Tuesday, September 17, 2019

Tanah Lot, Bali

Day 4


Last day kat Bali. Flight kitorang pukul 7.30pm. So banyak masa lagi nak tunggu fly back to KL. Check-out je dari hotel dalam pukul 10am, pak supir terus bawak kitorang pergi Tanah Lot.

Waroeng Orange

Sampai Tanah Lot, terus makan dulu. Dalam area kat sebelum pintu masuk tu ada kedai makan.

Comel ke? 🤭 🤣 

Wow feelingnya kau Jah! 😳😅



Tak tengok pun kecak dance pun.. Masa sampai tu belum start. Tak kisah tak tengok pun.. I is 0kurang berminat nak tengok. Setakat nak jalan-jalan tengok sekeliling Tanah Lot je dah la. Maklonglah orang tak berseni kenn.. macam tu lah hehe.



NJ cakap last time dia pergi sana kat tepi-tepi lereng tu tak ada lagi pagar cantik-cantik macam sekarang. Hayerlah meh kita bergambar kat tempat yang dah ada pagar pulak sekarang 🤳 



Sayangnya masa kitorang sampai air tengah pasang kuat. Ombak dia MashaAllah cantik! ombak kuat, dengan badai ombak yang kuat menghempas batu.. cewahhhh ayat kau macam dalam novel... muahahaha



So, bila air pasang kuat… tak dapat lah nak merentas ke temple yang kat tengah-tengah tu.. But issokay.. I pun sebenarnya tak berminat sangat nak masuk ke temple ni. Kecak dance pun I tak tunggu nak tengok.



Tinggi wave 🌊 belakang tu. Memang air tengah pasang time ni





Read More

Wednesday, September 11, 2019

Kuta Suci Beach Hotel, Bali

Day 2.


Bagi yang tak tau lagi kenapa I pergi bali berdua-duan berhani hanimun dengan NJ kat sana haritu,  meh sini nak cerita.. sebenarnya NJ dah beli flight ticket untuk kitorang empat beranak. Memang masing-masing dah excited dan menghitung hari nak holiday ke Bali. Especially Khairine. Dia lah manusia yang paling gumbira sekali. Sebab dia pun macam mak dia jugak suka ambik ambik gambar 📸

Hujung-hujung, bulan July haritu tup tup cikgu bagitau date trial PT3 start on 5 August. Dah lah date 5 August tu date hari yang sepatutnya kitorang bertolak dari Bali balik KL. Damn!!! Dah terbayang muka Khairine & Danish... macam mana dengan ticket flight diorang? Hmmmm. Bincang punya bincang, apak dia cakap tak apa lah.. terpaksa korbankan ticket diorang. I ni kalau kata suruh korban ticket tak apa nok!! yang I terpaksa korbankan tu semangat & harapan budak dua orang ni. Kesian sangat… haritu dari hari nak pergi sampai dalam flight i menahan airmata teringatkan budak dua orang ni tak dapat pergi sama-sama ☹ #MakIsEmotional



Tulah cerita sebenarnya kalau nak tau.. sampai sana lupa kejap anak... hahaha

Untuk entry ni i nak cerita pasal tempat kitorang stay. Tak tau la apa nama sebenar tempat ni. Bila i google, ada keluar nama Kuta Suci Guest House. Kat Website nama dia Kuta Suci Beach Hotel Kuta. Dua-dua bila i selidik tengok sama je gambar-gambar yang ada dalam Google pun.. Pening akak! atau korang boleh refer kat WEBSITE dia ni.


Kitorang stay dekat sini 4D3N. Hotel ni 2 Star je. For me dah cukup ok dah untuk i dengan NJ. Plus kitorang jarang la stay kat hotel yang mahal-marah up to RM500 kalau travel. Bukan duduk dalam bilik sangat pun. Keluar pagi, balik malam. Cukup sekadar ada tempat tidur, nak mandi berak kencing dah cukup. Yang penting i suka kalau water pressure kat dalam toilet tu kuat. Puas mandi pancut pancut 😅😅😅

View depan hotel waktu malam

Oh sebenarnya this is our second-choice hotel. Mula-mula masa sebelum tau budak-budak tak dapat ikut, I dah book Hotel The Flora Kuta. Cancel Flora Kuta tu, terus book Kuta Suci ni. Kenapa I pilih Kuta Suci? Sebab NJ kata dia nak location yang dekat dengan Kuta Beach. So Kuta Suci ni 500-meter je walking ke Kuta Beach dan dekat dengan segala-galanya. kalau tak caya pergi baca kat tripadvisor.

Ada yang tanya.. kenapa tak ambik villa? jawapan i... kalau budak-budak  ada ikut haritu, kemungkinan i memang i akan ambik villa. Baru lah selesa macam duduk kat rumah and also ada private pool kat dalam villa seronok lah kitorang anak beranak berendam.



Depan je dengan hotel ni banyak street shop yang macam dalam gambar ni. Kat sini ramai yang jual bag rotan yang tengah viral sekarang ni. Geram tengok cantik-cantik. Macam-macam pesen ada. Rasa nak beli semua... amboi tamak!!









Actually Kuta Suci Guest House ni kat kuta street je. Kira main road.. jalan memang busy sokmo sebab sini lah laluan orang nak ke Kuta Beach, Hard Rock & ada town yang best sikit lah kat depan tu. Bila malam pun bising sikit dengar kenderaan lalu lalang. 

Malam pertama (bukan 'malam pertama' yang gitu gitu ye! mentang-mentang perg berdua-duan.. 🙈😜😂) tidur rasa memang tak boleh terima kenyataan sebab bising. I cakap kat NJ.. nyesal la ambik hotel ni.. bising tak boleh tidur. NJ biasalah.. malas nak layan perangai kekwat bini dia.. ada je tak kena. Sampai hati tak layan!🙅😂 tapi bila badan dah penat, lantak lah kau nak bising ke apa. Malam kedua pulak NJ kata dia dengar ada matsaleh mabuk macam bergaduh depan bilik.. pagi-pagi buta tah pukul berapa. Dat time i tak sedar.. Pun lantak lah kau situ 😅😅😅


Pastu pagi hari kedua ke ketiga tak ingat... dat time pak supir janji nak ambik kitorang dalam pukul 10am.. pukul 7am+ tiba-tiba I terjaga dengar bunyi bising kat bawah. Suara budak laki memekak dok terjerit-jerit. Tension giler weh. Dekat sejam jugak la. Terus mata tak boleh nak lelap balik. Ikutkan hati panas aku ni, nak je aku jeritkan dari atas.. HOIIII BUDAK-BUDAK APA MEMEKAK PAGI-PAGI BUTA NI?! Hahaha verani ke Jah? Tempat orang nak marah anak orang sesuka hati 😛😄 Bila dah lamaaaa sikit tu baru I macam teringat.. laaaa patut la budak2 tu memekak... I ingatkan dia dok bergurau kat lobi depan reception tu tanpa pengawasan makbapak diorang.. rupanya!!! kat bawah tu kan swimming pool yang sekangkang kera je… hahahahaha. Patutlah bising semacam. Nasib baik tak redah je gi marah anak orang 😂😂😂



Nila nila nila swimming pool yang sekangkang kera tu!!! 😂😂😂😂



Dia kecik tapi dia cool. Siap ada beanbag lagi 😍😎


View dari atas. Hotel ni macam rumah banglo dua tingkat je.

Bangunan kat Bali kan tak boleh lebih dari 4 tingkat... atau tak boleh melebihi ketinggian patung-patung budha yang besar-besar. Kalau korang perasan kat sana memang tak ada bangunan yang tinggi mencakar langit. Maximum paling tinggi 4 tingkat je. 

Meh i tunjuk bilik pulak.


Tingkat bawah ni reception, depan reception tu ada pool, cafe, tempat duduk untuk breakfast. Lepas tu bilik semua naik tangga ni ke atas.





Selalunya belah malam kitorang selalu sampai kat hotel sebelum pukul 10pm, kitorang suka merayap kat Kuta Street punya area. Banyak kedai belum tutup.



Pergi mana-mana mesti nak cari Converse. Kebetulan pulak butik converse ni next few door je dengan Kuta Suci.


Kedai Everything Rp100,000







Untuk hotel ni i puas hati stay kat sini. Cuma, kalau korang nak pakai iron, korang kena pakai rebut-rebut. Sebab iron dia ada satu je. Haritu i nak pakai, i turun mintak.. pastu dia bagi ayat mati kat i "Maaf, penggosoknya udah ada guest lain yang pakai" kau rasa kau nak menggosok pakai apa time tu? letak bawah bantal? tilam? supaya baju tu boleh hilang kedut dengan sendiri????? Pastu jangan lupa bawak sekali Micro USB Travel Charger (USB Port At The Side atau sewaktu dengannya. Sebab plug diorang tak sama macam plug kat Malaysia. Tahap kebersihan, ok... tak kotor. Kalau ada yang nak stay kat sini, i boleh kata recommended juga.

Ok till we meet again. Acually, i dah skip cerita kat Tanah Lot. Malas betul nak buat. Banyak sangat gambar. Letih mak nak susun.
Read More

Tuesday, September 10, 2019

Game Liga Lestari Junior FC ⚽

Tajuk tu nama club yang Danish main bola. Start dari 24 August haritu game “besar” dia start sampai bulan November nanti. Haritu dalam meeting parents dengan club, Coach dah pesan “Parents, kena korbankan sikit lah weekend ya... kalau ada wedding ke kalau boleh skip, tolong skip” amboi keras betul amaran coach hahaha. Mana taknya, kalau Sabtu game, Ahad training. Kalau Ahad game, Sabtu training. Fuhhh berkicap!


So, start August sampai November nanti siapa yang nak jemput akak untuk undangan menyanyi di majlis-majlis orang kawin ke.. akak mintak maaf ya... akak terpaksa tolak.. muahahahaha verangan la kau Jah!!!

Setakat entry ni ditulis, dah jalan tiga game dah untuk tiga minggu berturut-turut. Alhamdulillah tiga-tiga game tu Lestari Junior FC (LJFC) leading sokmo. Nak kabo panjang lebar, I tak reti sangat pasal point ke, apa ke pasal bola. Bila dengar kata LJFC leading, means setakat ni diorang menang la (kot).. hahaha tak guna punya mak! Apa pun tak reti 🤭😂


Haritu ada ambik video. Kebetulan terakam pulak masa Danish score..  Masa ni minggu kedua.. terus mak kau jerit terpekik telolong. Cehh mak kau macam reti sangat hal-hal bola ni. Eleh, janji nampak Danish yang masukkan bola dalam jaring tu kira score lah tu 😂😂😂



Nasib ada video bukti dia score 1 biji. Ada la bukti tertanam kat blog ni hehe. Minggu ketiga pun dia ada score sebijik.. Tapi tak sempat record.. Huhu. 




Eh, chop!! Rasa macam tak caya ke game bola ni sampai 3 bulan? Tak caya sudah.. nama kau dollah 😜 Kalau rasa tak nak percaya, kau bodoh lah nyah. Lain kali kalau nak kesohehan, meh datang tengok sendiri kat padang. Baru tau rentung tak rentung!







Danish pakai jessy nombor 9. Yang gelap hitam rentung macam anak Rajgopal tu dia lah tu 😂😅 mana tak golap budak tu.. every week main 2 game. First game start pagi dalam pukul 8.30am kadang 10.30am... lepas tu break 2 jam. Sambung second game pulak pukul 2.30pm sampai habis.

I pun baru nak cerah sikit. Sunburn balik dari Bali haritu pun tak habis lagi, sambung pulak berjemur kat padang. Tak apa lah mak.. yang penting semangat mak bagi sokongan kat anak tu. Baru lah dia nak main pun bersemangat bila Nampak Babah, Mummy & Khairine ada kat luar padang 😊



Abang Top Striker & his Sister. Danish lagi tinggi melangit dari Khairine dah sekarang. Ramai yang terkejut tengok dua beradik ni masa i post gambar kat IG 😁 Danish dah sama tinggi dengan NJ. Khairine pulak dah sama tinggi dengan i. Bila jalan 4 beranak dah macam bff pulak 🤦🏻‍♀️


Mana tak emo... Asal bola nak dekat dengan tiang gol je i dah terjerit jerit 😂😂



Dalam video ni apak dia pulak terlajak emo tengok anak dia dalam padang 🙈😂


First week with Amy. Kitorang lah Mommies yang gigih tiap-tiap minggu jadi pompom girl kat tepi padang 🎊🙋🏻‍♀️😂

Amy my old friend masa sekolah kat Ampang Road Girl School dulu. Anak Amy pun main dalam liga yang sama jugak dengan Danish. Cuma Mikhail in Jasmine FC. Minggu kedua haritu LJFC lawan Jasmine FC. Alhamdulillah LJFC lead 1-0. Apa-apa pun.. LJFC ke Jasmine FC ke diorang tetap hebat kat padang. proud of you boys! Wow pandainya Mummy bercerita pasal bola!! Hahaha. Sikit-sikit boleh lah nok. Ni pun ulang balik apa orang cakap… pastu cerita kat sini muahahaha. 


Second week. Apak dia tak keruan kat hujung sana tu 😂😂😂

Minggu ketiga ni gigih lagi ikut berkampung kat padang RRI Sungai Buloh tapi NJ tak dapat ikut sekali.  Maklumlah Doctor IT kann. So untuk minggu ketiga ni mommy dengan Khairine je datang support Danish kat padang.


Break 2 hours menunggu second game start, three weeks in a row I lari (bukan lari, naik kereta) pergi makan laksa kat area jalan nak ke Kampung Melayu Subang ke apa tah panggil tempat tu. Sedap giler laksa dia. Kat situ tengahari rembang orang dah start berniaga. Tempat macam kat pasar malam je tapi versi siang hari. Apo ayat kau ni Noriza??? 🤦🏻‍♀️😂


Habis makan laksa sedap, sambung lepak tepi padang jadi pompom mom sampai game habis.





Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah