Thursday, October 1, 2026

SITU PATENGGANG, BANDUNG

...entry continue from situ RM. PAWON KANG BIMA ← read here

PINISI RESTO
Lepas RM. Pawon Kang Bima, pergi Situ Patenggang pulak. Ambil gambar kat Pinisi Resto yang atas kapal besar tengok view keliling dipanggil tasik/ danau asmara. Ada lah sejarah legenda masyarakat setempat tentang tempat tu. Ko nak tahu ko Google je lah.

Plus kat situ juga tempat yang diorang shooting Indonesian movie My Heart tahun 2006 dulu. 2013 i ada pergi sana. Tapi masa tu tak maju lagi tempat tu.. Kapal besar dan semua ride yang ada sekarang pun belum wujud lagi. Tapi i tahu tempat tu yang tempat diorang shooting film My Heart.

Kat bawah pula ada beberapa open activity yang kita boleh ride.. boleh naik luge kart, perahu etc.

Beli tiket pakej terusan/VIP. Satu ride je yang kitorang naik. Salah satunya Keranjang Sultan merentas tasik.

Lain-lain tu tak naik pun. Sebab kawasan ni bukan setakat jalan flat. Ada juga kena naik turun bukit, and knowing that our next stop would involve more walking and going up and down again… better save the energy. 😂

So we just enjoyed the view, took some photos at Pinisi Resto and did the one ride we wanted.

Photo credit to My Bandung.id Basically ni lah gambaran kapal/ Pinisi Resto. Nak masuk dan bergambar kat atas kapal ni dah termasuk dalam bayaran entry.

Harga ticket Rp50,000 ke Rp100,000 tah tak tahu.. sebab NJ yang bayar hehehe. Ini termasuk boleh ke Pinisi Resto, wahana Golesat, atau akses ke Kawah Rengganis terdekat.. Kawah Rengganis ni nanti i buat kat entry sebelah k.

One of the things I wanted to see here was Pinisi Resto. Restoran yang dibina dalam bentuk kapal besar, overlooking the beautiful lake. From up there, you can get a pretty nice view of Situ Patenggang and the surrounding tea plantations.

Kena melalui suspension bridge ni untuk naik ke Pinisi Resto.






Kalau tak makan kat Pinisi Resto pun tak apa.. kita still boleh naik untuk bergambar kat atas tu.
 
KERANJANG SULTAN
Turun untuk try Keranjang Sultan pulak. Debor juga sebenarnya! 😂

Dah duduk dalam keranjang tu, terus terbayang satu benda “Kalau kasut aku tercicir dalam tasik macam mana?” Hahahaha.. paranoid!!



Benda lain aku malas nak fikir. Tak nak lah overthinking fikir pasal “terputus cable buaian” ke apa ke. 😂 Better jangan fikir macam-macam. Just enjoy the ride!

And yes, that was the only ride we took.

Lepas turun dari Keranjang Sultan, kena naik balik to get to the entrance. Kan I dah cakap tadi… malas nak naik semua rides yang ada walaupun dah beli VIP ticket. 😂

Penat. Panas.

Dah lah nak pergi from one ride to another pun kena naik turun bukit. Kalau semua ride nak cuba, rasanya lagi penat berjalan naik turun bukit daripada enjoy the rides itself. Hahaha!

So one ride was enough for us.


Okay, dah settle Situ Patenggang.

Let's move to our next stop! 🚗💨

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah