Tuesday, September 24, 2019

Krabi in Plan

Ni cerita sebelum ke selepas pergi Bali haritu tah.. I tak ingat dah.

I tau ni pun I rasa NJ macam terlepas cakap. Lepas dia ckp tahun depan pergi Krabi, terus dia macam krik krik je. Eleh dengan I pun nak rahsia rahsia. I syak dia nak surprise kan I & KhaNish.. tapi agaknya naluri seorang somi & bapa kennnn.. berita yang boleh membuatkan isteri & anak-anak dia gumbira tu sebenarnya dia tazabar nak share… mana tau? Eh Mak tau lah.. dia kan laki mak! Muahahaha.


I syak lagi NJ nak tebus balik rasa berdosa dia kat anak-anak dia hahahaha. Kesian kot kat budak-budak tu haritu beria dah beli ticket ke Bali untuk diorang.. hujung-hujung dua-dua orang tak dapat ikut.


Cerita ni budak-budak tak tau lagi. Haritu NJ ada sent gambar-gambar menarik kat Krabi dalam group WhatsApp family kitorang. Nak hint la tu.. last-last tu budak-budak ni tak layan.. tak reply sepatah haram pun gambar-gambar yang apak dia sent tu.. hahahaha. Kesian. Ye lah.. dah la budak2 tu tak tau apa.. tiberrrrrrrrrrrrrrr pulak bapak dia hantar gambar pantai Krabi. Mana la budak2 tu nak paham. Mungkin anak-anak dia ingat apak diorang syok sendiri barangkali? Hahahaha.

Last week saja korek lobang lagi. "haritu u kata dah book ticket ke Krabi kan? Bila?" pastu dia macam senyap je sambil belek2 ticket flight ke Vietnam. I tanya lagi. Baru dia cakap & baru dia tunjuk screenshot flight ke Krabi yang dia dah book 🤭😁😁😁

So now wait till the day come. Ok lah.. nak pergi survey baca review kejap. Bye!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah