Wednesday, March 18, 2015

Jejak Makanan Di Penang

"Jejak" sangat kannn.. hehehe. Well siapa tak suka pergi Penang.. Penang kan Syorga makanan. Aku pun suka pergi Penang.. lagi2 makan nasi kandar. I love curry. I love to eat curry.. wah!! cakap omputeh kau Jah! ;P Lepas tu menyesal makan banyak2.. takut gemok.. hahaha.

Planning nak naik Bukit Bendera.. sebelum tu breakfast kat Medan Selera Tanjung Bungah.

 Motif letak gambar ni?? 


Sebab aku tak ambil gambar masa kat tempat makan tu.. so ini je yang sempat aku snap.. hehehe jangan marah aaaa ;P Medan Selera tu best jugak. Masa kitorang sampai nak breakfast dalam pukul 9pagi.. seawal pagi tu dah banyak lauk pauk yang kedai tu masak.. meriah giler dengan lauk2 yang kat kedai tu. Kalau dah seawal tu aku tak lah makan nasi.. makan roti canai je.

Roti telur + teh tarik = perfect breakfast combo

Lepas tu sakit perut nak terberak... huhu. Aku bukan boleh minum yang bersusu pagi2.. tapi haritu nak tunjuk gagah.. minum jugak..hahaha.

Next destination kitorang nak ke Bukit Bendera. Sebelum ni bukan tak pernah naik pun. Saja suka2.. bila dah reramai dengan family harus lah kita menjejaki bukit tu. Cerita bukit Bendera nanti kita cerita next entry ye.. ni nak menunjuk dulu gambar2 makanan yang aku makan haritu masa kat Penang.

Ini namanya Mango Ice


Sangat2 menggoda mangga dia kan??! terselit pulak strawberry & ais krim kat atas tu.. kena pulak dengan cuaca panas kat atas Bukit Bendera haritu.. rasa nak terkam je.. roar!

ABC




Tengok ABC dia sangat2 bernafsu.. bila masuk dalam tekak ni rasa nak menjerit dibuatnya.. hehe. Over Kak Jah.. ABC je pun! ;P

Banana Split

Ni dah biasa makan.. so tak berapa nak heran sangat.. buat kat rumah pun boleh.. pisang tu nak tukar ke buah lain pon boleh.. nangka ke, durian ke, nenas ke, kedondong ke.. hehehe.

Kalau korang pergi Penang, naik Bukit Bendera.. cari kedai ni. Kak Nor Cafe.. Hai Kak Nor! hehehe.. macam lah si Kak Nor tu baca blog aku ni kann??!! pfffttt ;P

Ni cerita lain pulak.. kalau mai Penang mesti nak pekena char koay teow (CKT) betui dak?? tu dia kedai CKT yang aku makan haritu. Bukan main sedap.. tengok je kedai dia kecik nih.. tapi CKT dia sedap nak mampuih. Udang besaq2 nak habaq mai.. 

Char Koay Teow

Malam hari pertama sampai Penang haritu pi makan char koay teow kat depan Holiday Inn Resort. Malam hari kedua mai ingat nak makan lagi.. skali tutup pulak.. *nanges* :'(

Lagi satu nasi biryani kat Restoran Kapitan.. selain dari nasiq kandaq yang disebut2 kalau ke Penang.. Nasi Briyani Kapitan jugak korang kena try ya.

Restoran Kapitan.. World Class Naan and Briyani Claypot


Tingkat atas restoran

Restoran ni aku tak ingat kat area mana. Apa yang aku ingat.. masa turun dari Bukit Bendera haritu aku terus whatsapp Farah.. tanya dia the nearest restoran kapitan kat mana. Kitorang pun terus menuju ke sana.

Restoran Kapitan ni bersepah2 kat Penang.. maksudnya restoran ni banyak branch. Ala2 macam Restoran Pelita kat KL ni.

 Ini dia nasi Briyani Kapitan Ayam

Dia boh dalam claypot then nanti kita boleh pindahkan dalam pinggan. Kalau nak makan dalam claypot tu itself pun boleh.. tapi kalau aku tak selesa makan dalam claypot tu.. kecik nau mangkuk hayun tu..

Kita pindahkan dalam pinggan macam ni.. baru selesa nak makan.. siap boleh berkepak lagi sambil makan.. hehehe.

Naan cheese & ayam tandoori. Ramai yang kata naan cheese kat kedai Kapitan ni sedap.

Ok itu je yang sempat aku update untuk food hunters masa kat Penang haritu.

See ya ;)
Read More

Tuesday, March 17, 2015

Rumah Kelahiran P.Ramlee, Penang

Lepas check-out dari Apartment & sebelum hantar balik kunci kat office CIMB Penang Branch.. singgah kat area tepi pantai kat Feringghi dulu sebelum beli jeruk Pak Ali yang top top meletop katanya tu.. lepas tu pekena cendoi & laksa pulak.

 Cendol ni sedap nak arwah.. santan dia pekat, gula melaka dia likat.. semua secukup rasa

Laksa ni so so je.. kureng sedap

Dah kenyang makan laksa & cendol, kitorang teruskan perjalanan ke Rumah Kelahiran P.Ramlee. Tak berapa nak jauh dari Feringghi pun. Set je waze terus boleh sampai.

dengan keluarga in-law

Khairine & Mak long

Ini lah rumah kelahiran Allayarham P.Ramlee

Kalau nak tau info lanjut boleh baca kat link ni 
--> Rumah Kelahiran P.Ramlee (sumber : Arkib Negara)

Khairine

Dia suka lah pergi tempat-tempat macam ni. Sebab dari kecik aku selalu bawa dia ke tempat2 bersejarah yang ada info. So bila dia pergi tempat macam ni, dia suka baca apa yang tertulis kat situ.

Busu & Trisya naik sampan bawah rumah.. hehe

Basikal tua bawah rumah

Rumah ni kecik je.. tak besar mana.. rumah orang dulu2 kann.. orang sekarang ni rumah bukan main godang-godang!

Antara cerita2 yang dah menjadi sejarah.. boleh baca kat sini salah silah kisah P.Ramlee

IC dulu2 yang dimiliki oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Katil besi turun temurun

Sejarah katil besi


Ruang dapur

Rumah ni kecik je.. memang tak boleh masuk ramai2.. dikuatiri roboh.. hehehe.

Habis mengelilingi dalam rumah.. kita bergambar pulak kat luar rumah.


 My family.. feeling dok kampung sangatttt ;P

 Menunggu mu di jendela.. gittew ;)

Ni dah kenapa pulak?? anak beranak sama je perangai.. hahaha


 Semua sakit perut nak tercirit.. nak masuk jamban kat belakang tu tapi tak muat anak beranak ;P

Dia ni lah pembawak cirit tu.. hahaha

Cabottttt!! ;P
Read More

Monday, March 16, 2015

Sri Sayang Resort Service Apartment, Penang

Harini aku nak share tempat yang mana location & scenery yang boleh dikatakan best juga lah. Tapi tak boleh lah ko nak samakan tempat ni sama best macam kat Hard Rock Penang. Bagi aku ni pun dah cukup helok jugak. 

Tempat yang aku katakan ni tak jauh dari Hard Rock Penang. Sri Sayang Resort Servive Apartment. Apartment ni one of CIMB punya property. Nizam as a CIMB staff, dapat lah harga staff. Kalau bukan staff harga lain lah gamaknya.

Welcome


Siang & Malam

Senja

Jom tengok keadaan dalaman Apartment ni. Oh lupa nak bagi tau.. Apartment ni besar.. fully furnished, ada dua bilik, dua bilik air.. tak perlu nak berhimpit-himpit atau berebut toilet kalau nak berak ya ;)

Hall

Flat screen with astro

PERINGATAN!! buat warga CIMB

Yang bukan warganegara CIMB bleh relax & lunjur kaki. Alamak.. nampak jamban lah pulak.. hahaha.

Dining

Kitchen

Mana yang rajin nak main masak2 dalam apartment ni, segala pinggan mangkuk periuk semua ada. Agak2 tak cukup sila bawa sendiri dari rumah.

Sinki ni aku nak complain sikit. Haritu masa stay kat sana, sinki ni bocor. Setiap kali membasuh air akan keluar dari celah cabinet. Habis banjir satu dapur.


2nd room. 

Untuk master bedroom aku tak snap gambar. Mostly ID bilik tu sama je macam second room ni. Bezanya master bed tu ada toilet je.

Toilet sebelah 2nd room

Iron & iron board pun ada disediakan

 Toilet dalam master bedroom

Bathtub 

View dari tingkat 21

Untuk CIMB punya apartment ada curtain floor saja. Bukan semua floor/ apartment tu CIMB punya. So bila guard tanya kita stay kat tingkat berapa, diorang akan tau samada itu Apartment untuk Bank atau tenant lain.

View dari balcony

Violet House Cafe berdepan dengan Swimming pool




Walaupun swimming pool sekakang kera, budak2 ni tetap beronok-ronok dalam tu.

Info : Swimming pool dibuka start pukul 9.30 pagi - 7 malam. Sebelum melepasi kawasan pool ko kena register dulu.. ada guard tercongok bawah pokok dekat situ. Tulis je nama then baru boleh pergi mandi.

Overall tempat ni memang cool, bersih, cantik, view pun menarik. Tak ada gangguan langsung coz security kat Apartment ni sangat2 strict.

Kepada yang bukan warganegara CIMB, ini room rate yang sempat aku snap.. or else boleh tengok kat website dia http://www.srisayangapartments.com/
Read More

Friday, March 6, 2015

Pasemboq Penang

Boleh tak mulakan cerita cuti-cuti Penang aku haritu dengan cerita pasal makan-makan?! boleh je kan?? siapa nak marah aku pun. 

Bila idea tak ada apa aku nak carutkan pasal cuti haritu, aku terpaksa cerita dari ekor cerita dulu.. ni pun tergagap2 otak aku mencari idea nak menulis.. tak apa lah Bedah.. janji cerita & gambar ada.

Day 1.. makan Pecel Lele kat Komtar. Itu pun sebaik aku tiba kat Penang terus roger si Farah. Masa sampai tu elok pulak lunch hour. Aku tanya dia kat mana.. dia kata dia kat Komtar.. yang aku pulak time tu baru turun dari ferry. Helok sangat lah tu dah dekat. Park je kereta terus masuk 1st Avenue. Masuk je 1st Avenue cari punya cari.. terus jumpa Farah kat escalator. Dengan rakusnya si Farah terus cakap nak belanja aku & family makan pecel lele. Langkah kanan lah aku masa tu.. hehehe. Masa makan tu sedap sangat berborak dengan Farah, langsung tak ambik gambar makanan. Kalau korang teringin sangat nak tengok, boleh tengok kat blog dia sendiri http://farahwahyda.blogspot.com/2015/02/yeayyysampai-ke-bandung-sudah.html


Thanks Farah.. bagus layanan si Farah masa aku kat sana haritu.. walaupun dapat jumpa beberapa jam je.. siap belanja makan lagi ;)

Done part makan kat Komtar, dia nak balik office. Aku tanya dia nak balik naik apa.. dia kata naik teksi. Macam tak best pulak nak biarkan Farah naik teksi.. dah lah dia belanja makan.. takkan nak lepaskan dia sengsorang naik teksi.. Nizam pun offer dia nak hantar dia balik. 

Tak sampai lagi office, dalam kereta si Farah ajak singgah kat gerai pasemboq.. nak belanja pasemboq pulak. Fuhh dah lah baru lepas belanja makan pecel lele.. nak belanja pasemboq pulak lagi.. pecah perut dibuatnya.

 Tapau pasemboq yang Farah belanja makan kat Apartment

Pasemboq ni tersedap didunia. Patutlah Farah beriya sangat nak tapaukan untuk aku. Location? kalau nak tau tanya Farah sendiri.. aku tak tau nak describe kat mana exactly tempat tu.


Campuran fishball, potato, sausage.. apatah lagi dalam tu

Sengkuang & timun


Ko tengok kuih udang dia.. perrghhh disaluti udang semata-mata. sampai tercocok muncung udang kat mulut aku haritu masa makan. Nasib baik sedap.. kalau tidak dah menangis aku kat situ. Takit tangat tau! hukhukhuk :(


Kuah pasemboq ni yang buat sedap


According to Farah, tempat ni murah & sedap. Memang murah dah sedap. Masa Farah cedok semua bahan2 pasemboq tu aku tengok membukit je.. bila dah dipotong2 dah macam menggunung banyaknya. Harga? RM23 sajo. Kalau kat Padang Kota ko mana boleh dapat harga semurah ni. Last 2 years aku pergi makan kat Padang Kota kena tekan RM25 sepinggan.. ciput je.

Btw, aku nak say thanks to Farah. Nizam pun puji.. dia kata Farah bukan main peramah.. nasib baik tak becok macam bini dia.. hahaha. Next time kami singgah rumah hampa pulak no ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah