Saturday, October 18, 2014

Sampan Sungai Sarawak (Penambang)

Ada yang panggil Tambangs (sampan water taxis), Tambang Sampan Boat, Sampan Sungai Sarawak. Kalau ikut aku, aku panggil tongkang je. Kecik betul lah sampan tu. Macam sampan dekat Kuala Selangor tengok Kelip-kelip tu je. Cuba kau bayangkan kitorang yang namblas horang ni boleh muat satu tongkang tu... kecoh huru hara dibuatnya. Maklumlah first time naik.. mau tak cuak.. terhuyung hayang sampan tu kitorang kerjakan.. menjerit-jerit  semua dalam tu.


Sungai Sarawak

Info : Naik tambang ni seorang di-charge limaposen je. Aku tak pasti untuk budak kecik & orang dewasa berapa sebab tak tanya pun kat orang tu.. lagi pun bukan aku yang bayar.. hahaha.


Excited


 Sebahagian dari kami

 Bagi budak2 naik dulu.. orang2 tua naik kendian..

Punya lah takut nak naik.. bergoyang-goyang sampan tu dibuatnya.. Mak aku dah cuak.. dia tanya Nizam "boleh ke Mak naik ni Zam".. Yang si Nizam cepat2 confident-kan Mak aku kata boleh.. hahaha. Bukan apa.. karang buatnya Mak aku tak nak naik, tak kan nak tinggalkan dia sengsorang kat waterfront tu.. kitorang sedap2 berjalan kat seberang jalan tu karang dia boring dok sengsorang. Nak tak nak Nizam paksa jugak Mak naik skali.. aku tengok dah cuak je muka orang tua tu.. hahaha. Kesian Mak kita.

 Dalam pada cuak dalam sampan masing2 bukan main kecoh lagi.. jakun sungguh! termasuk lah aku.. hahaha.

 Kayu yang Nizam pegang tu sebenarnya bukan monopod.. itu tongkat Mak aku sebenarnya... dia angkat tinggi2 lepas tu suruh semua pandang tongkat tu sambil cakap "semua pandang sini.. kita ambik gambar pakai monopod" terus semua gelak besau! hahahahaha.. sengal lah laki aku tu.

 Cuak cuak jugak.. gelak gelak jugak.. hehehe.

 Kami

Entah pandang apa time ni.. masing2 kusyuk benau.

Ada setengah gambar yang tak dapat aku masukkan kat sini sebab bad quality.. Nizam tersalah setting kat camera gabak haritu.. burn je gambar kitorang ramai2 masa kat jeti sungai Sarawak haritu.. sobs :(


Dekat je.. tak sampai 5 minit dah sampai seberang.

Dah sampai.. Emak takut nak naik.. sampan goyang2.. hahaha.

Sebelum beli kek lapis kitorang lepak makan dulu kat food court ni. Kenapa tak ramai orang?? mostly food court ni bukak petang sampai malam.. kitorang sampai awal haritu.. so tak semua kedai lagi bukak. Makan je lah apa yang ada kat situ.

 Tujuan aku memang nak order mee kolok.

Ramai yang suggest suruh aku try makan mee kolok. Ni first time aku makan. Walaupun kat Kolumpor ada jual, bagi aku biarlah aku try makan mee ni purely kat Sarawak.. Dah alang2 kat Sarawak.. haruslah kita mencuba.. yerdak?

Haritu aku ada post gambar kek lapis kat fb.. ada mamat sengal bagi komen kat gambar aku "ek eleh macam lah kat KL tak ada kek lapis" eh hello!! awak ni bodoh ke apa??!! dah nama pun kek Sarawak.. haruslah beli kat Sarawak!!! Damn you!! terus aku remove dia dari FB.. Sukati aku lah nak beli kat mana pun.. kau susah kenapa?? ngok sangat. 

Badan aku dah berlengas time ni.. penat berjalan ke Pasar Serikin haritu terus ke sini naik sampan.. tu yang rupa pun tak semenggah tu.


 Laksa Sarawak Khairine.. Bukan main suka dia makan laksa Sarawak. Sedap katanya.. 

 Nasi goreng Udang pilihan Nizam.. Ini agak kuciwa sikit.. Tak sedap langsung kata Nizam. Presentation bukan main nak love lagi.. tapi rasa agak kureng. Dah lapau.. bedal je lah.

Aku dengan Emak makan mee kolok. 

Bagi aku mee kolok ni tak lah sedap mana pun.. mungkin sebab bukan taste aku. Bak kata Khairine Tak boleh terima kat tekak hahaha.. pepandai je minah tu.  Dah rupa macam maggie goreng je aku tengok.. better lagi Laksa Sarawak.. ai is so loike Laksa Sarawak.. nyummm.

Nasi putih + ikan masin + sambal belacan + ulam.. Ini kak ngah punya. Macam menyelerakan.. 

Ni je gambar makanan yang dapat aku share.. lain2 tu aku tak tau apa diorang makan. Dah lapar kata ko.. tak kuasa nak ambik2 gambar lagi dah.

Lepas makan kitorang bergambar sikti2 kat depan sungai tu lepas tu terus jalan kaki reramai beli kek lapis.




My family




Jalan kaki ramai2 pergi ke Kek Lapis

Mak pun gigih jalan kaki dengan monopod tongkat dia.. hehehe.


Sebelah kedai kek lapis ni ada jual terubok masin.. aku ushar2 je tak beli pun.. sebab esoknya tu ingat nak beli kat Pasar Satok je.. selebihnya ambik gambar depan ikan.. hehehe.  


Bergambar depan kedai. Kek lapis Sarawak Mira cake house Kek lapis basah.. amboi panjangnya nama kedai kau Kak Mira oii.. hahaha.

Ramai yang suggest suruh pergi ke kedai Dayang Salhah.. disebabkan malas nak jalan lebih2.. Mira pun boleh lah.. lain kali kalau ada umur panjang boleh pergi carik kek lapis sarawak makcik Dayang Salhah pulak.


 Pilih pilih pilih..

Sampai2 je terus serbu kat tempat tester.. masing2 macam pirana aku tengok.. teruja agaknya tengok warna warni kek lapis sarawak.. 

Menarik.. tertarik.


Kantoiiii.. ni rasa ke kau makan sampai kenyang?? hahahahaha.

Info : mostly harga2 kek lapis kat sini RM10 je.. yang best sikit macam yang dalam dia ada cadburry tu RM20. Mau tak giler membeli.. nampak pulak berkaler2.. rambang mata aku memilih. Kalau kat Kolumpor kek yang harga RM10 tu boleh cecah RM25.. itu yang aku survey lah lepas balik dari Sarawak haritu.


Kuih raya & pes laksa sarawak pun ada jual kat sini. 


Tak banyak gambar kat kedai kek lapis yang menggembirakan untuk aku share dengan korang kat sini. Macam aku cakap kat atas sana tadi.. Nizam salah setting kamera.. Aku pulak tak snap pakai handphone time tu sebab sibuk mengetes satu persatu kek lapis.. sambil melayan anak2 aku pilih kek apa yang diorang nak.. nampak tangan danish kat atas tu dah tunjuk kek apa yang dia nak.


15 kotak je bawak balik dah siap pack senang nak hand carry masuk flight.

 Puas membeli apa yang berkenan dihati.. time to menyeberang balik kesana. Mari kita bikin kecoh lagi dalam sampan.. hahahahaha.

 Selamat sampai ke seberang.. bergambar dulu ramai2 kat sini.

Dengan family

Dengan anak2 buah yang tinggi2 dari Mokshu (aku lah tu).

Haritu ingat nak naik cruise kat depan tu.. sebab suggestion dari orang ramai (orang ramai sangat kannn.. hahaha) best naik cruise petang2 boleh tengok sunset. Bila tanya kat pakcik tongkang tu dia kata satu kepala RM60.. pergghh kalau 1 kepala RM60, kitorang ada 16 orang.. sila lah kira sendiri. So tak payah lah naik cruise tu.. naik tongkang tu pun dah cukup bahagia dah bagi aku.

Puas tengok gambar??? panjang pulak entry ni. mesti korang bosan giler kannnn.. mesti korang tengok gambar je kannn??? 

Apa2 pun aku rasa lega sangat bila dah sampai ke seberang dengan tongkang tu dengan selamat. Nak tau siapa pembawa tongkang tu??? 







Sila scroll ke bawah..















Lagi sikit..












































Laki den!!! muahahahahahhaha..

Kbai nanti sambung cerita lain pulak yer.. penat lah aku tengok gambar yang melambak banyak ni.. pening nak susun.
Read More

Thursday, October 16, 2014

Happy Birthday Ahmad Nizam

Amboi nama penuh kat atas tu.. nasib tak tulis dengan Bin sekali.. hahaha.

Harini aku pulak yang rasa teruja & happy sebab harini Hari Jadi Nizam yang ke???? teetttttt.... agak2 kalau aku pecah lubong berapa umur dia sekarang dia marah tak????? hahaha.. tak payah nak rahsia sangat lah kannn.. Nizam sebaya umur aku jugak.. kami dah 34 tahun.. 12 hari lagi hari jadi aku pulak.. cehh nak jugak bagitau tu.. hahaha. Kitorang ni macam banyak je persamaan .. umur sebaya, beranak bulak Oktober, tahun yang sama, tapi tempat dia beranak je lain-lain.. aku rasa dia beranak kat sepital kot.. aku pulak mak aku beranakkan aku dalam ghumah.. hahahaha. 

Untuk pengetahuan korang kitorang dulu satu sekolah.. satu kelas lagi.. masa zaman beringus dulu dah sesama kenal mengenali. Tapi masa dulu kat sekolah dia sombong giler dengan aku.. sebab dia bajet dia terpaling kacak kat skolah.. pffffttt. Yer lah aku tau aku perempuan tak tak cantik lagi tak glemer kat skolah.. tu yang sebelah mata pun dia tak pandang.. hujung2 jadi laki aku dah sekarang.. hahahaha

Eh cukup lah.. meh nak bagi wish panjang-panjang kat Nizam sempena Hari Jadi dia harini.


Bie.. Alhamdulillah.. dah 34 tahun you harini kann??!! hehehe.. Sempena hari jadi you harini.. I nak ucapkan Selamat Hari Jadi.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jodoh kita berkekalan hingga hujung nyawa.. InshaAllah.. I hope dengan apa yang kita dah lalui selama ni semua tu dapat kita sama2 jadikan pengajaran. Apa yang baik kita sama2 kekalkan.. yang tak baik tu kita jadikan sempadan. 


Terima kasih kerana sebab menjadi husband yang baik untuk I.. walaupun you tau perangai kekwat bini you ni agak luar batasan.. hahaha. Terima kasih sebab sabar dengan I.. terima kasih jadi suami yang baik, setia & penyayang, terima kasih sebab jadi suami yang sporting giler, terima kasih sebab jadi suami yang kepala giler.. hahahaha.. terima kasih sebab jadi Babah yang sempurna, terima kasih sebab jadi babah yang penyayang, terima kasih sebab jadi Babah yang sabar dengan kerenah anak-anak you yang kadang2 buat Mummy naik darah sampai out of limit.. hahaha.

Nah ayat anjer untuk you sempena Birthday you.. hehehe.

We know each other many years and still I have the butterflies feeling in my stomach when I thinking of you. I want to reach for the sky and bring you a star. A star that will guide you on every way you turn. I want you to know that you are the best husband ever and my true lucky star. Happy birthday my dear darling Husband! Auuuwwww.. hahahaha.
Read More

Wednesday, October 15, 2014

Tipu Syarikat Bas

Ini betul2 lawak.. aku tak berenti gelak sepanjang hari.. jilaker betui!! Hahahahahahahahahhahahahaha

Read More

Monday, October 13, 2014

Kereta Sewa di Kuching Sarawak

Aku skip dulu cerita2 lain kat Kuching.. malas betul nak edit & susun gambar.. semalam guna wifi kat rumah line lembab macam sipit babi.. benciiiiii!!.. so aku tebarkan cerita sewa transport dulu harini.. esok esok sambung part lain plak yer.

Rombongan kitorang haritu 16 orang.. so tak boleh sewa kereta.. tak boleh nak berimpit-himpit macam sardin dalam satu kereta. Arrangement Nizam dia decide ambik 2 van untuk 16 orang.. on cun!


Toyota Hiace

Booked dua unit van ni cukup untuk kitorang 16 orang. First time aku naik van ni.. bukan main besau.

Info : Gear manual, guna minyak Diesel, pick up boleh tahan laju. Tapi jangan kau bawak merempit plak van ni. Bawak ikut had kelajuan pun dah cukup. Kekurangan pada van ni.. tak boleh parking dalam parking yang berada dalam bangunan.. takut sangkut tang bumbung coz van ni tinggi.


Muatan yang boleh kau sumbat segala bag kat belakang.


Nah siap boleh muat anak aku tersentil kat belakang van tu.. hahaha.


Danish pun boleh berdiri dengan penuh gembira.. kalau dalam kereta dia tak boleh berdiri macam tu.


Contact information

Siapa nak ke Kuching boleh call je person yang dalam kad tu. Masa aku dapat van haritu dia bagi van baru. Service bagus.. cepat, van bersih & wangi. Memang cukup selesa dan puas hati.

Harga yang Nizam dapat untuk 2 van haritu selepas beberapa kali nego  boleh dapat RM1,200 untuk 4D3N di Kuching. Harga ni aku tak jamin orang lain boleh dapat. Pandai-pandai lah korang nego dengan orang tu.

Van akan ready tunggu kat airport it's depend on flight kau sampai pukul berapa.. dia sedia menanti customer kat pintu ketibaan airport. Bila hari nak pulangkan semula van, kau boleh call je orang tu suruh dia tunggu kau pukul berapa boleh sampai airport.
Read More

Friday, October 10, 2014

Homemade Sardin Puff

Begitu lah tajuknya.. 

Sekarang ni kan asek terikut-ikut perangai SIL yang suka memasak tu.. bila tengok dia buat apa semua nak tiru.. dia masak sedap. Konon nak jadi macam dia lah ni ;P Latest dia beli arabic rice dekat kedai arab.. Raya Haji haritu dia masak nasi hujan panas guna arabic rice.. sedap hoii.. tu later lah aku tiru.. hahaha.

Hari tu dia ada whatsapp aku tunjuk gambar sardin puff yang macam beli kat bakery tu.. aku tanya dia dia beli kat mana. Selalu kalau puff kat Tesco ke Giant ke mesti tak sedap.. bila tengok gambar yang dia hantar tu automatik kata sedap.. haha propa sangat! eh memang betul weh.. nampak sedap. Tapi bila tengok environment dalam gambar tu macam kat rumah dia.. puff tu macam baru keluar dari oven. Arrghhh ni tak boleh jadi ni.

Sekali dia kata dia buat sendiri. Me is so jeles okeh!! nak jugak try buat.. tanya punya tanya dia kata nanti dia belikan pastry untuk buat puff tu. Ok fine. Terima kasih Along :))

Tadaaa.. hasilnya.. dah macam bantal kusyen je kann.. hahaha.

Kalau hasil tangan aku memang burok sikit lah rupanya. Kena cuba buat lagi sampai jadi golden golden.. baru berselera nak makan.



Korang kalau nak makan puff buat sendiri je.. jangan bazir duit beli yang tak tentu arah kat kedai tu.. belum tentu sedap.

Filling untuk puff korang boleh buat sendiri je. Kalau bangsa pemalas sangat kau pergi kedai beli filling coklat ke, kaya ke, strawberry ke, blueberry ke, tuna ke dan sewaktu dengannya. Aku pun spesis pemalas jugak. Inti sardin tu SIL aku yang bagi.. hahaha. Pastry pulak Kak Ngah yang belikan.. tinggal nak menggentel je kerja aku.. senang banyak bukan??? Untung jadi adik ipar bongsu.. hahaha. 

Haritu masa aku tak tau rupa puff pastry ni aku tanya kat Along & Kak Ngah.. macam mana nak uli.. nanti Along ajar yer macam mana nak buat bentuk semua tu.. sekali kena gelak dengan dorang.. pffffttt. 

Punya lah peghak!! hahaha.

Rupanya bendalah ni dah siap pack. Dah ada pastry ni kau tak payah bersusah payah macam mamak roti canai nak kena uli tepung bagai.. cuma kau nak lipat & isi inti je.

Ni yang aku terjumpa kat Giant haritu.

Korang kalau terjumpa puff pastry ni kat supermarket try lah beli.. balik rumah gentel sendiri, bakar sendiri, makan sendiri.. gerenti puas hati hehehe.

Meh sini duduk rapat-rapat aku nak tunjuk macam mana nak gentel puff ni.


First sekali kau mesti mau ada ini.. Puff Pastry namanya.

Kuning telur.. untuk sapu atas permukaan puff


Isi filling dalam pastry.

Macam aku cakap kat atas tadi, filling tu ikut suka nak letak apa.. stoberi boleh, blueberry boleh, coklat boleh, kaya boleh.. sukati kau lah nak letak apa pun boleh. FYI, pastry ni dia bentuk patsegi tepat. Haritu aku belah dua so dapat buat kecik2 & dapat banyak. Buat kecik2 stim sikit nak makan.. hahaha.

Lepas tu letak atas dulang pembakar. lepas tu bakar sampai warna bertukar golden golden.

Tips : Masa keluarkan puff pastry dari fridge, biarkan dalam 10 - 15 minit bagi doh lembut. Kalau masih keras nanti masa bakar dia tak jadi kaler golden.. kalau tak nanti lepas bakar puff kau jadi pucat macam puff aku ni. 


Ready to eat.

Selamat mencoba :))
Read More

Thursday, October 9, 2014

Pasar Serikin - Kuching Sarawak

Masuk hari kedua di Kuching plan nak keluar awal pagi dari apartment. Kalau dah berada kat tempat orang mesti lah nak kena berjalan sakan yerdak?? mestilah awal-awal pagi dah nak kena keluar.. baru lah sakan.

Info : Pasar Serikin merupakan antara tempat membeli-belah yang terletak di sempadan Malaysia & Indonesia. Dekat dengan Kalimantan. Kebanyakan barangan yang dijual di Pasar Serikin ni dibawa masuk dari Indonesia. Pasar ni hanya dibuka pada hujung minggu je.. iaitu Sabtu & Ahad.. hari-hari lain sekitar tempat macam pekan mati je. (info yang aku review & dari orang tempatan). 

Malam sebelum tu dah plan baek nak gerak awal. Kononnya nak gerak dalam pukul 6.30 pagi. Cuaca kat sana kalau pukul 6.30 pagi kan dah cerah. Lagi pun kalau nak kesana memang kena awal sebab cuaca sana panas sebab kedudukan yang hampir dengan garisan khatulistiwa. Well janji melayu katanyer.. bila dah ramai2 kau tau je lah.. dia tunggu dia, aku tunggu dia, kau tunggu aku.. ding dong ding dong nak dekat pukul 9 pagi jugak kitorang gerak dari apartment.

Info : Perjalanan mengambil masa dalam satu jam lebih dari apartment.. Kalau dari bandar Kuching mau lebih kot.. itu pun bergantung penuh pada Waze. Nasib baik jalan nak kesana elok. Review sebelum ni aku tengok banyak yang kata jalan kesana berlopak.. maknanya tar tak elok. Mungkin time kitorang datang haritu dia dah turap cantik.

 Baru sampai.. 

Mula-mula sampai rasa jakun jugak.. siap dah pakai topi ala-ala santai tepi pantai kat kepala.. ingat nak beli skali bila pikir balik macam poyo pulak.. ah letak balik lah.. rambang je bijik mata sebenarnya tengok macam-macam ada kat situ. Rasa gatal je tangan ni nak membeli.. Ini belum masuk sampai ke hujung lagi. Cehh cerita macam shopping kat Paris je kannn.. Propa je lebih.. hahaha.

Permulaan perjalanan.

Bila dah jalan sampai ke hujung baru rasa kurang jakun. Tempat ni sebenarnya macam kau pergi Pengkalan kubor, Kelantan jugak.. sebabnya banyak barangan tiruan dari Indon. Bezanya kat Kelantan tu barangan yang dijual banyak dari Siam. 

Aku pun haritu tak beli apa sangat.. kecuali beli barang-barang souvenir, kain batik Sarawak, Kain Pua Kumbu untuk buat baju, senduk Sarawak. Banyak lagi sebenarnya hasil jualan kat sana.. tapi macam tak larat je nak beli. Bawak duit seguni pun tak cukup nanti. Itu kalau bangsa yang kaki perabih duit lah.

 Alatan muzik



 Kebaya ala-ala Kebaya Nyonya dari Indonesia.

Mostly barangan yang dijual peniaga kat sana ambil dari Bandung. Bila aku tengok memang yer jugak.. antaranya telekung, kain pasang sebijik macam yang ada jual kat Bandung. Kat sini juga kalau nak membeli kau kena pandai tawar menawar.. boleh dapat murah. Peniaga sini bila dia tengok kita bukan orang tempatan, dia akan ketuk harga giler2.

 Barangan kraft Sarawak

 Budak ni aku suruh pilih legging tapi tak mau. Tak ada yang berkenan katanya.. Cuba bawak masuk H&M tengokkkkkkk.. tak payah aku pilih.. dia sendiri pilih mana dia berkenan.. derrrrr.

 Agak-agak nak buat kenduri periuk belanga tak cukup, boleh beli kat sini. 

Harga aku tak pasti.. tak pulak aku tanya berapa harga barangan dia. Kalau kat Kelantan ni harus barang ni product dari Siam.. kat sini aku tak sure dari mana datangnya periuk belanga ni.. rasanya dari Indon lah kot.. dah sempadan katanyer.


 Kraft diperbuat dari kayu kayan.


 Baju kaftan.

 Handbag pun banyak jugak kat sini. Mostly handbag dari Indon. Satu pun aku tak berkenan sebab material yang digunakan nampak sangat local. Baik beli kat Bandung., ada lah nampak berkualiti sikit.

Barangan hasil Sarawak


 Jersey pun banyak ada jual kat sana. Macam biasa lah ada gred-gred. Kalau gred ok sikit mahal harganya. Gred murah pun ada.. harga pun murah.

Kain pasang & telekung memang banyak jual kat sini. Melayut-layut dia gantung macam kat belakang tu.

Kulit apa tah ni.

Macam-macam kaler ada.. pilih dan bayar je mana yang bekenan. Aku ni kurang membeli kain pasang. So jalan-jalan basuh mata je lah.

 Hasil rotan. Sampai dah naik serabai rambut anak aku.. hahaha. 

Sebenarnya kalau nak layan kan tempat ni rasa mau tercabut kaki. Dia punya panjang memang berkilometer.. antara tabah dengan tidak je kau nak jalan sepanjang Pasar Serikin ni sampai ke sempadan Indon sana. Dengan cuaca panas yang terik satu macam. Sepanjang aku kat pasar tu kipas tangan memang tak lepas. Berkipas je tangan aku sampai naik lenguh.

Family SIL.

Masa kat kat sana kitorang berpecah 3 family (family aku, Family SIL & Family BIL). Masing-masing dengan haluan masing-masing. Kau nak shopping berapa lori pun kau punya suka.. gittue lah kaedahnya. Tapi cukup time kita berkumpul balik kat tempat jalan masuk. Emak aku tak ikut jalan sampai kedalam pasar ni. Orang tua tu tak larat nak jalan. So Emak lepak kat pondok area pintu masuk je. Sian orang tua tu.. nasib baik lah ada port dia nak duduk. Senang lah hati aku nak merayap sampai hujung jalan.
Ini lah penghabisan jalan Pasar Serikin. Bukan main jauh ya amat. Peluh jantan betina semua keluar.

Kat sini semua hasil kampung ada jual. Susah aku nak sebut satu persatu, Kau tengok je lah dalam gambar tu apa ada jual. SIL aku beli cempedak kat sini 3 biji RM5. Tanjat berok aku.. murah giler. Cuba kat Kolumpor.. kau boleh dapat harga itu??? kim salam je lah.

Steady lah makcik!! 

Puas tak tengok gambar?? ikutkan banyak je lagi gambar kat Pasar Serikin ni yang aku nak tampal. Siap bergaduh dengan Nizam "Bie you ambik banyak-banyak tak gambar kat sini.. I nak masuk blog" Hangen je mamat tu gambar dia tak banyak pun sepanjang kitorang kat sana.. hahaha. Dah tu dia yang pegang camera gabak.. harus lah gambar dia tak banyak. Aku setakat pegang handphone lepas tu snap snap snap masuk Instagram je.. haha.

Selesai berpeluh-peluh kat Pasar Serikin, otw balik tu kitorang singgah satu gua tu.. apa tah nama gua tu.. tapi tempat tu temple untuk orang Budha sembahyang.. tak masuk pun cuma lepak kat luar2 je.



Tempat ni lah yang tak tau apa nak gua.. lepak sekejap je lepas tu ke Gua Angin.


Gua Angin.

Lepak bergambar tigapat keping lepas tu bla pergi waterfront nak pergi carik kek lapis Sarawak.

Ok lah.. lepas ni aku nak sambung cerita kitorang pergi beli Kek lapis kat seberang sungai Sarawak, esoknya ke Damai Beach & Kampung Budaya pulak k.

Chow Sin ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah