Tuesday, May 7, 2013

Kidzania - Doktor Khairine & Doktor Danish di KPJ Specialist Hospital

Habis baca berita, mereka bercita-cita nak jadi seorang doktor.. 
Perrgghhh handal anak-anak Mummy & Babah, sangat bercita-cita besar ;)

Jom kita tengok diorang mendaftar ke apatah yang diorang buat kat Kaunter tu.. 
Hati ni gerammmmmmm je rasa nak terjah masuk ke dalam tengok apa diorang buat.
Tapi apakan daya, parents dilarang masuk yer.. 
Ko hanya mampu tengok dari luar sajo.. ahahaha meleleh ayak lioq tengok kecomelan dorang kat dalam tu =)

 Mak Bapak hanya mampu snap gambar dari luar je.. Gggrrr :p

 Tunggu giliran untuk briefing.. 

Sabar menanti yer kanak-kanak :)

Tengok ramai anak-anak orang lain yang berkeliaran dalam tu kemain comel-comel.. 
Bersungguh-sungguh dengan setiap job yang dorang buat.. 
Aku rasa terharu sangat.. rasa nak nangis pun yer gak. *haaaa over mak kau!!*

Betul weh!! aku rasa sangat bertuah jadi seorang Ibu dimuka bumi ni. 
Sebab dapat tengok perkembangan, pergaulan, kecomelan, kerajinan, keaktifan, dan semua KE yang sewaktu dengannya..  
Rugi lah kepada Ibu yang hanya pandai beranak je tapi tak pernah tahu/ tak menjaga/ tak ambil kisah hal-hal perkembangan anak-anak diorang... apatah lagi kau 'tak nak jaga anak kau sedari anak kau kecil semata-mata kau nak enjoy.. hidup tak pernah puas enjoy dari muda, itu lah rupanya!!' puiiii *aku pangkah mana-mana perempuan yang bersifat keji macam tu, pandai beranak je tapi tak reti menghargai anak* hamekkkk kau aku terlebih emo sekarang!!!

Ahhh lantak pi lah sapa yang tak pandai menghargai anak tu.. janji aku jaga & bagi sepenuh kasih sayang kepada dua ketui anak aku ni.. yer dak??!!! 

Moh sambung cerita tadi.. 
Kat sini diorang boleh earn money, means diorang dapat gaji & boleh juga berbelanja dengan menggunakan Kidzos yang ada.
Gaji idok ler banyak mana pun Kiah oii.. 

Meh sini aku tunjukkan Federal Information Bureau yang aku maksudkan di entry sebelum ni.. 
Ini lah Federal Information Bureau, kat situ ada empat column.. which is 'Capacity', 'Duration', 'Age Suggested' & 'Economy'. 
Sebelum masuk, kita boleh refer kat situ berapa yang boleh diorang earn, berapa capacity boleh masuk untuk setiap outlet, time duration setiap job & berapa tahap umur kanak-kanak yang boleh masuk.
Kalau tak cukup Kidzos kat tangan, jangan masuk yer.. nanti ko nak bayar dengan apa??!! kannn??? :p

Dekat column 'Economy tu ada +10 & +8 itu maksudnya diorang akan earn money bersamaan macam gaji diorang. 
Nanti ku tunjukkan kerja-kerja yang mereka kena bayar pula ye..


Gambar disebalik cermin..
time ni diorang tengah siap-siap nak jadi doktor hehe
After briefing baru diorang dibawa ke bilik operation. 

Tadaaaaaa... dah siap sedia nak ke Bilik Operation katanyerrrr :p


 Gambar ni diambil dari seberang bilik operation *siapa yang pernah pergi akan tahu kat mana lokasi ni* berdepan dengan Skyrider Training Area 

Cewaaahhhh kemain focus kanak-kanak itu.. 


 Yeayyy dapat gaji.. kat sini Khairine & Danish dapat earn +10 Kidzos ;)

Keluar jer dari KPJ ni, masing-masing dapat input dari apa yang diorang belajar dari dalam bilik Operation tu, diorang dapat buat practical operate paru-paru orang (patung je.. kalau orang betul-betul, mau fitam budak-budak tu.. hahaha) yang menghisap rokok, so dari situ juga diorang dapat belajar betapa bahaya & kesan terhadap seseorang perokok. 

Bagus kan Kidzania ni, kanak-kanak dapat belajar, berdikari, memahami macam-macam benda lagi semua under one roof =)

Oleh sebab di Kidzania more to kiddos activity, maka gambar muka makpak kau orang tak banyak.. 
So aku selit lah satu dua muka aku dimana-mana saja di setiap entry Kidzania yang aku akan publish lagi nanti yer.. Pffffffffttt :p


**Frust sangat gambar camera banyak tak cantik.. gambar goyang tak clear. Tak tahu nak salah kan tangan sendiri atau camera itu yang bersalah atau sememangnya aku bukan lah seorang photographer yang professional** hahaha

Habis cerita di KPJ Specialist Hospital, Kidzania
Next entry aku nak bercerita pasal Khairine & Danish jadi postman pula.. tunggu eh.. ;)

8 comments:

  1. wahhhh bess dah masuk situ....asyik lalu jer...cik bedah ni pekakkan telinga je bila masing2 memekak nk ke situ...hehehe...sabo yer...nanti umi bawak ler...

    ReplyDelete
  2. bijak la khairine & Danish smga menjadi anak yg berjaya ;)

    ReplyDelete
  3. bestnyer tengok dieorang ni jadi doktor...hari tu bawak anak2 tak dapat masuk ramai sangat...

    ReplyDelete
  4. Nak jugak letak gambar kak Bedah yang cun melecun tu hehe....

    ReplyDelete
  5. Rugis tak boleh masuk sekali......
    Hehehehheeh..
    Harus tepek sekali gambar mak kan.... =D

    ReplyDelete
  6. sooo comel la dorang join itu dan ini..merasa buat bnyk kje..hehehe

    ReplyDelete
  7. Cool! Siap ada surgery :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah