Friday, August 26, 2016

Pasar Online

Rasanya dekat setahun lebih juga aku merempuh pasar pudu tiap2 minggu, kadang2 dua minggu sekali, tiga minggu sekali atau sebulan sekali.. eh mana satu kau ni Jah? Maksud kak Zaza dalam tempoh setahun lebih tu kadang aku pergi tiap2 minggu, kadang dua minggu sekali kadang sebulan skali, ha macam tu lah kaedahnya.. kalau tak paham jugak kau baca lah berulang-ulang kali.

Zaman hitech sekarang ni, pasar pun dah online. Semua benda boleh beli online. Tak kiralah apa jenis benda pun. Kadang aku tengok ada juga benda yang tak munasabah diorang boleh buat jual dalam online. Tak kisahlah.. dah itu cara diorang nak cari makan.. kita doakan je untuk diorang supaya dimurahkan rejeki.


Ini barang yang Kak Zaza maksudkan. Beli barang dapur basah secara online.


Haritu borak dengan mak, mak aku terkejut nok! dia cakap biar betul ikan, udang, sotong daging semua ada jual online. Ya lah mak.. zaman dah canggih. Apa je yang tak ada jual sekarang ni.. spender prelove pun dah ada jual online mak oiiii.. hahaha.


Haritu aku order pakej J2 harga RM60 + RM15 caj penghantaran. Worth ke tidak? kalau kau tanya aku, aku tak kira apa dah.. janji aku tak payah bersesak-sesak lagi dalam pasar.

Korang kalau yang bangsa pemalas-pemalas macam perangai Kak Zaza tu boleh beli je barang2 basah ni secara online. Jangan takut kalau laki ko marah.. cakap je kat laki ko.. ini zaman moden.. tak perlu nak berpenat lagi redah pasar & nak bersihkan semua binatang2 ni kat dapur.. berani ke nak cakap macam tu kat laki ko? hahaha.

 Barang yang sampai ni semua dah siap basuh. Diorang akan hantar betul2 kat depan muka pintu rumah korang.. apa ko nak lagi? malas jugak? bila dah dapat je barang tu nanti, ko transfer je dalam bekas,susun elok2 dalam freezer. Nak masak nanti korang basuh atau bilas sikit2 & selawat. Kalau tak confident sangat, kau basuh balik bersih2 pakai sabun cuci lantai.

Nak tau Kak Zaza beli kat pasar online mana?? nah tengok kat fb diorang Barang Dapur Basah

Selamat bershopping ;)

19 comments:

  1. itulah kak..sekarang ni semua online je..asalkan ada duit, semua benda boleh sampai depan pintu rumah..hehehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu siapkan duit je semua benda boleh beli ☺️

      Delete
  2. Salam....Singgah pagi jumaat...
    wow!ini mmg terbaikkkk...pasar online...

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..ko kalo tak mongok tak sah kan???? cakap kat laki bleh tido tido depan tv sementara barang basah on de way..ok baca sekali lagi! hahahahahahaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ko jgn nak mongokkan aku sgt!! Ya lah sambil makan kacang pun boleh tunggu brg sampai.. Apa barang?!! Hahhahaa

      Delete
  4. rm60 dpt byk tu ... berape ekor ikan, udang, sotong tu kak zaza ?...tp yg best dah siap cucui le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam setengah ekor, ikan, udang, sotong, daging semua setengah kilo.. Ok lah tu siap hantar dpn rumah.. Yg hebatnya siap dah bersihkan skali..

      Delete
    2. Ayam setengah ekor, ikan, udang, sotong, daging semua setengah kilo.. Ok lah tu siap hantar dpn rumah.. Yg hebatnya siap dah bersihkan skali..

      Delete
  5. sama...kat pasir gudang ni pun ada delivery macam ni...ada pakej2 nya jugak..kekadang tu kalau malas sangat nak keluar,memang beli online je..jimat masa dan tenaga

    ReplyDelete
  6. Alaaaaa...knp kat Sg Buloh xde ni kak jah oiiiii....aduyaiiii...i ni dh la pemalas nak pi pasar kat area rumah ni..tp pasar kat umah seremban i suka pi...

    ReplyDelete
  7. Wow! makin hebat skrg ni..barang dapur basah pun boleh online haha..nice sharing

    ReplyDelete
  8. Sngt la memudahkn kje.. Sambil tu dpt juga tlng mereka yng mencari rezeki.

    ReplyDelete
  9. Hah good info ni tq zaza.. jimat masa dan tenaga. Bukan malas kan.. ok nt pcl klik link pasar tu..

    ReplyDelete
  10. Teringin nak order. tapi tak terorder gak...ppffttt...

    ReplyDelete
  11. sis hebat 👍👍👍 kakak suka 😁

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah