Tuesday, October 6, 2026

THE LODGE MARIBAYA

 ...entry continue from RUMAH SEJOLI ← read here

Meh nak cerita kisah campak belakang sikit.. Walaupun sebelum covid dulu tiap-tiap tahun kitorang jejak Jkt & Bandung, dulu tak ada tempat-tempat menarik macam ni. Yang i selalu pergi is Jalan Riau, Rumah Mode and more FO yang ada kat kawasan Bandung.

After Covid, i heard macam-macam tempat dah naik kat Bandung.

Instagrammable Photo Spots.
Salah satu tempat wisata yang best, kat sini.. memang tempat activity yang cantik. Ada empat activities yang kita boleh ride. Haritu aku cuma naik 3 ride saja.. which is colorful air balloon, mountain sky-swings and zip bike.

Actually, these three rides bagi i tak berapa kecut perut sangat.. lebih kepada naik untuk enjoy the experience and of course, ambil gambar dengan those unique photo-op structures. 😂

Kalau datang sini, memang boleh puas hati sebab setiap ride tu ada different backdrop untuk bergambar.. Hidden photographer setiap ride pun ada.. kau tinggal posing je bila dia jerit dari jauh suruh action 🤭♥️


Masa kat depan pintu masuk ni nampak macam kawasan tempat ni mungkin tak berapa besar.. tapi bila dah masuk, MasyaAllah Tabarakallah.. luas betul. Cantik. tak sangka kat Indonesia ada tempat yang sehebat ini.



I guess kat Bandung sesuai adanya tempat macam ni sebab tempat-tempat wisata dia semua berada di atas bukit dan kawasan sejuk. Kalau kat Malaysia buat tempat-tempat gini, mau berkicap lengit ketiak kau Jah! panasssss 😆



Air Balloon 🎈
We start with Air Balloon ride. Wehh dah macam kanak-kanak riang aku anak beranak dalam bakul tu hahahhaa. Ok lah, just for experience tanda dah pernah jejak kat sana. Sebelum-sebelum ni datang sana tempat ni tak wujud lagi.. this is the time kita mencuba 😜

1st ride.. yang ini ada berani sikit nak naik. If suruh i naik Hot Air Balloon yang ada api menyala tu.. mintak mahap syakap. Sejak ada kes terbakar kat Brazil last year.. I is tachodddd. Lepas tu siap terjun lompat kebawah.. OMG mulalah nak overthinking!!! 😅

Kalau setakat bergerak pakai machine macam ni, i ok lagi.




Mountain Sky Swing
Kat sini ada juga yang single swing.. i tak naik sebab i dah pernah naik dua kali masa kat Bali sebelum ni. Kat Bali ada costume cantik boleh rent. Bila bergambar cantik la kejadian.. kat sini tak ada.. kali ni, skip je 🤭


Swing ni lebih kurang sama je.. tergantung. Cuma bukan swing yang hayun kuat-kuat 😁



Zip Bike 🚲
Last ride.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah