Wednesday, July 31, 2019

Annoying



KES 1:
Ada. Memang pernah sangat. Sebab apa i block? sebab dia suka sangat blast out news & info yang kita sendiri dah baca/tahu. Plus info tu semua terang-terang dah terpampang yang mana kita sendiri boleh baca. Tak perlu lah nak blast semua benda dalam group/PM. Annoying tau tak?!

Lagi menyampah, dah la dah share kat WhatsApp, lepas tu spread pulak lagi kat WhatsApp story dia, IG Story dia, FB story dia, FB status dia, IG timeline dia. Habis semua medium social media dia campak cerita yang sama. Dah tu kalau macam tu tak perlu lah lagi kau blast out kt WhatsApp orang. Bodoh kayu betul!

Lagi bertambah annoyed bila kita sama-sama ada beberapa group WhatsApp, nanti kat semua WhatsApp group tu dia blast juga info/link/cerita yang sama. Aku yang duduk dalam group tu (katalah ada 3 group sama dengan dia) tak ke dapat benda yang sama sampai tiga kali??!!! adoiiiiiiiiii karang kalau sound, sentap pulak. tak sound, perangai macam tu. So better block. habis cerita.

Lepas tu bila kita ulas sikit info yang dia blast tu, mula lah dia pulak ulas lebih mendalam dan buat bijok macam dia tau serba serbi. Weh! Ingat aku ni bodo sangat ke tak reti nak baca dan hadam???!!! 🙄

KES 2:
Lagi satu perangai. Aku paling tak suka kalau benda yang aku dah tahu which is benda tu benda yang common sense je.. yang semua orang tau. Lepas tu sibuk nak mengajar kita.

Actually I cakap macam ni bukan i nak sombong bongkak tak nak terima apa orang advise atau apa orang nak ajar. Tapi kalau benda yang normal dan semua orang tau/dah diajar.. tak perlu kot nak buat buat bijok depan kita. Rasa time tu macam nak sumbat je selipar buruk masuk dalam mulut dia tu! Dah la perasan bagus, lepas tu cara dia nak ajar tu sangatlah menjengkelkan.

Contohnya. Baru-baru ni NJ accident motor. Tak parah pun. Standar ar luka-luka melecet je. Lepas tu i up la kat WhatsApp story.. dat time i bawak NJ pergi klinik for dressing luka dia tu. Ada la sorang umat ni terus PM i through gambar WhatsApp i tu.. biasalah soalan-soalan cliche "macam mana boleh jatuh" siapa langgar" "siapa salah".

Part paling meluat tu bila dia tuju soalan yang i rasa semua orang tau "jangan bagi dia makan telur, ayam or benda yang gatal-gatal" takut lambat baik la maksudnya kennnnn?! YE! AKU TAU. SEMUA ORANG TAU BENDA TU. Even aku beranakkan anak aku dulu pun aku tau apa benda nak dipantangkan. Ini kan pulak luka kecik kat tangan NJ tu.

So bila i kata I TAU APA PANTANG LARANG dan seumpamanya.. i bukan nak riak atau sombong tak boleh terima apa pendangan orang lain.. tapi lu pikir la sendiri.. benda common sense macam tu orang memang tau lah!

Eeeee meluat!
Read More

Cendol Durian Runtuh Lagi dan Lagi

Hari yang esoknya Pertabalan Agong tu NJ ajak dinner kat luar.. pergi cafe kawan dia dekat Gombak. Sampai je sana tengok.. alamak cafe dia tutup pulak. So makan je la dekat cafe satu lagi tu yang dekat-dekat dengan cafe kawan NJ tu. Ye la esoknya public holiday kann.. kita makan kat luar je la.. ehhh bukan hari-hari ke makan kat luar?? hahaha.

Lepas balik dinner tu sambil borak-borak dengan dalam kereta, Dari Gombak NJ dok round sampai kat area chowkit. Terus dia cakap.. "nak makan cendol durian tak?" laju-laju i cakap NAKKKKK. Terus dia kona masuk kot lorong nak ke cendol durian chowkit.

Actually masa bulan puasa haritu i ada cakap kat NJ i nak makan cendol durian.. biasalakann bulan puasa time very limited. Nak pergi lepas berbuka pulak, perut dah full. Nak pergi siang, puasa. Bulan Raya pulak lupa nak pergi... hahahah boleh gitu?!

Now you see

Now you don't
Read More

Tuesday, July 30, 2019

JOM KE PHUKET BERSAMA THAI AIRWAYS

Last passport I di chop was December last year. Tu pun masa pergi bercuti ke Hatyai dengan family. This year belum ada chop bertahunkan 2019 lagi haha. Kesian betul jarang-jarang berjalan ke obersi. Passport masih valid 4 tahun lagi. Dalam masa 4 tahun tu tak tau lah kemana kiblat nak pergi melancong nanti.. hahaha

Tapi! percutian ke ober the sea I just around the corner je ni. Tu nanti I buat entry lain ye.

So bila lama dah tak bercuti, nila masanya untuk kita rehatkan minda. At least kalau kita meneroka ke tempat orang, dapat jugak hilangkan stress sambil tu dapat belajar budaya orang yang selama ni kita tak pernah tahu. Paling penting dapat tengok keindahan tempat orang. Boleh lupa sekejap dunia 😅🙈. Jangan sampai tak nak balik sudah.


Lepas vacation I yang berjadual Jumaat ni, InshaAllah ke Bali.. NJ cakap untuk next destination, dia nak bawak pergi Phuket dengan naik kapal terbang kebangan diorang iaitu Thai Airways. Korang mesti nak tau macam mana nak dapatkan cheap thai airways flight tickets dengan senang kannnn? I akan share dengan korang macam mana nak book dengan Traveloka.

I’m sure zaman teknologi canggih ni semua orang dah pandai guna aplikasi online. Sama jugak macam nak beli tiket flight. Korang boleh je beli online. Tak payah bersusah payah pergi beli kat Airport atau pergi Travel Agency untuk booking tiket flight lagi dah.

APA YANG PERLU KORANG BUAT?


1) Firstly kat Traveloka korang boleh buat online booking. Let say korang nak cari cheap flights to Phuket promotions, korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu Thai Airways.

2) Isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya Phuket, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan.

3) Lepas tu click search flight, dan korang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers.

4) Buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email.

5) NI PENTING! Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti. 

Kalau korang nak tau, Thai Airways ni dah start beroperasi pada tahun 1988 lagi, Wow umur I baru 8 tahun time tu.. Amazingly Thai Airways dah wujud ye!😆 Dalam jangkamasa 31 tahun ni diorang adalah antara yang berpengalaman dalam barisan syarikat penerbangan yang ada diseluruh dunia.

Nama lain dia korang boleh panggil THAI, salah satu ahli STAR Alliance. Dengan Thai Airways korang boleh pergi ke lebih kurang 37 negara. Untuk kali ni jom kita focus ke Phuket. Sebab Phuket memang dah ada dalam wishlist destinasi percutian I lepas ni. Better I buat summary sikit tentang Phuket dan macam mana nak beli ticket murah dengan Thai Airways. So dat I can plan my vacation to Phuket soon and boleh terus refer kat entry ni je.

Dari segi seating, itu based kepada bajet korang sama ada korang nak naik economy, premium economy, Royal Silk atau Royal First Class. Lagi pun nak ke Phuket je kennn.. tak payah nak feeling macam naik private jet sangat nak beli ticket mahal-mahal.. hahaha. Korang beli tiket economy pun dah molek dah.

Banyak dah I survey kat website & blog blog orang.. Phuket memang best. Destinasi ni memang sesuai untuk korang yang datang nak bercintan cintun tepi pantai yang cantik yakmat.

Actually banyak benda yang korang boleh buat kat Phuket ni. Selain shopping.. amboi tau dah perempuan tu asek dok fikir shopping je haha.. shoppinng souvenir la 😜 Kat Phuket bukan macam dekat hatyai boleh nak shopping periuk belanga bagai. Mostly Phuket banyak island yang cantik-cantik je untuk kita nikmati.

Pantai menarik:

Kata Noi Beach adalah sebuah pantai berpasir halus yang cukup menggoda. Airnya yang jernih kebiruan menambahkan lagi keunikkannya. Yang menariknya lagi, Kata Noi Beach juga agak privasi kalau compare dengan pantai-pantai lain di sekitar Phuket kerana lokasinya yang agak tersorok dan jauh dari town Phuket, menjadikan keadaan lagi relaxing. Waktu yang terbaik untuk ke pantai ini adalah dari bulan Disember hingga April sebab airnya lebih tenang untuk korang satu family bermandi-manda. Manakala dari bulan Mei hingga Oktober pula, ombak besar start menjadikan ia lebih sesuai untuk aktiviti surfing.

Koh Bon adalah pulau yang terletak hanyalah sekitar 2 km dari Rawai. Pulau dengan kepanjangan 1.2 km dan kelebaran 500 meter ini sangat kecik, tapi, kekayaan faunanya awesome gak. Pulau yang dilitupi oleh pokok-pokok yang menghijau ni ada kawasan pantai dengan air yang jernih berwarna hijau kebiruan. Air yang jernih di kawasan pulau? Of course aktiviti yang tak patut dilepaskan di sini adalah bersnorkeling.

Tempat ni dikenali sebagai James Bond Island. Dulu penggambaran film James Bond pernah dibuat dekat sini. Terus lekat nama James Bond Island dan menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negera.

Phuket Walking Street atau nama lainnya Lardyai Market yang membawa maksud pasar besar di dalam dialek Selatan Thailand adalah pasar yang agak different daripada yang lain. Berjalan di sepanjang Phuket Walking Street ini membuatkan korang terasa macam ada kat ‘street art’ yang penuh dengan kemeriahan.

Pasar yang start pada tahun 2013 ni terletak di Thalang Road, iaitu kat tengah-tengah bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah bereka bentuk Sino-Portugis. Dari gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan kreatif, kedai mainan, butik pakaian hinggalah kepada tempat bermain trampolin percuma, macam berada di sarkas pula rasanya.

Bukan itu jer, bab makanan memang korang tak payah risayu, macam-macam tersedia untuk mengisi perut yang kosong sambil menghiburkan mata dengan keunikan pasar ini. Yang pengting bawak TBH banyak-bayak ye. Have fun korang bila dah sampai Phuket nanti 😍
Read More

Monday, July 29, 2019

Tempat Menarik Bali 2019

Info ni I dapat dari my friend & hasil mengGoogle. Dia baru je pulang dari Bali. Rasa banyak je tempat yang boleh pergi kat Bali ni and sure ada tempat-tempat baru lagi yang mungkin I tak senaraikan dekat dalam entry ni.

Not so updated, but I try to list nama-nama tempat yang boleh I lawati bila I ke Bali this very soon.

NJ suruh I listkan itinerary. Dah siap itinerary tu, I masuk dalam blog ni terus supaya boleh jadi kenangan & reference sebelum I sampai Bali nanti. So that we can refer kat sini.

I sendiri pun first time nak pergi. Second time for NJ. Gambar-gambar yang I tempek kat bawah ni semua ehsan dari Google.

Places must go:

Tanah Lot Temple

Pantai Water Blow di kawasan Pariwisata Nusa Dua

Pandawa Beach

Uluwatu Temple

Kecak Dance Uluwatu Temple

The Tegalalag Rice Terrace,Ubud Bali. One of the most famous tourist attraction in Bali

Naik Buaian di Bali Swing Tegalalang Ubud

Relax tengok view sambil mabuk air sejuk di Kintamani

Tengok sunset sambil dinner makan seafood di Jimbaran

Tengok sunset di Seminyak Beach

Tempat lain lepak tengok Sunset
Kudeta, Rock Bar, Omnia (tempat ni macam bar)

Tempat Makan yang recommend by my friend:

1- Ayam Penyet Surabaya
2- Ayam Tulang Lunak
3- Nasi Ayam Pedas Bu Oki

I main taram je ni.. tempat makan pulak i tak letak gambar sebab takut ada yang tempat lain-lain kawasan. InshaAllah kalau I kesempatan pergi ke tempat-tempat yang I listkan kat atas ni, I’ll give info-info yang tepat ye. Tolong doakan Kakak rajin kutip info nanti kat sana 😆😆
Read More

Friday, July 26, 2019

Tempat Lunch Dah Dekat Dengan Office

Baru je cerita kat ENTRY ni yang surround office i ni susah nak cari tempat makan.

Semenjak LuLu Hypermarket, One Shamelin bukak 1 July haritu.. kitorang baru je jejakkan kaki kemarin. Semalam repeat lagi skali.

I pernah pergi LuLu yang kat KL tu. Sana memang besar gak la sampai tingkat atas pergi dia. Tapi tak explore pulak kat mana tempat makan yang boleh dine in. Senang citer.. LuLu kat KL tu i pernah masuk 3 kali je.. so tak habis explore satu Hypermarket.

Bila masuk dalam tu terus jakun. Jakun sebab mall yang dekat dengan opis dah ada tempat beli makanan yang best sikit hahaha. kesian!

Pic ni i snap masa duduk kat tempat makan sebelah bahagian sayur-sayur. sambil duduk je mak snap nok! hahaha.

Ini heaven. Manis-manis dessert arab ni.. tapi i suka.. sebab i pun manis macam baklava hahahaha.

Dua hari berturut-turut repeat beli baklava. Masa ni baru lepas melantak spaghetti. Lepas tu terus beli dessert kononnya. 


Masa hari first makan, i beli nasi briyani ayam.. lupa ambik gambar. maklumlah teruja first time masuk LuLu kennnn.. haha. Esoknya tu second time datang, i makan Spaghetti Bolognese.. sedap tapi masin namati pulak. I rasa chef dia haritu verangan sampai ke bulan agaknya tu yang tertumpah garam selori dalam kuah bolognese.

Ada yang photobomb di situ haha.

So lepas ni tengok lah. Ada kerajinan dan permintaan, ke LuLu lagi lah kiblat kitorang.. 😆

Lepas ni dah boleh la beli barang daput kat LuLu. dah cakap kat NJ haritu. Start bulan depan nak try "TO BUY THINGS KITCHEN" kat sana.
Read More

Sunday Dapur Tak Berasap

Minggu lepas weekdays.. NJ ada bagitau i dia nak pergi lunch kat Itik Salai Mastar.. dat time dia kena pergi opis CIMB Bangi ada kerja nak settle kat sana. Bila NJ sent gambar dia kat sana makan salai-salai dengan kawan-kawan opis dia, mula la sang isteri ni jadi pendengki.. terus laju je reply WhatsApp dia.. "weekend ni bawak i pulak makan kat sana tau".. "InshaAllah" jawapan dia.

Tiba on weekend pulak i lupa nak tuntut janji tu. Tanya NJ.. nak masak apa? Barang basah tak ada dalam fridge. Ke nak pergi pasar beli barang sikit. NJ cakap masak nasi ayam je pun ok. Dengar NJ cakap macam tu lega la sikit. Masak nasi ayam bukan susah pun (ceh eksyen) hehe.


KRIK KRIK KRIK

Tiba-tiba NJ cakap.. kita pergi makan dekat Itik Salai lah.. haritu u cakap nak makan kat sana.. pastu baru teringat ohh aku ada mintak dia bawak lunch kat kedai tu haritu.. lupa pulak. I pun laju-laju jawab "Ok, Onz" 😃 Siap-siap terus pergi.




Settled 2 mangkuk daging salai. Makan sampai berhidup hirup angkat mangkuk macam makan maggie hahaha.

Untuk entry penuh sikit, korang boleh tengok dekat entry lama i kat SINI

Kbai.
Read More

Lemang To'ki & Durian Bentong Y2017

Cerita setahun lebih yang lampau 🙈


Teruknya perangai cerita hok lama-lama baru nak up. Tapi tak apa.. lambat ke cepat ke, biarlah I abadikan memories I kat dalam blog ni untuk tontonan masa depan.

Actually, dalam masa setahun lebih tu, dah tiga kali I repeat pergi Lemang To’ki.. tiga-tiga visits tu, satu pun belum tertanam dalam blog ni. Ni baru first visit punya entry baru nak up 😄😄😄 lagi dua kali visit tu mungkin lagi 2 tahun kot baru kesampaian up kat sini 😂


Selalu tengok gambar je orang pergi makan kat sana. Makan lemang panas-panas, rendang, ayam bakar, daging bakar. Paling kagum bila ada yang touch & go naik heli semata-mata nak beli lemang to’ki. Sedap sangat ke sampai ada yang datang naik Heli?



Sedap la kot. Plus mana ada orang jual lemang all the time 365 hari kat Kolumpor. Kat Bentong je ada buat masa ni.


Sampai je terus lunch makan nasi. I thought kat sana ada jual lemang je semata-mata.. rupanya lunch nasi campur pun ada.. maklumla first time datang (masatu lah.. sekarang tak lagi.. hehe). Lepas melantak nasi, makan lomang & rendang pulak.



Done lepas hajat makan lemang To’ki.

Nak gerak tu NJ cakap.. jom kita makan durian pulak. Ehhhh ingat perut kita ni perut gajah ke wak?? Nasib baik ajak makan durian.. memey akak tak boleh menolak dik. Kalau ajak makan benda lain.. I rasa dah tak boleh masuk dah.. tiberrrrrrrrrrr 😃



Settled makan durian.
NJ ajak naik GHPO pulak.




Ok dah.. ni je pic yang I ada. Malas nak selongkar gambar-gambar lama memandangkan cerita ni sepatutnya keluar setahun++ yang dulu 😜😜😜
Read More

Thursday, July 25, 2019

Sandal Murah

Haritu belek-belek shopee.com.my terbekenan dengan satu sandal ni. Rupa dah sebijik macam brand 'H' yang mahal tu. Saja order sepasang nak tengok selesa ke tak bila pakai.



Selesa sangat. Nipis. Ringan. Muroh. Bila pakai tu feeling ala-ala brand Hermes yang harga dia nak dekat RM3k sepasang letak kat kaki 😂😂😂 


First sekali I beli kaler gold. Sandal kaler hitam tu kaki Saida. I berjaya hasut dia beli sama. Dia pun terpengaruh 🙈🙉🙊

Disebebkan tamak telah menyelubungi diri, ditambah pula dengan jahatnya Syaitonirojim gambar-gambar dalam shopee.com.my tu semua yang I nampak dalam tu, semua I rasa nak beli.

Makanya terjadi lah pembelian kali kedua. Sebab nampak kat gambar tu sandal ni kaler-kaler pastel, I dihantui.. terbeli lagi dua pasang.

I pilih kaler hijau & biru pastel.

Masa dah sampai haritu, buka-buka je dari bungkusan tengok.. terus bermonolog ehhh cantiknya?? Kena beli lagi nampaknya kaler lain pulak. 

Nampak tak perangai? Baru buka bungkusan je tu.. ada hati lagi nak tambah beli lagi. Dasar! 😂



Pembelian ketiga. Yellow & hitam

Dah cukup 5 pasang.

Nak gi uninstall shopee jap. Kbai.
Read More

Wednesday, July 24, 2019

Potluck Lunch @ Office

Bukan first time kitorang buat potluck kat office. Ada lah jugak few times.. ni pun plan ngejut je.

Selalu kalau lunch, kitorang beli lunch box. Tapi lama-lama orang yang buat lunch box tu macam tak nak niaga je.. hahaha boleh gitu?! So, terpaksa la kitorang keluar cari makan kat luar.  Kejap ke sana kejap kesini. Kadang order FoodPanda je. Area opis susah nak cari tempat best makan. Walaupun Velocity & MyTown dekat dari opis, timing pun tak mengizinkan untuk kitorang merayap kesana. Paling jauh/ best pun AEON Maluri andFamily Mart kat Taman Maluri je yang habis best boleh kitorang pergi.. hahaha kesian betul!

Ni LuLu Hypermarket baru buka awal bulan July haritu.. pun tak kesempatan nak pergi lagi. Padahal dekat nau nau dah dengan office 🙈 Tapi rasanya kalau pergi lunch hour dengan kengkawan opis, 1 hour lunch time tu rasanya tak cukup untuk kitorang merayap dalam LuLu tu hahaha #PerempuanKennnn

Ok LuLu tu kita fikir lain kali je nak pergi. Now nak cerita pasal kitorang potluck dekat office. Last week hari Khamis, kitorang memang dah plan 2 days before siapa bawak apa makanan & barangan untuk potluck ni.

Tunjuk gambar je la senang. Kat gambar dah tulis caption siap-siap hahaha.









Senang kerja tak payah nak edit-edit lagi dah gambar 😅 Recycle je gambar dari IG Story masuk sini 😍

So begitu lah cerita makan-makan potluck uolls kat office.
Read More

Friday, July 19, 2019

Old Face

Semalam semua orang post buat muka tua kat IG & FB.

Agak lambat juga i nak terikut-ikut. Mula-mula i tak ada niat pun nak terjebak.. Biasala rakyat Malaysia kennnn.. bila sorang buat habis satu Melaya troll. Termasuk lah i.. haha. Tu pun sebab malam tadi NJ sent kat WhatsApp Group Family.. rupanya dalam senyap dia pun layan buat muka tua kutuk dia tu jugak hahaha. Dah la tak handsome 😂😂😂


Alang-alang NJ dah terjebak tu, i sent gambar suruh NJ buatkan muka tua i pulak.. dasar kuat terpengaruh betul dua laki bini ni hahaha.


Orang suruh edit buat muka tua, dia pergi buat muka akak jadi abang pulak.. hahahaha. Handsome gak kann?? Penuh jamban jambang kat muka misai abang tebal macam siamang hahahaha.



Ni lah agaknya features muka i dah tua ganyut sok hehehe. Tu pun kalau umur panjang lagi la 😜


But actually tahun 2017 lagi i dah main FaceApp ni. Tahun tu ramai buat 4 jenis muka.. which is muka original, muka masa kecik-kecik, muka remaja, muka tua. ni gambar yang i buat masa tahun 2017 dulu. Gigih gi gali balik dalam fb semata nak tempek sini hahaha.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah