Lepas dah menggeletis kat Sunway Pyramid yang macam aku cerita kan kat ENTRY NI Nizam ajak pergi coffee-coffee kat luar means tak nak lepak kat dalam Sunway Pyramid lagi dah.. kita coffee-coffee kat area Bangsar katanya.. Aku pun ok je.. bila dah dia kata ajak coffee-coffee tu aku pun suggest lah lepak kat Dip & Dip Bangsar. Dengan pantas terus berdesup sampai ke Bangsar. Sunway dengan Bangsar bukannya jauh sangat pun.
Sampai-sampai je Dip&Dip tengok full house!!.. maklumlah malam minggu kann.. for sure lah ramai orang keluar melepak. Tengok2 seat tak ada. Si waiter tu suruh tunggu kat luar lagi 5 minit dia panggil untuk bagi seat. Nasib baik masa tengah Q tu kitorang yang paling depan. Aku ni perangai bukannya boleh menyabar.. nampak je orang kat dalam kedai tu angkat bontot, cepat-cepat aku suruh Khairine & Danish lari masuk dalam suruh diorang chop tempat.. hahaha.. kampung sangat perangai kau Jah!
Masa dah dapat seat waiter tu tanya kitorang ada Q ke tidak kat luar sebelum dapat seat. Dengan tegas mulut Kak Jah menjawab "of course!! You asked me to wait 5 minutes, after 5 minutes you do not call us. We saw the place empty and we sat" konon dah habis garang lah tu.. muahahaha. Lantak lah janji aku anak beranak dapat duduk.
Anak-anak Mummy yang hebat! thank you Khairine & Danish sebab dapatkan seat hehehe.
Tak payah nak masam muka sangat Bie.. tau lah penat.. kata nak coffee-coffee.. hahaha padahal sebenarnya dia lapar.. mana cukup makan coklat je kat Dip & Dip
Kak Jah jugak yang cool.. ilex je tengok menu.. padahal lapar jugak nih.
Nampak tak kat belakang aku tu ada lagi orang yang Q?? Kau Q lah kat situ kak.. aku dah dapat seat..hahaha.
Akhirnya apa jadi??
Lepas dah tengok menu bagai, budak2 ni kata "Mummy, Babah makan coklat je tak kenyang lah.. Khairine lapar" yang si Danish pulak "a'ah Anish pun lapar lah" pffffftttt. Kau nampak tak?? tadi bapak dia ajak coffee-coffee diorang langsung tak kata diorang lapar. Bila dah susah payah dapat seat kat Dip & Dip dan-dan tu kau kata kau lapar kan!! Gggrrrr.
Tak sempat order lagi terus kitorang angkat bontot blah dari kedai tu. Nizam kata better kita pergi makan kat Plan B, Bangsar Village.. lagi kenyang. Terus redah hujan renyai2 malam tu pergi kat kereta terus ke Bangsar Village.
Sampai je Plan B terus masing2 gelupor tengok menu nak makan yang heavy2.
Budak-budak lapar
Babah, Anish nak makan Pasta.. Nah pilihan hati.. makan lah kau.
Mummy, Khairine nak makan carbonara.. Nah pilihan hati kau dah ada depan mata. Makan!
Tekak aku malam tu teringin nak makan burger.. so ini aku punya.
Nizam punya. Tadi kata lapar.. bila makanan dah depan mata tak habis pulak.. apa daaa??!!
Caremal cheese apa tah nama kek ni.
Dah lah makan makanan yang heavy, creamy, portion besar2.. sumbat pulak lagi cake.. dasar keluarga yang tamak!! hahaha.. ehh ada satu lagi kek haritu.. Red velvet dah habis ngap tak sempat aku nak snap.
Bila semua dah kenyang baru teringat yang malam tu sebenarnya malam ambang merdeka. Dulu masa zaman muda remaja lagi sebulan nak Merdeka atau sambut tahun baru laju je plan dengan member-member cari port mana nak lepak plan nak ke disco lah, lepak Dataran Merdeka lah, lepak belakang mahkamah lah.. hahaha rare je bila sebut nama port2 melepak dulu.. bila dah tua2 bangka ni hari malam merdeka pun boleh terlupa.. betapa tak pentingnya lagi dah zaman-zaman melepak macam dulu2. Better lepak dengan family lagi best.. ada jugak pekdahnya.












betul berat makanan tu zaza,takat makan cekelato tu,mana nak kenyang...hehehe..betul..dah ada family nie memang lebih best lepak ngan family kan..
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDeletehahahahaha....zaman tua kita dah bermula..malam merdeka tido dgn nyenyak nyer...apedehall..
ReplyDeletelor elok dah dapat seat kat dip & dip tu..tak jadi lak nak order ek..heheh....penat beratur n tunggu lama kan...xpe lah..tindakan yg bijak gak tu..xkan la kite dah lapar sangat nak makan cekelat je kan...lg lapar la nanti..jimat duit disitu..hehe..
ReplyDeletewow..menu sangat sedap tu kak..dah lapar semua pun nak order..hehehe
ReplyDeletezaza..rin sampai ada anak 2 je pergi jugak depan klcc tunggu ambang kemerdekaan..
ReplyDeletelepas dah ada 4 nih..takde dah..tak larat haihhh!!!
mengigil tgn nk klik kt tajuk entry bile kuar kt bloglist..haihhh la makanan..sumenye nmpk sedap..nasib xjadik mkn kt dip n dip tuu..klu x lg meleleh air mata tgk coklat2 tu
ReplyDeleteBetul² menternak lemak ni jah. Lapar plak tgk makanan2 nih.
ReplyDeleteTahun ini tak de sambutan ambang merdeka dengan bunga api lip-lap kannn... Bilalah nak pi merasa kat Plan B nih!
ReplyDeleteambang merdeka seronok tengok bunga api je :)
ReplyDeleteeh kak jah boleh keluaq balik dr dip n dip yerr.. kerlassss.. tgk pada makanan tu rasa nya sorang2 lepas makan mesti kekenyangan kan :)
ReplyDeletemakan dengan rasa merdeka.
ReplyDeleteSemua nampak sedap aih kak jah..tapi i tgh on diet.. so bertabah jer la tgk gambar2 nie..hehehe...Lg satu setuju dgn apa yg zaza bg tahu tue..kalau dulu time2 malam merdeka nie kemain lagi nak melepak jer dgn kengkawan sampai ke pagi..tak pikir apa masa tue.. tahu nk enjoy jer kan.. tapi skrg rasanya dok rumah lagi best kot dari dok bersesak2 dgn org ramai...hehehe
ReplyDeleteMakan sesuatu yang mengenyangkan lagi best.. ekekeke.. tapi yang tak bestnya berat badan cepat nau naiknya... wakakaka..
ReplyDeletefamily adalah segalnya.. mmng syok lepak dgn anak beranak kn
ReplyDeleteBerger dia pun lain macam ye Jah.... mak area Bangsar mmg tak main, kelas sangatttt...takut mak!hehe ....mak main area Brickfield jer haha....
ReplyDeleteMak kalau nak minum kopi....bancuh kat rumah jer kopi 434 hehe .....Sayang weyh nak bayo mahal!
Best tengok blog kengkawan ni dapat belajar pelbagai jenis menu
Teringin nak makan kt dip dip tu...tak tau bila nak pi...lately weekend suami start bz...hehhehe plan b pun syok kan...sonok tgk menu2 tuh semua menarik hati...makan pun sure puas hati
ReplyDelete