Thursday, January 14, 2016

Kisah Benar Doktor Pakar Didatangi Ibu dan Anak Gadis Yang Hamil

Semalam ada terbaca kat fb kisah benar ni. Tak tau bilanya terjadi. Mungkin dah lama atau baru aku pun tak tau.. Yang pastinya aku baru je tau & baru terbaca semalam. Apa yang penting kita kena sentiasa berhati-hati. Tarikan pada cerita tu adalah gambar dari link tu sendiri.. iaitu Hospital Ampang Puteri, haruslah nak baca.. dah area2 aku juga ni. Terus rasa nak share kat blog untuk peringatan diri aku sendiri supaya tak lalai.

Semoga cerita ni dijadikan tauladan.. mohon dijauhkan pada kita semua.  Apatah lagi kena pada ahli keluarga kita sendiri. Ya Allah.. baca cerita pun dah meremang bulu roma aku. Aku risau sebab aku ada sorang anak perempuan yang baru nak membesar.

cerita & gambar dari tengoktvonline.blogspot.my

Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau. Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.

Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata. Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.

Lalu saya menerjah - mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah - tak dapat dibendung lagi.

Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3.
Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja. 
Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ. 

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina. Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina. 
‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya. Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.

Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video Iucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini. 

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat. 

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.

Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

  1. Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya. 
  2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti
  3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
  4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
  5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
  6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
  7. Perbetulkan pakaiannya.
  8. Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!


Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

12 comments:

  1. mak oii kak jah...dik leha bace sambil ketap2 bibir sebab takut n marah dgn jantan2 tak guna tuuu...tak pasal2 rosak ank org tuh...

    tapi takut la kan...kite ade anak pompuan....skrang mcm2 bende mustahil boleh jadi...conoth mcm ni laaa...mak bapak pendakwah, tapi anak? aduhhh..takut2...moga2 keluarga dan keturunan kite terhindar dari perkara2 mengaibkan mcm nie....

    ReplyDelete
  2. inila perkara yang paling rin takut tau zaza..
    skamg rin jenis anak dara yang tingkatan 3 tu nak stayback pun mulala cuak..
    betul ke stayback..ke merayap mana2?kan
    susah tau jaga anak dara yang besar2 ni sbb kita tak dpt baca apa yang dia blh buat..macam kes kt atas ni la..baik je budaknya kan??
    tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Biarpun kakak pernah terbaca ini Zaza tetap bila kakak baca ada getaran dan debar yg kuat buat diri kakak yg punya tiga anak gadis. Bimbang, cuak, takut semuanya ada. Moga Allah berikan perlindungan buat anak-anak semua.

    Tak terbayang kakak apa yg si ibu itu rasakan.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, walaupun julia ada anak lelaki buat masa ini, kisah ini sangat menjadi iktibar...membuka mata julia sangat2...Allahuakbar...julia akan ikut tips diatas, tak kira lelaki atau perempuan...harap sangat masa akan datang Allah lindungi kita kak...sebagai ibu semua ibu nak yang terbaik utk anak2...satu ju ingat, anak ni tak sentiasa baby, lurus dan tak faham apa2...mereka hendak tahu...tp malu bertanya...kita lah kena bagi tahu awal2...risau ni kak julia risau...

    ReplyDelete
  5. hmmm takut .... kite ada anak dara jg .... zaman kita lain tp zaman skrg ni ...adui la .. takut ....

    ReplyDelete
  6. Tkut rsanya.. Ank sy ni dh trang2 ank ppuan. Moga dpt jga dgn sbaiknya..

    ReplyDelete
  7. semoga anak anak perempuan dapat di jaga dengan sebaiknya menjadi wanita solehah.

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa kunjugi situs terbaru kami di indomonopoly.com satu-satunya hadir di indonesia.
    anda sudah bisa bermain dengan minimal deposit Rp.20.000 dan minimal withdraw sebasar Rp.50.000
    anda juga bisa bermain melalui ANDROID dan COMPUTER. buruan guyss jangan lupa promosikan ke teman-
    teman anda untuk bermain dan MENAGKAN BERLIAN SEBANYAK MUGKIN. untuk keterangan lebih lanjut bisa
    langsung hubungi livechat kami.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah