Friday, April 3, 2020

Cara Mohon i-Lestari 💰 KWSP Secara Online

Haritu i ada ternampak kat Twitter, ada mamat ni share cara mudah untuk apply i-Lestari.. so i pun cedok lah gambar2 dia & i share ngan korang kat FB, IG & WhatsApp Story i. Alhamdulillah memang membantu.. and i also applied guna step by step manual yang mamat tu share. Thanks & credit to him.

Harini dah hari ketiga start apply i-Lestari. Korang dah apply belum? Eh! samalah.. i pun dah apply jugak.. (duit punya pasal, lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu je kau kan!) 😂😅😆

Secara umumnya, our PM dah announce pasal bantuan ni.. tak ketinggalan juga Makcik Kiah si penjual goreng pisang 😍

P/s: Kalau korang yang tak activate lagi account korang kat kiosk EPF tu, i tak dapat nak komen. Sapa suruh korang tak buat! muahahaha. 

Untuk Bantuan Sara Hidup LHDN tu, somi i tak layak untuk dapat. Gara2 our household income lebih dari RM8k column yang kuning tu 🠋


Penerima BSH dapat BPN secara automatik - MOF | Utusan Borneo Online


Ok, jom tengok manual kat bawah ni macam mana cara2 nak mohon i-Lestari 🤑

Memandangkan ramai masih keliru macam mana caranya untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan, jadi berikut kami kongsikan langkah demi langkah pengeluaran i-Lestari secara online.

Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 akan terima BPN secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi BSH bermula 1 April 2020.

Suri rumah pula boleh memohon bantuan iSuri KWSP sebanyak RM480 setahun.

1. Sila layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my


Image may contain: text
2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.

Image may contain: text
4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.

No photo description available.
5. Pilih “Withdrawal Type”.

No photo description available.

6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.

No photo description available.

Selain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”

Image may contain: text

8. Kemudian klik “Next”.

9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

No photo description available.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.

11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.

Image may contain: text

12. Kemudian klik ✔️ pada ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”

Image may contain: text

14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”

Image may contain: text

15. Siap!

No photo description available.

Tahniah, permohonan pengeluaran anda telah berjaya.

Sekiranya perlu, anda boleh print permohonan tadi sebagai rujukan.

Image may contain: text

No photo description available.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah