Friday, September 6, 2019

Tegallalang Rice Terrace, Bali

Day 3

Last pit-stop untuk hari ketiga di Bali. Singgah Rice Terrace yang cantik ni kejap nak tengok pemandangan sawah padi lereng bukit (padi huma). Selalu nampak dalam gambar je... teringin jugak nak jejakkan kenangan kat sana.


Dari atas nampak pemandangan rice terrace menghijau memang cantik.. kena pulak cahaya matahari petang.. OMG! CANTIK pemandangan kat sini.





 Buat apa tu? korek bijih timah ke? 

Bunga taik ayam


Tengok ke bawah sikit degnar orang tengah menjerit-jerit naik swing. Eleh itu pun nak takut. Tunggu kejap I turun bawah tu ya tengok apa jadi nanti! 🙊😅


Naik ni tak semahal macam kat Aloha Ubud.. Rp150k (RM45) je sorang. Naik 2 org dapat dikon Rp250k (RM75). Amboi pandainya Noriza kira duit? Tau kira ni pun sebab tanya NJ 🙈😆 Maklumlah I kan tak reti kira duit 😜


Ni bukan saja-saja berdiri kat tiang ni. Ni tengah perati orang main buai. Lama I berdiri kat tepi orang main swing tu. Hati melonjak nak try naik.. at the same time takut pulak… kena saiko sikit dengan NJ, try jugaklah jadi macam bawang merah naik buai ikat kat pokok.. hehe.


Ko tengok lah lereng kat bawah tu.. itu kalau terjunam ke bawah tu.. ko rasa apa jadi?



Lepas otak kena torcher, perasaan takut datang balik bila tengok orang dok jerit-jerit atas buai. Oiii macam kes penderaan bini je nih! Hahaha.


Ko jangan eksyen sangat ya Noriza! dah hayun nanti tau la apa nasib kat atas buai tu 😂


Tolak


Ready nak kena hayun.. awal-awal i dah warning mamat dua orang tu. ko jangan hayun aku kuat-kuat. Dia tak pedulik nyah! dia hayunnya aku macam nak tercampak keseberang sana. Tambah pulak ada syaiton kat sebelah sambil merecord i time tu. Eeee rasa nak turun buai jap gi terajang diorang tu. Tapi apa kan daya... lagi kuat lontaran vokal i, lagi laju dia hayun i. jahanam betul! 😂😂😂 nak marah tak boleh, nak gelak tak boleh.. nak turun lagi tak boleh hahahhahaha.

Sebenarnya sebelum naik tu masih lagi berat hati.. berani kan jugak lah sebelum penderaan mental lain lagi pulak oleh sang somi. Actually, since dari KL lagi I cakap kat NJ I nak naik swing kat tempat pagi. Bila sampai sana tiberrrr pulak kecut perut tengok orang jerit-jerit depan mata.



Dah lah tengah takut.. sempat pulak dia suruh kita senyum sambil snap gambar kita.


Nah tiba-tiba terlepas hayun ke atas.. oiiiii kering darah i time ni wehhh.. satu badan keras takut nak bergerak kecuali lontaran vokal yang kuat je mampu akak jeritkan hahahaha.



Dalam pada takut terpaksa gak toleh.. abang indon tu dok terjerit-jerit suruh i toleh kat dia.. nyampah betul. Dia tak tau ke i tengah takut?! #MataKeatas



I kan sejenis yang gayat. Tapi hati nak try dan lebih teruk telah dipaksa. Ok naik jugak akhirnya. Ada lah kenangan test vocal kat Bali. Bila tengok balik video yang mengaibkan diri sendiri ni… rasa macam OMG! malunya tengok diri sendiri terjerit-jerit atas buai tu 😤

Sama lah dengan somi i pun.. terjerit-jerit atas buai tu. Tapi dia punya jerit tu versi seronok kena buai... hahaha. Yang i ni dah kering darah atas buai sampai kejung badan kaki tangan semua.



Lepas i dah turun tu i tak tau yang dia pun sebenarnya nak naik gak buaian puaka tu.. sebab tak Nampak macam dia ada hati nak naik pun.

Dah turun je dari buai tu I cakap ka NJ “dah jommm” pastu dia cakap “u sorang je ke nak naik? I pun nak jugak” laaaaaaaaa mana mak tau!! Hahahahaha. 


Tadi kau kenakan aku kan, turn kau ni siap! Aku suruh abang indon tu hayun kuat-kuat. Rasakan! 






Bukan main eksyen lepas-lepas tangan konon.. bila tengok video terjerit-jerit hahahaha.


Anyway, we had fun. Walaupun kecut-kecut perut naik buat tu. But at least I dah ada memory kat tempat ni.


Read More

Wednesday, September 4, 2019

Sport Club Dinner di Ambang Merdeka 2019

Actually, setiap bulan kitorang kat office memang wajib kutip konda RM10 sorang. Cukup duit je kitorang pergi makan-makan atau main bowling. Setakat ni main bowling tu I pernah join sekali je.. selebihnya pergi makan makan dan makan je 😋

Yang beria sangat nak pakai tudung merdeka ni sebab malam 30 August tu kitorang ada sport club dinner. Dinner pulak malam ambang merdeka… so memang sesuai la dengan tema tudung merdeka kitorang.


Kami sehati sejiwa ❤️

❤️❤️❤️❤️❤️


Sisterhood 🧕🏻🧕🏻🧕🏻🧕🏻🧕🏻


Habis kerja pukul 6pm, masing-masing siap melaram touch up sepitik 💄tempek bedak bagai. Kemain meroh bibior masing-masing 💋Ye la kita kan nak pergi makan kat hotel! Kena la comey comey 😊


Amboi kat escalator pun sibuk nak bergambar. Kak June (I call her Ibu) pandang mana tu?? 😂

Sampai Parkroyal KL dalam pukul 7pm. Terus capai makanan. 

I tak tau nak letak caption apa.. I lambakkan gambar menu buffet je lah.










Us


Makan tak seberapa sangat. Maklonglah perut kecik. Tapi kitorang enjoy. Borak-borak, gelak-gelak tahaper haper. Diorang tu semua kepala tak betul. Karang ada je benda nak digelakkan terbahak bahak. Bila bergelak tu satu restoran dengar. Lantak situ! 😅😅😅😅


Thank you Fieza selaku "gogernizer" majlis a.k.a akak HR department. Next kemana lagi destination kita nak pergi makan2?? 🤭🤩
Read More

Makan Malam di Wong Solo, Bali

Day 3

Berjam-jam perjalanan turun dari Kintamani. Malam kitorang decide makan kat Wong Solo je sebelum pak supir hantar balik hotel.

Biasa jugak makan ayam penyet kat KL… lebih kurang sama je.


Menu

My choice. Pecel Lele

NJ punya set ayam bakar

Mee goreng pilihan pak supir

Seriously, kat KL tak pernah sekali pun I masuk kedai Wong Solo. Kat Bali ni la baru first time I try makan ayam penyet Wong Solo 😄😄😄
Read More

Tuesday, September 3, 2019

Semangat Kemerdekaan ke 62 Tahun!!

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! 🇲🇾

Tak pernah-pernah seumur hidup I terlalu bersemangat sambut kemerdekaan… hahaha. Dulu masa zaman muda mudi memang tak dinafikan asal menjelang malam nak sambut merdeka je, semangat datang lain machiam. Tapi bukan semangat nak sambut merdeka pun. Gedik nak keluar malam je yang lebih sebenarnya hehehe. Cakap kat mak ayah nak keluar sambut ambang merdeka dekat Dataran Merdeka (Zaman I muda dulu Putrajaya tak wujud lagi). Padahal kau pergi clubbing sambil countdown dalam tu.. muahahaha.

Ok, zaman tu dah berlalu. Kita kena move on 😜

Seminggu sebelum 30 August, I ada bagitau gang makcik bawang (gang kakak2 & adik2 kat opis). Jom kita pakai tudung merdeka nak? As usual, diorang tu apa saja ko cadangkan.. semua ONZ je 🤭😅 Tu yang bestnya ada gang satu kepala macam diorang ni. Discuss punya discuss, semua orang pilih nak bawal cotton. Pemilihan corak, tak kisah apa je… janji nampak la merdeka tu. Ok, bila semua Onz, I yang open suggestion.. so I lah yang kena pergi cari kat kedai.

Habis game bola Danish 24 August haritu kat RRI Sungai Buloh, terus shoot ke Jalan TAR. Memang confident sangat kat sana ramai orang jual tudung bawal merdeka. Lagi-lagi kat pasar malam Jalan TAR tu... for sure ada punya. Jalan dari hujung sini sampai hujung sana, ada 2 ketul peniaga pasar malam je yang jual tudung merdeka. Itu pun pesen yang I tak berkenan.

Pusing pulak kat kedai yang mengadap Sogo… deret tu ada! Kedai first tu ada few design… siap ada batu bata pulak atas tudung tu. Takmo lah.. Nampak macam over nau pulak. 


Bawal cotton merdeka ada batu. Plus design ni terlalu Jalur Gemilang sangat. Macam tak sesuai nak pakai dok atas kepala. Dah la haritu ada terbaca pasal design Jalur Gemilang jadi issue dibuat baju & buat jadi tudung. So, untuk mengelakkan dari dicerca, kita cari design yang ala ala je sudeh. 

Cari kat kedai depan sikit tu. Ada! tak ada batu. Memang tak nak ada yang batu batu pun. Ada dua design. Sent kat group tanya diorang. Mana satu design yang Onz.

First choice

Ada dua design ni je.

Second choice

Last resort terpaksa gak pilih yang ni. Malas dah nak redah kat tempat lain.

30 August 2019

Semangat Kemerdekaan 💪🏻


Tadaaaa.. gang makcik bawang pakai tudung merdeka!! 😊 Time ni lunch hour kitorang pergi makan kat Family Mart. 

Jom cerita part malam pulak apa jadi kat next entry. Bye 👋🏼 
Read More

Sunday, September 1, 2019

Ladang Jeruk Kintamani, Bali

Day 3

Otw naik ke Kintamani, kiri kanan sepanjang jalan semua ladang jeruk sokmo. Geram tengok. Rasa tazabar nak suruh pak supir berenti nak tepik sebijik. Dat time tengok langit dah macam gelap. Takut karang tengah makan-makan kat atas tu hujan pulak... tak sempat nak ambik gambar view volcano... so kita pergi yang terhasrat lama dulu sebelum kita jelajah ladang jeruk kat tepi jalan ni.



Not even limau yang diorang tanam.. sebab Kawasan ni sejuk macam kat Cameron, diorang boleh tanam kobis jugak kat tempat yang sama diorang tanam jeruk.

Luas pemandangan kat sini. Kalau tengok live lagi cantik. Kalah pemandangan kat Cameron.



Kobis dia memang segar.. sesegar embunan pagi.. agichewww


Actually, sepanjang jalan Kintamani pun ramai je jual hasil tanaman diorang ni. Tak beli pun. Sebab masa makan kat Restoran Sari haritu pun diorang ada serve limau ni. Boleh tahan masam!


Salah silah tanaman disepanjang perjalanan ni tidak la I buat kaji selidik. Karang I tulis panjang lebar sejarah tanaman ni kena sound pulak dengan ketua darjah I yang garang tu 🙊🙈😅



Ladang ni tak berpagar. Bila nak masuk kena langkah besau. Rasa macam adventure pulak kena jelajah segala pasir, lalang & rumput 😖


Oiii buat apa tu? Alamak kantoi pulak 🤣😂


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah