Monday, December 16, 2013

Sabah - The Palace Hotel & Tanjung Aru

Berpuluh puluh kali dah aku belek entry ni.. tak jugak publish2 keluar.. Kenapa lah dengan aku ni.. lepas balik KK terus mood down giler bab! nak update blog .. huhu. Bila dah taip aku padam, taip lagi padam.. langsung tak ada idea apa nak dicarutkan.

Bila tengok gambar kat kamera pulak aku terus jadi blur. Blur sebab tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Lagi pulak balik dari KK haritu aku terus demam.. lagi lah double trouble blur + lemau.. sobs.

Memories?? hurmmm apa yang aku boleh katakan percutian kali ni so so je. Sebab ada kenangan yang best campur tak best sepanjang 3D2N kat sana. Tu yang membuatkan aku jadi tak ada mood kot nak up story =( Tak kisah lah.. best ke tak best ke janji dapat bawa anak2 pergi bercuti.. at least ada juga bercuti time diorang school break ni.

Tak apa, slow2 aku akan ceritakan memory aku sepanjang aku kat sana ye. Kalau cerita ni nanti tak best pun, korang baca ala2 macam best je lah yer.. heee *senyumhambar*


 Flight pukul 10.30am hari Khamis. Itu pun dah duduk dalam flight tiba2 diorang announce delay 20 minutes.. Dari LCCT ke KKIA mengambil masa duasetengah jam.. sampai KK lebih kurang dalam pukul 1+pm.



Sampai KKIA terus cari member Nizam. Kitorang bernasib baik, pergi KK ada member kat sana. Itu pun member Nizam yang sama kerja CIMB juga tapi member dia tu CIMB based in KK, Nizam CIMB KL.. pernah liaise pasal kerja sama2.. so senang nak berurusan. 

Sewa kereta
Sewa kereta yang kitorang dapat time tu seratusringgit je sehari. Dia bagi kereta Kenari. Belasah je lah apa yang ada janji boleh jalan. Nasib baik ada kawan, kalau tidak susah nak dapat harga kereta murah lagi2 time school holiday. 

Dah dapat kereta terus pergi lunch dulu. Bila tanya budak2 diorang kata nak makan KFC.. hek elehhh kat Kolumpor pun ada KFC kot.. hurmm layan kan je lah tekak budak2 tu.

Selesai lunch, terus ke Hotel, check-in dulu. Kalau nak tahu macam mana keadaan bilik boleh tengok sendiri kat Website [LINK] dia..  hari tu Nizam booked Superior Rooms [LINK]


Sementara tunggu Nizam check-in, aku layan budak2 ambil gambar kat lobby. Cantik deco kat lobby hotel ni.. semua barang2 recycle yang diguna.. xoxoxo melly klismes ;P



Ehh bukan budak2 je.. mak budak2 pun nak juga ;P


Dan last sekali bapak budak2 pun join skali.. ngehehehe

Lepas dah check-in, naik bilik lepak2 kejap, as usual KhaNish memang dah tak menyabar nak ke swimming pool. Errgghh!!


Aku & Nizam bercanda ditepian kolam berdua2an.. sambil perati KhaNish berendam.



Bagi masa 1 jam je kat diorang untuk mandi, lepas tu aku jerit suruh diorang naik. Itu pun tak puas2 lagi berendam.. grrrr!!

Petang lepas dah melayan KhaNish dekat pool, naik bilik terus siap2 nak layan angin pantai pulak. Nizam bawa kitorang ke Pantai Tanjung Aru.



Best kat sini.. angin kuat kebetulan pulak time tu matahari nak terbenam.. bertambah cantik cuaca petang tu.



Sekejap je kat sini.. tengah best2 bergambar, hujan pulek.. huhu


Gambar last sebelum kitorang bertempiaran lari sebab hujan.. hahahaha



Gerak je dari Tanjung Aru, terus ke Pasar Philipina. Jalan2 cari sourvenir dulu sebelum membeli ikan masin & segala macam barangan masin disitu.. hehe.



Tak banyak gambar yang aku snap kat dalam pasar ni sebab aku lemas giler.. dah lah kiri kanan jalan sempit, penuh dengan barang nak jalan pun susah.. sesak napas!




Nak ambil gambar pearl ni pun macam kecut2 je sebab takut kena sound dengan tokeh kedai... hahahaha.. SINGA takut kena marah oiii.. muahahaha

Yer lah kadang2 tu sesetengah peniaga tak suka barang2 niaga diorang diambil gambar. Masa aku ambil gambar ni elok pulak Makcik tu tak marah.. hahaha terima kasih Makcik ;D

Dah beli souvenir sikit2, ingat nak pergi makan seafood, sekali hujan selebat2nya.. kitorang dah stuck kat situ anak beranak.. nak dekat setengah jam terdampar kat tepi2 kedai tu, Nizam ajak blah juga dari situ. Huwaarrrghhhhh berlari berkejaran lah kami anak beranak ditengah hujan malam tu.. hahahahaha.

Ohh lupa.. sebelum bla dari pasar filipin haritu, ada juga survey2 tanya kat orang2 situ kat mana nak makan seafood fresh.. Kalau jalan kedepan sikit dari Pasar Filipina tu, sebelah Pasar Besar KK ada tempat yang boleh makan seafood. 

Tempat tu simple je.. kalau kau tengok pun ko ingat khemah2 yang dipasang tu khemah orang kawin ala2 macam pasar malam pun yer jugak aku tengok.. sebab gerai dia macam melambak je kat satu kawasan mcm pasar malam..  padahal kedai makan.. hahaha giler sempoi tempat makan dia.

Disebabkan hujan lebat yang teramat lebat, kitorang tak dapat nak pergi makan kat situ. Satu, nak cari parking susah.. dua, hujan lebat sangat-sangat.. tiga.. tak selesa kalau nak makan ditempat2 macam tu time hujan. Nasib baik tak ada jodoh nak pergi makan kat situ.. balik dari KK banyak review aku baca kata makan seafood kat situ tak sedap. hurmm itu no komen sebab aku sendiri pun tak pernah merasa makan kat situ.

End up Nizam decided ajak pergi Suria Sabah. Mall yang nearby je dari pasar filipina. Sekurang2nya kalau makan dalam mall ni agak selesa sikit. Tak payah nak berbasah2 sebab hujan.. hehe bijak suami ai tu :))

Tak tahu sangat nak makan apa, last sekali nampak chicken rice shop.. haaa boleh lah tu janji makan nasi. Dah lah lunch tu dah makan KFC, malam biar lah makan nasi pula. 



Aku noticed, dari pagi sampai ke malam kitorang makan makanan fast food.. hahaha. Pagi tu masa kat LCCT breakfast makan McD.. masa sampai KK, lunch makan KFC.. malam dinner kat chicken rice shop pulak.. apakah???
Read More

Wednesday, December 11, 2013

Throwback : Annual Dinner 2011 Oriental Pearl, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort

Dah nama pun throwback kannn.. ini cerita tahun 2011, January tak silap aku. Company buat Annual Dinner kat Oriental Pearl, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Aku in-charge untuk games dan lucky draw.. so agak busy sikit lah sebelum hari kejadian. 

Dalam pada bz pun aku sempat juga cari baju untuk malam tu. Baju kena ikut tema. Sebab Annual dinner ni sambut sekali dengan CNY. Poyo2 lah aku mencari cheongsam kononnya.. nasib baik jumpa. Tapi aku beli yang hok muroh2 je lah.. tak silap aku bawah seratus ringgit kot.. karang beli yang harga mahal2 pakainya sekali je. Memang benar pun, cheongsam yang aku beli tu memang sekali ni tu je aku pakai. Takkan nak pergi kenduri kawin nak pakai cheongsam pulak kennn.. hahahaha.

Hari kejadian tu aku keluar opis awal. Dalam pukul 3pm aku dah chow. Tahu naper?? sebab nak gi saloon uolls.. Akak nak siput rambut!! siap dah buat appointment awal2  hahaha lagi sekali poyo.. 


Sampai dua horang mengelolakan kepala aku.. wehhhh baik2 sket ar.. tiap2 tahun kepala bayar zakat ni.. hehehe

Momokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Dah siap pun siput sedut hehe.. tapi ada lagi yang belum ditempek kat rambut aku ni.. nak tengok????


Nahhhh tu dia... kilek kilek rambut Kak Jah dibueknyo.. hahahahhaaha nak glamer punya pasal ;P

Siap! :)

Lepas dah siap, terus shoot ke Bukit Kiara.. Naik hiway DUKE nasib baik tak jammed. Sampai2 je Bukit Kiara semua dah get ready. 

Officemate yang ado..

Yee Sang yang tak sedap.. Dah memang bukan makanan kita orang melayu kannn..memamg lah tak kena dengan tekak aku ni.. 

Entah apa ke nama kuih2 ni pun aku tak tahu.. dia punya rasa pun aku tak ingat dah.. 

Dah tu je yang aku ingat.. paling aku ingat sekali yang aku menang best dressed.. walaupun cheongsam beli yang murah2 tetap menang.. hehe
Read More

Thursday, December 5, 2013

Safely Arrived


Hi Joyah!!! dah lunch ke? Kak Jah baru je sampai KKIA niha.. baru nak pegi ambil kereta sewa.. Cuaca kat sini chantek sangat.. helok panas terik.. hopefully sepanjang 3 days kat sini cuaca mengijinkan lah hehehe..

Ok lah ye Kak Jah nak pergi jalan2 kejap.. nanti Kak Jah update lagi yeh.. daaaa ;-)



Sent from Samsung Galaxy Note II
Read More

Wednesday, December 4, 2013

Late Lunch di White House Kitchen

Ok kali ni aku tak cerita pasal Dapur Meletop Kak Jah yer.. kali ni aku nak cerita pasal dapur orang lain pulak :) Lepas dua urusan yang nak kena settlekan dua hari berturut2 haritu, Nizam bawa aku makan di White House Kitchen di Kota Damansara. Ohh lupa nak mensi, dua hari berturut2 tu kitorang hangkut sekali KhaNish ikut.. hahahha dah macam sekampung pulak pergi uruskan hal dua hari tu semua orang aku nak hangkut.. nasib baik Emak Nenek tak nak ikut.. hehehe.

Laki ai bawa kami anak beranak makan western. Memang molek sangat lah.. aku pulak dah lapar terokkkkkkkk time tu. Budak2 memekak dalam kereta pun aku rasa macam nak telan je sorang demi sorang... biasak ar ai kan dah di chop SINGA oleh anak2 sendiri.. muahahahahaha.


Menu.. siapa nak pergi tempat ni tu address dia.. fb page & nombor telefon pun ada.

Ini guest board dia.. entah siapa2 tah kat dalam gambar tu aku tak kenal..

Anak2 SINGA.. hahahhahaha

 Pilihan keluarga Inchek Nizam. pilih menu #12.. "The 5th Element Platter (4-5pax)". Senang order satu menu je untuk anak beranak makan. Kalau order sorang satu plate dikhuatiri makanan tu tak habis. Budak2 ni kalau tak kena tekak nanti dia tinggalkan je makanan tu.. yang jadi mangsa tong sampahnya haruslah mak dia.. mana lah mak kau tak gemok.. sisa2 makanan anak, emak yang tolong sapukan.. hahahahahah.. Nanti datang pulak bapak kauorang ejek aku kata aku MOK.. bencikkkk!! 

Beverage.

 Pilihan aku #39 "Banana Choc Shake". Danish punya #40 "Milk Shake". Khairine punya #43 "Blackcurrant Soda". Nizam punya tak ada nombor.. sebab drink dia tahap biasa2 je.. ice lemon tea.. hahahahaha.

Tak sabar nak tengok makanan yer Bedah??? tunggu lah kejap.. Bagi lah aku buat karangan bergambar sikit lagi :))


Sedang santap laki bini..


Anak2 SINGA sedang menyantap!!! hahahaha

Nah kasi tengok sipi2 je dulu ;P

Sipi jugak tapi different corner punya part hehehe

Vege.. sipi corner sebelah kanan.
Nampak??? set penuh.. sepinggan hentak dia bagi in variety grilled foodies.. Antara yang ada dalam pinggan sebesar kompang tu ialah... grilled lamb, fish fillet (salmon), chicken chop, steak & king prawns.

Semua ni selesai habis selamat dalam perut. Sedapsssssangatttssss


Now you see

Now you don't... muahahahahhahahaa

Kenyang tak tengok gambar makanan yang Kak Jah makan???? ok bagus.. kalau dah kenyang jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH yer... hahahahha
Read More

Urusan Dihari Cuti

Yer aku tau.. korang mesti dah meluat dengan entry throwback aku kennn??!!! hahahaha. ilek ar brader.. gwa kan dah kekontangan cerita hehehe.. Mesti ada yang kata "elehhh dia ni tak ada cerita lain ke asek nak throwback jew" muahahhaha lantak lah kau Bedah.. ini blog aku, cerita aku.. biar arrrrrr ;p

Tapi Kak Jah percaya, kawan2 alam maya Kak Jah yang selalu ikut cerita Kak Jah mesti tak bosan.. ya kannn?? ya kannn??? hahahahaha.

Korang kan tau.. minggu ni aku cuti.. syokkk oiiiii cuti seminggu straight ni.. aku rasa macam surirumahtangga yang berkaliber sangat.. hahaha. Eh dalam pada cuti pun aku banyak urusan nak disettle kan okey.. Nasib baik lah aku dan Nizam plan cuti together gether minggu ni.. puas dapat tatap wajah laki ai twentyfourseven!! auwwww gatal sangat!! hahahhahahaha


Urusan apa?? hurmm urusan penukaran sekolah si Danish. Khairine & Danish kan sebelum ni disekolah yang berlainan, so untuk tahun depan kitorang decided nak humban kan dua beradik ni di satu sekolah. Senang kerja aku nak menghantar diorang pagi2 ke sekolah. Apa2 aktiviti pun at least diorang boleh bersama2 bergandingan tangan.. hehehe.

Senin haritu pagi2 ke Klang & Shah Alam, ada urusan lain. So tak dapat nak settlekan on that day. Continue Selasa pulak. Selasa awal2 pagi dah keluar.. Uruskan hal penukaran sekolah Danish di Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu.. itu pun consider settled ar tu sebab next step kena tunggu result dari kementerian pulak untuk kelulusan. Hopefully luluskan permohonan tu nanti.. 

Lepas urusan penukaran sekolah Danish, kitorang shoot ke Shah Alam pulak.. Sesampai je Shah Alam ngam2 pukul 12.30pm. Sekali tengok kaunter tutup pulak.. diorang keluar lunch katanyer.. Adoiii ini yang aku lemah ni.. dah nak kena sapau menunggu satu setengah jam kat situ. Sorry to say lah eh.. aku memang lemah sikit kalau berurusan dengan orang gomen. Lambat yer juga,. kadang tu alasan kata pegawai tak ada nak sign surat itu ini.. hurmmm redho sepanjang hari dibuatnya!

Ok lah itu je cerita urusan aku dua hari berturut2 dalam minggu ni. Ehhhh chop!!! aku ada entry cerita pasal makan tau.. korang mesti melonjak kegumbiraan kalau aku letak gambar makanan kannn???!!! tunggu eh lepas entry ni akak nak riak gambar makanan pulak :))
Read More

Monday, December 2, 2013

Throwback : Xmas Luncheon 2012

Dah nak masuk xmas 2013 dah Senah oiiiii.. Kau baru hegeh2 nak buat throwback Xmas lunch.. hahaha ngokngek betul lah!!! 

Elehhhh kak Jah pedulik haper.. kan Kak Jah dah bagi tahu hari tu yang Kak Jah nak buat entry2 throwback.. kenn?? tak ingat?? tak baca??? cer baca kat [LINK SINI].

Ok mari Kak Jah terus kan cerita yer. Actually ni company aku yang buat Xmas Lunch cum Staff Birthday Treats. Ko tau je lah.. aku ni kalau bab makan2 memang aku setuju je terima undangan tanpa segan silu dan tak malu.. ngehehehe.

Last year company buat xmas lunch treats ni di Hard Rock Cafe. Dekat je dengan opis aku. Dah dekat tu, ramai2 lah kita berjalan kaki dan lintas jalan bersama2 dengan yang lain.

Sebelum pergi kita bergambar dulu.. depan lift pun bolehhh ;P



Santarina in Hard Rock ;))

Time ni ada theme.. semua staff kena pakai baju merah, topi santa claus tu pun provided.. 


Birthday Boy.. at the same time sambut birthday si Mamat ni juga.. (Matthew)

Gambar makanan tak ambil pun.. sebab gambar2 yang ada ni pun tak berniat nak masuk blog. Bila terhegeh2 nak buat throwback ni baru menyesal tak ambil gambar makanan.. hehehe. Lantak lah apa yang ada je lah yer ;)



Gambar beramai2 pun tak snap sebab bajet sendiri macam gud2 jer..tu yang muka aku sokmo dalam entry ni.. muahahaha
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah