Korang dah check ke status permohonan korang? i baru je check harini. Lajuuuuuuuuuuuu je kenn?! 😁 👍
Saja lah check walaupun tau duit tu masuk by early next month. Jangan pulak ada yang kata "alaaa RM500 sebulan pun kecoh nak check" bukan begitu dong.. i pun tidak lah kemaruk sangat tunggu duit RM500 tu masuk dalam account. Cuma, peluang yang ada ni, kalau kita dapat duit tu.. terpulang kat diri sendiri samada nak pakai untuk joli ke atau kau ketepikan duit tu untuk waktu emergency.
For me, setakat ni Alhamdulillah masih mencukupi. Duit yang dapat untuk 12 bulan tu nanti, boleh buat duit selit.. selit lah bawah karpet ke, bawah tilam ke.. celah2 pinggan mangkuk kat dalam kabinet dapur ke macam arwah mak i pernah buat dulu.. kalau korang nak tau rantai & gelang emas pun arwah selit dalam kabinet dapur tau!.. itu dulu masa zaman arwah mak i ada.. jangan pulak korang datang rumah aku pergi geledah kabinet dapur rumah i pulak.. barang dah tak ada lagi dah dalam tu... muahahaha.
I nak share info check status permohoanan i-Lestari kat sini untuk reference.
Credit to https://semakanonline.com/
Perhatian, berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP.
Untuk makluman, program di bawah i-Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online, emel atau pos bermula 1 April 2020.
KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru/ semakan status permohonan.
Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my
👉 Click SEMAK PERMOHONAN
👉 Masukkan nombor KP & nombor HP
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).
Semakan Online tiada kena mengena dengan mana-mana agensi Kerajaan di Malaysia.
Kami hanyalah blog informasi yang menyediakan maklumat lengkap berdasarkan fakta yang diperoleh dari portal rasmi Kerajaan.
Baca di sini → Cara Mohon i-Lestari KWSP Secara Online
SIAPA YANG LAYAK MOHON?
Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:
👉 Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
👉 Berumur bawah 55 tahun
👉 Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
yahoo, dh boleh cek ya hehe
ReplyDeleteGunalah untuk keperluan denga berhemah.
ReplyDeletemoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan..
ReplyDeletepakai waktu emergency kan..
ReplyDeleteSalam Ramadhan...
ReplyDeleteSahur apa pagi tadi?
Alhamdulillah dah lulus... Pagi pagi datang sini terus chek. Nasib lulus hahaha
Alhamdulillah..lulus dah masuk account untuk bulan ni. marilah kita selit di tempat rahsia.
ReplyDelete