Wednesday, November 20, 2019

Transport πŸš™ Van Sewa Thai Malaysia - Dari Padang Besar Ke Hatyai 2019

Firstly.... apa yang i boleh katakan... Trusted!! Highly recommended!! hambek! siap highlight kat situ πŸ˜ƒ

Kalau korang nak pergi Hatyai, nak cari van sewa Malaysia - Thailand, boleh guna sevice Abang Rimba ni. I'll not recommend kalau benda tak bagus. Tak suka nak tipu reader atau pengaruh reader dengan benda yang tak soheh dengan ayat-ayat janji manismu... hahaha. Jujur akak cakap... kalau benda tak baek, akak tak recommend. Kalau benda baek macam ni, memang akak war war kan seluruh alam... hagichew kata akak! hahahaha.

I dapat contact number Abang Rimba ni hasil dari Google je. Ada a few jugak yang i try tanya-tanya.. tapi rasa macam tak berkenan dihati dengan package yang ditawarkan.

Kenapa i pilih yang ini? sebab Abang Rimba ni senang nak bawak bincang. Senang bercommunicate sebab dia cakap utaghra bukan bahasa siam. Nasib dia cakap utaghra.. kalau dia cakap siam... mampuih tak paham LOL.

Lepas tu dia akan pastikan dah nak dekat-dekat date kitorang tu dia akan call to make sure kitorang tak tercari-cari van masa sampai sana.

Jom tengok gambar-gambar dari WhatsApp yang Abang Rimba hantar kat i masa awal-awal i tanya quotation kat dia.




Gambar-gambar yang dia sent exactly sama macam van yang bawak kitorang ke Hatyai haritu. Tidaklah orang kata indah khabar dari rupa. Begini lah yang kita mahu! Wah dah macam berkempen pulak Kak Zaza kat sini... hahahaha

Lepas dia dah sent gambar-gambar transport, dia terus bagi pre-quotation sekali. Biar senang customer dia nak buat timbang tara.

Pre-quote
Abang Rimba bagi masa mula-mula WhatsApp dia haritu. Boleh refer kat bawah ni. 

Van Rental + Driver + Documentation for Tour Hatyai & Songkla 2D1N

Pick up/Drop of: KTM Padang Besar, Perlis.

Price: 7,800 Thai Baht

Price include of ⤵

🚐 Van rental + driver

⛽ Fuel

πŸ“„ Travel and life insurance (COMPULSORY)

πŸ“„Border management (arrival/departure card, passenger list and tipping)

Abang Aris yang Sporting
Dari kat atas tadi i asek dok sebut nama Abang Rimba je kan? sebenarnya deal pasal van ni memang i deal direct dengan Abang Rimba. Tapi masa kat sana, bukan Abang Rimba yang bawak kitorang. Dia ada hal date yang kitorang datang tu. So yang bawak kitorang haritu.... Abang Aris. baik, peramah macam Abang Rimba jugak.


Itu dia Abang Aris yang dipertanggungjawabkan untuk bawak kitorang ronda-ronda sekitar Songhkla & Hatyai.. Sporting, baik, layan je perangai kitorang πŸ˜…πŸ˜… Thank you Abang Aris.

Urusan Immigration di Padang Besar & Life Insurance 
Semua hal kemasukan Abang Rimba akan settlekan. Kecuali chop passport dekat immigration counter. Tu korang kena buat sendiri.. Sebab kat immigration tu nanti kena ambik gambar. Kalau suruh Abang Rimba buat nanti takkan nak ambik gambar muka Abang Rimba pulak kennnn πŸ˜‚ So jangan pulak nak buat-buat terkejut dengan harga yang Abang Rimba quote tu ye. Harga tu juga termasuk dengan harga life insurance sekali. Korang tak payah pening pening nak fikir dah. Semua ditanggung beres πŸ˜‰ Kad putih tu pun dia akan tolong isikan.

Deposit Untuk Lock Date & Van
Haritu lepas communicate dengan abang Rimba through WhatsAapp & deal itu ini... dia mintak i bank-in dulu RM200 untuk lock van & date. RM200 ni refundable ya. Sebelum kitorang sampai sana & belum lagi bayar Tbh7800 tu, dia pulangkan semula deposit RM200 kat i. Invoice pun dia issue sekali pastu dia WhatsApp je kat i..  sekali dengan payment slip refund yang RM200. See!! professional kan service dia.. kita pun rasa secure dengan booking kita.

Dalam van ada WiFi ke? Jawapannya ADA!! Korang boleh guna WiFi dalam van tu anytime je. Nanti Aris bagi kau password WiFi. Kalau orang lain ada yang siap sedia beli simcard Thai yang unlimited tu, kitorang pulak sepanjang kat sana tak beli simcard langsung. Mula-mula macam korang gak la.. konon takut nanti hidup tanpa internet apa alah erti kehidupan kennn... hahaha. Tapi dengan WiFI yang ada dari dalam van tu, hidup kau akan penuh ceria sepanjang berada disana.. muahahaha. Jangan risau juga kalau kita dah keluar dari van.. sebab Abang Aris akan bagi modem dekat i. I akan masuk dalam bag. Sambil berjalan dengan diorang tu, diorang pun automatically akan dapat jugak lah internet. Hebat kan??? Tak sia-sia pilih Abang Rimba 😍

Yang baguihnya lagi abang Rimba ni, 2 hari sebelum kami mai sana, dia call i siap-siap... Siap cakap "Zaza jangan risau noh... kami akan tunggu kat sana nanti detail van ka apa ka semua nanti saya akan bagitau kat WhatsApp" punya baguih dia ni!

So korang kalau korang nak pergi Hatyai, tercari-cari transport yang trusted, harga yang berpatutan, boleh cari Abang Rimba ni.



Dah baca? suka dengan service Abang Rimba? yes, i pun suka. Boleh contact Abang Rimba Mansur. He is very friendly.

Image result for ps mansur

Ya! Nama abang tu Rimba Mansur bukan PS Mansur yang melatah kena tembak sampai mati tu! muahahaha.


Boleh contact Abang Rimba. Sebut je nama Zaza.. InshaAllah tak dapat discount... hahahahahaha

8 comments:

  1. Wahh tersedak abang rimba abang aris dengar akak dok puji depa. Terbaik kempen akak! benda baik patut dikongsikan.

    ReplyDelete
  2. alahaiii.. akak mmg teringin sgt nak ke sana. nnt apa2 akak akan contact abg rimba mention nama zaza ye.. tq Zaza.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana memilih saya #vansewathaimalay sebagai "travel partner" ke Thailand....
    Cover story pun menarik....
    Terima kasih sekali lagi sebab berikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menguruskan percutian ke Thailand

    ReplyDelete
  4. Menarik..i dah siap2 bg contact ni kat adik i..hehehe...thanks zaza..harap2 menjadi la plan kami 2 beradik nanti

    ReplyDelete
  5. Minta contact no Abg Rimba.Plan nak ke Hatyai slps sempadan di buka.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat entry ni gambar last ada contact number Abg Rimba.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah