Friday, November 22, 2013

Throwback : Day 1 Langkawi 2010

Ok aku cuba refresh sikit2 lah eh.. kata throwback.. memang lah dah tercampak jauh kebelakang.. mana lah nak ingat semua benda time tu kennn ;)


Kau buat2 tak nampak je lah rambut aku yang setengah hitam setengah berkarat tu yer.. ini semua gara2 tak sempat nak ke saloon time tu untuk touch up rambut.. phuiii buat malu ajos!!

Flight pagi, tak ingat lah pukul berapa. time ni aku pergi berdua2an je dengan Nizam.. Sampai je Langkawi Airport terus ambil kereta sewa yang memang dah ada kat dalam kawasan airport. 

Lepas tu teruskan perjalanan ke Kota Mahsuri. Ko tau je lah kalau dah pergi berdua2an mana hala tuju pun tak tahu.. main redah ikut gerak hati je.. tak ada itinerary langsung.. hahahaha. Itu tak apa.. tak ada siapa nak marah pun sebab sendiri yang drive sendiri yang decide sudehhhhh ;P


Pagi tu terus masuk ke Telaga Mahsuri

Trademark Telaga Mahsuri. Buek apo kau monung Jah??!! hahahaha

Feeling gadis Mahsuri sangatttttttttttttttt hehehe

 Motip????? sebenarnya nak teduh bawah pokok sebab cuaca panas time ni hehehe

Iklan Gamat House.. kau mampoo???? ;P

Ini pulak macam nak buat video clip minyak gamat chap Langkawi tapi tak jadi.. dok kat kosi sajo lah feeling2 sikit hehehe


All the way nak bla dari Kota Mahsuri ada satu kedai yang specific jual minyak gamat. Pembuatan minyak gamat pun freshly dari kedai tu juga.. singgah kejap tengok cara2 dia masak gamat. then ini lah hasilnya.. hitam likat gelap!

Gambar dan cerita sikit2 je lah eh.. janji ado.. actually ada lagi tempat yang kitorang singgah lepas ke Kota Mahsuri, malas aku nak letak gambar banyak2 dalam entry throwback ni..karang panjang berjela plak.. selebih gambar tu semua dah lama aku humban ke dalam album kat fb.

Lepas dah menjelajah Kota Mahsuri, terus gerak ke Beras Terbakar.


Beras terbakar kat sini pun dah berkurangan.. cuma tinggal tapak dan sejarah je sekarang ni.. itu pun not all the place.. certain place yang dalam pagar tu je yang ada.

Ini lah dia rupa beras terbakar. kawasan tu pun dah dipagar, so kau tak boleh nak mencari lagi dah beras ni. Dulu masa tahun 90an kot aku pergi Langkawi, time tu masih boleh lagi ko mencangkong cari beras terbakar.. la ni  non hado dah.

Ini rumah yang diperkarangan tempat beras terbakar tu. Aku admire sangat rumah ni. April tahun ni aku pergi pun masih kukuh lagi rumah ni. Cantik!

Flight kan awal pagi, so memang belum boleh check in hotel time tu..


 Sesudah tu baru boleh pergi check in hotel. Langkasuka Resort. Lepak sini 3D2N (11March2010-13March10)

Dah check in, berehat2 luruskan urat dalam bilik, petang sikit baru keluar lepak tepi pantai ambil2 angin sikit..


 then terus keluar pergi jalan2 Pekan kuah dan singgah ke Dataran Lang.. 


 Feeling tourist sangat mintak tolong orang snap kan gambar kau lakbini kennnn hahahha



Lepas poyo2 bergambar, terus masuk kat dalam duty free yang kat jetty orang naik feri tu.. Kat sana kitorang lepak makan donut je kat Big Apple


Lepas makan kat Big Apple.. 


keluar dari kawasan tu lepak2 kat tepi tebing luar yang boleh nampak boat2 lalu lalang.. 

Malam tu pulak kitorang pergi.....................

Pffffttt!! Sumpah aku dah ingat apa terjadi.. hahaha. Cerita dah lama.. dah dua tahun berlalu mokcik dah tak berapa nak ingat.. hahaha

Dah habis part ni, kita sambung pulak Day 2 Langkawi 2010 di next entry yer.. 

PEACE ;)

Related stories : CLICK HERE
Read More

Jumaat Hari Ini


Harini aku malas nak menaip panjang2 kat blog.. So aku attach gambar je yang aku screen shot dari DAYRE..



Sent from Samsung Galaxy Note
Read More

Thursday, November 21, 2013

Dapur Meletop Kak Jah Kembali Berasap!!

Bila idea dah kontang, tak tahu dah apa yang nak dicarutkan kat blog.. lepas tu buat2 sibuk tunjuk kehandalan memasak pulak.. hahaha dasar dah tak ada cerita sangat2 dah ni.

Abessssss, asek nak bercerita pasal anak laki je pun bosan jugak kennn.. sesekali kita mesti tunjuk kepakaran memasak.. betul ke tidok Cik Joyah???!! ;P yer betul.. at least Kak Jah boleh lah share2 recipe yang tak seberapa ni.. plus boleh juga Kak Jah memorial kan percobaan pertama recipe Kak Jah kat sini.. ngehehehehe

Semalam aku saja lah try masak ikan siakap sweet sour. Ini first attempt aku yer.. nasib lah jadi ke tak menjadi.. janji aku nak try juga.

Cik Joyah semua dah bersiap sedia nak tengok gambar?? Ok mari kita saksikan :))

first sekali mesti ada ini.. ini penting untuk buat sambel belach (sambal belacan) slurrppp

Semalam stock benda ni habis kat rumah, pergi supermarket nasib baik lah jumpa.. itu pun dah tinggal lima pack je.. cepat2 aku grab tiga pack.. yang lagi dua tu aku tinggalkan untuk orang lain lah kenn.. takkan nak bersikap tamak pulak nak borong semua.. gilo apor?! 

karang makan belacan dah macam makan nasi pulak romannya.. hahaha.

Semalam aku post gambar ni kat fb, cousin aku Martika Diyana [LINK] kata aku emosional giler bila jumpa belacan.. hahaha. Well you know me kan KakNa ;P

Ini antara bahan2 untuk buat sambel belach. Sedap nama.. dah macam nama omputeh pulak haih.. cara membuatnya pandai2 lah buat sendiri yer ;P

Untuk masakan ni aku tak letak gambar step by step cara masakan. Alahai benda senang je kot.. takkan nak harap kan gambar step by step dari Kak Jah.. engkorang semua dah besar.. mesti tau punya lah.. amboiii belagaknya kau Jah!! hahaha.

Lagi pun masak memasak ni sangat subjective. Kalau rasa kurang garam.. boh lah garam, kurang gula.. boh gula, kurang masam.. letak lah apa yang ko rasa boleh buat benda tu masam. Yang lain2 tu macam presentation ke deco ke sukati ko lah nak buat macam mana pun. Jangan sampai orang yang makan tu tercirit sudah.. hahaha

Panjang nau mencarut dah ni.. jom kita sambung cerita balik...

Ini lah arwah ikan siakap sebelum dikelar kelar dan digorengkan ;)

 Di antara bahan2 untuk dicampur aduk kan kedalam kuah sweet sour. Jangan pulak kau letak sebijik2 macam ni ye..

potong sikit lebih kurang macam ni baru lah nice to see. Ada sikit bahan dari recipe asli yang aku tak masukkan.. iaitu nanas cube.. malas lah aku nak letak nanas tu.. bagi aku rasa masam pada buah tomato & tomato sos tu pun dah cukup masam2 sedap. 

Ohh lupa, ingat nak gantikan nanas dengan apple.. masa kat supermarket semalam tengok apple tak ada jual yang sebiji2.. arrghhh langsung tak payah letak.. ;D

 Tadaaaa.. ini lah rupa paras ikan sweet sour Kak Jah yang meletop tu.. phewiitttt nampak ekor je.. seluruh badan dah disaluti sos dan segala macam bahan ;P

Hahahahaha menggelabah betul statement kau Jah!!

Nah kasi tunjuk sikit muncung dia ala2 duck face gittue. hehehe

Semalam cakap kat Nizam.. Bie kalau kat kedai ni I rasa mau duatigaplohhengget ni.. ahahahaha. Sebenarnya bajet suruh laki puji masakan sendiri.. LoL!

Eh betul babe, sebenarnya berbaloi kalau kau masak sendiri kat rumah daripada makan kat kedai.. aku beli ikan ni sekor baru tujuh hengget.. bahan2 lain untuk buat sos tu aku rasa tak sampai lima hengget kot. 

Ok tak dinafikan, kalau kau nak senang & mudah memang lah kedai menjadi pilihan, tapi kalau anak kau ramai berderet macam ketapi senandung malam, sekor macam ni memang tak cukup.. ko beli dua ekor ikan besar2 ini, masak je lah sendiri kat rumah.. lagi jimat.

Ikan sweet sour aku ditemani oleh sambel belach + timun ;) aku tumbuk cili tu kasi lumat2 sikit.. karang makan cili yang tak lumat berselirat pulak cili dalam usus perut aku nanti.. not good.

Lepas tu aku ada gorengkan ayam untuk budak2.. gambar ayam goreng tak ada lah kat sini.. ayam goreng je kot takkan tak kenal.. hahaha.

Rasa2 korang, Kak Jah boleh terbitkan buku masakan tak??? pfffftttt ;P
Read More

Wednesday, November 20, 2013

Dari SA Bukan GA

Aku ni bukan lah bangsa yang suka participate mana2 GA kat mana2 blog. Nak menang GA lagi lah memang tidok.. hahahaha.. Bukan tak nak, tapi macam malu je nak join.. nanti lah kalau dah sampai seru sok aku join lah yer :))

Ini nak cerita pasal aku dapat keychain gambar seekor kocheng dari Kuching.. gittue!! Paham? tak paham baca cerita ni sampai habis yer.

Actually tadi Ah Soh kat opis aku ni baru je pergi collect surat kat letter box opis kat bawah. Skali dia kata, Ah Moi, ini ada surat untuk you... Dalam hati memang dah jangka dah ini mesti dari Kakak Divas va va vasss yang aku kenal di alam maya ni.

Haritu SA baru balik dari Kuching.. meraikan Majlis Convo adik dia kat sana. So sebagai tanda ingatan tulus ikhlas SA post kan cenderahati kat aku.. siap surat lagi kau.. nasib baik tak ada kad raya skali hehehe *ehhhh kau Jah!! dah macam Selamat Hari Raya Aidilfitri pulek*.. hahahaha.

To SA a.k.a Suriaamanda a.k.a Akak Diva, big thanks for the souvenir yang comel ni yer.. Bila baca surat karangan pendek SA tu rasa terharu sangat.. hehe shomelll jew ;P

Yess!! InshaAllah semoga kita dapat mengekalkan ikatan persahabatan kita di alam maya dan alam realiti juga..  

Love you too & moreeee :)

Ini lah dia Kucing Sarawak yang dimaksudkan tu.. Kemain lentik bontot kucing Sarawak ni hehehehe

Those yang tertanya2 siapakah Akak Divas ni, boleh lah follow blog SA yer.. she's always updated.. blog dia memang sentiasa to todate & sangat2 friendly =)

Read More

WW November #1

TOSHIBA BOY :))
Read More

Tuesday, November 19, 2013

BBQ & Steamboat di Hotel Royal Kuala Lumpur

Alangkah gumbiranya semalam dapur rumah Kak Jah tak berasap hehehe.. Nizam dah bagitahu aku Ahad haritu.. Isnin memang dia nak ajak dinner kat luar  *clapclapclap* Ok baiklah Tuan, saya yang menurut perintah :) Balik kerja semalam kitorang berjumpa kat rumah then terus keluar dinner.

Nasib baik lah musim cuti sekolah, kalau keluar time2 peak hour memang jammed nak mati lah kawasan Bukit Bintang tu. Hotel ni pulak betul2 sebelah Lot 10 letaknya.

Agak awal juga lah kamiorang sampai semalam untuk dinner.. sebelum pukul 7pm kot.. amboi amboiiiiii kemain tak menyabar kennn.. yer lah, kalau makan2 mana boleh bawak bersabar wehhh mesti mau pantas okeh!! ;)

Dia dah buat reservation siap2.. nak hangkut anak2 bini & mak mertua dia makan kat sini.. Thank you Bie =)

Take a seat. Time ni tak ramai lagi orang datang. Actually Nizam kata dia nak booking on weekend, tapi fully booked pulak.

Tanpa buang masa, aku pun terus menuju ke buffet area.. psstt psstt ada lagi yang lebih pantas dari aku.. tengok siapa yang kat dalam gambar tu.. laki den!! hehehe

Salad corner

 Mashed potato 


Sambal tempeh petai.. wpun ada makanan ala2 village.com, tapi bila presentation dia ala2 comel dalam mangkuk tu, terus aku rasa wahhhhh curlasssss gittue!!

 Aku rasa ini macam acar kot.. acar buah

Yang duduk bertingkek tingkek ni aku tak tahu apa ke nama dia

 Vege area

 Pilih pilih.. makan sayur banyak2 yer Bie.. biar cepat besar hehe
nampak tak Emak Nenek kat hujung sana tu??!! ;P

Daging ni yang paling aku suka skali.. sedapssssangatsss


 Seafood

mee2 ni semua aku sentuh pun

Ok mari kita tengok desset corner pulak yer.. 








Time kat buffet area ni aku dah jadi macam pompuan bajau laut dah.. semua gambar makanan aku ambil. Laki aku, anak2 & Emak Nenek pulak ilex je sibuk dok ambil makanan.. lantok lah heh!! janji aku dapat ambil gambar.. ngehehehehe ;P



Ini biasa2 jelah kuih2 traditional


 Kari ikan

Roasted black paper chicken

 dan Sambal Fried Rice

Ada juga disediakan nasi putih.. tapi semua tu aku tak makan.. sebab nak layan sepenuhnya makan steamboat & bbq.. jap lagi kalau aku layan makan nasi kenyang plak nanti.. baik toksah makan nasi.. hehe


Ecececehhh propa sangat suruh anak snap kan gambar omaknya hehe.. 

Done ambil2 foods, mari kita ke meja makan pulak.. main bakor2 dan rebus2 :)




Emak Nenek kemain suka lagi makan steamboat.. dia kata sampai 4-5 kali sendawa kenyang.. Alhamdulillah.. janji Emak kenyang, adik happy :))


Sup tomyam dia kemain sedapppp.. kalah tomyam yang aku masak kat rumah.. cisssss!!


 Hi.. Ini Cik Jah dengan suami Cik Jah yang comel.. hahahaha phuiii comel!


Ini anak2 Cik Jah.. Danish & Khairine ;) 

My small family :))

Dah habis makan, dah kenyang jom lah kita bergambar kat lobby hotel pulak.. 


Kenyang terokkkkkk agaknya budak2 ni.. hahaha


 Phewwiiittt.. hehe

Cik Jah & suaminya yang skinny hehehe


Perlu ke nak sentilkan gambar ni kat sini?? pffffttt

Dah tu je cerita makan2 semalam.. selamat menjamu mata =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah