Korang sempat pergi ke? banyak kali aku menyalak kat Nizam
ajak pergi Thai Food Festival kat Putrajaya haritu. Asal dah nak dekat date je,
aku remind banyak kali kat telinga dia. Masa hari kitorang pergi haritu tak
silap hari kedua ke ketiga tah tak ingat. Yang aku ingat haritu hari Ahad.
Lepas attend wedding, pergi melawat orang sakit kejap kat hospital, terus chow
ke Putrajaya. Hangkut sekali SIL & husband dia.
Sampai masa tu dah petang. Tak silap dalam pukul 5ish kot.
Elok je baru lepas hujan lebat. Redah je hujan rebas sikit-sikit janji dapat
puaskan hati aku yang nak makan makanan thai. Kalau tak berzikir kat telinga
Bang Nizam sebelum ni, rasanya tak sampai agaknya aku kat tempat ni.. begitu
dasar sangat perangai kau kannn!
Ingatkan ada Thai Foods je. Rupanya ada orang jual-jual
baju, tudung, barang-barang gadget & tah apa lagi.. banyak lah. Sempat beli
2 helai. Tudung RM10 je buat belasahan. Semenjak dah bertudung ni, kalau boleh
asek nak beli tudungggggg je memanjang. Itu biasakan pompuan bertudung??? Sila
jawab soklan aku ni! 😜
Macam-macam makanan Kelantan
makcik ni jual. Geram dengan makcik tu sangat nak makan nasi kerabu dia.. tapi akak terpaksa
tetapkan iman dulu sebab banyak lagi stall yang nak disinggah.
Tak
banyak gambar yang aku snap haritu. 1st sebab ramai na orang
berasak-asak.. Nak snap gambar pun rasa tak selesa nak keluarkan camera. 2nd
sebab macam malu je sikit-sikit nak ambik gambar. Nanti orang ingat akak ni
pelancong asing pulak.. padahal diorang tak tau yang akak ni sebenarnya blogger
sendu yang dah senja hehe. Lagi pun hari baru lepas hujan, aku ni dengan pakai
jubah bagai nak meredah lecak jalan basak-basah tu.. leceh. Karang angkat jubah
tinggi-tinggi orang kata apa pulak. Kepala bertutup, bawah terbukak. Sebenarnya
ada bawa baju spare, tapi malas nak tukar. Dah nama pun baru balik dari kenduri
kawin.. jubah pun jubah lah Jah.. janji Jah nampak seperti diva yang sedang
berjalan di Thai Food Festival haritu.. Sangat!! (Hashtag :
matakeatastangankatbaju)
Fateemah
Roti & The Tarek.. ni menjadi perhatian juga kat sana. Sebab brader tu
kemain berpusing-pusing badan tarik teh. Teh yang dia guna tu Thai Tea yang
macam kat boat boodle. Macam menarik je bila nampak buih-buih teh tu.
Must
have!! Aku memang suka makan pulut mangga. Pastu mulalah badan aku berangin.. hehehe. Tak kisah beratur panjang pun. Aku
tetap beratur. Kau tengok mangga yang bergayut tu.. biadap kan?!
Punya
panjang beratur beli 1 je. Sekali Nizam sound. “Beli lah lagi satu”.. terus potong Q orang depan.. haha. Ye lah
kau kan bawak kakak ipar kau ngan laki dia.. takkan beli 1 je Jah oiiii.. fikir
tekak kau je kan! (cakap kat diri sendiri) hehehe.
Churros
pun ada juga. Tah mana datangnya Thai kat churros ni aku tak tau lah. Yang
pastinya churros & dip dia tazedap. Zedap lagi Street Churros.
Ni
pun 1 of the top juga kat sana. Roti kale kale. Taste dia sama je macam roti
kosong. Cuma kaler tu je buat perhatian orang ramai.
Banyak
stok roti dia. Geram tengok kale kale rainbow. Harga roti kosong ni tak silap 3
bungkus (kosong) RM10. Aku beli 2 bungkus RM10. 1 bungkus spread, 1 bungkus
lagi kosong.
Last
but not least, . Stall tomyam. Lepas tu koser dah aku nak ambik gambar. Dia
masak tomyam sekawah macam tu. Sebelah tu kuah mee udang kot.
Kuah tomyam nampak je cair.. tapi rasa dia memang zedap.
Puas dapat makan tomyam pure thai mari, pulut manga, roti
kaler-kaler & etc. Ada few makanan yang aku tak sempat beli & makan
sebab malas nak beratur panjang. Yang aiskrim dok dalam kelapa ke apatah pun nama
dia tak dapat beli.. aku tau pun sebab nampak gambar yang korang meriak haritu.
Yang dah beli pun rasa macam tak termakan. Lagi banyak nampak makanan, lagi
banyak nak membeli. Lebih baik aku tahan napsu cepat-cepat.. karang beli
macam-macam semua tak habis bazir je.
Cuma 1 je nak request kat event management. Kalau boleh perbanyakkan kosi meja. Haritu diorang sediakan ciput je kosi meja untuk orang makan. Gerai kemain banyak. Takkan nak suruh orang makan secara buffet berjemaah pulak. hehehe.
Tahun depan kalau ada lagi Thai Food Festival, aku nak pergi
perabih lagi kat sana ;)
wow bestnyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSy pernah thai food kat melaka. Membeli aje. Sanggup dr kl ke melaka. Wehuu
ReplyDeleteMcm seronok je gayanya Zaza..... hari tu sempat jumpa Thai Food festival ni kat Nilai 3, tp mcm tak best jer. Tak beli apa pun.
ReplyDeleteHihi.... janji diva weyh!
Okje
Pulut Mangga tu wajib makan sebab suka!
ReplyDeletekat area mna tu
ReplyDelete