Wednesday, November 25, 2015

Last Day Sekolah 2015

Jumaat haritu last day budak-budak bersekolah. Sekolah Khairine ada buat Hari Anugerah Cemerlang. Aku pergi. Tapi bukan nak tengok Khairine dapat anugerah. Dia paksa aku datang sebab suruh tengok dia nyanyi koir. Over sangat budak ni. Koir je pun. Mula-mula aku cakap kat Khairine.. Mummy tak payah pergi lah.. kalau Khairine dapat anugerah semangat sikit Mummy nak datang tengok. Terus dia buat mulut muncung. Nak jaga hati anak punya pasal, turutkan juga kehendak anak. Siap dengan baju kurung lagi i datang tau! ayu sangat Mak Khairine.. auuww (senyum gatal).

Macam biasa pagi hantar dia ke sekolah. Alang-alang dah hantar pagi tu, aku terus dok kat kantin sekolah lepak minum jap. Pastu masa aku nak gerak pergi dewan, kawan Khairine datang tegur aku.'Hi auntie' bila aku berdiri tengok dia.. dalam hati terus cakap apasal tinggi nau budak ni.. bak kata pepatah.. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. muahahaha. Ai is tergugat!

Oh lupa.. si Danish tak sekolah. Awal-awal dah bagitau aku dia tak nak datang sekolah hari Jumaat tu sebab tak belajar katanya. Memang tak belajar pun. Dah kata pun last day sekolah.. tambah pulak haritu ada penyampaian anugerah.. sapa nak mengajar?!


 Ini dia kumpulan koir Sekolah SKTHO
Bila nampak anak sendiri atas stage terus tercekik ailiyur aku. Tiba-tiba rasa sebak.. mula dah bertakung air mata, mula rasa nak menitis air mata. Padahal anak kau koir je atas stage tu Jah oi. Dah kenapa semua perasaan tu nak timbul? hahahahaha. Aku bukan boleh. Nampak anak masuk pagar sekolah pagi-pagi pun perasaan tersentuh. Nampak anak lari atas padang masa sukan sekolah pun rasa excited melambong-lambong. Anak pergi camping dua hari satu malam lagi lah mencurah-curah air mata mengalir.. perasaan rindu kat anak jangan kata lah.. menggunung tinggi gamaknya. Perasaan seorang mader ni memang amazing.. siapa tak ada anak lagi memang tak akan ada feeling ni. Eh ke aku sorang je yang terlebih perasaan? pffffttt :p

Khairine yang berdiri kat tengah. Row depan yang keempat dari kiri.. yang tengah nganga mulut tu.. hihihi. Spot budak tembam belakang tu., kemain lentok kepala nyanyi lagu koir ya! hahaha.


Habis koir ada persembahan lain pulak. Lepas tu diselangselikan dengan penyampaian anugerah. Yang geram tu bila nampak budak-budak pra sekolah beratur siap pakai jubah konvo. comey sangat :)


Khairine & friends



Ini babak sedih. Aku pun terjebak sama. One of bff Khairine nak pindah ke Manjung, Perak. So diorang buat drama air mata hari last day sekolah. Aku ni bukan boleh. Nampak orang menangis, mula lah aku nak syahdu syahdan juga. Walaupun budak-budak ni diketegorikan budak-budak, bila bab-bab nangis ni hati i cepat tersentuh tau!


Berpelukan :'(

All the best Phoebe. Auntie doakan kamu berjaya dalam pelajaran. Hope dapat kawan baru nanti kat sana. Jangan lupa kawan-kawan kat sini pula.. ewah pesan macam budak tu kawan aku pulak.. hehehe.

 Bergambar kenangan sesudah drama air mata. Tinggi betul budak-budak ni. Khairine juga kemetot. Bila berdiri sebelah aku, aku rasa dia dah tinggi.. padahal aku yang tak berapa nak tinggi. Bila berdiri sebelah kengkawan Khairine terus nampak sama tinggi. Kau rasa????? aku pun tak paham apa cakap.. hahaha.


Sekian.

I am loving Mader.

Kbai!
Read More

Friday, November 13, 2015

Kampong House Eagle Ranch Resort

Gerak dari Alive 3D Art Gallery, terus menuju ke Eagle Ranch Resort. Sampai pun memang cun-cun timing untuk check-in. Masa kat kaunter, front desk cakap kena tunggu lagi setengah jam.. wtfish!! kena tunggu pulak. Tabah je menunggu setengah jam.. sempat juga kitorang bergambar mesra anak beranak kat area swimming pool. 









Kalau pergi bercuti dari segala booking, payment dan arrangement selalunya Nizam punya part. Aku cuma prepare apa yang patut nak bawa dan fikirkan apa yang patut saja. Bukan dia tak percaya kat aku dalam hal booking semua tu.. mungkin bagi dia tak gentle ar kalau serah semua tu kat bini dia.. i kan princess.. muahahahaha bongok betul alasan tu.

Dah jangan ngarut lebih sangat. Aku nak tunjuk gambar bilik.

Masuk je bilik aku jerit kat KhaNish. Jangan lanyak dulu tilam tu.. Mummy nak ambil gambar. Nizam geleng kepala je tengok perangai aku.. hahaha. 








Kalau pergi mana-mana bilik hotel/ resort semua lebih kurang sama je.. keperluan semua standard hotel/ resort gak. Aku je gatal nak share gambar. At least dapat gak buat satu entry.. hahaha. 

Terus terang cakap percutian kat Eagle Ranch haritu kurang memuaskan hati sikit. Bukan kata tempat tak best. Tempat memang best.. ala-ala cowboy town gitue. Yes aku tau ada aktiviti tunggang kuda, go kart dan lain-lain. Aktiviti malam pula kureng.. nak ke area Teluk Kemang baru ada aktiviti. Dah lah jauh dari town.. nun dah hujung PD sana. Nak ke Teluk Kemang pun ambil masa gak. Kedai makan yang dekat-dekat pun tak ada. Apa-apa pun tempat tu tetap privacy sebab tempat tu dah sampai ke hujung dunia. Bagi yang suka datang sana ok lah.. tak ada masalah buat diorang.


Petang keluar ke Teluk Kemang. Saja ambil angin pantai sementara nak tunggu malam untuk dinner. 

Menjelang malam kitorang dinner kat Medan Ikan Bakar MPPD. Well, seafood kat sana ok lah.. not bad. Harga pun ok ok je. 


Habis dinner on the way balik Resort, Nizam berenti ajak makan durian pula. Durian Kampung harga sekilo RM10 yang dijual kat tepi jalan. Then terus balik bilik buat aktiviti bebas anak beranak.
Esoknya pagi-pagi masa nak keluar breakfast, hujan turun. Berlari empat beranak ke tempat makan yang agak jauh juga dari bilik kitorang. Lepas breakfast hujan masih renyai-renyai. Nak tawaf keliling Resort pun tak best. Terus Nizam check-out. 



Ingat nak singgah masuk upside down Art Gallery. Tanya budak2 diorang cakap tak nak masuk. Diorang kata sebab dah pernah masuk masa kat Sabah dulu. Eh lain lah nak oi ni kat PD, yang korang masuk tu kat Sabah. Tetap tak nak juga.. sukati korang lah nak. Dah korang tak nak masuk, biar Mak snap gambar sign board je.. hihihi. Jalan-jalan kejap kat town PD then terus gerak balik KL.
Read More

Thursday, November 12, 2015

Perkembangan Khairine 2015

Mula dari usia Khairine baby lagi aku cuba untuk memorikan tumbesaran & perkembagan dirinya. Malah gigi pertama Khairine tumbuh pun aku ada mencatitkan ke dalam buku yang aku dapat dari Doktor masa aku pergi check-up diusia Khairine kecil lagi. Malangnya diusia Khairine dua setengah tahun aku telah mengabaikan setiap memori tu. Ini gara-gara rumah tangga aku bersama Arwah telah dipukul badai. Jodoh aku tidak panjang. Diusia Khairine lebih kurang 3 tahun aku bercerai. 

Itu semua dah berlalu. Bagi aku ini masanya untuk aku membuat satu catatan khas untuk dia. Sekurang2nya aku buat preparation untuk dia masuk ke alam remaja.

Bulan November aku banyak cari info untuk persiapan diri Khairine dan aku untuk aku study.

http://elmustasyar.blogspot.my/2014/02/didik-anak-kenali-tanda-baligh.html

http://homefamilysite.com/blog/akil-baligh-remaja-perempuan/

Agak terlambat untuk aku merakam memori bahawasanya anak perempuan aku dah  nak meningkat remaja. Seingat aku dalam pertengahan tahun 2015 juga dia ada bagitau yang dia tak selesa dengan payudaranya yang kian membesar. Pantang tersentuh pasti menjerit. Kalau tak tersentuh pun dia akan pastikan ia tidak tersentuh. Aku juga pernah mengalami situasi begitu masa aku meningkat remaja suatu masa dulu. Aku akan cuba untuk monitor tumbesaran Khairine sementara dirinya meningkat dewasa ni. Dari hari ke hari aku akan pastikan dia selesa dengan awalan alam remajanya. 

Deepavali 10 November 2015 - Khairine ada bagitau aku yang dia rasa tak selesa bila panty dia basah disebabkan ada lendir yang keluar. 

Khairine : Mummy, kenapa spenda Khairine basah. Macam ada lendir keluar lepas tu benda tu akan jadi keras. Bila dah kering Khairine kopek dari spenda. Takut nenek tanya

Mummy : Dah lama ke jadi? kenapa Khairine tak bagi tau Mummy?

Khairine : Khairine ingatkan sikit je tak lama. Rupanya hari2 lendir tu keluar

Mummy : Next time bagi tau Mummy kalau ada apa2 pasal ni. Kalau nak tanya kawan yang dah ada pengalaman pun tak apa.. tapi lebih bagus kalau Khairine share dengan Mummy.

Khairine : OK.

11 November 2015 - Tengah tengok tv cerita Tuan Anas Mikhail tiba2 Khairine bisik kat aku.

Khairine : Mummy, dekat pepet Khairine dah tumbuh bulu.

Mummy : Ye ke? nanti tunjuk dekat Mummy

Aku bukan apa. Takut dia confuse je dengan sebarang pertumbuhan & perubahan kat diri dia. Bagi aku, biarlah aku orang pertama yang tau.. boleh juga aku catitkan detik2 perkembangan anak aku yang makin meningkat remaja. Sebagai ibu, ini lah detik2 indah buat aku. Anak membesar depan mata. Setiap detik & apa benda yang berlaku, aku tau. Aku juga perlu ambil tahu. Aku tak nak terlepas lagi.
Read More

Wednesday, November 11, 2015

Alive 3D Art Gallery, Port Dickson

Hi awak awak semua.. kita nak buat entry ketinggalan zaman harini. Cerita ni yang dah jadi tapai basi pun.. sila lah terima seadanya :)

Tak silap ni masa cuti sekolah sebelum bulan puasa lagi kot.. so cuti sekolah tu minggu kedua baru berkesempatan bawa budak2 ni pergi bercuti.. kesian diorang. Bercuti pun tak lah jauh mana.. setakat ke Podeksen (Port Dickson) je.. jadi lah anak2.. nak gi jauh sikit tunggu tahun depan.. itu memang dah confirm sebab Babah korang dah beli tiket katerbang :)

Aku pernah dengar kat PD sekarang dah buka 3D Art yang macam kat i-City dan yang pernah kitorang pergi dulu [LINK], s
ebelum tiba hari nak bercuti tu, aku try google tempat tu dulu supaya senang nak tuju.. tak payah terhegeh-hegeh nanti nak mencari. Biasalah kalau tanya Pakcik Google memang tak pernah mengecewakan. Akhirnya jumpa juga.. thanks Pakcik encem ;)


Main Entrance

Address : No. 38-40, Jalan DS 2/1
Bandar Dataran Segar, 
71010 Lukut, Port Dickson, N. Sembilan

Bila dah dapat address aku terus bagitau kat Nizam.. cakap kat dia tempat ni dekat area Lukut. Dia tau lah kat mana Lukut tu sebab dia pernah ada kerja kat CIMB Lukut a few weeks before. Pung pang pung pang cerita ngan dia, lepas tu dia decide dari KL nak ke Lukut ikut Nilai.. then keluar kat Sepang lepas tu terus keluar Lukut.. eh macam pening je explanation aku tu.. masuk sini keluar sana.. terus keluar Lukut.. hahaha. Pening!

Dalam tu nanti tak boleh bawa masuk kasut/ selipar. So aku nasihatkan kepada yang nak datang sini, tak payah pakai kasut yang vogue sangat apatah lagi kasut tumit tinggi 18 inch.. hujung-hujung kau akan berkaki ayam je dalam tu. Aku anak beranak macam tu lah.. Nizam & Danish elok-elok pakai sport shoes, aku dengan Khairine pakai loafers.. sebab dah bayangkan kat dalam tu nanti nak berlakon sambil bergambar kat dinding-dinding 3D. Sekali amoi yang jaga pintu tu cakap kasut kena letak dalam locker.. locker tu pulak kena bayar RM2.. huh! tak koser.. terus kitorang pergi kat kereta tukar selipar burok je.


Arrgghhh tolong!! hantu galah nak tendang saya.. LoL!!

First art yang kitorang tuju kat sini dulu. Sebabnya masuk-masuk je dah ini first art yang memang kena tuju.. sebab dia ada art demi art yang kau pasti kau akan stop untuk bergambar without missed.


KhaNish.. keras kejung je badan bila suruh bergambar sambil berlakon



Ikutkan terlalu banyak gambar yang kitorang snap. Lepas ambik gambar anak-anak, mak & bapak dia pula purak-purak berlakon.. sama naik berlakon & bergambar.. hihihi. Kat entry ni aku letak gambar sikit-sikit je lah ya.. the rest gambar aku simpan untuk collection sendiri.


KhaNish 
Aksi laki naik lembu giler.. bini cuba buat giler dari belakang.. hahaha
Anak-anak panda yang comel ;)




Amboi kuatnya Abang Badang tolak bangunan














Tak tau nak letak caption apa untuk gambar atas tu semua.




FYI, tempat ni deret rumah kedai je.. so satu bangunan tu ada tiga tingkat. Dari satu tingkat ke satu tingkat kitorang panjat. Seronok sebab banyak gambar 3D kat setiap satu tingkat tu. Dalam tu juga ada 3D UV light draw art. Dalam bilik gelap then ada banyak art yang macam glow in the dark. Kat situ ada a few gambar je yang aku dapat share kat sini coz of bad quality of the picture.

Setakat hari yang aku pergi ini harga untuk Mykad Adult & Mykad Child.. tak tau lah kalau sehari dua ni dia dah naikkan harga. Kalau nak tau best ke tak tempat ni boleh lah pergi sendiri ya ;)

Selesai tawaf dalam Alive 3D Art Gallery, kitorang teruskan perjalanan ke Eagle Ranch Resort. Tu nanti aku buat entry lain ya. 

Sekian.

Cerita dah lama.

Kbai!
Read More

Sekiranya Anak Anda... Itu Kerana Anda...

Hello.. Assalamualaikum, selamat pagi, good morning, vannakem ;) Selamat menyambut Deepavali kepada kaum hindu yang meraikannya semalam. Cewah dah macam personaliti tv je kan.. hihihi.

Untuk meneruskan cerita kita pagi ini, aku nak share sesuatu dengan korang. Share pasal motivasi kita as a mader untuk anak-anak. Sepanjang berblog ni, ada juga beberapa entry yang aku pernah share pasal anak-anak. Tidak lah nak kata aku ni hebat dan bagus sangat dalam hal penjagaan anak.. tapi as a woman yang dah mempunyai anak, sifat keibuan kita automatic akan ada dalam diri.. gittue lah celotoh i yang ala mader-mader ni hahahaha. 

Kepada para mader mahupun fader, sila bawa dan jadikan motivasi untuk diri anda.











Source : terjumpa kat fb Adam Hawa

Simple quotes tapi maknanya yang mendalam. Lepas baca satu persatu quotes dalam gambar tu korang ada rasa insaf tak?? hahaha. So kalau rasa-rasa korang salah satu darinya, mungkin korang boleh berubah atau mengubah ke arah yang betul. Reminder untuk i juga.

Fikir-fikirkan.. dan selamat beramal :)

Sekian.

Motivate diri.

kbai!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah