Wednesday, October 8, 2014

TopSpot Food Court - Kuching Sarawak

Aku kan first time sampai Kuching. Bila ramai yang suggest suruh makan seafood kat TopSpot aku pun terus excited. Berderup-derap dada membayangkan makan seafood fresh.

Eden Staycation Apartment - Part 1

Pada mulanya kitorang tak sure Top Spot ni kat mana. Informer yang bagitau cuma kata suruh pergi Top Stop.. seafood fresh.. pergi kedai nombor 25.. bla bla bla.

Yang aku pulak bebal sangat tak google dulu macam mana rupa kedai tu. Kononnya dengan kepercayaan waze yang aku set terus ke Top Spot aku dah terus boleh jumpa tempat tu. Aku bayangkan Top Spot ni kedai macam ala-ala dekat Port Klang sana.. mungkin tempat ni kat area pantai.. sambil makan seafood boleh feeling macam lepak tepi pantai sambil tengok cruise. Rupanya Top Spot ni dalam bangunan daa.. hahaha. Bila sampai tengok.. lorrr food court dalam bangunan UTC Sarawak rupanya.




Info : Kalau first time datang Kuching, korang nak makan kat Top Spot, korang terus set waze/ google map/ garmin/ GPS ke UTC Sarawak. Bangunan UTC ni dekat dengan Kuching Water Front & dekat sangat dengan Hotel Pullman. Nampak sign 1 Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan tu then terus jumpa Food Court Top Spot. Tapi lift dia hazab sket nak tunggu. Lambat giler.. penuh sokmo. Address: Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching Sarawak

Sebelum aku tunjuk gambar makanan dan seafood fresh, mari aku tunjuk dulu crowd malam tu. Oh lupa.. aku pergi makan kat sana haritu dua kali. first masa malam hari yang kitorang sampai (hari Jumaat malam). Kali kedua kitorang datang hari Ahad malam.. esoknya dah nak balik Kolumpor. So aku combine kan sekali gambar-gambar tu kat sini.

Kedai pilihan malam tu Kedai no. 25..Bukit Mata Seafood.


Dua table untuk family kitorang.




  
Info : Aku dapat info kedai ni yang tersedap sekali. Kalau nak try, pergi ke kedai nombor 25, Bukit Mata Seafood. Dijamin halal. Masakan dia super sedap. Cara order.. pilih apa yang berkenan cakap kat waiter/ waitress kau nak apa, masak apa bagi nombor meja lepas tu duduk. Service super cepat. Tak perlu gelabah risau tengok ramai orang kat kedai dia.. order memang akan sampai cepat.

i baru lepas pancing ikan kat sebelah tu.. hihi

 Budak ni yang ambik order. 

My advice, jangan order dengan dia.. hari kedua kitorang datang makan malam tu semua menu dia salah ambik. Hancur harapan aku nak makan sotong masak telur masin.. huwaaaa kejam!!! order ayam masak kicap dia pegi buat lain, order udang butter basah dia bagi udang butter kering.. ko ghaser dia salah ambik order ke atau masa kitorang order tu suara tak cukup kuat untuk dia dengar?? How dare you!! :(

Faiz (anak Along), Along (kakak Nizam), Me & Kak Ngah (beras biras aku).

Jom tengok fresh seafood & sayur sayan pulak.
















Menggiurkan tak?? nangis aku tengok seafood2 fresh kat situ. Geram rasa nak gigit je..hahaha over sangat!

Table number kitorang.

Info : Jangan risau.. walaupun kau tengok kedai dia crowded, table tetap ada. Sebab kedai dia pasang meja dari dalam sampai ke luar. Nak tau mana satu kedai ni punya meja, kau tengok alas meja warna oren, itu lah dia punya meja. Chop je tempat tu.. lepas tu boleh pergi order.

 Hi Emak.. jangan senyum lebar sangat.. karang makan seafood banyak-banyak naik pulak kolestrol tu.. hahaha. Tapi mak aku ilex je.. slamber je makan seafood banyak2.. tak pulak naik kolestrol dia haritu. Kalau tidak kejap je dah pening2.

Gambar-gambar makanan yang sempat aku snap. Mostly gambar makanan aku tak dapat nak snap dengan proper. Bila makanan sampai je atas meja terus masing-masing jadi piranha.. hahaha.


Siakap masak tiga rasa. 

Sedap! Repeat order masa kitorang datang kali kedua.

 Sayur Midin goreng belacan

Ini yang dikecohkan sangat ni.. Ramai yang suggest kalau makan kat Top Spot jangan lupa order midin goreng belacan. Ha yor lah.. Kak Jah pun order lah sepinggan. Tapi aku tak makan pun.. diorang je yang makan.

 Sotong masak telur masin.

Sotong ni kitorang makan masa 1st day sampai. Means datang kali pertama. Sedap sangat sangat sangat hoiiii.. bila masuk je dalam mulut tu rasa nak lempang diri sendiri sambil cakap "kenapa sedap sangat niiiiiii" hahahahaha *saiko sangat* Actually masakan ni sesuai untuk ketam. Disebabkan kitorang ramai & budak-budak pun ramai, masing-masing malas nak kopek ketam.. so kita tukar kepada sutun :))

Oyster pancake.

Menu datang kali kedua. First time tengok besau macam ni kat kedai seafood. Mula2 ingatkan telur Ostrich goreng sebesar ni.. hahaha. Taste? biasa je macam kau makan keropok.


Butter Squid 

Menu datang kali kedua. Ni buat aku menyirap.. lain yang di order lain yang sampai. Sotong tu dah betul tapi bukan mintak masak butter kering, aku mintak sotong masak telur masin macam yang kat gambar atas sana tu. Hancur harapan Kak Jah bila budak tu salah ambik order :'(


Butter prawn

Menu datang kali kedua. Ni pun salah. Orang order butter prawn yang kering ada butter serabai2 tu.. yang dia bagi butter prawn yang ala2 goreng tepung.. huwaaaa kuciwa sangat!!

Walaupun salah order ke apa.. Kak Jah tetap nak puji melambung lambung masakan kedai ni. Sedap sampai tahap jilat ibu jari kaki dibuatnya. Sangat2 recommended. Kalau korang sesat sampai kat Kuching sila lah singgah ke Top Spot ni.


Total RM162 (foodies) + RM20 (air 3 jug)

Ni harga masa kitorang datang kali pertama malam. Murah sangat harga ni. Makan untuk 16 orang total kurang dari RM200. Kau ghasa?? murah lah kann??


Total RM211 (foodies) + RM20 (air 3 jug)

Ni harga yang kitorang datang kali kedua malam sebelum sebelum hari kitorang fly balik Kolumpor. Kali ni order banyak sikit dari hari pertama datang. Tapi harga still unexpected. Nizam assumed harga kali ni mesti dekat RM350+ kot. 

Overall sangat puas hati. Korang kalau datang Kuching jangan lupa datang makan kat sini ye.

Balik dari makan kat TopSpot kitorang lepak2 ambik gambar kejap kat Kuching Waterfront. Disebabkan dah malam.. macam tak ada apa yang menarik sangat kat situ.


Bergambar dengan anak2 buah yang lagi tinggi dari Moksu.. bila KhaNish dah besar sok lagi tinggi dari Mummy agaknya.. ternyata mak kau memang spesis bantut.. hahaha.

Ok lah nanti sambung cerita kitorang pergi Pasar Serikin pulak ye.
Read More

Tuesday, October 7, 2014

Eden Staycation Apartment - Kuching Sarawak

Ni first time aku ke Kuching. Best rupanya Kuching ni.. macam2 tempat boleh pergi. Cuma sebelum pergi tu kita kena banyak-banyak survey & banyakkan review apa dan ke mana nak tuju. Sebelum pergi ada lah dengar desas desus kata Kuching tak best.. bukan ada apa pun.. Lahai.. kalau tak ada apa masakan orang masih lagi kenal Kuching.. yerdak?? bagi aku Kuching top apa??!! ada je tempat-tempat yang menarik yang kita boleh pergi.

Pergi sana 4D3N, 26 - 29 September, rombongan Cik Kiah bersama 3 family (Family aku + Emak aku, Family Kakak Nizam & Family Abang Nizam) so total rombongan ada 16 orang termasuk budak-budak dan mak bapak budak. Flight pagi tu pukul 9.45 pagi. Pagi2 sesubuh Adam dah sampai KLIA2. 


First time naik flight kat KLIA2 selalu naik dari LCCT je. Canggih jugak KLIA2 ek.. masa turun bas dari KL Sentral haritu nampak macam hambar je tempat tu.. rupanya kat bawah tu khas untuk terminal bas KL Sentral - KLIA daaa.. hahaha. Then bila naik atas.. nahhhh!! macam2 kecanggihan ado.. segala butik terkenal semua ada kat situ. Kagum aku sebagai rakyat Malaysia.. hahaha. jakun sangat perangai kau Jah.. Eh harus lah bangga.. kita kan rakyat Malaysia.. Malaysia masih aman.. walaupun harga minyak naik doposen.. derrrrr *matakeatas*



Selfie dulu sebelum berlepas.

With my SIL.. ehh Emak kenapa sipi je muka kat situ?? hahaha.

Senyum simpul bila dah sampai Airport Kuching :))

Sebagai adik yang bongsu, dari tiket flight, transport & accommodation semua Nizam yang arrange.. kira dia ketua kumpulan ar untuk trip ni. Dah macam ketua rombongan Bang Nizam ke Sukan Komanwel Kuching pulak.. hahaha.

Apartment yang kitorang stay ni ada 3 bilik. Muat lah sumbat 3 family dalam tu. Tak payah tidur bergelimpangan kat hall apartment.. tiga family sumbat anak beranak sorang satu bilik.

Eden Staycation Apartment, Kuching Sarawak

Nizam booking through Agoda. Kalau nak tengok dalam apartment boleh tengok kat Agoda. Hari tu aku tak sempat nak ambil gambar keseluruhan dalam Apartment.. tau je lah bila dah ramai-ramai memang payah sikit.. lagi dengan anak-buah yang ramai, apa pun tak sempat. 

Tak kan aku nak cakap kat dorang "eii budak2 jangan lanyak tilam tu dulu.. bagi Moksu ambik gambar kejap"... "jangan duduk kat sofa tu.. Moksu nak ambik gambar ni".."jangan sepahkan hall.. Moksu nak selfie" kannnnn?? macam poyo sangat pulak dah perangai tu. Aku tak nak tunjukkan sangat perangai poyo aku tu, biarkan je lah diorang masuk ke apartment tu dengan penuh kegembiraan.

Apartment ni siap ada swimming pool. Itu yang penting sebenarnya kenapa laki aku book apartment ni. Bila dikira, congak, timbang tara, memang kitorang tak rugi stay kat sini. Sebab?

Save bajet - Kalau booking hotel dah tentu kau tak boleh beramas mesra dengan adik beradik lain sebabnya kau dah berlainan bilik. Lagi kalau duduk hotel, mesti bajet tinggi. Berbanding dengan apartment (ini calculation dari Nizam).

If let say harga bilik untuk stay di hotel 
RM150 x 3days = RM450/family
RM450 x 3 family = RM1,350
Itu belum masuk gov tax.

Kalau stay apartment 3 bilik 
RM260 x 3days = RM780
RM780 (bahagi) 3 family = RM260/family
Save RM570 untuk accommodation.

Nampak tak penjimatan disitu? Ini bagi pendapat kitorang lah.. kalau korang nak stay hotel, itu pilihan masing2. Kitorang ni ramai haritu. Better duduk apartment. Berlonggok satu rumah.. kecoh satu rumah macam nak runtuh.

Harga 1 apartment (3 bilik) RM260/day (harga Agoda). Kalau through owner boleh dapat harga murah sikit. Itu kena negotiate directly dengan owner yer.

Swimming Pool - Ofcoz Hotel pun ada swimming pool. Disebabkan kepekaan Nizam terhadap anak2 & anak2 buah dia, better stay apartment ni.. ada jugak swimming pool.. plus tak payah nak turun naik bilik sebab apartment yang kitorang stay ni di tingkat bawah sekali. Senang budak2 nak keluar masuk tak payah risau. 

Kalau tak caya meh aku tunjuk gambar.





Sepanjang kitorang kat sana, family kitorang je yang conquer pool ni.. bila kitorang berkubang je mesti tak ada orang lain datang join.. apa lagi.. sakai lah kitorang dalam pool tu hahaha.

In Centre - Apartment ni dekat sangat2 dengan airport. Haritu touched down je dari airport transport dah siap menanti. Eh yang transport tu nanti aku cerita.. boleh aku bagi info & contact number sekali. Keluar je dari kawasan Apartment terus waze tempat mana nak dituju. Semua jalan satu arah je. Waze memang banyak membantu masa kitorang kat sana haritu.


Facility dalam Apartment - Ada microwave, fridge besar (bukan besar macam kat hotel tu), washing machine 6.5kg. Agak2 kau malas nak basuh baju kat rumah, sebelum balik tu kau boleh basuh baju kat apartment.. lain2 facility serupa macam kat hotel. Cuma saiz yang membeza hotel dengan apartment ni.. hall apartment ni besar.. feeling macam stay kat rumah sendiri je. 

Hari sebelum pergi haritu Nizam dah siap2 inform kat Whatsapp group Gang Adik Bradik (group ni semua ipar duai, biras & anak2 buah semua ada). Instruction nak ke Apartment. Kalau  tengok dari apa yang di tulis tu memang dekat sangat2 dengan airport.. cuma melepasi dua traffic light je dah boleh sampai.



Harga boleh dapat murah sikit kalau deal direct dengan owner. Haritu book via Agoda dia ada charge mahal sikit. Masa sampai apartment haritu owner apartment dah sedia tunggu kitorang. Dia kata lepas ni datang Kuching lagi direct call dia je.. tah bila nak datang lagi tak tau lah.. hahaha.

Sebelum kitorang pergi check-in apartment haritu tak tau nak lunch kat mana. Lepas ambik transport kat airport kitorang berlegar-legar sepanjang jalan tak tau mana arah tuju nak lunch. Decide nak ke town Kuching.. sekali masa dalam perjalanan nak ke town ternampak Warung Nasi Kuning. Singgah je lunch kat sana dulu. Bila sampai depan kedai tengok lor kedai Nasi Kuning ni Indonesia cuisine rupanya. Datang Sarawak tapi makan makanan Indon.. hahaha boleh lah.. janji tak lapar.


Bergambar depan Kedai Nasi Kuning

Address
Lot 10520, Block 16
Ground Floor, Jalan Tun Jugah
93350 Kuching, Sarawak
016-809 1286

Owner kedai ni purely Indonesian. Sangat2 peramah perempuan tu. Siap tapaukan Emak aku pucuk Ubi + Sambal Belacan. Sebab mak aku dok bercerita kat dia masa kitorang pergi Bandung haritu makan dekat Restoran Sederhana lauk pucuk ubi sedap. Terus dia tapaukan untuk Emak.


 Aku tak ingat apa nama makanan ni.

Bakso

Ni pun aku tak ingat apa nama makanan ni. 

Tiga ni je gambar makanan yang aku sempat snap. Maklum lah ramai kannn.. takkan aku nak pergi kat sorang-sorang ambik gambar makanan diorang pulak.

Kami

Entry-entry Kuching ni dan yang bakal ditayangkan nanti semua panjang-panjang & lambakan gambar yang banyak.. kalau rasa nak baca, dipersilakan.. kalau tak nak baca, lantak lah kau situ.. hahaha.

Nanti sambung entry lain pulak pasal Kuching yer.

Dadaaaa ;)
Read More

Friday, October 3, 2014

Snacks

Sekarang ni ke mana2 je sibuk cerita pasal pisang goreng keju.. terbawak-bawak pulak makanan ni datang ke Malaysia. Kalau korang tanya aku pasal banana cheese ni aku bukan heran sangat pun.. ceh ayat belagak sangat.. phuii hahaha. Bukan tak heran macam mana pun.. sebenarnya makanan ni aku dah selalu makan kalau ke Jakarta Bandung. 

Kat Kolumpur makanan ni baru nak top. Kalau beli pun sebab aku nak try rasa je.. nak tau taste sama ke tidak macam kat Bandung. Ada lah beberapa tempat yang aku try beli.. rasa dia?? biasa je.. sebab makanan ni bukannya sesuatu yang aneh pun. Even kat Indon makanan ni bukannya ada apa2 special pun. Cumanya bila orang tengok cheese yang bertaburan atas pisang tu yang buat orang meleleh ayak lioq kot. Malah makanan ni kau boleh buat sendiri je kat rumah. Kalau ada manusia yang pemalas tu kau beli je lah kat kedai.

Banana Cheese in Ampang. Berserabut serabai dah aku tengok cheese dia bersepah atas pisang.. langsung tak nampak rupa pisang lagi kat situ.. hahaha.

Kalau kat indon dia sagat cheese tu kasau2 sikit.. baru sedap.. terasa cheese dia. Lagi satu pisang dia (kat Indon) besau2.. kalau kat sini aku tengok, sebijik pisang tu dia kerat empat. Dah jadi nipis2 pisang tu. Bila makan pun tak puas. Plus cheese dia sagat tu pun haluih je.. adoiii. Kalau korang dah pernah baca cerita2 aku kat Bandung kat side bar blog ni mesti korang akan nampak aku tak pernah missed makan banana cheese kat sana.

Chocolate cake 

Si hitam manis ni aku beli kat pasar malam. Area rumah aku ada pasar malam setiap hari Rabu. Kalau aku pergi pasar malam ni mesti aku akan beli dua tiga potong. Tapi tak lah tiap-tiap minggu.. jadahnya nak pergi pasar malam tiap-tiap minggu.. kannnn?? hahaha. Dia punya rasa sedap nak mati. Walaupun dia jual kat pasar malam, tapi dia punya rasa setarap hotel punya wa cakap lu! RM1.50 je sepotong. Kalau whole cake dia jual RM19 ajos. Manyak murah ini barang. hahaha.

Keledek ungu

Keledek goreng ni SIL aku yang goreng. Masa datang rumah dia haritu dia goreng.. makan panas2 sedap oiii. 

Aku ni tak pernah pun beli keledek ke atau apa-apa adik beradik "dek" kat supermarket atau pasar.. bila datang rumah dia haritu dia serve benda ni (walaupun cuma keledek goreng celup tepung) mula lah lepas ni aku nak tiru style dia.. terus bercakap dalam hati "kalau pergi supermarket nak beli jugak nak buat makan ala2 snack kat rumah" snack lah sangat!! phuiii.. hahaha. Tak pernah terpikir pun nak beli keledek macam ni untuk buat snack makan kat rumah.

Ok.. oleh sebab entry ni pendek sangat.. moh aku sambung sikit lagi cerita.

 Saja nak menunjuk yang kita pakai sepitik (lipstik) baru.. hahahhaha.

Aku suka kaler ni selain merah yang selalu aku pakai tu. 

Ingat tak haritu aku ada tunjuk aku pakai sepitik meroh kat entry INI rugi kalau kau tak tengok entry tu.. colour sepitik yang aku pakai tersangat lah cantik.. kalau korang nak beli pergi refer kat entry tu.. 

Dua kaler baru yang aku baru order. Sesuai untuk pakai waktu bersantai. Ai is like sangat.. membuatkan diri ku tambil begitu jelita.. PANGGGGG!!! hahahhaha. 

*bersiap sedia untuk dapat kecaman hebat* pfffttt.

Read More

Thursday, October 2, 2014

Minyak Punya Hal

Mohon mahap.. cerita ni bukan nak melibatkan political yer.. ini hanya sekadar cerita lakonan semula apa yang terjadi semalam.

Aku tengok bertalu-talu orang up status kat fb pasal kenaikan minyak semalam. Ada yang hamok ada yang mengeluh pasal kenaikan minyak doposen. Bukan main meriah setiap pump station kat area rumah aku.. dah macam pesta isi minyak kaedahnya. Termasuk lah aku dengan Nizam yang tolong memeriahkan keadaan.. hahaha. Padahal kitorang tak pernah pun buat kerja beratur panjang kat pump station macam tu bila setiap kali diumumkan harga minyak naik. 

Selama ni bila dengar harga minyak naik tak lah sampai menggelupor pergi beratur panjang kat pump station. Cuma malam tadi entah apa angin si Nizam tu suruh pergi isi minyak penuh-penuh.. mungkin dia saja nak memeriahkan lagi pesta isi minyak kat pump station kot.. hehehe. Macam lah isi minyak penuh-penuh boleh tahan sampai harga minyak turun kot.


Nizam whatsapp aku suruh aku pergi isi minyak kereta.. aku kata aku malas nak keluar. Lagi pun kalau aku isi minyak kereta aku karang kereta dia bila pulak nak isi.. sebab aku dah lenjan sampai habis minyak kereta dia semalam.. hahaha. 

Nak tak nak aku tunggu dia balik kerja then we go out together. Nasib baik pagi semalam dia dah siap-siap isi minyak motor dia penuh.. Nizam kan pergi kerja bawak motor. So kereta dia aku rotate pakai dengan kereta aku. Nizam balik kerja semalam dia bawak kereta dia, aku bawak kereta aku. Bila lalu depan pump station tengok... homaiiii!!! Panjang giler kereta beratur nak isi minyak. Tabah jugak lah menunggu queue.

Masa pergi pump station semalam aku ikut kereta Nizam dari belakang. Dekat-dekat sampai tu aku tengok dia cilok jalan short cut. Aku pikir eh kenapa plak mamat ni ikut jalan lain sedangkan kereta lain berjanggut tunggu queue kat tepi jalan.. hahaha. Nasib baik jalan short cut tu buatkan turn kitorang jadi cepat.. phewww. Nizam isi minyak kereta dia full, aku pun isi minyak kereta aku full lepas tu terus chow.

Sampai je rumah dia parking kereta dia. Lepas tu dia terus meluru masuk dalam kereta aku. Dia ajak aku pergi Maxis KLCC sebab dia nak bayar bill handphone dia.. takut kena bar lettew.. hahaha. Dengan slamber kitorang terus menuju ke Maxis KLCC. Siap je bayar terus balik rumah. 

Sebelum cerita lanjut, sebenarnya roadtax kereta aku dah kojol hari Isnin lepas (29 September) hari yang kitorang balik dari Kuching. Selasa haritu baru Nizam tolong uruskan untuk renew roadtax insurance kereta aku.


Sampai je rumah, dengan muka confident aku cakap kat dia "esok I nak bawak kereta you, roadtax kereta I belum tampal lagi" 

Kau tau dia cakap apa kat aku??"abes yang kita pergi KLCC tadi you tau tak roadtax kereta you dah mati?? belum tampal roadtax baru??" muahahahaha. Bongok jugak aku ni.

Lepas tu dia sambung bebel kat aku "bila I nak bawak kereta I memanjang minyak tak ada.. tau-tau je dah menyala.. pandai you kan.. agak2 minyak kereta I dah nak kong you tukar bawak kereta you.. bila minyak kereta I kong, I kena isi.. lepas tu you belasah lagi.. kalau I nak bawak kereta you pun sama.. asal turn I nak bawak je mesti I yang kena isi.. dua2 kereta I je yang kena isi mana boleh?" 

Panjang tak kena bebel?? itu pun ada lagi dialog dia yang kau dah lupa.. kalau aku ingat, mau panjang lagi aku tulis kat sini. hahahaha.

Ilex ar Bie.. laki bini pun nak berkira.. hahahaha. Actually kan bukan pasal berkira atau tak berkira.. betul juga dia kata tu.. kalau dua-dua kereta asek dia je kena isi koyak ar poket dia.. yang aku ni pulak reti pakai je.. hahaha.

Sedangkan roadtax insurance kereta pun aku tak reti nak uruskan, apatah lagi kalau kereta rosak or tayar kereta pancit.. hahaha Pitam!
Read More

Wednesday, October 1, 2014

Biskut Semperit Susu - 3 Bahan

Hi.. harini baru menjelma.. entry Kuching satu pun belum buat. Gambar banyak dalam kamera belum ditransfer lagi.. Gambar dalam handphone ada lah. Sebelum blog ni senyap sunyi, harini aku update satu entry.

Kau percaya buat biskut semperit hanya guna 3 bahan je?? aku caya. Maklumlah, lately ni kan dapur kat rumah tu memang jadi medan perang aku je sekarang.. Kalau dulu susah benau nak tangok dapur berasap. Malas je memanjang.. memanjang nak makan kat luar je. Sekarang pulak asal celik je bijik mata terus pikir dapur.. rajin benau pulak dah. Bila rasa teringin nak makan sesuatu je gelupor google carik resepi. Cukup je bahan terus masak.. gittue.. Siap berlagak ajak kengkawan datang rumah lagi tu.. punya ghairah memasak sekarang.. hahaha.

Ingat lagi kata2 Emak aku.. "Kau kalau dah berlaki sok tau lah nasib kau.. sekarang ni mak kau ada boleh lah makan tanggung lagi.." time tu dengar mak cakap macam tu bukannya reti takut ke atau insaf.. yer lah zaman2 menggeletis dulu.. cuma pikir "alah kedai kan banyak.. makan kat kedai je lah. apa susah" nak menjawab depan2 takut.. karang buatnya mak aku libas muka aku dengan kuali mau senget sebelah muka aku.. derita seumur hidup plak nanti.. hahaha. Tu pun cuma berani cakap dalam hati je lah. 

Sekarang??!! kau tengok.. dapur lah medan aku buat uji kaji memasak. Seronok sebenarnya memasak ni.. cewahhh. Lagi2 tengok suami dan anak2 makan hasil dari air tangan kita, rasa berderup-derap dada ni menahan bangga tengok diorang bersemangat makan masakan kita. Alhamdulillah sangat. Ini pun atas bantuan Pakcik Google. Kalau nak harap kan buku resepi mak aku yang dah berusia dekat 30 tahun tu tulisan pun dah pudar tak boleh nak baca hahaha.

Mari aku share resepi biskut semperit susu. Eh sebelum kau lupa entry biskut semperit aku yang lepas, kau boleh tengok kat ENTRY NI untuk resepi biskut semperit idaman qolbu aku.. eh!! promote sangatttt ;P

Cara ni aku belum try lagi.. saja poyo nak share resepi kat blog.. hahaha. Tunggu lah nanti aku dah try resepi ni nanti aku share gambar kat blog yer.


Bahan-bahan 
500g  Tepung Jagung
250ml Susu Pekat Manis
250g  Mentega
Hiasan (optional)
Cip coklat/gula manik/ceri /pewarna (jika suka)
Caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).
2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.
4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar).

Credit to : www.wanista.com
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah