Friday, March 11, 2016

Ayah & Emak

Diam tak diam dah masuk 5 tahun ayah tinggalkan kami sekeluarga. Rasanya tak terlambat untuk aku nak hitung tarikh pemergian Arwah Awah :( Tanggal 9 March 2011 tarikh yang buat aku & keluarga amat terasa kehilangan orang yang amat kami sayang.


Sempena hari Jumaat yang mulia ni.. marilah sama2 kita panjang kan doa & sedekahkan Al-fatihah kepada semua umat islam yang telah pergi.. Al-fatihah

******************************************

Ni nak cerita pasal emak pulak. Dari sehari ke sehari nak buat entry pasal emak operation haritu. Sampai dah nak baik orang tua tu baru nak keluar entry niha.. hehehe. Sorry lah ai is busy dalam kehidupan semasa lately ni ;)

Kawan2 alam maya & alam nyata aku ada yang dah tau emak aku masuk hospital haritu. Thanks korang sebab mendoakan kesihatan emak aku haritu. Sebenarnya emak masuk hospital dua kali sebelum perut dia kena belah. Masa first admitted haritu dalam seminggu juga dok hospital sebab doktor nak stable-kan badan dia cerita tu ada kat entry SINI.

22 Feb emak masuk hospital lagi sekali. 25 Feb tarikh emak operation. Start dari hari emak masuk hospital tu rutin aku asek pergi balik pergi balik ke hospital.

Malam sebelum hari operation, aku ajak mak selfie.. bagi dia tak runsing sangat pasal operation dia esok tu. Tapi deep inside her heart aku tau dia sangat berdebar walaupun dah pernah operation masa buang breast cancer dia dulu. Masa ni dalam hati aku rasa sedih sangat2.. aku tau emak lagi sedih.. tapi apa nak buat.. ini semua dah takdir :(

 Last call sebelum tidur.. masa ni aku dah terbaring kat tepi katil emak dah.. nurse datang bawak air nak drip. Malam tu tigapat kali aku bangun sebab air drip tu lambat turun. Kejap2 aku panggil nurse suruh flush.. lepas nurse dah flush tak sampai 5 minit air tu turun lambat nau.. dah kenapa jadi macam tu rosak ke apa? bila panggil doc, doc cakap mungkin salah cucuk urat kot ni tu yang air tu susah nak masuk. aku tengok muka mak dah risau dah takut doktor nak cucuk balik cari urat. Aku cakap kat doc kalau boleh doc jangan lah cucuk mak saya lagi..

Kenot do anything.. terpaksa gak cucuk.. dah la petang hari yang sama dah ambik darah kat tangan.. malam ambik lagi.. sampai bengkak lebam2 tangan dia.

Ini lah port aku bila turn aku kena jaga emak malam.. sleeping bag ni aku bentang kat sebelah katil emak. Bukan main feeling macam camping kat hutan sangat.. padahal tidur kat hospital je.. hahaha.

Sayu sangat hati aku bila tengok emak solat pagi suboh sebelum hari operation. Tak tau nak kata.. biarlah semua perasaan tu aku simpan dalam hati aku sampai bila2 :'(

Ini kesan perut emak yang dioperate. Ngeri tengok stapler stapler tu. But Alhamdulillah stapler tu dah bukak Isnin lepas (7 Feb 2016)

Sampai ke harini emak dah beransur pulih. Sakit2 sengal kat perut dia tu masih ada lagi.. panjang kot belahan kat perut tu.. dari atas pusat sampai ke atas rahim. Sekarang emak duduk berehat je kat rumah sesekali adik beradik aku lain datang jenguk emak.. kengkawan emak yang dekat2 rumah pun ada datang. Moga2 terubat sikit kesakitan emak tu bila orang sekeliling yang kenal emak datang melawat.. terima kasih pada yang sudi datang melawat & mendoakan emak ;)



10 comments:

  1. Rasa sedih tu sampai julia tak tau nak komen apa kak...ibu ayah...huhhh syurga di tempat mereka...ibu sis solat subuh tu pun julia dpt rasa hati akak cm ne...doakan mereka sentiasa sihat dan tabah...aminnn

    Al-fatihah utk arwah ayah sis zaza...amin

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaaaa, semoga makcik cepat sembuh seperti sediakala. sobs.

    ReplyDelete
  3. sobs!~ tak terkata aku baca entry nie..bergenang air mata aku :(

    ReplyDelete
  4. sedihnya i baca zaza...i sentiasa doakan mkck cepat smebuh..
    dan diberikan kesihatan yang lbh baik....

    semoga dipermudahkn urusan u jaga mak u ye zaza

    ReplyDelete
  5. Ngeri dan ngilu kakak tengok staples yg mencantum jahitan perut mak tu Zaza
    Moga mak terus tabah dan sembuh segera.

    Beruntung Zaza dpt jaga mak dlm keadaan macam itu.

    ReplyDelete
  6. Moga mak Zaza cepat baik hendakNYA.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah....
    Sapalah tak berdebo kalau kena operate weyh. Hanya tuhan jerlah yg tahu.
    Ngeri weyh tengok stepler cenggitu...

    ReplyDelete
  8. pernah brsalin czer...dptlah rasakan bila perut kita kna belahh...moga mak zaza cepat sembuh...

    ReplyDelete
  9. semoga makcik cepat baik..terus teringat mak kt umah...

    ReplyDelete
  10. moga makcik sihat sihat ye.
    kami semua doa kan makcik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah