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 



Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?
Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 
Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor. 
Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah. 



Apakah rawatan lain yang ada?
Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin. 
Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain. 
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.


 
Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif. 
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar. 



Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. 
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut. 



Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Inilah apa yang kami tahu: 
• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. 
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. 
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan. 



Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba: 


• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda. 


• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan. 


• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema. 


• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk. 


• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat. 


• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. 



Read More

Tuesday, February 5, 2013

Putu Bambu je punnnn


Balik kerja time drive td terpikir macam nak makan putu bambu world.. Lama tak makan kuih tu.. Hishh macam orang ngidam plak :-P


Lepas amek Khairine kat skul tadi terus gi beli jap.. Omnomnomnom... Sedapnyaaa.. Beli kat simpang depan rumah je.. X sangka sekarang dah banyak plak cawangan MD Putu Bambu World ni.. Dah bersepah kat mana2.. Kemain kencang bisness nampakkk hahahaha..


Klah saja je nak poyo petang2 ni makan putu bambu world.. Kbai :-P


Sent from Samsung Galaxy Note
Read More

Monday, February 4, 2013

AL-FATIHAH

Sebenarnya hari kedua aku bercuti kat Penang aritu, Shida ada whatsapp aku.. dia bagitahu yang Kak Karina koma.. dup dap dup dap jantung aku bila dengar berita tu.. Dalam hati ni sentiasa berdoa supaya dilindungi & mintak disembuhkan cepat. 

Kak Karina ni senior aku masa kat Sekolah Ampang Girl dulu.. masa zaman skolah, kenal & tegur2 gitu je.. tak pernah rapat pun.. Lepas sekolah pun tak pernah jumpa.

Zaman sekarang yang hi tech, terjumpa lah kitorang semula kat fb.. dan kami mula rapat. Nak dijadikan cerita, kebetulan pulak arwah ni memang expert buat cake.. antara cake yang superb marvellous yang dia buat ialah Red Velvet & cake2 yg lain pun sedap.. Aku selalu order cup cake, kalau order sebiji cake susah sket untuk aku nak makan, malas nak potong, kalau cup cake senang terus ngap je masuk mulut.

Alangkah terkejutnya aku dapat whatsapp dari member Sabtu lepas pkl 6.30am pagi2 buta terima berita kematian Sis Karina.. Innalillah.... masa tu Allah je yang tahu perasaan ni.. cepat2 aku call member2 lain yang kenal arwah.. ramai juga customer arwah ni dikalangan kawan2 aku, aku selalu promote kat kawan2 kata cake arwah Sis Karina bake ni memang sedap.. 

Berdasarkan cerita dari cousin arwah, hari sebelum dia admitted kat hospital Gleneagles, arwah datang untuk buat normal pregnancy check-up, tup-tup doktor kata ada komplikasi.. komplikasi apa??? aku pun tak sure. So doktor terpaksa operate arwah untuk keluarkan baby dalam kandungan yang hanya berusia 8bulan. Lepas dari operation tu doktor terus komakan arwah. Mungkin sebab komplikasi tu lah doktor komakan dia. kesiannyaaaa.. aku dapat bayangkan betapa seksanya dia masa tu.

Hari Sabtu masa dapat berita kematian arwah tu, aku sempat ziarah jenazah kat rumah dia di Setapak. Aku, Ryta & Shida.. kitorang bertiga seawal pukul 8am dah sampai dirumah arwah. Alhamdulillah, kami sempat tengok jenazah masa tu. Tak payah lah aku describe arwah kat sini yer.. Aku sedih sangat bila dapat tengok, nangis2 time tu. 

Lepas tengok jenazah, kami bertiga pun lepak kat luar rumah, terdengar pulak ada yang bercerita pasal komplikasi yang arwah hadapi tu. Rupa2nya arwah ada blood pressure & sesak nafas.. tapi tak tau lah kenapa sampai kena keluarkan baby dari perut arwah sebab baby baru je berusia 8bulan..  entah lah.. ni cerita2 yang aku dengar, kesahihan cerita tu hanya arwah & family je yang tahu. Kita tak boleh nak buat tanggapan yang bukan2 nanti salah berdosa pulak. 
Antara Red Velvet cake yang pernah aku order dengan arwah tahun lepas... 

Cake ni special order & design dari aku untuk Khairine & Danish.. Alhamdulillah, memang menepati taste apa yang aku nak.. 
Cake ni lah yang super duper special made dari arwah.. cake hantaran kawin aku.. aku tak kan dapat lupakan selama2nya :'(

4 boxes ni yang aku order skali gus.. time tu kitorang saja nak buat kenduri cuppies kat Nailis Ampang Point.. RV 2 kotak, Cadbury Hazelnut Chocolate cupcake with Ganache & Nuttela & Nutthy cheese chart.. semua ni sooooo yummylicious.. 

Cadbury Hazelnut Chocolate cupcake with Ganache & Nuttela, Black Bottom Cream Cheese cupcake, RV & Oreo cupcake with Cream Cheese. Lain2 cake dari product arwah pernah jg aku order.. Nampaknya terpaksa lah aku cari baker lain untuk order cake lepas ni.. hurmmm :'(

Arwah ni baik sangat orangnya.. soft spoken bila bercakap.. selalu kalau tak jumpa ambik cake yang aku order dari dia pun, kitorang akan berbual on the phone atau online chat kat fb je...saja sembang2 kosong.. Kali terakhir chatting dengan arwah bulan December tahun lepas.. arwah kata dia nak stop order sampai end of December 2012 sebab nak focus dengan pregnancy & akan melahirkan on March 2013.. Arwah kata bulan June 2013 baru start amek order balik.. tapi hajat tak kesampaian :(

Allah lebih menyayangi arwah dan pergi dulu dari kita... Anak arwah sekarang  masih berada kat hospital.. Tak dapat aku bayangkan baby yang lahir tak cukup bulan & tak pernah melihat rupa ibu & tak dapat menyusu dari ibunya.. sedihhhhhh sangat.. semoga baby boy arwah sentiasa dilindungi olehNya.. InshaAllah :'(
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah