Thursday, April 30, 2015

Pustaka Peringatan P.Ramlee

Hi.. Assalamualaikum

Esok dah start cuti sampai hari Senin.. apa plan korang? aku mungkin nak balik Melaka kot.. lama dah tak balik Cheng.. padahal tiap-tiap minggu turun Melaka.. tu pun sebab kerja nyah! kalau tak sebab kerja lama dah aku singgah. Apa-apa pun plan korang.. sentiasa berhati-hati dijalan raya ya.

Ni nak tanya.. korang pernah pergi Pustaka Peringatan P.Ramlee?? minggu haritu keluar nak beli barang dapur.. tapi sebelum tu singgah office Uncle aku kat Wangsa Maju.. ada hal sikit nak di-settle-kan. Lepas tu ingat nak terus ke Mydin Selayang.. sekarang ni orang heboh kata Mydin tak ada charge GST kan? tu yang ingat nak try beli barang kat Mydin instead of aku selalu beli barang kat Giant. Dalam pada kata nak ke Mydin Selayang tu Bang Nizam terus tukar fikiran.. baik kita pergi Mydin Pudu je dekat sikit katanya.. daripada nak ke Mydin Selayang yang jauh-jauh buta tu.. sama je barang yang ada pun.. so planning pun bertukar ke Mydin Pudu sajo.

Masa on the way tu lalu area jalan Setapak. Terus Bang Nizam ajak pegi Rumah P.Ramlee. Eh macam ajak pegi rumah kengkawan je bunyiknya.. haha. Aku pun ok je.. budak-budak pun suka.. lagi pun KhaNish kan dah pernah pergi Rumah P.Ramlee kat Penang haritu [LINK] 


Pustaka Peringatan P.Ramlee telah dibuka dengan rasmi pada 22 Mac 1986. Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee terhadap dunia seni tanahair serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara. 
Baca lagi di Pustaka Peringatan P.Ramlee (Kredit : Arkib Negara Malaysia)

KhaNish

Khairine & beca P.Ramlee Beca ni simbolik dalam cerita Penarik Becha.. rasanya beca ni bukan yang digunakan dalam film tu kot. Kalau ada lagi beca tu pun aku rasa beca tu dah usang kot.. 

According dari penulisan dalam gambar ni cerita tu pada tahun 1955

KhaNish & Kereta P.Ramlee

Kereta jenis ini pun dah tak nampak lagi atas jalan raya

Salah satu bangku yang ada kat luar rumah. Aku noticed disekeliling rumah banyak bangku jenis ini.. semua ada tertulis nama-nama tajuk film Allahyarham.

Visiting hours

Kat dalam rumah tak boleh ambil gambar.. so kita kena hormati rules kat situ.. kalau setakat nak ambil gambar kat luar rumah masih boleh lagi.

9 comments:

  1. pustaka peringatan p.ramlee ni last singgah masa lawatan sekolah sewaktu darjah 3 dulu... ha ha ha... sejak dari itu tak jejak lagi dah, mungkin kemudian bawa Ash kot?

    ReplyDelete
  2. Menarik.. tak payah pening kepala fikir nak ke mana.. ;)

    ReplyDelete
  3. dah lama x melawat umah cik jah ni...

    x pernah lg jejak ke pustaka peringatan pramlee ni...bagus jugak cik jah bgtau ni...at least klu dh blur sgt merayap ke arah sana...boleh gak terjah tempat ni

    ReplyDelete
  4. dulu masa zaman sekolah menengah pernah la pergi sekali je pun...masa tu takdela lawa mcm tuh..skang depa dh upgrade..rin sek men dekat2 situ je zaza...hehehe..jalan kaki pun sampai kalau dr sek rin...ngeeeeeee

    ReplyDelete
  5. Kakak tak pernah pergi tau Zaza
    Mungkin beca itu dah diperbaiki dan dicat balik kot...

    ReplyDelete
  6. bagus ko cuti dah arini zaza.... bertolak awal balik melaka takdelaa kene harung jem...aku malas betul balik cuti panjang nie...mesti jem kat area pedas linggi tu....ape2 pun moga semua berjalan lancari yeak...ko jgn membute jek kat sebelah drebar tau kak jah....buah2 urut2 gosok2 bahu en driver tauuuu heheheeheh....

    bagus gak bawak tempat2 mcm ni kan ...balance kan laa dgn jalan kat mall2.... ilmu pun dpt nieh.... kemain anak dare siap berhenbeg bagai...dah besar beb anak dare ko...mcm kakak ngan adik dah ko beb ...

    ReplyDelete
  7. tak pernah pegi lagi.. bila2 nanti kot pegi sana boleh la singgah..=D

    ReplyDelete
  8. fuhhh..nostalgia btl..beca tuu..kete p.ramlee tuu..
    xpenah pegi lagi..menarik jgk cni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah