Friday, September 26, 2014

Welcome To Kuching

Salam Jumaat
Kerja ke harini?
Aku baru je sampai Kuching niha. Berderup-derap jantung Kak Jah naik katerbang kali ni. Maklumlah macam2 cerita kes katerbang lately ni kannn.. oppss choiii sangat mulut tu. Janji dah selamat sampai pun dah cukup Alhamdulillah.
Saja nak bagi tau yang aku dah sampai Kuching harini.. karang orang datang sini tengok aku tak ada karang tercarik2 pulak mana senyap sedu je Kak Jah tak ada kat rumah.. hahahaha ada orang kesah???
Tadi masa kat dalam flight aku hangen betul dengan si botak belakang seat aku.. sambil dia berbual sambil push seat aku dari belakang.. lantak kau lah nak bercerita ke nak beryoga ke apa kat belakang tu.. ni siap tendang2, tolak2 seat aku.. tak selesa okeh!! Rasa nak bangun je gi ketuk kepala dia kuat2.. biadap sangat!
Tadi masa nak turun flight tangan dia terlanggar kat kepala aku.. cepat2 dia say sorry.. "sorry sorry sorry.. im sorry" sorry abah kau!!! Phuiii
Ok lah nanti sambung lagi yer.. bagi aku kutip cerita2 apa yang ada kat Kuching ni.. boleh share dengan kauorang nanti. Now aku nak pergi check-in apartment kejap lepas tu nak pergi jalan2.
Happy weekend ☺
Read More

Thursday, September 25, 2014

Pengkhianat

Kita ni manusia makin hari makin matang kata orang.. mesti nak buat yang terbaik untuk diri sendiri, mesti ada target hidup, mesti nak ada sesuatu kelainan dalam hidup.. aku percaya, tak semua manusia normal yang nak kan corak kehidupan seharian yang sama dan mendatar je.. mesti bosan kan??!! Aku rasa orang giler pun ada perasaan nak ubah hidup dia kalau dia mampu. Dah nama pun dia "sot" so tak ada apa yang kita boleh expect dari orang macam tu.. yadok?.

Dari hari ke hari aku ni selalu berfikir, apa akan jadi harini, esok, lusa, dan hari2 yang akan datang dengan hidup aku kalau setiap hari aku dok buat benda yang sama je. Bohsan kannn?? so dalam hidup ni kita kena chill, at the same time kita kena ada target hidup.. baru lah kita tak ketinggalan. 

Kalau nak ikutkan zaman teknologi sekarang ni memang kau tak terkejar lah Cik Tipah oiiii.. apa-apa pun kita kena ikut flow.. jangan main redah je. Sakit kau nanti. Tengok kawan pakai handphone latest model, kau pun nak jugak. Bila tengok jiran sebelah baru beli kereta besau, kau pun paksa laki kau gadai bulu suruh beli kereta besau jugak. hujung2 yang merana diri sendiri.. kannn?? yang penting jangan terikut-ikut sangat dengan kemampuan orang lain. Kalau tak mampu buat cara tak mampu, kalau mampu tu lain lah.. kau nak beli gunung sekali pun sapa nak kisah.

Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya??

Aku buat luahan perasaan ni sebab ada benda yang buat aku sakit hati bila aku tau berita ni semalam. Tapi aku tak boleh lah cerita sebijik2 kat sini. Benda ni buat aku terkejut babi.. bila tau je terus buat kepala otak aku ni berpusing macam gasing fikirkan betapa tak sangkanya benda tu happened. Lagi terkejut babi bila tau dia buat perangai bodoh bangang macam tu sampai membabitkan orang lain sama.. gggrrrrr!!

Aku dulu masa zaman nak membesar tak lah baik mana pun.. tapi tak lah sampai ke tahap jadi bohsia atau pergi rompak bank.. maksudnya nakal2 budak remaja.. biasalah tu kannn. Bila dah besar, usia makin meningkat, dengan kematangan umur, dah berkawin, dah beranak, sikit2 terus rasa nak berubah jadi baik dan terbaik.

Kau paham tak maksud aku??

So sekarang nak kata baik tu tak lah baik.. karang aku kata aku baik ada yang bagi kecaman hebat pulak.. hahaha. Cuma orang yang kenal aku je patut menilai aku macam mana. 

Adoiiii masih tak mencapai maksud lagi apa yang aku cuba nak sampaikan nih.

Korang terpikir tak.. orang yang kadang kita pandang mulia/ baik/ nerd tu kadang2 orang yang paling hina perangai dia dari orang2 yang korang pandang keji??

Kenapa aku kata macam tu? 

Kadang tu orang-orang macam ni lah selalu berlindung dari kebaikan yang kononnya orang nampak dia baik. Sebaliknya kau lah raja segala setan! Aku pelik lah. Kenapa ada orang yang sanggup mengkhianati?? bukan orang lain pun.. mangsa tu orang terdekat kau sendiri. Kat sini aku bukan maksudkan diri aku yer.. ini cuma sekadar cerita dan bukan umpatan.

Setakat ni aku cuma boleh dengar je cerita ni. Nak pergi sound pun macam tak sesuai sebab aku tak nak masuk campur hal ni. Apa yang aku boleh buat cuma berdoa yang terbaik buat abang aku dan bagi semangat kat abang aku.

Eh susah lah aku nak tulis berkias2 ni.. biasa kalau bercerita aku suka straight to the point je.. karang lagi panjang karangan aku ni lagi banyak pulak cerita yang tak sepatutnya keluar.
Read More

Tuesday, September 23, 2014

Tempat Menarik Di Kuching Sarawak

Kemain tak sabar nak terbang ke Kuching katanya. Eh bukan tak sabar yer.. aku saja nak list down kan tempat2 menarik kat Kuching. So that aku boleh punggah balik entry dalam blog ni tempat2 menarik kat Kuching yang patut dilawati nanti.

Aku dah review semua tempat2 menarik di Kuching yang dilistkan kat bawah ni.. InshaAllah kalau sempat 4D3N aku kat sana, sampai lah aku kat tempat2 tu nanti.

Kepada orang Sarawak atau siapa2 yang pernah pergi Sarawak, ada suggestion lain untuk aku tak?? mana tau aku boleh pergi nanti.. Kalau ada share yer :)

tempat menarik di kuching sarawak
Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. 

Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.

tempat menarik di kuching sarawak-7
#1-KAMPUNG BUDAYA

Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan  merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. 

Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke  tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. 

Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

tempat menarik di kuching sarawak-1
 #2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)

PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuchingterkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. 

Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. 

Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.

tempat menarik di kuching sarawak-2
#3-PASAR MINGGU SATOK

Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. 

Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. 

Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain.

tempat menarik di kuching sarawak-3
 #4-KUCHING WATERFRONT

Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching

Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. 

Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.

tempat menarik di kuching sarawak-4
#5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. 

Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. 

Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.

 tempat menarik di kuching sarawak-6
 #6- TAMAN NEGARA BAKO

Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. MonyetPrtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet MacaqueMonitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib  baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. 

Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.

 tempat menarik di kuching sarawak-5
 #7-PASAR SERIKIN

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. 

Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘jajan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.

 tempat menarik di kuching sarawak-8
#8-JONG’S CROCODILE FARM

Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. 

Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.

Read More

Monday, September 22, 2014

Biskut Semperit Idaman Qolbu

Ada haritu masa balik kerja masuk je kereta terus terbau macam biskut semperit.. dah kenapa tiba2 dalam kereta bau biskut semperit??!! pelik2 je deria bau aku ni. Terus jam2 tu jugak aku terasa nak buat biskut semperit. Perangai Kak Jah ni bukan boleh dibuat kira.. kalau time tu terasa nak makan, terus dan2 tu nak.. melebih2 sangat perangai kalah pompuan mengandung.

Dalam kereta masa kat traffic light terus google resepi biskut semperit.. ko ghasa?? hahaha. Tak sempat sampai rumah on laptop, dalam kereta jugak aku google. Terjumpa satu website ni tengok macam senang je nak buat.. bahan2 pun senang nak dapat. Cuma tinggal nak beli butter je kat supermarket.. bahan2 lain memang dah ada kat rumah.


Biskut Semperit Idaman Qolbu

Kau mampu buat biskut semperit bulat2?? hahaha. Aku rasa aku sorang je buat biskut ni ikut bentuk sendiri. Aku tak ada acuan semperit. So aku "spret" kan je bulat2 macam ni. Janji rasa semperit tu hado. Bentuk dan paras rupa tak penting.. hahaha.


Antara bahan2 yang aku guna.

Haritu aku pukul butter & gula tak guna mixer, aku godak pakai senduk je.. tu yang bila tengok betul2 texture biskut ni macam nampak gula sebijik2 kat biskut tu. Senduk hitam tu lah yang aku guna untuk pukul butter dengan gula.. pandai sangat Kak Jah kau ni.. mana lah nak hancur gula tu ngok!! hahaha.



Sibuk menggentel semperit idaman qolbu katanyer.. hahaha.


Ready nak bakar

Dapat sebalang.

Nak try ke?? kalau nak try ambik resepi kat bawah tu.. try lah buat semperit idaman qolbu korang sendiri yer.. kalau nak buat bentuk patsegi pun boleh.. hehehe.

Bahan –bahan
Buttercup – 375g (1 ½ blok )
Tepung gandum – 1 ½ cawan
Tepung kastard – 1cawan
Tepung jagung – 2 ½ cawan
Kuning telur – 3 biji
Esen vanilla – 1 sudu kecil
Gula – 1 1/2 cawan
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )
4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

Credit to : www.wanista.com

Ada satu lagi resepi biskut semperit yang senang nak dibuat. Hanya guna 3 bahan je.. caya tak?? kau tunggu aku try buat dulu.. kalau success aku share dengan korang yer.
Read More

Wednesday, September 17, 2014

Nasi Ayam Cuti Hari Malaysia

Sedap korang sambung cuti kannn.. empat hari direct sampai semalam.. patut lah blog masing2 pun senyap sendu je tak berupdate.. hahaha.. Ehhh kisah pulak aku.. sukati korang lah nak update ke tidak.. ;P korang mesti pergi bercuti2 kannnn.. memandangkan aku tak ambik cuti hari Isnin haritu.. so semalam cuma pergi bawak budak2 mandi je kat Pusat Sains Negara.

Pagi semalam dah terlajak bagun. Kemain sedap membuta sampai pukul 9.30pagi.. aku dah bajet nak bagun awal semalam sebenarnya.. dah schedule nak masak2.. maklum lah cuti kannn. Boleh pulak terlajak tidur. Nasib baik sempat prepare breakfast. Itu pun melompat aku dari katil tengok jam dah pukul 9.30. 

Tengok2 Khairine & Danish masih sedap beradu lagi. Bapak dia ko jangan tanya lah.. kalau aku tak gegar katil dalam bilik tu dia boleh tidur membawak sampai ke hari Sabtu! muahaha suka sangat nak menipu kau Jah! 

So request dari Khairine.. dia nak makan cekodok pisang.. JAHANAM!!! mana aku nak cari pisang pagi2 buta.. kalau belakang rumah ada kebun pisang boleh lah aku tebas setandan buat cekodok.. dah nama pun emak kann.. apa anak2 request nak makan seboleh2nya aku cuba untuk realisasikan.. pagi tu tabah ke kedai.. cuci muka, gosok gigi tapi tak mandi, start kereta pergi kedai cari pisang. Masa kat kedai terus dapat ilham nak buat nasi ayam untuk lunch. Beli barang basah sikit lepas tu terus balik rumah bersiap sedia untuk berperang kat dapur. 

Ayam tu memang rupa dia hitam yer.. jangan salah sangka dengan kehitaman dia tu.

Aku suruh Nizam snap gambar atas meja semalam sementara aku prepare bahan2 lain untuk nasi ayam.. tengok2 dia ambik gaya macam ni.. boleh lah tu..


Ni satu lagi.. segala periuk nasik semua masuk dalam gambar.. hahaha. Aku dah mintak Nizam tolong salin nasi tu boh dalam mangkuk nasi.. biarlah proper sikit walaupun nak makan anak beranak je.. tapi dia tak buat.. biasalah orang lelaki kannn.. asal boleh je.

Dalam blog ni aku pernah kongsikan resepi nasi ayam kat LINK ni.

Cara2 buat nasi ayam tetap sama macam step yang aku buat selalu. Cuma kali ni aku tukar sikit cara perapan ayam tu. Cara senang dan mudah untuk orang yang malas nak perap ayam dengan macam2 bahan.

Ini pun aku baru tau.. cara ni yang selalu diguna pakai oleh Kakak Ipar aku. 

Senang je.. hanya dua bahan je yang korang perlukan:

1) Perencah sup (serbuk) 
2) kicap kipas udang (merah)

Lepas tu gaul rata2 perap kejap 10 minit then boleh goreng.

Bukan main sekarang ni Kak Jah sangat rajin ke dapur kannn.. dulu masa anak dara apa mak ko ajar semua ko buat bodoh je. Bila dah berlaki baru tau betapa kerja2 memasak tu sangat penting.. hahaha. Aku pernah cakap kat Nizam masa sebelum kawin dulu.. aku suruh dia hantar aku ke kelas masak.. hahaha. Apa bangang sangat kau Jah sampai mintak masuk kelas masak memasak.. padahal zaman sekarang ni masak2, resepi semua dihujung jari je. Eh belagak plak tu.. hahaha.

Bila aku post gambar makanan kat IG ada yang kata aku pandai masak (auuwww kembang kuncup bontot Kak Jah) padahal korang jangan tertipu yer.. sebenarnya kehandalan ni aku banyak belajar dari internet. search je menu apa yang aku nak masak, salin resepi lepas tu try & error kat rumah. Yang jadi tukang komen, pemuji dan pengkritik sapa lagi kalau bukan Nizam, Khairine & Danish. 

So far kalau aku tanya sedap ke tak Mummy masak, sokmo kata sedappppppp.. berani kata tak sedap??!! hahaha. Aku prefer pada komen2 dari Nizam je.. kalau dia keji masakan aku kata tak sedap maka aku kena lah perbaiki masakan aku.. kalau dia kata sedap nanti mulalah hidung Kak Jah kembang kempis depan suami.. hahaha.
Read More

Friday, September 12, 2014

White Ribbon Campaign Run And Walk 2014

Hi.. Assalamualaikum..

Saja nak cerita ni.. at the same time saja nak mengimbau kembali masa lampau.. perrgghh ayat kau Jah!! hahaha.

Actually aku ni tengah bersemangat waja nak tebar cerita ni kat korang.. baru2 ni kawan aku ajak join White Ribbon Campaign Run & Walk 2014. Ni ala2 marathon lah.. siapa yang selalu terbabit dalam dunia marathon diorang tahu lah. 

Aku ni baru nak join. Selama ni tak pernah pun join event macam ni. Unless selalu buat outdoor activity sendiri je.

Siapa nak participate boleh pergi register online cepat2 sebelum registration closed yer.

Yeayy dah confirm pun registration Kak Jah.. ;)

Dulu selain ada gak outdoor activity yang aku rajin participate tapi among kawan2 je lah.. 

Antaranya

Volleyball

Volleyball ni aku join masa aku kerja SYABAS dulu.. Cer cari mana satu Kak Jah dalam gambar tu ;P Team kitorang selalu champion kalau lawan antara District. Yang sedihnya coach kitorang En. Hamzah baru je meninggal dunia awal tahun ni haritu. Tapi bangga ar sebab kitorang selalu champion. Masa tu semua disponsor.. dari baju, jaket, kasut semua di sponsor.


Berkayak

Dua orang pun jadi gak time tu.. hahaha. Saja nak enjoy2 dengan outdoor activity masa tu.. Sekarang kaluuu memang dah malas lah.. Unta padang pasir pun tak semalas Kak Jah.. tu yang badan pun makin membuak2 gemok :D

Aku pernah buat entry Kayak dalam blog ni.. kalau nak baca gi kat LINK ni.

Naik Gunung Nuang

Cerita aku nak Nuang pun ada kat blog ni.. nak baca sila picit BUTANG ni.


Rock Climbing

Entry ni kat LINK ni. Futsal pun aku join jugak.. tak silap aku baru2 ni aku ada buat entry aku main FUTSAL

Ni lah yang aku katakan tadi mengimbau kembali masa lampau. Sebenarnya saja je nak repost entry2 lama suruh korang tengok entry2 lama aku.. hahaha.

Dah sekian lama aku tak beraktiviti macam ni, tu yang aku semangat nak join White Ribbon Campaign Run & Walk 2014. 

Nak harapkan aku exercise memang tidak lah.. badan pun dah melampau naik berkilogram. Asek kena kutuk dengan Nizam je.. balik2 kata aku gemok gemok gemok.. nyampah aku :(
Read More

Thursday, September 4, 2014

Happy Hour with Kiddos

Start bulan September ni aku dah boleh gumbira sebab opis aku dah tak buat alternate Saturday lagi dah waktu kerja.. hohoho mana ada orang kerja hari Sabtu lagi dah kannnn.. opis ni baru terhegeh2 nak mansuhkan hari bekerja hari Sabtu.. poyo! Orang nak menggeletis hari weekend pun susah! Lantak lah janji dah diwartakan tak bekerja setiap alternate Saturday pun aku dah happy.

Ni cerita Sabtu lepas lah ni.. hari terakhir aku kerja untuk setiap alternate Saturday. Balik je kerja tengahari tu menggelupur keluar opis nak cepat2 sampai rumah. Emak aku nak lepak rumah Kakak aku haritu.. so jumpa kakak aku halfway kat Subang lepas tu chow pergi Sunway Pyramid jenjalan bawak budak2.

 Membelek mengalahkan aku.. kemain lama.. mencikkk ;p

Dah jalan merata dalam Sunway Pyramid terus masuk Parkson. Si Khairine tu bukan boleh nampak Parkson, mesti wajib masuk.. sebab dia kan giler barang2 Monster High.. anak perempuan korang kalau tanya Monster High mesti diorang tau. Lepas ni korang jangan lalu depan Parkson tau.. hahahaha.


 Leka dari satu benda ke satu benda dia telek

Tu kat tangan tu ada paper bag Jelly Bunny.. dapat beli sepasang.

 Lepas dah telek2 accessories terus ke tempat Monster High pulak.

 Dia dah start tengok price kat kotak

 Lepas tu pegang2 kotak.. dengan harapan nanti aku tanya dia nak ke tidak..derrrr ;P


Dah mula nak pilih mana yang dia berkenan.
Aku perati je dari jauh.. takut nak dekat2 dengan dia.. lepas curi2 snap gambar dia ni aku terus bla jauh2 sikit bagi dia tak nampak aku.. hahaha. Kalau aku berdiri dekat2 karang macam2 dia mintak. Nizam pulak dok melayan Danish kat bahagian budak2 lelaki. Si Danish tu pun sama jugak tu.. aku tengok bapak dia berdiri jauh2 sikit dari anak jantan dia.. takut kena paw lettew.. hahaha.

Lepas tu masuk H&M pulak. Aku ingat nak cari seluar jeans Khairine sehelai.. dapat pun.. itu pun dia yang pilih sendiri. Lepas tu dia dok belek2 baju pulak. Amboi niat mak kau sebenarnya nak belikan seluar je selai.. aleh2 tengok dia membelek baju lagi pulak. Over sangat! 

Mari tengok gelagat dia.









Ini lah ragam budak umur 10 tahun bila bershopping. Nasib baik si Danish tak kaki sopping macam kakak dia. Danish more to beli mainan2 kartun apa entah.

Tengok gaya Danish pulak.




Kedai2 macam ni lah kesukaan Danish dengan bapak dia.

Keluar je dari Sunway Pyramid kitorang terus ke Bangsar nak lepak coffee-coffee.

Nanti cerita kat entry lain yer biar aku release entry ni dulu dah lah lately ni blog aku ni dah macam terabai je.. dengan entry lain nanti nampak lah banyak sikit berupdate.. hahaha.

Kbai :))
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah