Monday, March 16, 2015

Sri Sayang Resort Service Apartment, Penang

Harini aku nak share tempat yang mana location & scenery yang boleh dikatakan best juga lah. Tapi tak boleh lah ko nak samakan tempat ni sama best macam kat Hard Rock Penang. Bagi aku ni pun dah cukup helok jugak. 

Tempat yang aku katakan ni tak jauh dari Hard Rock Penang. Sri Sayang Resort Servive Apartment. Apartment ni one of CIMB punya property. Nizam as a CIMB staff, dapat lah harga staff. Kalau bukan staff harga lain lah gamaknya.

Welcome


Siang & Malam

Senja

Jom tengok keadaan dalaman Apartment ni. Oh lupa nak bagi tau.. Apartment ni besar.. fully furnished, ada dua bilik, dua bilik air.. tak perlu nak berhimpit-himpit atau berebut toilet kalau nak berak ya ;)

Hall

Flat screen with astro

PERINGATAN!! buat warga CIMB

Yang bukan warganegara CIMB bleh relax & lunjur kaki. Alamak.. nampak jamban lah pulak.. hahaha.

Dining

Kitchen

Mana yang rajin nak main masak2 dalam apartment ni, segala pinggan mangkuk periuk semua ada. Agak2 tak cukup sila bawa sendiri dari rumah.

Sinki ni aku nak complain sikit. Haritu masa stay kat sana, sinki ni bocor. Setiap kali membasuh air akan keluar dari celah cabinet. Habis banjir satu dapur.


2nd room. 

Untuk master bedroom aku tak snap gambar. Mostly ID bilik tu sama je macam second room ni. Bezanya master bed tu ada toilet je.

Toilet sebelah 2nd room

Iron & iron board pun ada disediakan

 Toilet dalam master bedroom

Bathtub 

View dari tingkat 21

Untuk CIMB punya apartment ada curtain floor saja. Bukan semua floor/ apartment tu CIMB punya. So bila guard tanya kita stay kat tingkat berapa, diorang akan tau samada itu Apartment untuk Bank atau tenant lain.

View dari balcony

Violet House Cafe berdepan dengan Swimming pool




Walaupun swimming pool sekakang kera, budak2 ni tetap beronok-ronok dalam tu.

Info : Swimming pool dibuka start pukul 9.30 pagi - 7 malam. Sebelum melepasi kawasan pool ko kena register dulu.. ada guard tercongok bawah pokok dekat situ. Tulis je nama then baru boleh pergi mandi.

Overall tempat ni memang cool, bersih, cantik, view pun menarik. Tak ada gangguan langsung coz security kat Apartment ni sangat2 strict.

Kepada yang bukan warganegara CIMB, ini room rate yang sempat aku snap.. or else boleh tengok kat website dia http://www.srisayangapartments.com/
Read More

Friday, March 6, 2015

Pasemboq Penang

Boleh tak mulakan cerita cuti-cuti Penang aku haritu dengan cerita pasal makan-makan?! boleh je kan?? siapa nak marah aku pun. 

Bila idea tak ada apa aku nak carutkan pasal cuti haritu, aku terpaksa cerita dari ekor cerita dulu.. ni pun tergagap2 otak aku mencari idea nak menulis.. tak apa lah Bedah.. janji cerita & gambar ada.

Day 1.. makan Pecel Lele kat Komtar. Itu pun sebaik aku tiba kat Penang terus roger si Farah. Masa sampai tu elok pulak lunch hour. Aku tanya dia kat mana.. dia kata dia kat Komtar.. yang aku pulak time tu baru turun dari ferry. Helok sangat lah tu dah dekat. Park je kereta terus masuk 1st Avenue. Masuk je 1st Avenue cari punya cari.. terus jumpa Farah kat escalator. Dengan rakusnya si Farah terus cakap nak belanja aku & family makan pecel lele. Langkah kanan lah aku masa tu.. hehehe. Masa makan tu sedap sangat berborak dengan Farah, langsung tak ambik gambar makanan. Kalau korang teringin sangat nak tengok, boleh tengok kat blog dia sendiri http://farahwahyda.blogspot.com/2015/02/yeayyysampai-ke-bandung-sudah.html


Thanks Farah.. bagus layanan si Farah masa aku kat sana haritu.. walaupun dapat jumpa beberapa jam je.. siap belanja makan lagi ;)

Done part makan kat Komtar, dia nak balik office. Aku tanya dia nak balik naik apa.. dia kata naik teksi. Macam tak best pulak nak biarkan Farah naik teksi.. dah lah dia belanja makan.. takkan nak lepaskan dia sengsorang naik teksi.. Nizam pun offer dia nak hantar dia balik. 

Tak sampai lagi office, dalam kereta si Farah ajak singgah kat gerai pasemboq.. nak belanja pasemboq pulak. Fuhh dah lah baru lepas belanja makan pecel lele.. nak belanja pasemboq pulak lagi.. pecah perut dibuatnya.

 Tapau pasemboq yang Farah belanja makan kat Apartment

Pasemboq ni tersedap didunia. Patutlah Farah beriya sangat nak tapaukan untuk aku. Location? kalau nak tau tanya Farah sendiri.. aku tak tau nak describe kat mana exactly tempat tu.


Campuran fishball, potato, sausage.. apatah lagi dalam tu

Sengkuang & timun


Ko tengok kuih udang dia.. perrghhh disaluti udang semata-mata. sampai tercocok muncung udang kat mulut aku haritu masa makan. Nasib baik sedap.. kalau tidak dah menangis aku kat situ. Takit tangat tau! hukhukhuk :(


Kuah pasemboq ni yang buat sedap


According to Farah, tempat ni murah & sedap. Memang murah dah sedap. Masa Farah cedok semua bahan2 pasemboq tu aku tengok membukit je.. bila dah dipotong2 dah macam menggunung banyaknya. Harga? RM23 sajo. Kalau kat Padang Kota ko mana boleh dapat harga semurah ni. Last 2 years aku pergi makan kat Padang Kota kena tekan RM25 sepinggan.. ciput je.

Btw, aku nak say thanks to Farah. Nizam pun puji.. dia kata Farah bukan main peramah.. nasib baik tak becok macam bini dia.. hahaha. Next time kami singgah rumah hampa pulak no ;)
Read More

Wednesday, March 4, 2015

House Of Nasi Kerabu - HONK

HONK tu short-form bagi nama House Of Nasi Kerabu. 
Hari tu ada ternampak gambar nasi kerabu Page HONK.. laju je jari jemari aku yang comel ni *mata keatas* tekan  LIKE kat fb page HONK. Gambar2 yang dipamerkan dalam fb semua menarik2.. semuanya nampak menyelerakan.

Haritu ajak Nizam pergi kedai ni.. mesti lah try kan?!! asek tengok gambar je.. sampai meleleh2 air liur aku.


 Nasi Kerabu NARA Ayam Bakar

RM8.50

 Nasi Kerabu NARA Daging Bakar

RM8.50




Overall aku bagi 2 bintang out of 5 bintang.. bukan kata tak sedap.. tapi mungkin sebab tak kena dengan selera aku kot.. sebelum ni bukan tak pernah makan nasi kerabu.. kalau compare dengan tempat lain, aku prefer lagi kat tempat yang selalu aku makan. Kebanyakan review yang aku baca kat fb pun kata kureng sedap.


Nescafe DANGDUT Panas
Harga RM3.00


Air Bandung (SEJUK) RM2.80


Teh Tarik Madu (SEJUK)


Ini yang menjadi tarikan bila orang datang kat kedai HONK. Tarikan dia sebab buih yang terlampau sampai melimpah ruah. Sedap.. harga RM4.80

Habis makan ada order bubur pulut hitam.. lupa pulak nak snap gambar. Sorry to say.. bubur pulut hitam tu cair giler.. dia punya rasa memang tak sedap. I think they should improve.


Cheeskut.. harga RM6.50 rasa dia biasa2 je.


Total RM59.40 

Siapa yang belum try makan kat sini.. pergi tengok kat FB Page HONK for direction.
Read More

Tuesday, March 3, 2015

CNY

Bila dah lama tak update blog rasa macam awkward pulak nak mulakan cerita.. bila tengok korang semua share link blog kat fb tiba2 rasa tertekan.. tertekan sebab blog aku sendiri tak berupdate *sigh*

Bila tengok gambar yang banyak kat folder, tiba-tiba napsu nak update menggeletis datang. Tak guna jugak kalau gambar bersepah tapi tak ada idea nak tulis apa. Tapi tak apa.. Kak Zaza cuba lah sedaya upaya untuk perah kepala otak ni untuk refresh cerita yer ;)

CNY haritu korang gi mana? nampak tak cerita dah lapok?? hahaha. Haritu aku ada potluck kat rumah member aku.. lepas dah kekenyangan macam ikan buntal, kami anak beranak bertandang ke KLCC. Saja nak membasuh mata.. dalam pada nak membasuh mata tu, tercuci poket sekali.



KhaNish

Haritu memang aku ada intention nak beli kasut kerja. Tapi bukan kasut kerja yang aku dapat.. tah kenapa haritu semua kasut yang aku tengok semua tak berkenan. Maka dapat sepasang loafer je yang aku beli. 

Bila Khairine dah nampak aku beli kasut, dia pulak melalak nak kasut jugak. kat dia dapat lah sepasang kasut Jelly Bunny aku belikan.


Pilihan hati dia sendiri

Lepas dah beli kasut Khairine, naik pulak ke atas kat Stadium.. Nizam nak cari kasut jugak katanya. Cari punya cari, tak ada yang berkenan dihati.



Dia berkenan dengan kasut sport Barbie tu. Aku buat tak reti je.. karang makin layan makin dia "mengayat" aku suruh beli.. padahal dah dapat kasut Jelly Bunny tu.

Eh terlupa plak.. sementara otw nak naik ke Stadium, transit kejap kat Bake Shop Bisou.. budak2 ni nak makan cupcake.


Bukan nak makan banyak pun.. cukup lah sorang satu


 Feeling sangat korang kan??!! ;P


Sorang baldu biru.. sorang baldu merah

Masa tengah lepak2 teman KhaNish makan cuppies, tiba2 aku received whatsapp dari Nizam.. Ko tau apa yang dia hantar??!!

Meh tengok.



Dua gambar ni.. hahaha. Paparazzi sangat laki ai kann??!! phuii.

Settled makan cuppies. Lepas dah ushar2 kat Stadium tapi tak ada yang berkenan, masuk kedai Puma plak. Si Danish nak kasut jugak. Nampak tak?? time2 Raya cina jugak anak beranak nak beli kasut.. derrr ;P

Sementara Nizam & Danish pilih2 kasut yang berkenan dihati, aku dengan Khairine buat sawan selfie dua beranak dalam kedai.. hehehe. 


 Aksi SAKITNYA TUH DISINI.. hahaha



Dah... cukup 4 gambar je.. 
karang tunjuk banyak2 ada pulak yang muntoh depan komputer ni.


Pilihan hati 


Cuba try test kat kaki :)


Babah kena paw.. hujung2 kasut Babah tak dapat.. kesiannnn ;P

Sukew lettew ;P


Wahai budak2.. tolong jangan membesar terlalu cepat yer.. Mummy rindu time korang kecik2 dulu kini dan selamanya.. ehhh.. ada kena mengena ke?? 

Si Danish ni cepat nau membesar bagai johan.. tahun lepas ada beli jeans sepasang masa kitorang pergi Bandung, tahun ni bila pakai dah senteng nampak macam pakai seluar three quarter.. hurmmm.
Read More

Monday, March 2, 2015

Water Orbing di Tasik Titiwangsa

Aku rasa dah sebulan cerita ni berlalu.. ni baru nak dihebohkan kat blog. Eh chop!! betul ke nama bendalah ni Water Zorbing?? puas lah aku google nak tau apa nama sebenarnya natang ni.. ikut aku, aku panggil bola air je.. maklumlah kita ni melayu.. tak berapa nak pandai cakap omputeh.. hahaha.

Hari tu lepas pergi breakfast dengan family kat Kampung Baru, saja bawak budak2 pergi Titiwangsa. Dah lama nampak water ball ni wujud kat sana.. tapi macam tak bernapsu je nak try. Tah macam mana rasa macam nak try je haritu. Ceh! cerita macam aku je yang masuk dalam bola tu kannn??! Sebenarnya aku tak masuk pun.. Danish & Nizam je yang main. 

Khairine? hurmmm minah tu penakut.. sama lah macam Mummy dia ;P tak nak aku main bola tu.. aku ni dah lah berat.. buatnya bola tu kempis tengah2 tasik tu.. dengan aku aku sekali tenggelam.. takut dowh!

Ready.. dah masuk dalam bola


Mula-mula macam tak pandai je nak mendayung dalam tu.. 

 Bila dah lama sikit baru berasak-asak dua beranak dalam tu 

Pastu tergolek.. hahaha

 Intai ikan katanya

 Wah kau Danish.. main panjat2 pulak! Bapak kau tu dah lah skinny.. hahaha.


Macam main kejar-kejar nih..

Tak silap aku haritu untuk main bola ni RM15 untuk satu bola yang boleh muat dua orang je dalam tu.. tak boleh lebih dari dua.. takut tenggelam. Masa yang dibagi untuk main adalah 10 minit.. ke 15 minit kalau tak silap. Memang tak boleh lebih dari time yang dibagi.. kalau lama2 dalam tu boleh mati lemas.


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah