Friday, April 3, 2020

Cara Mohon i-Lestari 💰 KWSP Secara Online

Haritu i ada ternampak kat Twitter, ada mamat ni share cara mudah untuk apply i-Lestari.. so i pun cedok lah gambar2 dia & i share ngan korang kat FB, IG & WhatsApp Story i. Alhamdulillah memang membantu.. and i also applied guna step by step manual yang mamat tu share. Thanks & credit to him.

Harini dah hari ketiga start apply i-Lestari. Korang dah apply belum? Eh! samalah.. i pun dah apply jugak.. (duit punya pasal, lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je kau kan!) 😂😅😆

Secara umumnya, our PM dah announce pasal bantuan ni.. tak ketinggalan juga Makcik Kiah si penjual goreng pisang 😍

P/s: Kalau korang yang tak activate lagi account korang kat kiosk EPF tu, i tak dapat nak komen. Sapa suruh korang tak buat! muahahaha. 

Untuk Bantuan Sara Hidup LHDN tu, somi i tak layak untuk dapat. Gara2 our household income lebih dari RM8k column yang kuning tu 🠋


Penerima BSH dapat BPN secara automatik - MOF | Utusan Borneo Online


Ok, jom tengok manual kat bawah ni macam mana cara2 nak mohon i-Lestari 🤑

Memandangkan ramai masih keliru macam mana caranya untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan, jadi berikut kami kongsikan langkah demi langkah pengeluaran i-Lestari secara online.

Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 akan terima BPN secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi BSH bermula 1 April 2020.

Suri rumah pula boleh memohon bantuan iSuri KWSP sebanyak RM480 setahun.

1. Sila layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my


Image may contain: text
2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.

Image may contain: text
4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.

No photo description available.
5. Pilih “Withdrawal Type”.

No photo description available.

6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

No photo description available.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

Image may contain: text

8. Kemudian klik “Next”.

9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

No photo description available.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.

11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.

Image may contain: text

12. Kemudian klik ✔️ pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”

Image may contain: text

14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”

Image may contain: text

15. Siap!

No photo description available.

Tahniah, permohonan pengeluaran anda telah berjaya.

Sekiranya perlu, anda boleh print permohonan tadi sebagai rujukan.

Image may contain: text

No photo description available.


Read More

Tersadai & Kena Halau 😬

Petang semalam dalam pukul 6pm mcm tu NJ balik dari kerja.. i mintak tolong NJ singgah kedai beli daun kunyit. Tengah syok2 masak sementara tunggu daun kunyit balik.. tiba2 dapat call dari NJ.. katanya battery kereta kong. Ah sudah! terus kepala otak dah fikir macam2.. dah lah kedai semua tutup.. kat supermarket mana ada jual battery kereta. Takkan nak tinggal kereta kat tepi jalan sampai habis MCO. I cakap kat NJ.. try google cari nombor kedai battery online.. mana tau diorang boleh datang immediately. Kalau lambat takut nanti tak boleh tukar hari yang sama.. sebab sekarang ni lepas pukul 8pm semua orang dah kena duduk rumah diam2 tak boleh keluar dah. Pastu NJ cakap.. cuba u try cari.. ehh! kita suruh dia, dia suruh kita pulak.. dah lah tengah masak ni 😅 I cari jugak lah.

Tersadai 😆

Ada few numbers yang i bagi kat NJ suruh dia call. Alhamdulillah nasib baik number 0123532542 tu reply & kata boleh datang location yang NJ tersadai tu.

Walaupun i tak ada dekat tempat kejadian, tapi service dia memang superb! According to NJ, diorang akan hantar mechanic dalam masa 30min. Yes! memang mencapati time 😅

Sebelum tu diorang ada bagi quotation.. NJ cakap harga battery tu mahal.. kalau ikutkan harga betul2 RM180 je

 Dia siap Google share kat i lagi hahaha.

I said OK lah tu.. dalam keadaan Movement Control Order ni.. mana lagi nak cekau.. kalau beli kat Lazada (refer to the pic he sent ☝) pun belum tentu boleh dapat immediately kannn.

Plus for me harga RM230 tu sangat2 worth it. Kalau beli online, dah tentu receive lambat, then u kena fix sendiri.. ni siap datang dalam masa 30min & siap pasangkan lagi.. apa lagi kau nak?! Dalam masa 15min je macam tu settled.

Balik tu NJ cerita kat i.. dia kena halau dengan Polis.. hahaha. Agaknya polis tu dah nampak dia tersadai kat tepi supermarket (nak beli daun kunyit punya pasal) tu dengan boot kereta terangkat.. polis tu syak mesti battery problem.. then masa mechanic tu tengah pasangkan battery, van polis lalu sambil cakap "dah siap kan? dah pergi balik cepat" tergelak i dengar NJ cerita.. sian somi i 😅😅😅😅 

Korang, ni bukan paid review tau.. sebab NJ sangat berpuas hati dengan service diorang ni, i nak tanamkan cerita pasal battery kereta kong kat dalam blog i. For my future reference or korang yang mencari kedai battery kaedah mobile.

24hours Delivery, based in Bukit Indah Ampang.

Call +6012 – 3532 542

Waktu Operasi : 7 Pagi – 1 Pagi.
365 Hari Setahun
Lokasi : Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja
Produk Bateri : Century
Read More

🔊 Saja Nak Bebel


MyAPEC2020 (@MyAPEC2020) | Twitter

Haluuuuuuuuu dah tepu ke belum duduk rumah hari yang ke berapa belas dah ni????? 🙊😁 

Ok bagus! duduk rumah 🏠 diam2.. ini ada yang melalak kata bosan duduk rumah lah. Buntu lah. Tak tau nak buat apalah. Padahal banyak je benda yang korang boleh buat. Bukak je internet tu.. macam2 benda korang boleh refer apa kau boleh buat dikala Movement Control Order ni. Aku menyampah ada setengah orang yang kata bosan bosan bosan duduk rumah. Yang peliknya.. bila pergi kerja, sibuk pulak nak cuti. Bila dah bagi cuti free macam ni bosan pulak!!! apa yang kau nak sebenarnya ni Bedah?! 😡😡😡 nak merayap?? Sabar! tunggu! jangan nak merayap sangat.. Negara tengah berperang dengan masalah Corona Virus 🚫 sekarang ni. Duduk je rumah ontok2. Lepas semua dah selesai sok, kau nak merayap sampai langit ke tujuh pun lantak lah kau situ.

Bila Kerajaan bagi penangguhan pembayaran segala2nya, korang suka pulak kenn.. bersyukurlah ya! Lepas habis selesai masalah Covid-19 ni nanti, tetap kena buat pembayaran balik ya! Kau jangan buat 2 lupa tu!

Bantuan melibatkan wang ringgit pun sama juga... korang lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu je nak apply. Suruh duduk rumah, degil! bosan! hish tak paham betul typical Malaysian ni. Bila dapat bantuan 💸 tu nanti jangan kau joli pulak duit tu 😏

Oh speaking about bantuan wang ringgit 💰 korang dah apply ke i-Lestari? Bantuan Sara Hidup? dan lain2 bantuan lagi yang korang layak? dah kannn????? 😜

#NoteToSelf Pastu kalau pembelian barang harian pulak.. pastikan korang ikuti arahan yang kerajaan dah tetapkan.. mana yang boleh beli online, beli je online. Pendek kata.. buat masa sekarang ni, kita ikut je seruan kerajaan. Simple as that.

Stay at Home. Stay Safe. Stay Healthy!
Read More

#MyThought 🙆 Cloud Personal Docs

Sebelum ni tak terfikir pun nak keep all docs dalam cloud. Tapi bila zaman sekarang ni semua benda nak online, i keep all related docs dalam cloud. Kalau boleh, documentation korang pun korang save lah jugak cara online. Contohnya save dalam Dropbox ke, Google Drive ke atau apa2 je lah application yang ada dimukabumi ni untuk korang save docs korang cara online. Apa2 hal senang Jah! buatnya tiber bank mintak copy IC ke, surat beranak anak ke, surat kawin ke sebab laki kau nak kawin kat Siam.. semua dah siap save dalam cloud (save online). 

Learn about the benefits and usage of cloud documents
Actually i dah lama implement cara ni.. cuma tak pernah save personal docs dalam cloud je. Docs yang i save pun benda2 melibatkan kerja je.. macam docs sendiri tak ada pun nak keep dalam tu. Now, dalam masa MCO macam ni sangat bergunanya semua docs yang kita dah save dalam cloud. Samada docs kerja/ personal.

Just an idea.. kot2 lah ada diantara korang yang tak tau/ tak pernah buat lagi. I tulis entry ni untuk reference i. Kenangan i. Benda yang terlintas dalam kepala otak i. Korang kalau belum buat, try lah. Apa2 hal nak senang.. upload atau forward je softcopy kepada yang berkenaan bila memerlukan.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah