Thursday, May 9, 2013

Kidzania - Marrybrown Masterchef

Hopefully this is my last entry about Kidzania.. 
Ikutkan ada je lagi cerita yang aku boleh selit kat entry lain lepasni.. 
tapi cukup-cukup lah kennn.. hehehe
Penat sudah nak pikir, nak bikin ayat & nak refresh balik apa yang berlaku kat sana last week.
Ini semata-mata nak share dengan uolls yang sudi nak baca blog burok I ni.. pffffftttt >_<

Tak payah nak bebel sangat lah Kiah, moh lah tengok aku tepek gambar sajo di sini ;)


Ni balance Kidzos Khairine.. aku kira-kira ada lah lebih kurang dalam 48 Kidzos yang tinggal selepas dah bayar kat Marrybrown untuk jadi seorang burger maker haritu.. 
Kalau duit Khairine ada 48 Kidzos, maknanya sama je dengan Danish punya.. 
Sebab semua job & aktiviti diorang haritu diorang pergi bersama-sama.


FIB yang Khairine & Danish kena bayar.. -15Kidzos.
Mahal sikit sebab lepas diorang jadi burger maker, diorang boleh bawa balik burger yang diorang buat tu untuk dimakan sendiri.. 

Sementara menunggu yang lain masuk.. 


Comel tak tengok diorang ni??? comelll kan??!! o_O

Tempat dah ready.

Tengah dengar arahan yang diberi..


Eh dah start lah.. mula-mula letak sos dulu



Lepas tu letak sayur & mayonis


Letak daging burger..
daging burger budak-budak tu tak perlu goreng sendiri, sebab diorang dah memang siap-siap gorengkan.. 

Dan tepek roti burger.
hamboii kemain fokus muka Khairie, Danish pula sibuk usha kakak dia punya burger.. muahahaha

OK mari melipat..

Membalut..


Siap!!! ;)
Senang & sekejap je..

Lepas tu boleh bawa keluar burger tu dari Marrybrown untuk santapan sendiri.. hihihi


Haaaa makan burger buatan sendiri.. heheheh

Habis dah cerita pasal buat burger.. 


Selingan.. aku terbekanan pulak dengan batang pokok ni.. siap dengan Lady Bird yang dilukis atas penutup tin.. sangat somellll =)


Dihujung-hujung entry ni, tepek lah sekeping gambar makpak diorang kat sini.. hahaha :p


Terjumpa pulak natang ni kat tengah jalan.. amek je lah gambar ngan dia.. :)


Time ni kat CIMB, Khairine & Danish nak bank-in duit balance gaji diorang.

 Balance tu nanti kita boleh guna lagi untuk next coming to Kidzania ok ;)

 Kira duit masing-masing berapa ada, lepas tu bank-in..

 Apahal pulak melopong tu?????

Time ni dah dekat pukul 3petang. 1st session ni dah nak tutup. 
Dalam bank agak ramai sebab bank pun dah nak tutup... akan dibuka balik pukul 4petang untuk 2nd session.. 

  Kira dulu duit tu.. hihi


 Betul ke tidak tu?? ke tak reti kira?? :O

 Isi form & tunjuk MyKids nak buka akaun baru

Si kakak dah tersentil kat hujung sana.. payah nak nampak bila amek gambar.. hahahaha



Tadaaaa... ni lah kad ATM Khairine & Danish.. 
Real kan???!!!!!

Aku suka Kidzania, bagus juga kat Malaysia ni ada tempat gini. 
At least kids boleh learn something new & experience what they get from Kidzania.. 
Harus kena repeat nanti, nanti kita datang lagi yer anak-anak.. ;)
Lagi pun duit uolls still gor balance dalam bank.. so nanti bila ke sana, boleh gunakan Kidzos yang ada.. 
Itu lah gunanya buka buku bank, so that nanti datang sekali lagi, tak payah nak bekerja lebih-lebih sangatttt =)
Read More

Kidzania - Adam Mukhriz & Awan Dania

Kali ni diorang nak jadi Adam Mukhriz & Awan Dania pulek????? biar betik???? 
Seakan poyo sangat dah bunyinya hahahaha
Eh tapi helok ler Bedah oiiii  at least diorang ada juga bercita-cita besar gitu.. yer dakk???!!! ;)

Sebelum ke Skyrider Training Area, niatnya nak ke kilang askrem... mau bikin askrem katanyerr..
Moh tengok apa terjadi kat sana.

Ada kisah disebalik gambar ni.
Kat sini cuma sempat queue je, tak sempat masuk.. capacity untuk masuk hanya empat orang sekali masuk.. 
Ramai pulak kanak-kanak yang nak belajar buat askrem haritu.
Amek gambar sajo lahhhhh, lagi pun rushing nak masuk ke tempat lain pula, kalau budak-budak ni tunggu haruslah tak cukup time gamaknya.. huhu

Kalau Khairine & Danish sempat msuk ke Mini Melts Ice Cream Factory ni, diorang kena bayar -10Kidzos.
To not waste our time, lain kali sajo lah kita masuk yer anak-anak.. =(

Terus lari ke Skyrider Training Area..
Kat situ diorang dapat lah merasa sekejap jadi Adam Mukhriz & Awan Dania.. hahahaha

Cuma sempat jadi Pilot je, dapat lah earn +15 Kidzos
Frustnya bila parents tak dapat masuk dalam tu tengok.. huwaaaaaa :'(
cuma dapat tengok sipi-sipi je dari luar cermin.. hahahha kasihan sungguh :p


Menunggu turn.. 
nampak dalam gambar ni sangat behave budak dua orang ni.. tapi realitynya boleh tahan juga lah notti dia tu ;)


Ini lah gambar sipi yang aku katakan tadi.. 
snap dari celah cermin je.. muahahahhahaha 

Kat sini tak banyak cerita yang aku boleh share.
Duration time diorang kat dalam ni dalam 15 minit je.. sangap juga lah makpak ko tunggu kat luar time tu.. :p

Settle kat sini, saja lah aku offer diorang nak beli air & pop corn tak.. 
laju je kata nak okeh!! haha 
Standard lah, budak-budak kenn.. we as a parents layankan je lah ;)

Sebelum membeli, meh sini aku kasi tengok dulu menu yang hado & harganya sekali.. 

That day aku beli popcorn 1, air 100plus 1 & air ice lemon tea 1.. total limablas hengget sahajooo.. pffffftttt >_<

Lepas dah membeli tu, kitorang turun.

Nizam suruh diorang pegi buat burger kat MarryBrown.. 

Jom tengok diroang bikin burger kat next entry.. 
hopefully thats will be my last entry lah pasal Kidzania yer..
Kemain lagi.. beraktiviti nya 1 hari, tapi up sampai dekat 10 entry.. puiii bosan okehh..
silap2 orang pun meluat nanti.. :p
Read More

Wednesday, May 8, 2013

Kidzania - PONEY Modelling Class & Casher di Z.Mart Mini Market

Eeuuwww nak cuba modelling pulak dua beradik ni..
Ok mari lah kita cuba anak-anak ;) 


Butik Poney.. 

Ini lah stage diorang kena catwalk nanti ;)

Mula-mula masuk je diorang kasi briefing sikit sebelum boleh pilih sendiri baju apa yang nak diperagakan kejap lagi.. 


 Register kot ni.. 




Ececeh dah siap..
Baju diorang kena pilih sendiri dari dalam butik tu.. so ini lah pilihan mereka.. kemain lagi :p

Ini FIB untuk Modelling Class Khairine & Danish haritu.. 
Untuk Modelling Class, diorang kena bayar -8 Kidzos
Untuk fashion Show pula diorang dapat +10 Kidzos




 Briefing dulu sebelum start catwalk ;)


 Get ready nak catwalk.. 

 Start catwalk..

Habis catwalk.. 



Mari kita saksi kan dua beradik ni catwalk di atas stage ;P 
Very the kaku macam kayu okehh hahahaha
Time Nizam nak ambil video ni, dia kata kat aku...
'Hishhh kalau ikutkan hati ni, nak je I buat selamber masuk duduk depan ambik gambar' hahahhaaha giler kuasa bapak kau!!! ;D

Habis modelling class, pegi cari kerja pulak... kemain rajin bekerja korang.. haha
Padahal Kidzos ada balance lagi dalam tangan.
OK jom kita tengok :)


 Ini lah taukeh Z.Mart.. hahahahaha

Di Z.Mart ni, Khairine jadi Cashier, so dapat lah gaji, +8 Kidzos
Danish jadi customer.. kena bayar -3 Kidzos.. 
Pandai-pandai lah korang bawa diri yer anak-anak =)

Tunggu turn nak masuk jadi pekerja & customer minimarket hehe


hehe macam betul-betul je kann.. comelllllllllllllllllllll =)

Di Z.Mart tak lama, coz kerja senang  dan customer pun tak ramai.. habis kerja & customer dah habis membeli, move ke tempat lain pula..
Diorang nak jadi Adam Mukhriz & Awan Dania uolls... hehehe
Itu next entry okehhhh
Read More

Kidzania - KhaNish di Urbano's Magic Shop & Studio

Hoh for the 1st time, Khairine & Danish membelanjakan duit gaji diorang untuk pergi belajar buat Magic.. hahahaahaha
Dengar macam real jer kannn.. KERJA dan GAJI.. Pfffttttt >_<

No problem kiddos, belanja lah kamuorang disana, habiskan duit itu.. muahahhaha 
yer lah kalau asek kerjaaaaaaa je lepas tu dapat gaji tak belanja pun payah juga kannn.. 
Mesti lah diorang ada nafsu nak berbelanja *perrgghhh mak kau memang berfikiran di alam reality kot*
Tak kiralah reality ke alam maya ke, main-main ke, apa ke.
walau apa sekali pun setiap apa yang kita laku kan mestilah dengan bersungguh-sungguh.. baru lah boleh berjaya yer dakk???

Jom tengok berapa Kidzos yang diorang belanjakan untuk belajar buat Magic ni ;) 


Khairine & Danish ambil Magic Lesson (refer pada Federal Information Bureau) 
So disitu diorang kena bayar -8 Kidzos.. 
Kalau ikutkan FIB yang atas tu, diorang boleh earn +10 Kidzos untuk Magic Show.. 



Ni lah tempat Khairine & Danish belajar Magic tu..
Straightly parents not allowed to join the Lesson.. =(
Kedekottttttttt.. hahahhahahahahha

Tapi bagus lah kann, at least kiddos boleh independent.. Aku suka macam tu.. 
Aku & Nizam as a parents terasa agak geramss lah juga sebab tak dapat join tengok.. eh siapa yang over ni??? anak-anak ke makbapak??? Opppsss. hahahah


Time ni kitorang tengah tunggu Khairine & Danish kat dalam. 
hahaha kenapa Bie??? you terkejut ke dapat wang besar???? :D

Lebih kurang dekat-dekat 20minit, budak-budak tu keluar tersengeh-sengeh

Lepas tu eksyen-eksyen dengan Mummy & Babah nak tunjuk magic yang diorang belajar tu.. hehe :p

Bila balik rumah, makpak korang fitam nak melayan... 
Asek nak tunjuk magic tak habis-habis.. hahahhahaha
itu lah padahnya, siapa suruh ko hantar anak ko pegi belajar Magic.. kan dah kena.. ekekekek

**Sepanjang entry tajuk Kidzania ni aku akan sentiasa bagitahu yang aku frust sebab gambar banyak yang diambil sangat terok** =(
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah