Ingat nak letak tajuk "resepi daging masak hitam ala Zaza" nampak macam nak overshadow pulak sebab resepi ni dari arwah MIL turun ke SIL. Satu lagi ingat nak letak tajuk "resepi daging masak hitam Zaza masak" pun macam nak overshadow juga walaupun memang aku yang masak, kenapa kau pula yang panas??! muahahahaha.. eh, tak lah.. kan lebih helok kalau aku tak letak kedua-dua tajuk tu.. memandangkan this is my first attempt, so jangan nak letak tajuk over sangat!
Weekend lepas aku & Nizam pergi pasar pudu.. macam biasa stock up barang basah untuk seminggu. Sekali teringat daging masak hitam yang SIL selalu buat.. terus gi beli daging RM10. Kat rumah aku tu emak sorang je tak makan daging lembu.. pastu setakat perut aku, Bang Nizam & KhaNish tak lah besau mana.. takkan habis makan kalau beli sekilo daging.. so tak payah beli banyak-banyak. Bila dah rebus & potong-potong pun dah kira banyak sangat untuk penghuni rumah aku makan.
Daging masak hitam resepi turun temurun.. gittue ;)
Untuk dapatkan resepi, aku call SIL. Habis berbual dalam phone, lepas dapat resepi terus jadi macammm "eh! kenapa senang sangat resepi ni? macam tak caya je". Senang giler masak daging masak hitam rupanya.. padahal aku dah ready kertas A4 dekat empat helai (itu tipu) nak salin resepi.. bahan pun tak pakai banyak sangat. Mungkin resepi orang lain ada bahan tambahan lain kot. Bila aku try resepi simple yang SIL bagi ni, sedap je bila dah masak.
Korang nak resepi ni ke? aku dah try buat.. cuma terlebih letak cili je. Bila aku tenung balik macam ok je tak nampak macam terlebih cili sangat pun. Bila tanya Nizam dia kata sedap. Bila aku rasa, memang sedap hoi! muahaha. Ini first time aku nak puji masakan sendiri kat public.. aku pedulik haper! Yang kelakarnya nasib baik tak terbalik kuali aku masa menggoreng daging sebab masa goreng tu daging melekat-lekat.. cuak kejap.. hahaha.
Apa-apa pun kipidap Zaza! you can do it better!! wah gittue ;P
Bahan-bahan
- Daging RM10 (kalau nak lebih pun boleh)
- Bawang besar 6 labu *blend*
- Bawang putih 6 ulas *blend*
- 1 sudu Cili boh/ cili giling/ cili kering
- Kicap manis untuk perapan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak
- Minyak masak
Cara-cara
1) Rebus daging sampai empuk. Kalau daging batang pinang tak perlu direbus, just hiris kecil & tumbuk sikit bagi dia jadi leper macam daging dendeng.
2) Goreng daging sekejap jangan sampai garing. Angkat daging tu lepas tu lumurkan/ perap dengan kicap manis (brand kipas udang/ Jalin) aku guna kicap ABC je.. tu pun one of kumpulan kicap manis juga.
3) Sementara daging diperap, blend bawang merah & bawang putih. Lepas blend, terus masuk dalam kuali yang ada lebihan minyak goreng daging tadi.
4) Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih & cili boh) hingga betul-betul garing & pecah minyak
5) Masukkan daging yang diperap dengan kicap tadi & gaul rata. Perasa dengan garam/ gula (tak payah banyak sangat sebab daging yang diperap dengan kicap tu dah cukup manis).
6) Siap untuk dihidang
Simple sangat cara nak masak daging hitam ni.. bahan pun tak banyak & tak susah nak cari.