Thursday, March 31, 2016

Unforgettable Gift

Kak Zaza ikut tagline Pandora sebenarnya. Kalau Pandora kata Unforgettable Moments, Kak Zaza tukar sket ayat tu jadi Unforgettable Gift from Husband. Gitue :)

Ceritanya macam ni. Last week Kak Zaza dengan Bang Nizam keluar pergi beli barang dapur. Budak2 tak ikut. Kalau bawak mau jahanam poket dipownya macam2.. fader diorang ni bukan boleh. Asal anak mintak je bagi. Asal bini mintak je, pikir kemain panjang lebau. Nyampah. Eh ye ke?? ni kalau Bang Nizam baca ni mesti dia marah aku.. hehe.

Lepas balik dari beli barang tu Bang Nizam terus kona ke arah Ampang Point. Mula2 masa Bang Nizam kona kereta ke arah Ampang Point, Kak Zaza ingat dia nak ajak lepak ngopi. Sekali dia kona betul2 ke arah Ampang Point. Kak Zaza tak syak apa2 pun. Pastu dia lalu depan Habib Jewel. Kak Zaza jeling2 je sebab tahu memang tak akan masuk punya. Masa tu hati Kak Zaza dah debar2 dah.. hati ni berkata-kata jugak kot2 datang biul Bang Nizam dia ajak masuk Habib ke.. hahaha. Masa tu Kak Zaza buat2 bangang je.. anggap macam Bang Nizam ajak masuk Ampang Point.. nampak? behave tak ayat? sebab tau laki ai akan baca entry blog ni.. hahaha. Lepas tu dia melilau cari parking. Bila dah dapat parking Kak Zaza keluar kereta, Bang Nizam pun keluar kereta. Terus Kak Zaza melangkahkan kaki ke arah pintu masuk Ampang Point. Lepas tu Bang Nizam panggil Kak Zaza sambil muncung-muncungkan mulut dia tunjuk arah Habib Jewel. Wow! masa tu hati Kak Zaza rasa macam nak pecah dah.. hahahahaha.


 Tadaaaaa

Surprise sangat masa masuk Habib Jewel. Kak Zaza dah rasa dah Bang Nizam mesti nak belikan Kak Zaza Pandora. Ingatkan dia nak tambahkan charm bracelet, sebab Kak Zaza selalu nau azan kat telinga dia suruh dia tambahkan charm. Rupanya dia tak belikan charm.


Dia belikan Cincin yang cantikkkkk sangat ni (sambil tepuk tangan muka excited). Omaigod munga-munga hati kita hehehe. Tak nak lah over excited sangat setakat dapat Pandora. Sebab ada yang tanya haritu kat fb aku 'kenapa tak beli emas' sukati ai lah nak beli silver ke emas ke intan ke berlian ke. Dah kita tak minat emas. kita beli lah Silver.



Pastu semalam Bang Nizam text.


Ingatkan nak tanya jari pasal apa.. rupanya dia tanya pasal cincin.. hehehe. Sweet sangat laki ai ;)


Tu je yang dapat u bagi u kata? ini pun i dah terlebih happy Bie ;)


Ada ke nak bagi aku rantai motor?? tumbok karang!


Dah tersarung pun dijari manis Kak Zaza ;)

Dear my love Husband : Thank you Bie.. i'm so surprised. I'm lucky to be yours. Kalau you nak tau, i dah ada wishlist lain tau. I dah listkan apa nak beli lepas ni. Nanti i bagi kat u list tu ya.. hehehe.

ILU. Bye ;)


Read More

Tuesday, March 15, 2016

Taik & Kucing

Hi.. selamat cuti sekolah adik2.. korang tak kemana2 ke cuti sekolah ni? tadi Tante ada tag aku kat fb ada school holiday event Kids Mix Dance Workout. Ingat nak masukkan Khairine join class tu.. bila tengok registration date dah closed.. lepas tu ada feed back dari owner suruh whatsapp saja aku tanya kot2 boleh slot in.. owner tu kata ada. Balik karang nak tanya Kharine kalau dia berminat nak join.. Sabrina pun ada kat rumah aku if diorang nak boleh masuk kan Khairine & Sabrina sekali. Danish tak payah lah.. dia bukan minat dancing2 ni.. dia macam fader dia jugak.. asek bola bola bola je.. lemas aku.


Ni cerita lain pulak.

Petang semalam masa aku nak turun opis nak balik aku ternampak sekor kucing ni tengah ronda2 kat depan pintu masuk opis. Macam gelisah je dia. Ingat apahal ke.. rupanya dia sakit perut. Pas tu slamber je dia tadah bontot dia kat tepi sikit dari depan pintu masuk opis. Dah lah laluan tu memang laluan utama aku kalau nak ke basement. Choy sangat tau!

Korang kalau ada lemah jantung sila jangan tengok gambar2 kat bawah ni.. dikhuatiri pengsan berdiri nanti lepas tengok gambar kucing berak tanpa jamban.. hahahaha.

Ngam2 masa aku keluar pintu opis dia tengah press kuih kat simen tu.. cepat2 akak ambik hp ambik gambar.. hahaha.


Nak kais apa nya tanah pun tak ada.. ambik bau je lah!

Agaknya rasa menyesal kot berak tengah2 jalan.. nak kambus tak ada tanah.. dah malu nak kaberlaen lettew.. hahaha

Mesti korang kutuk aku lepas ni kan.. apa lah dia ni gambar kucing teberak pun nak masuk blog.. siap ngan video plak lagi tu.. hahahaha. Eh korang jangan ya.. moment2 macam ni lah aku patut rakamkan sebab kejadian ni live depan mata aku semalam tau!! ini adalah satu sejarah dalam hidup.. muahahahaha.

Read More

Friday, March 11, 2016

Ayah & Emak

Diam tak diam dah masuk 5 tahun ayah tinggalkan kami sekeluarga. Rasanya tak terlambat untuk aku nak hitung tarikh pemergian Arwah Awah :( Tanggal 9 March 2011 tarikh yang buat aku & keluarga amat terasa kehilangan orang yang amat kami sayang.


Sempena hari Jumaat yang mulia ni.. marilah sama2 kita panjang kan doa & sedekahkan Al-fatihah kepada semua umat islam yang telah pergi.. Al-fatihah

******************************************

Ni nak cerita pasal emak pulak. Dari sehari ke sehari nak buat entry pasal emak operation haritu. Sampai dah nak baik orang tua tu baru nak keluar entry niha.. hehehe. Sorry lah ai is busy dalam kehidupan semasa lately ni ;)

Kawan2 alam maya & alam nyata aku ada yang dah tau emak aku masuk hospital haritu. Thanks korang sebab mendoakan kesihatan emak aku haritu. Sebenarnya emak masuk hospital dua kali sebelum perut dia kena belah. Masa first admitted haritu dalam seminggu juga dok hospital sebab doktor nak stable-kan badan dia cerita tu ada kat entry SINI.

22 Feb emak masuk hospital lagi sekali. 25 Feb tarikh emak operation. Start dari hari emak masuk hospital tu rutin aku asek pergi balik pergi balik ke hospital.

Malam sebelum hari operation, aku ajak mak selfie.. bagi dia tak runsing sangat pasal operation dia esok tu. Tapi deep inside her heart aku tau dia sangat berdebar walaupun dah pernah operation masa buang breast cancer dia dulu. Masa ni dalam hati aku rasa sedih sangat2.. aku tau emak lagi sedih.. tapi apa nak buat.. ini semua dah takdir :(

 Last call sebelum tidur.. masa ni aku dah terbaring kat tepi katil emak dah.. nurse datang bawak air nak drip. Malam tu tigapat kali aku bangun sebab air drip tu lambat turun. Kejap2 aku panggil nurse suruh flush.. lepas nurse dah flush tak sampai 5 minit air tu turun lambat nau.. dah kenapa jadi macam tu rosak ke apa? bila panggil doc, doc cakap mungkin salah cucuk urat kot ni tu yang air tu susah nak masuk. aku tengok muka mak dah risau dah takut doktor nak cucuk balik cari urat. Aku cakap kat doc kalau boleh doc jangan lah cucuk mak saya lagi..

Kenot do anything.. terpaksa gak cucuk.. dah la petang hari yang sama dah ambik darah kat tangan.. malam ambik lagi.. sampai bengkak lebam2 tangan dia.

Ini lah port aku bila turn aku kena jaga emak malam.. sleeping bag ni aku bentang kat sebelah katil emak. Bukan main feeling macam camping kat hutan sangat.. padahal tidur kat hospital je.. hahaha.

Sayu sangat hati aku bila tengok emak solat pagi suboh sebelum hari operation. Tak tau nak kata.. biarlah semua perasaan tu aku simpan dalam hati aku sampai bila2 :'(

Ini kesan perut emak yang dioperate. Ngeri tengok stapler stapler tu. But Alhamdulillah stapler tu dah bukak Isnin lepas (7 Feb 2016)

Sampai ke harini emak dah beransur pulih. Sakit2 sengal kat perut dia tu masih ada lagi.. panjang kot belahan kat perut tu.. dari atas pusat sampai ke atas rahim. Sekarang emak duduk berehat je kat rumah sesekali adik beradik aku lain datang jenguk emak.. kengkawan emak yang dekat2 rumah pun ada datang. Moga2 terubat sikit kesakitan emak tu bila orang sekeliling yang kenal emak datang melawat.. terima kasih pada yang sudi datang melawat & mendoakan emak ;)



Read More

Friday, March 4, 2016

Ryndu Hot & Grill di Wangsa Maju

Wow nama memang seindah rupa. Sorry rupa owner akak tak pernah tengok.. maksud akak rupa deco kedai ni. Memang curlas atasan sangat. Kak Zaza bagi empat HA ;)

Semalam try makan kat Ryndu Hot& Grill kat Seksyen 2 Wangsa Maju. Ni sebab viral aritu kat fb.. tu yang tabah datang nak try makanan kat sini. Tengok gambar lamb kat fb dia sangat sexy sampai terobek hati Kak Zaza nak mencuba.. hahaha.

Ryndu Hot & Grill

Location : 
No. 42 Jalan Metro Wangsa
Section 2 Wangsa Maju
(Depan Masjid Seksyen 2)
Tel : 03-4141 5455

Waktu operasi : 5pm - 1am
Isnin - Sabtu (Ahad tutup)

Masa datang belum ada orang lagi. Rasanya aku 1st customer kot.. ya lah sebab dia buka pun pukul 5pm kann.. aku datang bukan main awal lepas balik kerja macam tak menyempat nyempat.. lepas2 tu baru nampak ramai datang. Not bad tempat ni. Feeling2 macam makan kat Chilli's gitu :)


Menu

Kalau korang rasa nak makan western ala2 serve macam kat hotel boleh datang sini. Harga antara RM10 - RM30 sajo. Sangat mampu milik. Food presentation memang 1st class. Tak lupa juga.. kat sini pun ada local cuisine juga. 

Sebelum aku tunjuk makanan, korang boleh tengok gambar atas ni. Datang happy hour dapat diskaun 10% kalau birthday korang on dat day pun boleh claim brownies. Semalam aku nampak ada brownies dalam cake display fridge.. ingat nak order for dessert.. tapi tak mampu nak telan lagi dah.. rasa nak pecah perut dah makan western semalam. Portion boleh tahan besar.

Bang Nizam order Sirloin Steak. Tak padan dengan mulut ada ulser. Selera tetap macam gajah :)

Nah zoom in sikit gambar Sirloin Steak yang sedap ni

Kak Zaza pilih Lamb chop

Ada 2 keping lamb kat situ, corn, broccoli, french bean, mashed potato.

Pilihan tekak Khairine


 RHG Burger ke apa tah tak ingat nama dia

 Pilihan tekak Danish Chicken Cordon Bleu

Luar tu chicken meat dalam ada vege.. most probably our dish pakai gravy yang sama.. mungkin lah sebab rasa gravy semua macam sama je.

Mango, fresh orange & strawrerrylicious 

KhaNish.. Lama tak tempek gambar budak dua orang ni kat blog.

Percaya tak semua yang kitorang makan ni tak sampai RM100? korang kena percaya jugak. Total semua tu RM87.50 sajo. Worth it kan? Telan2 ailio kan? hahahaha.

Kat sini kalau nak buat group dinner boleh, birthday party boleh, nak buat reunion pun boleh. 

My verdict :
- Kalau nak makan western dengan budget murah, boleh datang sini
- Food Presentation menarik, menyelerakan tapi gravy dia (untuk tekak aku) tak berapa sangat. Terpulang pada tekak & selera masing2. Plus.. kenapa masa surve gravy dia tak panas??? mungkin diorang boleh improve kot lepas ni.

Semalam Kak Zaza tanya Bang Nizam.. Bang Nizam kata dia boleh bagi dua HA out of lima HA ;)

Read More

Tuesday, March 1, 2016

Brownies Sedap by Sugarlandbyrara

Lagi blog terbengkalai last week.. i is busy ulang alik ke hospital jenguk emak. Nanti i buat entry tu ya.

Harini nak bagi tau dan nak tunjuk gambar brownies sedap kat korang. TerZangat Zedapzzz! dia punya sedap tu S pun boleh bertukar jadi Z.. hahaha.


Brownies Sedap by sugarlandbyrara

Si Rara ni memang tokeh pavlova & brownies kedut. Haritu nampak dia post gambar brownies ni kat IG dia. Bila tengok ada strawberry yang ditempek tempek kat atas kek tu pastu ada pulak coklat yang dia zic zac kan kat atas strawberry lagi.. terus aku jadi geram. Kenapa biadap gambar yang ditunjukkan?! hahahaha. Dah lah time tu memang craving nak makan brownies. Sampai paksa Bang Nizam bawak aku gi makan brownies kat Secret Recipe walaupun tau kat SR punya brownies tak sedap. Nak gi tempat lain cari brownies tu memang tahu tak akan sama rasa macam brownies yang budak Rara ni buat. Laju2 aku PM dak Rara paksa dia ambik order aku.. hihi.



Hari Jumaat minggu lepas kebetulan aku ada kat hospital.. deal punya deal, kitorang terus jumpa kat kawasan hospital ampang je untuk pick up brownies. Balik rumah berebut makan anak beranak.. dasar spesies piranha sangat.. hahaha.

Mula2 tu Bang Nizam macam tak nak makan.. walaupun Kak Zaza tau favourite dia memang brownies. Dia cuma obses makan brownies Kartika Sari je. Bila aku tengok dia dok telan2 ailio tengok brownies tu aku bagi gak dia makan.. hahaha. Terus dia jatuh cinta ngan brownies kedut strawberry ni. nasib baik tak kempunan.. hahaha

Ni aku screen shot dari fb Rara.. amboi adik sampai mcm tu sekali caption kau terhadap kakak ya.. hahaha. Ko jangan dik, nanti tak ada orang nak kawan ngan akak.. tak nak kawan tak apa dik.. jangan ada yang kecam cakap akak ni poyo sudeh.. hahaha. Semalam si Izwa pun dah rimau kan aku kat entry dia.. apasal semua orang ingat aku kekwat ni oiii??? Tanggapan korang tu salah tau.. sebenarnya akak baik hati, jujur orangnya. Tak suka simpan dalam hati.. nanti makan diri.. auwww hahaha. 

Apa2 pun brownies kedut adik Rara ni memang tezedap dimuka bumi. Sekali order mesti nak lagi. Sila PM dia cepat.. atau pergi picit punat IG dia untuk tengok gambar2 pavlova & brownies dia yang menggiurkan :)

Eh korang nak tau tak? minggu lepas masa aku up entry pasal kopi siam ada yang komen kata aku 'suka buat assumption'. Plus ada yang kata 'asal viral je orang semua pakat serbu lepas tu condemn dalam fb service lembab la.. slow la'. Pastu ada yang suruh 'kemas sendiri' lah.. ek eleh korang kalau tak reti atau tak mengalami sesuatu keadaan, jangan nak pandai2 nak komen macam tu ya! Bukan kata aku buat entry tak berbayar sukati aku je apa aku boleh cakap.. apa2 benda pun kita kena jujur bagi pendapat & pandangan. Itu pun nasib2 lah, kalau kena time kau pergi tu service elok, elok lah layanan kau dapat.. Faham situ?! 

Cakap lah apa pun... pedulik ke aku?

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah