Friday, August 30, 2013

Kisah Duit Raya, Kpop & Buku

Balik dari beraya rumah June, lepas kekenyangan makan beriani kambing, kamiorang 'mengembek' pulak ke Wangsa Walk... hahaha. Planning asal nak ke Alamanda, tapi bila keluar je dari kawasan Ampang tengok MRR2 jammed nak mati!! ini tak boleh jadi.. to avoid jammed, kita ke Wangsa Walk ajos.. 


Tujuan utama nak ke sini pun sebab nak beli bag sekolah Danish.. tahun ni je bag sekolah dia dah empat ke lima kali bertukar.. hahaha ganas ko nak.. Khairine pun sama jugak. Bawak buku sekolah kemain berat.. rasanya dekat2 tujuh kilo kot. Aku kadang tolong bawakkan bag diorang ni pun terasa bebanan bag tu mana tak cepat koyak.. hurmmm


Danish : Mummy mummy, beli lah bean bag ni best lah.. besar pulak tu. Tak koser mummy nak beli Nish, harga kemain mahal.. lebih baik mummy buat sendiri lagi puas hati.. Mummy amek kain perca, mummy jahit lepas tu sumbat kekabu.. jadi beanbag.. lagi kerlasss hahahhaha.


Bermula lah kisah duit raya, Kpop & buku.. mari kita mulakan dengan kisah duit raya & Kpop dulu yer Bedah.. =)

Hari tu masing2 bawak duit raya masing2. Aku cakap kat KhaNish, Please bring your own duit raya to buy anything you want ok.. Maka Khairine bawak seratus hengget, Danish bawak limaploh hengget. At least diorang dapat juga merasa berbelanja dengan duit raya diorang kann.. so balance duit raya tu nanti boleh simpan dalam Amanah Saham Didik uolls. Tengok.. bijak tak mak ko mengatur perbelanjaan?? hahaha


Ini dekat kiosk yang jual barang2 Kpop. Kononnya Danish kan budak Kpop.. haha. Bila dia nampak je kiosk ni, terus ajak menyinggah.. kebetulan ada pulak jual bag sandang.. hah!!! apa lagi terus dia meluru ke kisok ni. 


Nampak????? Kpop tak anak jantan ai?? hahaha. Budak ni obses betui dengak Kpop, adoiihai umur baru 8 tahun nyah... Seluar biru, cap G Dragon, bag galas ni beli untuk pakai bawak sekolah ok!! G Dragon juga.. mak pun tak tahu G Dragon tu apo.. skali cina yg jual ni beriya2 explain kat aku apa itu G Dragon.. rupa2nya G Dragon tu ketua kumpulan Big Bang.. ok, Big Bang pun mak tak kenal yer.. Bean Bag mak tahu!! hahahaha

Cap tigaplohlima hengget, bag tu patploh hengget.. bawak duit limaploh hengget.. balance doploh hengget Babah dia tambahkan.. hahaha suka hati ko lah nak, janji belajar pandai2.. jangan belanja pandai2 sudehhh.. hehehe

Jom tengok Khairine pulak apa dia buat dengan duit seratus dia tu.. =)


Rambut kemain kembang macam sarang tebuan.. kisah rambut kejap lagi ada cerita tersendiri.. karang kat bawah aku cerita eh.. 


Kalau dah nama pun perempuan, mesti nak cari benda2 yang comel.. nasib baik budak ni tak terjebak dengan Big Bang macam adik dia hehe


Pilih punya pilih, Khairine kata dia tak cukup singgit.. Mummy, tolong tambah kan lagi seringgit boleh? Khairine bawak duit seratus sembilan ringgit lah.. Hahaha dasar kanak2.. dia kira duit ala2 macam tak cukup je.. apa lah salahnya guna duit seratus tu nak oiii.. tak apa, Mummy tambah lah yer lagi seringgit tu =)

Pesanan aku juga pada haritu, dengan duit raya yang diorang bawak, aku suruh diorang beli buku aktiviti & buku cerita. Lebih baik beli buku daripada beli benda2 yang tak berfaedah yer dak??!!


Dengan bekalan duit seratus Khairine, kamiorang masuk ke MPH. Aku suruh diorang pilih apa buku yang diorang nak. So beli buku aktiviti & buku cerita. Haritu Khairine belanja Danish beli buku. Sebab duit Danish dah habis beli cap & bag Big Bang.. hahaha cute je kannn =)

Buku Aktiviti Khairine & Danish

Buku2 cerita Khairine & Danish.. ;)

Settled beli buku, nak massage pulakkkkk.. Ok layankan je lah ;P

Nak tahu cerita pasal rambut kembang Khairine tadi?? Aku memang nak bawak Khairine ke saloon pun.. nak adjust sket rambut dia yang kembang tu.. ingat nak potong style bob tapi entah bila lah nak ke saloon nya.. Alang2 ada saloon kat Wangsa Walk, aku terus taler kan kepala Khairine kat sana.. potong terus rambut kau yang kembang tu.. tak tahan aku tengok rambut kembang Khairine berleluasa.. hahaha


Kasi potong rambut kembang Khairine ye.. hehe


Readyyyyy??? cuba cari dimanakah saya??!! hahaha phuiii


Hasilan cemerlang!!! selamat tinggal rambut kembang.. hahahaha


Thank you to Strawberry Hair Studio.. =)

So itu je lah kisah Duit Raya, Kpop & Buku.. Puas hati KhaNish dapat berbelanja dengan penuh hemah suku dari duit raya diorang.. hehe. Hope adik2 diluar sana pun menggunakan sebahagian duit raya adik dengan baik yer.. elakkan pembaziran & jangan lupa menabung okeh.. Khidmat nasihat cemerlang ini dibawakan khas dari Makcik Zaza.. Makcik????? muahahaha

10 comments:

  1. good mummy..kecik2 dh ajar cra berbelanja...cute la khairene potong rambut ;)

    ReplyDelete
  2. amboi pandai mommynya manage duit raya anak anak. kpop tau tak tahan ok haha. wah comel je rambut khairanie lepas potong cenggitu :D

    ReplyDelete
  3. Eh? macam tak caya je.... mana ko Jah? hehe selalu bukan main posingnya kat last last entri hehe....
    Tapikan zaza anak OKje yg kecik tu, jalan je mesti bawak duit raya dia nak shopping mainan hehe
    Tak mo simpan dia kata ...suka hatilah...

    ReplyDelete
  4. Untung sgt2 Khairine and Danish punya ibu dan ayah yg sgt prihatin...sungguh happy tgk diorang berjalan sana sni....wangsa walk umi Qi selalu pi ...best gak tempatnya tenang...tp kena pi awal kan sebab parking always full...pernah cuba bowling wangsa walk x mommy zaza? beshhhhh giler main boling sana zaza hehehhehe

    ReplyDelete
  5. Seronok melayan anak...tp if dania I stress...lg demand dari mama...

    ReplyDelete
  6. comelnye rambut baru khairine...kemas dan comeyy

    ReplyDelete
  7. Kemain danish yer..pandai bergaya k-pop dah yer..yg kharine pulak sweet jer tgk dia dgn imej baru tue..dua2 beradik nie pandai bergaya mcm mummy depa jugak la..nk p mana lg kan..hehehe

    ReplyDelete
  8. Kemain danish yer..pandai bergaya k-pop dah yer..yg kharine pulak sweet jer tgk dia dgn imej baru tue..dua2 beradik nie pandai bergaya mcm mummy depa jugak la..nk p mana lg kan..hehehe

    ReplyDelete
  9. comel jer...kecik2 dah pandai bergaya

    ReplyDelete
  10. I went to this strawberry hair salon for the first time just before CNY and I had the worst haircut of my life. Will never step into the shop ever again. And I was charged RM50 for it - senior hair stylist called Amanda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah