Friday, January 18, 2019

#10YearsChallenge

Hi..

Kecoh satu dunia buat #10YearsChallenge sana sini pos mula dulu & sekarang.. Habis semua muka kepam masing-masing 10 tahun lepas keluar balik. Sanggup korang gali balik gambar-gambar 10 tahun lepas semata-mata untuk challenge ni kennnn 😂 Dulunya gemuk sekarang dah kurus, yang dulunya kurus sekarang dah kembang setaman. Yang dulu berkerak sekarang dah cantik mengalahkan artis tempatan 😅😅 Yang dulu rupa kampung pendalaman, sekarang kemain dah totally changed bandar sangat muka tu 😅

I? buat juga. tapi tak tergamak nak keluarkan gambar 10 tahun lepas. Bukan sebab perubahan fizikal.. cuma dulu tak berhijab. Karang i keluarkan gambar rambut bekarat i 10 tahun lepas letak buat #10YearsChallenge ada pulak acara kecam mengecam pulak nanti. Kecam mengecam depan-depan tak kisah lagi. Ni kecam mengecam belakang-belakang kita. Dia dosa, kita pun berdoasa sebab mengundang untuk orang kecam kita.. haa gitu la kakak Ostajah bagi pencerahan sikit disini.. hahahaha.

zazanizam


Teringin nak terjebak dengan #10YearsChallenge tapi i kenot do coz dat time i is tak pakai tudung lagi. Takut la karang ada yang mengecam letak gambar kepala masih togel lagi tak bertudung.

.
So moh la kita buat #HandPhoneSamsungChallenge
Left : Samsung Galaxy S6 Edge 
Rigt : Samsung Galaxy A7
#KuasaCamera Kulit hitam boleh jadi cerah, yang berkerak boleh jadi flawless 😂😂😂

Ini yang aku sharekan dekat FB & IG aku. Done Challange 😜

Blog ni pun nak kena transform balik sebab banyak gambar2 togel lagi yang meluas dalam ni.
Read More

Thursday, January 17, 2019

Hatyai 2018 - Anytime @ 24 Resort, Songkhla Thailand

Hi..

Macam yang i katakan kat entry sebelum ni, harini i nak share tempat yang i stay masa i di Hatyai.

Awal-awal plan memang nak book sebelum bertolak, then Pakcik i cakap kita redah je la.. tak payah booking. I be like #MataKeatas buatnya sampai sana satu tempat tinggal pun tak ada nanti.. matilanakkkkkk. Dah la peak season time tu.



Sampai je terus tuju ke Anytime@24 Resort. Pasrah je ikut belakang kereta dia masuk sini. Rupanya Pakcik i dah siap booking.. haishhh.. Pakcik i ni pandai buat surprise rupanya #MataKeatasSambilUrutDada 😆nasib baik la trip ni ikut kepala dia.. redho je dia usung kitorang kesana kemari 😅 dia berenti, kita berenti. Dia sesat, kita sesat. Dia undur, kita undur.. hahahaha.

Nasib la juga i ni first timer road trip to Hatyai.. ikut je la 😄 lepas ni dah tau selok belok jalan kat Hatyai, dah boleh la eksyen-eksyen sikit 😃


Ok.. lets talk about Anytime@24 Resort

Great comfort for a cheap price. Clean, nice & good environment. Itu yang dapat i katakan untuk staycation kali ni. Dat time i kat sana i heard tempat ni baru 8 bulan beroperasi. It has 8 units je. Overall memang puas hati.


Jalan masuk dari depan ke bilik one way.. tapi tak stress la kalau nak masuk.. tengok dari dalam gambar ni pun uoll boleh tau how is it look like.


Kawasan depan resort pun luas. Nak pusing kereta pun still have enough space.


Day 1 masa sampai tukitorang dapat 1 bilik dulu sementara bilik satu lagi tu housekeeping tengah kemas.


Don't worry about parking. Memandangkan resort ni ala-ala macam kat rumah, so parking tak ada masalah langsung.


Ada garage yang boleh memuatkan kereta korang parking betul-betul depan pintu rumah.

Ok lets check it out dalam pula. Small room but ok la comfortable. Bukan nak habiskan masa dalam bilik je. For me, cukup ada tempat landing nak tidur, toilet yang selesa, aircond & wifi. 

Room tour for first room
Yang manarik perhatian i haritu katil dia. Ohhh no katil dia buat batu macam ni, letak tilam atas dia & ada kepala katil. Fixed. Tak payah susah payah nak fikir beli katil hahahahaha.

Simple art


Simple & Clean


Toilet pun ok, ada divider untuk nak yak yak & mandi.. memang macam design hotel sangat.



Room tour - second room




Hotel Amenities

  • Free parking (just park in-front of your door room
  • Air-cond
  • Free High Speed Internet (WiFi)
  • Non-Smoking Room

View pagi hari kedua.. nampak tak kat hujung tu berkabus?

Ok, itu je rasanya yang dapat i share untuk entry ni. More info, boleh baca kat bawah ni. Kalau tak cukup info, sila Google kat tempat lain ye 😉

Price Range
RM66 - RM86 (Based on Average Rates for a Atandard Room) or you boleh check direct by search at Agoda, Booking.com, Trivago and so on kat Google.

Location
Thailand > Songkhla Province > Hat Yai

Address
Samchai Soi 1 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Hotel details
Set on a residential street, this eclectic low-rise hotel is 3 km from Haadyai train station, 4 km from the Khlong Hae Floating Market and 5 km from Hat Yai Park. Walk around 9 minutes can reach BigC Extra. Walk 500m can reach delicious DaShiXi Ramen 🍜 Restaurant. You can eat at anytime because operation hours same like this resort is 24hours. Walk around have Cafe, pub, and local food. By tuktuk to Hatyai walking street area which is ASEAN Night Market, Lee Garden night market.
Read More

Saturday, January 5, 2019

Hatyai 2018 - Beli Insurans Kereta & Entering Border

Hi..😍
Entry kali ni i nak cerita trip i 3D2N ke Hatyai (21 Dec 2018 - 23 Dec 2018). Lebih kurang seven hours journey dari KL ke Bukit Kayu Hitam.

Plan trip ni dua buah kereta dengan Abang & Pakcik i. Abang i tumpang kereta Pakcik i memandangkan wife Pakcik i tak ikut sebab balik kampung dia kat Sarawak nun. Pakcik i bawak sorang je anak dia daripada 4 orang. So kereta dia agak kosong. Abang i, wife dia dan anak dia 2 orang sedang elok satu kereta dengan Pakcik i. Then i empat beranak ngam-ngam satu kereta.

Janji malam tu jumpa kat R&R Rawang dalam 10.30pm. Gedebuk gedebak tunggu menunggu each other & makan-makan sikit, dalam pukul 11.30pm baru kitorang bergerak.

Seingat i dua ke tiga kali juga stop kat R&R tak ingat dah R&R mana. Mana nak ingat.. sampai sampai je baru terjaga dari tidur.. hahaha. Kesian NJ drive sorang-sorang. I & budak-budak sedap membuta 😅

About 4.30am sampai Gurun, Kedah. Last pitstop.. rest, kencing, basuh muka, smoking bagai.. dalam pukul 6.00am gerak semula.. eh timing yang i tulis ni semua estimate je tau sebab i dah tak ingat berapa lama kitorang stop & teruskan perjalanan.

Bermula cerita trip to Hatyai & Songkhla.

Those yang first time macam i yang nak road trip masuk Thailand menggunakan kereta, ini i bagi info sikit untuk korang boleh refer.

Passport / Border Pass
Make sure K of your passport lebih dari 6 bulan ye. Kalau kurang dri 6 bulan, sila pergi renew cepat. Untuk warga negara Malaysia yang address (dalam IC) berdekatan dengan sempadan, boleh guna Border Pass. Sama je kekdah macam passport.. cuma kalau normal Malaysian Passport kaler merah, untuk Border Pass buku dia kaler biru.


Thai Insurance / 3rd Party Insurance
Sampai Changlon lebih kurang 6.30am. Stop untuk beli Insurance kereta. Actually kalau uoll dah sampai Pekan Changlon, banyak je kedai tepi-tepi jalan yang ada buat khidmat Insurance.

Kedai ni area Changlon

Lepas beli insurans ni terus dah boleh masuk sempadan. I lupa nak tanya kedai beli insurans ni buka 24 hours ke tak.. kalau pada firasat i, tak buka 24 hours kot.. if let say you datang beli pukul 3am pun tak guna juga.. sebab kaunter border buka pukul 7.00am.. unless u beli lepas pukul 7.00am then lepas tu boleh terus masuk je. So kita anggap je la dia buka pukul 6am.. masa i singgah beli pun dah pukul 6.30am dan kedai dia dah buka. Sorry kalau info i ni tak betul.. kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya Uncle Google 😉

Masih gelap lagi cuaca time ni. Tu dia tiga ketui lelaki berdiri kat kaunter. Yang pakai kain pelikat tu Pakcik i. Nasib baik jalan malam.. kalau siang-siang hari i rasa i pun tak mau ngaku dia pakcik i 😂😂😂 Dia kalau kemana-mana kalau boleh ke Airport pun dia pakai kain.. ada je kan orang yang jenis macam ni? hahaha.

Geran Kereta
Jangan lupa geran tanah kereta bawak sekali. Copy atau original MUST BRING TOGETHER. Kalau tidak, you kenot masuk Thailand. Kalau bawa copy geran, make sure dapatkan pengesahan dari balai polis berhampiran. Kalau bawa original geran, tak perlu dah copy. Just show to kedai yang buat insurans tu, passport dan siapkan duit je nanti semua tu diorang yang akan settlekan.

I just snap je gambar harga insurance ni. Full information i'm not sure. Masa beli insurance tu NJ cuma bayar RM24 saja. Harga ni include our car & 4 of us.

Insurance/ third party siap lepas serah passport, geran, dan bayar RM24

Ini Departure Card atau orang selalu sebut kertas putih. Sampai kat border nanti dia akan kerat part of the card ni, Ingat! simpan elok-elok slip kecik tu nanti selit dalam passport. Kalau hilang slip tu, kau tak boleh keluar dari negara diorang.

Lepas settle semua tu boleh teruskan perjalanan.

Cuaca dah cerah sikit kitorang berhenti dekat Pekan Changlon untuk breakfast kejap sambil mengopi 🥛

Settled je kat sini, kitorang teruskan perjalanan ke pump station. Top-up minyak siap-siap supaya tak perlu isi minyak kat sana.

Sampai ke tempat check-point pulak. Pagi tu tak berapa panjang sangat nak queue. Laju jugak la nak sampai ke turn kitorang.

Ada dua check-point yang korang kena hadap nanti.


First, kat sini. Sebelum sampai ke check point Immigration Malaysia, korang kena siap-siap keluarkan passport untuk diorang check.


Tak perlu keluar kereta. hanya serahkan passport saja.


Habis part tu, siapkan passport diselitkan dengan slip putih sekali macam ni. Sebab kat depan tu nanti ada 1 lagi check-point yang korang kena hadap. Dat time semua penghuni dalam kereta kena keluar dari kereta & beratur ke kaunter Immigration Thai pulak.


Otw nak sampai ke sempadan, queue agak panjang sikit kat sini. Mungkin sebab part kat sini semua penumpang kereta dan bas semua kena keluar, so queue pun jadi panjang berkilometer.


Hoho tu dia dah nak masuk sempadan Kedah & Thailand. Walaupun nampak macam lagi setapak je nak masuk sempadan, sebenarnya tidak ya.. kat depan tu panjang lagi queue yang korang kena hadap 😐


Sampai kat sini i & KhaNish dah turun kereta nak pi beratoq kat depan sana. NJ kena queue sambil bawa kereta sampai ke kaunter Thai Immigration.


Macam ni la keadaan kitorang haritu menunggu nak chop passport. I, KhaNish, Abang i & family dia, queue kat sini. Sebenarnya ini dah half way beratur daripada mula-mula i sampai. Giler penat weh beratur panjang-panjang.


Masa tengah beratur panjang tu i saja la jenguk NJ dia dah sampai mana.. sekali tengok ohh dah dekat dengan kaunter rupanya dia. So i pun datang menyibuk kat situ. NJ tak perlu keluar kereta, dia cuma serahkan passport dia je kat sini untuk di chop.


Masa i tengah queue lagi, NJ dah settle. So dia pergi cari parking dulu sementara tunggu kitorang.


KhaNish




Masa kitorang bergambar kat sini NJ pergi settle hal kereta pulak. Kan yang beli Insurance Kereta yang i cerita kat atas tadi tu, ni la time dia kena inspect kat Immigration Thailand. Process masa dia deal kat sana i tak sure macam mana. NJ cerita haritu kena tunjuk geran, lepas tu beratur panjang giler. Lepas tu nak cepat, kau bayar kat 'ulat-ulat' yang standby kat situ. NJ cakap dia sogok RM20 ke TBH20 i tak ingat dah.. malas nak tanya lagi sekali kat dia hahaha.

Lebih kurang sejam setengah jugak nak settle part kat border haritu.

Bermulalah episode road trip to Hatyai & Songhla 💃

Welcome to Thailand.. Sawadikaaaa 📿

First pitstop lepas habis part kat Immigration. Rata-rata orang ke Thailand, mesti tak akan terlepas dari shopping. Ya.. bukan shopping kat shopping mall tau. tapi shopping di 7Eleven hehehe.

Dengan menggunakan first note duit baht, i mulakan dengan membeli teh ais kat 7Eleven ni. Sedappppp hoii teh ais dia. Betul la orang kata.. 7Eleven kat Thailand memang heaven. Macam-macam benda ada. Sekali tengok macam kat Watson pun ye jugak. Pergi kat lane sebelah, ehhh dah macam kat 99 Supermart pun ye jugak. Pergi lane sebelah lagi.. ehhh macam kat Tesco pun ye jugak.. pergi kat depan.. ehh macam kat Family Mart pun ye jugak hahahaha #MakKeliru 

Ok, perjalanan diteruskan lagi.

Actually time ni i nak snap gambar signboard Hatyai 43km tu.. disebabkan NJ drive laju nau terus terfokus kat pump station Shell tu.. hehehe. Ok vangga la jugak sebab Shell ada kat Thailand. Tapi ini je lah satu-satunya Shell yang i nampak kat sana. Lepas tu semua pump station Thailand yang memang tak ada kat Malaysia.

Gambar ni i saja snap. Cakap kat NJ time tu.. you tengok lori tu Bie.. bawak pasir, batu ngan lori tak payah ada pintu kat belakang.. even tutup dengan canvas pun. Kalau kat Malaysia dah lama kena tahan dengan JPJ hahaha.

Motif letak gambar signboard? saja je hehe. Korang perasan tak? korang yang pernah pergi sana, perasan tak wire wire letrik diorang macam mana? serabut kan? seram i tengok. Ada tu i tengok serabai giler wire wire letrik diorang. Itu sekali kena panah petir ke short ke.. kena pulak ada orang.. mau rentung weh 😂😂😂 Cakap kat NJ.. i'm proud la Malaysia. Walaupun ada rakyat Malaysia yang selalu merungut tak puas hati, at least wire wire & tiang letrik kat Malaysia masih lagi proper.. nasib baik ada TNB hahahaha.


 
Almost there!!! kita dah nak sampai dah time ni.

Alhamdulillah, perjalanan malam tu membawak ke pagi baru sampai.. semua smooth.

Ok, ni saja nak cerita sikit..

Sebenarnya Pakcik i ni selalu nau nau masuk sana. Boleh dikatakan dua minggu sekali tak pun sebulan patkali.. haaa gitu. Kalau tak drive, dia akan ride dgn superbike dia😁haritu Pakcik i yang aturkan.

Memandangkan trip ni 100% i follow Pakcik i je, so kita ikut je la apa dia kata. All guided by him.

Next i nak tunjuk tempat yang i check-in pulak.

Read More

Thursday, January 3, 2019

First January TwentyNineteen

Hi.. Assalamualaikum..
Heybat tak tajuk i kali ni? 😂😂😂😂 saja tak nak tulis number. So tahun 2019 ni kita jadi more hipster sikit.. baru lah raver.. ehhh 😨 muahahaha.

Entry kali ni i nak mengabadikan cerita First January TwentyNineteen i kat blog suam-suam kuku i ni. Walaupun rata-rata i tengok ramai rakan seangkatan yang berblog macam dah sepi dari mengUpdate blog. Macam i ni.. hahaha. Tiber pulak lately ni rasa macam berhantu je jari jemari ni nak menaip. seriously i miss writing kat blog. Walaupun tah haper haper yang i taip setiap kali keluar kat entry.. hahaha. Issokay.. at least i buat bukan tak bermotif. Like i told u before.. more to nak mengabadikan cerita & gambar kenangan i kat sini 😍

Ok dah.. sebelum melalut lebih jauh lagi, mari kita sembang pasal First January TwentyNineteen i baru-baru ni 😍

Cakap kat NJ.. Bie jom kita bawak budak-budak ni pergi makan ais krim sebelum buka sekolah nanti. Bagi diorang mood happy sikit di penghujung school holiday ni. NJ pun onz je.

Keluar rumah dalam pukul 1pm macam tu.. masa on the way tu dapat call dari Keem Mok.. nak order sambal katanya. Ok, sebelum kita mulakan planning kita nak makan ais krim, kita kona dulu pergi COD sambal. Settled.

Next pergi cari sepasang baju sekolah Danish dulu kat Taman Permata. Settled barang-barang sekolah. 

Decided nak pergi lunch.


Ni masalah problem sikit 😅 asal tanya "lapar ke tak?" semua serentak jawab "laparrrrrrrr" (macam jawab soklan cikgu kat sekolah.. hahaha). Bila NJ tanya "nak makan apa? nak makan kat mana?" semua senyap.. lepas tu dia cakap "KRIK KRIK KRIK KRIK" 😂😂sendiri tanya, sendiri jawab.. hahahaha. Serious babe.. ini memang selalu terjadi #TepukDahi


So perjalanan diteruskan. NJ ajak makan kat Jibby East. I cakap i ok je.. nampakkk??? tadi bila tanya kau tak tau nak makan kat mana. Bila laki suggest kau onz pulak.. masalah problem betul pompuan ni 😅 Dah parking kereta, nak keluar kereta je.. tiber NJ cakap "kita pergi The Curve lah.. sana banyak choice restaurant" Ok onz jugak. I cakap i nak makan kat Bubba Gump Shrimp Co. kat sana. Sampai je tengok-tengok kedai tu tak ada. Eh bapak lama tak datang The Curve sampaikan kedai tu dah tak wujud pun i tazedar 😅😅

Round lagi kat area situ.. pun tak boleh nak decide nak makan apa. Padahal keliling tu semua kedai makan.. teruk betul! 😤

End up. IKEA je la.. tak payah fikir banyak. lintas jalan, naik atas IKEA. Tengok ramai betul manusia tengah makan, beratur & tunggu tempat kosong. Budak-budak dikerah untuk cari seat. Sementara I dengan NJ pulak beratur macam nak beli ticket konsert 😫

Cukup-cukup la tu Bie.. jangan dok ushar lagi makanan lain. yang dalam trolley tu pun dah cukup penuh untuk kita anak beranak 😀

Hasil penangkapan untuk alas perut 😋

Tak ada la sampai penuh meja. Bila sumbat semua ni, Alhamdulillah kenyang la juga.. hehe.

#NJ2424Family

Settled makan, turun balik masuk The Curve nak cari baju tigapatlai & seluar untuk budak-budak and Apaknya juga tapi Apak nya yang bayar.. hahaha  (cerita macam i yang nak belanja diorang shopping 😂).


Settled membeli, turun kat Centre Court ada pokok Christmas cantik-cantik kat situ.. mari la singgah kejap OOTD kat situ 😍

Haishh dah nak sama tinggi dah




Dah tua-tua ni macam dah awkward nak posing posing depan camera hahaha tiberrr 😜 yang penting akak bawak Ribag Hobo Mini kaler Lake Blue haritu. matchie matchie dengan tudung & jeans ahkak hehe.

Done kat sana. Seperti yang dijanjikan, moh ler Mummy belanja makan askrem pulok. Lets MyKoriDessert 😉

 Pilih ye nak.. pilih pilih pilih


Ini pilihan hati masing-masing

 🍨 Watermelon Kakigori

 🍨 Strawberry Cheese Cake Kokigori

🍨 Kenko Kakigori
🐠 Ham & Cheese Taiyaki a.k.a ikan jepun

 🍨 Kenko Kakigori

 Us

 Harga mur mur je.. kot la korang nak tau range harga kat MyKori ni

 Danish

Khairine

Seharian berjalan makan, ukur jalan, menDessert, marilah pulang ke pangkal jalan. Esok tu dah start sekolah. Masing-masing dah start busy.

Ok itu je cerita First January TwentyNineteen i 😎
See ya di lain haribulan pulak 🙋😉
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah