Monday, March 20, 2017

GIRLS LUNCH DI THE MAJESTIC HOTEL, KUALA LUMPUR

Girls sangattttt *matakeatas* dah terbiasa sebut GIRL GIRL GIRL masa zaman sekolah dulu. Dah tu kitorang ni pun dari Ampang Road Girl School khennnn. So ayat GIRL tu berpisah tiada.. hehe.

Plan nak buat girls luncheon ni lepas kitorang buat potluck kat rumah Ryta. Rasanya raya tahun lepas kot. Start tahun lepas jugak diorang buat monthly collection. Kenapa aku kata "diorang buat monthly collection?" sebab dalam masa berbulan-bulan diorang buat collection tu aku tak pernah bayar satu sen pun.. hahaha. 

Tapi!! masa buat makan-makan kat The Majestic haritu aku bayar okeh. Aku bayar lump sum on dat day.

Tema kitorang Black & Gold Glamorous Lunch. Dasyat kawan-kawan akak. Siap bertema bagai 😰 

Dah dekat-dekat hari nak pergi tu ada confusion sikit antara kitorang. Kejap nak buat 25 Feb, kejap nak buat 26 Feb. Kejap nak buat lunch, kejap nak buat hi tea, kejap nak buat dinner. Fening Kak Zaza dibuatnya. Aku biarkan je diorang decide. Bila dah buat final decision, baru aku on. Semua tu settled dengan elok tanpa perbalahan. Alhamdulillah.

Decided buat 26 Feb, lunch buffet kat The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Tak semua geng kitorang dapat join. Ada yang last minit cancel sebab ada hal lain. Ada yang awal-awal lagi kata tak dapat join. Total girls yang join haritu 10 orang je.

10 of us in Black & Gold Glamorous Theme. Curlasss The Joyahs! mengikut tema sangat.. 
I is happy πŸ’—

Aku sampai tepat pada masa. 12.30pm dah terpacak kat meja makan. The rest ada tigapat orang lagi menyusul datang.

My first plate before the second, third, forth, fifth.... hundred.. pfffttt πŸ’†

Haritu aku pukul keliling semua station buffet. Satu pun aku tak ambik gambar. I is malu.. dah la ramai orang time tu. Gambar kitorang je yang banyak πŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘Έ

Us

Well, as usual. Kitorang ni kalau berjumpa memang kecoh. Kalau korang ada tengok video live aku kat fb, ya hampunnn malu okeh. Macam orang kampung dot com sangat.. so kecoh.. tak reti behave *urutkepala* kitorang ni boleh senyap sekejap je kalau ada lensa kamera kat depan muka. Ada tu tengok kecoh berborak, tiba-tiba member lain nak snap gambar, dia boleh tertutup sekejap mulut semata-mata nak nampak helok dalam gambar.. hahaha.

Ijan, Jaja & Kay 


 Me & Ryta. Dis two girls memang kaki selfie like budak-budak hipster.. hehe

 Ryta, Shida & Kak Zaza. Dis 3 girls selalu digelar Geng Bantut πŸ‘―πŸ‘―πŸ‘― sebab dalam ramai-ramai kitorang bertiga je yang tak berapa nak tinggi.. hehe. Ok lah.. nampak sikit macam adik-adik bila dalam ramai-ramai tu πŸ˜…

 Ijan & Jaja



 Ryta & Jaja



 Geng gila lensa 😁


 Two close girls. Anne & June


Penuh semeja. Kemain makan tak hengat dis all girls πŸ˜‹


Ini aksi-aksi dibelakang tadir si pemegang lensa. Perangai tu!!! πŸ™ˆπŸ™‰πŸ™Š

Aku macam segan nak letak gambar yang agak mengaibkan kawan-kawan. Tapi disebabkan ini adalah hiburan semata-mata, mari kita letak juga gambar tu 😜


Ni kenapa? hahaha. Tak aci tau. Korang berdua pakai heels. Aku pakai flat shoe. Terus nampak pendek disitu 😈

Sampai macam tu sekali kau Shida. Kay, kenapa kau buat macam tu kat Shida? hahaha. Ini adalah punca dimana kawan-kawan mintak tolong snapkan angle yang boleh menampakkan kawan-kawan nampak kurus.. hahaha.


Dah nak hujung-hujung makan, kitorang ada buat exchange gift. Setiap orang ada bawak gift sendiri untuk kitorang tukar-tukar.


Semua happy dapat hadiah.

Sampai dah habis time lunch buffet, kitorang sambung bergambar kat lobby pulak. As usual, the lobby like kami yang punya. Kecoh bising. Sana sini kitorang ambik port masing-masing bergambar. Omaigod.. girls! behave please.. tempat orang ni okeh!! πŸ˜ƒ

Eh lupa. Sebelum exchange gift, kitorang ada buat bacaan doa sikit untuk arwah mak aku yang baru je sebulan meninggal & baru-baru ni juga ada budak Ampang Girl meninggal sebab sakit. So sekali harung je.


Thanks all. Apasal Salmie & Anne pandang Jaja? tak concentrate eh korang?! 


 Kak Zaza & Ijan the perempuan meletop πŸ˜‰


 Kay, Salmie & Ijan. June, kenapa you pulak yang feeling lebih dalam cermin tu??? hahaha.


 Zai, Jaja & Kak Zaza.. nampak tenggelam je bila Kak Zaza berdiri sebelah diorang πŸ™ˆ


 Ryta, Salmie & Me. Si Ryta pakai heels.. konon tinggi lah tu?? 😠


Shida, Anne, Zai, Jaja, Kay & Ijan. Aksi manja mak mak orang. 

Salmie kat belakang tu tengah berangan dengan kamera lain.. orang lain yang snap untuk dia. Kan aku kata.. time kat lobby ni masing-masing dengan port bergambar masing-masing πŸ˜†


Kak Zaza & Jaja si tinggi lampai πŸ˜‚

Habis riuh rendah kat lobby hotel, kitorang decided nak lepak coffee2 pulak. Macam-macam tempat kitorang suggest. Last-last dorang kata lepak kat coffee house atas je. 

Moh kita.


Sempat kan? dari tingkat 1 ke tingkat 3 je. 3 shot dalam lift 😀


 Lepak Havana Club. Dapat duduk sekejap. Tiba-tiba diorang cakap.. eh kita lepak starbucks je lah.. hmmm baru nak feeling have have lepak Havana 😡


Dah Ijan, jangan nak berangan have have disitu.. sila bangun πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Kitorang pun turun balik. Mula-mula nak lepak starbucks Jalan Ampang yang kat depan bangunan Risda, sekali Ijan kata jauh untuk dia nanti nak ke Kelana Jaya sebab lepas tu dia ada hal.. ok lah cancel Starbucks Jalan Ampang. Discuss punya disscuss, diorang decide lepak Starbucks kat Trec je. Ok.. lesssgggooo πŸ’¨πŸ’¨


Tak semua pergi. Shida & June tak dapat join sebab ada hal lain.

Lepak minum dalam sejam lebih, the rest time berborak macam-macam topik & perkara wajib adalah bergambar.


 Us


Ryta, Jaja & Kak Zaza

Dah puas makan minum, menjoyah, bergambar.. time to pulang ke sangkar masing-masing.

Dengan diorang ni bukan tak selalu jumpa. Kitorang ni kerap je jumpa. Bila kata buat "gathering" konon-konon macam beribu tahun tak jumpa. Itu belum hari-hari berborak dalam group whatsapp.. propa sangat korang kannnn! 

Since kat sekolah lagi ini je muka-muka 'geng baik'. Sampai sekarang dis 'geng baik' dah berubah menjadi yang lebih baik. Yang dulunya tak berhijab, sekarang Alhamdulillah semua dah berhijab. So impressive. 

So happy dapat lepak haritu. Next gathering lepas raya kot.. Kali ni nak buat Reunion ex-ARGS batch 1997 je. InshaAllah.. masih dalam perancangan. 


Read More

Sunday, March 19, 2017

TOLONG SABARKAN AKU!

Tadi Nizam ajak keluar dinner. Dalam 9ishpm baru keluar rumah. Tapi tak decide nak makan kat mana. Sendiri pun tak tau apa sendiri nak makan. Mostly banyak kedai dah nak tutup. Aku cakap kita pergi makan kat tempat-tempat open lah macam kat TAPAK ke. But still tak datang idea nak kemana. Terfikir gak nak ke hawkers kat uptown damansara tapi macam jauh nau. Karang sampai sana dah pukul 10 pulak.
                    
Dalam kereta aku dengan Nizam suggest bermacam-macam tempat kat mana tempat best nak makan. Tanya KhaNish nak makan apa.. diorang pun tak ada idea nak makan apa.  

Memang selalu macam ni. bila nak makan je, mulalah otak jammed tak tau nak makan apa & kat mana. Ini selalu berlaku bila tiba-tiba orang ajak kau keluar makan. Kalau dah plan sebelum keluar nak pergi makan tu lain. Memang kita terus tuju je kemana kita nak pergi.


Nizam suggest ajak makan kat TAPAK kat Jalan Ampang. Aku cakap tekak aku tak rasa nak makan kat situ. Plus malam minggu mcm ni mesti ramai umat yang datang. Mesti susah nak cari seat. Cancel kat situ.. ada lah lagi few tempat yang aku ngan Nizam sebut tapi tak jadi. Last sekali Nizam cakap jom kita round kat Kampung Baru.


Masa lalu kat satu kedai ni, kemain ramai orang. Orang kata kalau orang ramai datang tu maknanya sedap. Kitorang pun try.

Tak panas bontot lagi duduk terus waitress datang hantar menu. Efficient sungguh. Dalam hati cakap mesti makanan pun cepat sampai agaknya.  Macam biasa, lepas dah order kita ni menunggu dengan penuh harapan yang menggunung tinggi.  

Mula-mula ok.. tak lama sangat menunggu. Few minutes after dat Danish punya order sampai. Dah half dia makan, Khairine punya pulak sampai. Aku & Nizam punya tak sampai lagi. Hati ni jahat jugak.. masih berkata-kata kenapa tak hantar sekali harung je.. bukan order asing-asing kot. Aku ilek je lagi.

KRIK KRIK KRIK. (Lepas sejam menunggu)

Asal waitress lalu bawak makanan je aku berharap makanan tu singgah ke meja aku. Dua kali tanya kat budak tu.. makanan saya tak sampai lagi. Ayat clichΓ© “kejap ye nanti saya cek”, “kejap ye tengah buat” Bila dia lalu lagi bawak foods, aku usharrrrr je. Tigapat kali lalu tak jugak hantar. Dah kenapa berlama-lamaan sangat nih?!

Aku dah mula tak boleh sabar. Terus angkat bontot pergi kat cashier. Nizam tau sangat perangai aku.. kalau aku dah bangun dari kosi tu maknanya sesuatu akan berlaku. Masa tu memang tak boleh cakap elok-elok dah.

!@#$%^&*()_+(!@$$%%^*&()*^%@#&*@^$@($&

Kau tau kan macam mana ayat orang tengah lapar??? Aku malas nak buat dialog. Kau pikirlah sendiri apa yang aku hamokkan kat situ.

1 je ayat dia yang aku masih ingat “sorry kak, tadi jammed kat sini” maksud dia yang jammed tu sebab tadi ramai nau orang kat kedai dia. Pedulik ke aku?! Pastu dia tanya aku. “akak order apa tadi”? dengan lancar je mulut aku jawab “perlu ke saya jawab soalan awak tu? Pergi lah cek sendiri kat dapur” hambik kau! Dah lah panggil aku kakak.. ko ingat aku tua sangat ke apa? *matakeatas*


Terus mamat tu masuk dapur. Aku pun kembali duduk kat kosi. Dari jauh tu aku peratiiiiiii je mamat tu. Haram tak keluar-keluar dari dapur. Lepas tak ingat berapa minit tah, aku nampak dia keluar dari dapur. Pastu dia pergi kat tempat cashier. Lepas tu dia lalu sebelah meja aku. Masa dia lalu tu aku pandanggggggggg je muka dia.. dada ni dah berombak kencang dah ni.. kecik besau kecik besau je aku tengok dia. Sikit pun tak update aku apa yang terjadi lepas dia keluar dari dapur tu.

Tiba-tiba datang sorang waitress ni hantar food. Tak memasal budak tu pulak jadi mangsa aku. 

Lagi sekali !#@%#@Y$@$&(@%YI*&@$*

Aku tanya. Kenapa lambat sangat makanan sampai? Awak tengok ni anak-anak saya dah habis makan. Air pun dah habis makanan baru nak sampai. Ni saya punya. Yang suami saya punya mana?? Bila nak sampai??

Kau tau apa jawapan dia?

Dia kata FOOD YANG NIZAM ORDER TU SEBENARNYA DAH HABIS!!!! Menyirap tak? Bila kau tengah lapar, bila kau dah order dengan penuh harapan, lepas sejam dia kata benda yang kau order tu DAH HABIS!! Itu pun lepas kau dah pergi tuntut kat cashier dan bagi kata-kata makian sikit.

Masa food aku sampai tu aku masih lagi bebel-bebel macam joyah. Sempat Nizam tazkirahkan aku sikit. “dah lah jangan bising-bising.. tak elok depan makanan ni.” padan muka aku. Dia suapkan aku makan (perlu ke nak bagitau laki kau suap makan?) Terpaksa gak bukak mulut. Ikutkan hati ni memang aku tak nak makan dah.. rasa nak bla je dari situ.

Lepas ni jangan haraplah aku nak datang lagi. Korang kalau nak try datang sini pergi lah. Aku tak larang. Mungkin masa aku datang tadi bad luck aku kot tu yang potong mood nak makan.


#KakakSangatMarah
#KakakTakBolehSabar
#TolongSabarkanKakak



Read More

Friday, March 17, 2017

SIAKAP STIM ZAZA MASAK

Lepas up gambar ikan yang aku stim kat fb & IG semalam, semua kawan-kawan (saja tipu. Bukan semua) komen “WOW” “WOW SEDAPNYA” “WOW KAGUMNYA” nampak tak betapa korang kagum dengan aku.. tu baru tengok gambar.. kalau korang dapat rasa ikan stim yang ahkak masak tu.. confirm korang menages tak berlagu  hahahaha.

Aku bangga. Sebab percubaan pertama menjadi. Semangat membara bila dapat menu dari fb. Siap pegi pinjam steamer dari kakak ipar aku.. hahaha. Excited betul kau Jah!

Senang je rupanya masak menu ni. Tapi macam aku yang first timer try ni, kejap-kejap tengok gambar & what’s next kat fb.. Malas nak salin masuk buku resepi. Nasib baik hp aku tak termasuk sekali dalam steamer.. kalau tidak Innalillah hp aku dalam air panas steamer tu.

Korang nak menu ke? senang je Bedah. Yang penting kat rumah kau mesti kena ada steamer. Dah, pergi ambik kertas & pen. Salin menu senang ni. Eh dah macam rancangan masak dulu-dulu pulak. Asal ada rancangan masak, cepat-cepat lari masuk bilik anak.. habis buku sekolah anak kau koyakkan.. hahaha. Itu perangai arwah mak aku dulu. Tau-tau je banyak je buku latihan sekolah aku koyak mak aku kerjakan.. hahaha. Amboi sedap mengata mak sendiri :p


Bahan-bahan:

- Ikan siakap
- Bawang putih (chop)
- Stok ayam/ kiub pati ayam pun boleh. Nanti ko letak air    
  panas setengah cawan, lepas tu kau kemek-kemekkan 
  kiub tu sampai jadi stok ayam.
- Cili padi merah
- Daun limau purut
- Serai
- Halia
- Daun ketumbar
- Limau nipis
- Sos ikan (5 sudu besar) kalau rasa nak masin sampai kena 
  darah tinggi, kau letak banyak-banyak sebotol pun boleh. 
- Garam & gula secukup rasa


Gambar ni aku ambik dari fb Resipi Masakan Mak Kata Credit to FB Adnilsam Apat. So ini bahan-bahan yang aku tulis kat atas tadi.

Bila dah basuh ikan bersih-bersih, jangan lupa kelar sikit ikan tu. Sudah tu kau sumbatkan serai, halia, daun purut dalam perut ikan yang seksi tu.

Nanti ikan yang dah disumbat tu akan jadi hensem macam ni 😊

Lepas dah handsome, curahkan stok ayam. Kalau nak sekata, kau ambik senduk pastu curah-curahkan sikit kat bahagian atas badan ikan.


Bila air dah mendidih, boleh terus masukkan ikan yang dah siap curah dengan stok ayam tadi kedalam steamer pinjam ni πŸ˜‹ kukus selama 20 - 25 minit atau sampai ikan betul-betul masak.

Sementara tu boleh readykan fish sos pulak.


Satukan bawang putih yang dah di chop, cili padi merah, fish sos, garam & gula. Dah gaul sebati, rasa dulu. Takut termasin nauzubillah. Dah siap gaul tu kau parking mangkuk ni ketepi sekejap.



Bila ikan dah siap dimasak, terus curahkan bahan-bahan yang kau park kat tepi tadi ke atas ikan. Tabur daun ketumbar, hias sikit sebiji tomato yang dipotong kat tepi-tepi ikan tu.

Siap untuk dihidang. 

Bang Nizam kemain puji fish stim aku ni.. "Alhamdulillah.. sedap you masak" amboi ambik hati i lettew.. akak dah start blushing blushing sampai pink pipi nih πŸ‘°

Bila aku tanya "You puji sebab nak ambik hati i ke apa ni? malam ni kan malam jumaat" pfffffttttt πŸ™ˆ ayat macam nak mintak kena tumbok πŸ‘Š dengan Bang Nizam πŸ˜„

Ok jangan lupa try simple menu ni.. jangan malas-malas. Nanti kalau orang lain buat, post kat semua portal media yang ada, kau jangan lap ailio kat lengan baju pulak yeh. 

Selamat mencuba 😏
Read More

Thursday, March 16, 2017

THE BREAD SHOP, DAMANSARA HEIGHTS

Semalam restock barang blended lagi. Macam biasa port beli kat Pasar TTDI. Kat sana je yang aku selesa untuk membeli. Siapa-siapa yang ketinggalan cerita pasal barang blended, sila baca kat LINK ni ye. Jangan malas malas baca.. lepas ni kalau ada soalan pasal barang blended yang aku beli, anda tidak akan dilayan *sodiva* πŸ˜…

Aku pergi dengan Ewin. Settled shopping kat pasar, terus ke Humble Chef beli lunch untuk Fiya sebab lepas tu kitorang ambik dia kat sekolah. Ewin marah aku kenapa lepas dah beli lunch kat Humble Chef baru aku bagitau nak makan kat The Bread Shop.. hehe macam biasa, aku senyum je macam kerang busuk. Dan dan tu dia ajak hi tea kat sana. Yang tak menahan tu, dah lah dah beli carbonara kat Humble Chef untuk lunch, tiba tiba dia ajak makan ikan bakar pulak.. hmmm apa lagi.. terus aku konar ke kedai ikan bakar Tan Ling. Mula-mula dia ajak pergi ikan bakar kat Bellamy tu. Aku cakap aku suka lagi ikan bakar kat Tan Ling tu sebab air asam dia biadap punya sedap. Tiga hari tiga malam bau air asam melakat kat tangan.. hahahaha.

Settled lunch kat ikan bakar, terus balik rumah. Ingat bila dah sampai rumah, dah baring baring, dah berak, memang dah malas nak keluar balik. Rupanya tidak ye. Ewin dah menyalak ajak keluar jugak pegi makan kat The Bread Shop tu. Biadap budak itu.. hahaha πŸ‘Š

So, tajuk blog kali ni “kedai roti” kenapa panjang sangat tazkirah permulaan cerita kau Jah? Saja je tulis panjang-panjang. Lain kali kalau aku baca balik entry ni aku boleh ingat apa aktiviti aku dalam satu hari. Nampak tak? Blog sendiri, tulis sendiri, baca sendiri.. hahahahaha. Kesian!


Dalam pukul 3ish jugak keluar rumah. Kemain panas cuaca semalam .. rasa terbakar bontot masa duduk kat seat kereta.



Bila dah sampai tu mula rambang mata. Tak tau mana satu nak pilih. Padahal baru lepas melantak nasik.. jahat betul napsu kau kannn.. semua nampak semua kau nak.


Semua sedap-sedap kan? Masuk je The Bread Shop tu terus kembang-kembang hidung aku bau ghoti. Zedapnya yahampunnnn πŸ˜‹ Especially Scone dia tu. Banyak review kata plain & raisin scone kat sini sedap. Plus jem & cream dia.



Mostly dua gambar kat atas ni benda yang sama je.. Cuma ada tambahan salad je disitu.. saja letak dua gambar supaya nampak macam kitorang makan banyak 😜


Disebabkan ada few choices kat sini, masa tengah makan tu kitorang sempat tapao bawak balik. Yang makan pun tak habis lagi, kau tapao pulak Jah? Dasar tamak kan!! Bukan apa, masa kitorang sampai tu tak ramai sangat orang datang.. masa tengah syok-syok makan, tiba-tiba ramai pulak manusia datang masuk. Sebenarnya perangai tamak nak tapao tu bukan aku, Itu perangai Ewin.. hahaha.“Za, sebelum habis, lebih baik aku tapao siap-siap.. karang habis” ko tengok perangai dia πŸ˜„

Fiya. Muka baru bangun tidur.
Ini budak sangat pandai bodek. Kadang kalau aku tengah drive atau duduk-duduk borak dengan mak dia, tiba-tiba muahhhh setepek singgah kat pipi aku. Pastu peluk sambil cakap “sayanggggg Mummy Zaza” Pang baru tau πŸ˜… πŸ˜„

Ini budak yang tamak tu πŸ‘±

Ewin tanya aku “kenapa kau ambik gambar muka kau nampak setengah je?”

Aku terus jawab “sebab aku tak nak nampak muka aku tembam. Kalau selfie macam ni muka aku kat depan memang akan nampak besar macam pinggan” hahahaha.

Habis makan sempat membusybody. Aku saja tanya.. kalau roti-roti ni tak habis, diorang buat apa. That guy cakap diorang akan sedekah kat rumah-rumah anak yatim. Alhamdulillah. Sejuk perut Kak Zaza mengandung bila dengar.. hahahaha.

Apasal? dah terliur tengok ghoti kat sini? Kalau korang dah ada kat area Damansara heights, waze je The Bread Shop.

Address: 
The Bread Shop
11 Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Tel: 03-2093-8734

Open Mondays-Fridays: 8am - 7:30pm; 
Saturdays: 8am - 5pm. 
Closed Sun.




Read More

Thursday, March 9, 2017

Traveloka: SALE-ABRATION Campaign

Hi Assalamualaikum.

Korang pernah dengar Traveloka? Mesti pernah kan?

 Di Traveloka korang boleh membuat perbandingan harga tiket penerbangan dan juga tempahan hotel bertaraf 5 bintang, murah dan mudah untuk dicari. Semua under one roof. Traveloka adalah satu platform yang mudah dan amat senang untuk nak booking hotel yang turut menyediakan package terbaik.. untuk korang yang suka sangat bercuti atau travel ke seluruh Malaysia mahupun luar negara, ini ada berita baik untuk korang. 

Dengan sekali daftar saja mengikut butiran peribadi korang, korang boleh teruskan pencarian & tempahan untuk next booking. Jika ada permasalahan atau pertanyaan, boleh terus menghantar email atau call je customer service Traveloka.. anda pasti akan dilayan πŸ˜‰

Harga? Jangan terkejut kalau korang masuk ke website https://www.traveloka.com/ms-my/ bermacam-macam promotion yang mereka tawarkan. Yang penting tiada caj tersembunyi ye. Semua harga yang korang try search tu semua harga-harga yang berpatutan.. orang kata "last harga" lah macam tu.. tak payah nak nego sangat.. apa harga yang traveloka dah bagi tu is the best price dah.. tak akan dapat harga macam tu dimana-mana agensi lain.

So apa tunggu lagi? rebut tawaran hebat ni cepat di Trevaloka.

Apa itu Sale Abration Campaign? 

Traveloka SALE-ABRATION Campaign adalah laman web terbaru yang akan di lancarkan pada 10 Mac 2017.


Terbaru, Traveloka akan mengadakan Sale Abration Campaign. Ia adalah pameran percutian dalam talian dibawa kepada anda oleh Traveloka menawarkan tawaran penerbangan dan hotel yang menakjubkan di seluruh pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa. 

Traveloka Sale Abration Campaign adalah disediakan untuk semua jenis pelancong sama ada perlancongan secara solo, bekeluarga atau berkumpulan.

Penawaran penerbangan : Korang boleh buat perbandingan tawaran penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan dan akan dapat menempah nilai perjanjian terbaik untuk ke destinasi impian anda sama ada dalam negeri atau antarabangsa.

Tawaran Hotel : Pelbagai tawaran ekslusif ditawarkan dan Traveloka telah bekerjasama dengan pelbagai hotel di seluruh Asia Tenggara tidak ketinggalan, tawaran ini hanya terdapat di Traveloka.

Bayangkan jualan yang lebih banyak dengan tawaran penerbangan dan hotel antarabangsa dan domestik termasuk diskaun (ahli sahaja).. untuk destinasi percutian kegemaran di seluruh Malaysia dan antarabangsa. Nak jadi orang yang pertama untuk mengetahui apabila ia dilancarkan.. korang boleh menghantar email diruang yang terdapat di Sale Abration Campaign

Website :
 https://www.traveloka.com/ms-my/ 

Muat turun applikasi Traveloka:
https://www.traveloka.com/en-my/traveloka-flight-ticket-hotel-booking-app


Read More

Wednesday, January 18, 2017

TERMERAYAP

Hi.. Assalamualaikum uolls. Wah! semenjak berhijab ni bagi salammmmmm memanjang 😝 tapi apasalahnya.. kan elok bagi salam daripada hoi hoi kan orang.. yer idok? πŸ˜ƒ

Phewwww baru dapat tarik napas niha. Harini keluar dari pagi membawak sampai ke malam baru pulang kesangkar. Bila dah balik, membusy dengan melayan penghuni rumah pulak. Mengalahkan orang bekerja.

Ok jom lah aku story mory sikit activiti aku harini. Pagi tadi keluar rumah dalam pukul 10ish am. Kiblat pertama, pergi bank dulu.. menguruskan keluar masuk duit.. amboi Jah.. kedengaran macam banyak nau duit yer.. hehe. Settled hal bank,  cari kelengkapan sekolah Khairine.

Kasut, Whistle , Multy-key chain, lencana Kadet Polis

Haritu dah beli baju kadet polis one set. Ni ada yang tak complete lagi kelengkapan dia untuk koko sekolah. Menyesal pulak aku suruh dia join Kadet Polis haritu.. hahaha. Bukan apa, set untuk beli barangan kadet polis ni bukan sikit-sikit.. from head to toe makan ratus jugak lah. Baju & seluar je dah RM100+ belum natang lain lagi yang kau kena beli separately.. aku rasa benda paling murah untuk unit beruniform ni cuma whistle je.. RM1.50 πŸ˜†Ni belum lagi cikgu mintak duit suruh bayar itu ini lagi tu.. kau tunggu je lah cikgu bagi surat sok.. ada je benda nak kena beli & bayar.

Settled beli barang sekolah, pergi tailor pulak. Tempah kain sekolah untuk dipakai setiap hari Jumaat. Zaman aku sekolah dulu tak ada pun kena pakai kain khas untuk hari Jumaat je. La ni kain kena beli dari sekolah, pastu kau kena tempah sendiri kat tailor.

Habis part membeli barang Khairine, aku terus hantar dia pergi sekolah.

Harini memang aku janji dengan Ewin. Aku ajak dia teman pergi Pasar Taman Tun. Stock cili, bawang, serai, halia, kunyit etc dah habis. Korang yang pernah baca entry aku pasal aku beli bahan blended haritu mesti korang tau yang aku apa yang aku maksudkan. Apa? tak tau?? sangat ketinggalan ketapi kau ya! kalau nak tau, sila baca kat ENTRY NI


So macam nila bahan-bahan blended yang aku beli tadi. Gambar atas ni gambar dari entry lepas.

Segala tok ayah bahan blended aku beli tadi. Amat mudah untuk kerja-kerja memasak setiap hari. Cedok je pastu campak dalam kuali/ periuk. Especially nak buat rendang.. kemain memudahkan kerja aku. Tak payah nak fikir nak rebus cili, pastu kena masuk blender bagai. Nak goreng sayur, pakai je garlic chop tu.. lain-lain tu korang tau lah apa yang korang boleh gunapakai untuk masak.

Bila dah berkepam dalam pasar tu, ingat nak bla je. Sekali ada 'penghasut besar' berbisik kat telinga aku ajak pegi Butik Naelofar. Ayat dia macam ni "Za, dah alang-alang kat sini, apa kata kita pergi Butik Neelofa.. dekat je. Parking je kereta kat sini..  kat sana susah nak dapat parking" selama ni aku tak pernah tau pun butik nilopa tu kat mana. Cuma tau kat TTDI. Aku pun OK kan je. Terus TERRRRR singgah. Siap bukak waze tengok berapa jauh tempat tu. Pastu kena gelak. "kita jalan kaki je Za, kau tak payah nak waze waze sangat butik dia depan tu je" tssskkkk.. terus tutup waze πŸ˜† kitorang terus berjalan kaki dibawah panas terik sampai ke butik nilopa. Memang dekat sesangat dengan Pasar TTDI tu weh. Kalau kau naik MRT, kau turun je kat station TTDI terus sampai butik dia.


Senget benget shawl akak dibuatnya.. saya budak baru belajar.. maafkan lah senget benget yang anda nampak tu yer..hehehe πŸ™ˆ πŸ˜ƒ

Tak TERbeli banyak pun. Yang kau nampak plastik bag tu hanya benda kecik je. Taknak lah tunjuk paperbag paperbag yang hado.. nanti kata kita riak pulekkkkk πŸ˜‹ 

Tadi ada cerita kat Bang Nizam.. aku cakap dari pasar TTDI ke butik nilopa dekat je sebenarnya.. selalu lalu lalang kat situ boleh pulak tak terperasan.. simple je jawapan dia "selama ni you tak bertudung.. mana nak heran kat mana butik dia" ek eleh Bang Nizam carut ai! hahahaha.


Ni lah penghasut besar syaitonirojim ai. Asal keluar dengan dia je tak kira kemana, mesti jahanam duit aku.. hahahaha. Eh! kitorang sama je.. bukan kaki je.. kami juga tangan shopping.. conclusion : kaki tangan shopping πŸ‘±

Settled.

Terus rasa lapar. Puas fikir mana & apa nak makan. Masa tu pulak tengahari rembang, panas, lapar, berkuap semua ada.. masa tu jugak lah otak jammed tak tau nak gi makan kat mana. Padahal kat area TTDI tu banyak je cafe hipster yang boleh lepak. Nak pegi IKEA pun dah dekat nau. Memandangkan masing-masing kebuloq nasik, Ewin cakap dia nak makan nasik berperisa.. like nasi bryani or nasik kandar.. terus aku suggest MAHBUB Bangsar.


Aku dah lama sangat tak singgah makan kat sini. Masa zaman kerja SYABAS dulu ada gak sebulan sekali makan kat sini. Nampak buruk je kan?? ini lah yang terzedap dimuka bumi sebenarnya..   Tadi Ewin belanja. Lagi bertambah zedapppppp.. hahahaha. Thanks Ewin πŸ˜…

Duit tak habis lagi ni. Masa otw balik.. (masa tu niat nak balik terus) kitorang TERsinggah pulak KWC. Apa dicarik lagi kat sana Jah oiiiii?? Tak ada apa pun. Dah nama pun TERsinggah.. dalam pada TERRRR tu.. TERbeli jugak tudung dualai.. hehehe. Beli yang muroh-muroh je uolls. Untuk ganti-ganti pakai hari-hari keluar pergi kedai beli ayam je.. hehehe.

Sebelum duit habis, terus rasa insap tak nak TERRRR kemana-mana lagi dah.. takut laki marah..karang dia sound "kau asek beli tudung je dah kenapa??!!" hahaha. 

Masih tak balik lagi. Pergi Jelatek kejap pick up Fiya anak Ewin dari rumah MIL dia. 

Masih tak balik lagi. Singgah rumah SIL pulak drop barang blended yang dia kirim kat aku yang aku beli kat pasar TTDI tadi.

Masih tak balik lagi. Lepas pick up Fiya, aku terus lajak ke sekolah Khairine. Saja ushar dia.. sebab harini dia first day naik bas sekolah. Nak tengok dia naik bas sekolah yang betul. Takut tersesat pulak anak aku salah naik bas. Aku dah tak hantar & ambik dia ke sekolah dah lepas ni.. kadang ada hal nak kena settle, takut tak sempat nak ambik balik sekolah. So kau naik lah bas sekolah yer nak. Tapi kalau dia ada activity sekolah yang perlu dia pergi awal, aku akan hantar jugak lah.

Settled. Kali ni terus balik rumah 😁

Korang mesti ingat kejadian ni harini kannn?? aku dah draft cerita ni malam tadi. Pagi ni baru publish πŸ’ƒ


Read More

Tuesday, January 17, 2017

PERMULAAN 2017

Hi.. Assalamualaikum uolls.. lama betul tak keudara. Kurang lebih, rasanya hampir 3 purnama akak tak update apa-apa cerita kat blog ni. Sangat ketinggalan kannnnn!! dah pertengahan January baru nak timbul πŸ‘Š 😜

Tapi akak tak kisah. Akak update ke tak update, ada orang kisah ke? tak ada yang mencari pun.. sedeh! hahaha. Tak apa lah.. tak ada kepentingan pun. Apa yang hado, hado lah. Yang tak hado tu lantak dia situ. 

Di tahun 2017 ni aku saja menonjolkan diri kat blog. Terasa rindu gilos nak menaip dan bercerita kat blog ni. Tadi masa lepak-lepak tengok tv, tiba-tiba je rasa macam ada angin bayu membawa diriku mengajak diriku menulis blog. Nah ini lah dia. Ahkak cuba lah menulis semula niha.. hati ni rasa kuad sangat nak menjoyah kat sini dengan macam-macam cerita. Hashtag akakcuba πŸ˜„

Sebenarnya tak tau apa nak cerita sangat. Untuk entry pertama 2017, cerita best tak berapa nak ada. Cerita best kebanyakannya tahun lepas punya je. Tu pun dah tertinggal kebelakang cerita-cerita tu. Tengoklah nanti.. kalau berkesempatan, aku buat entry campak belakang ye πŸ˜‰ 

Ramai kawan-kawan blog yang friend dengan aku kat fb dah sediamaklum.. tahun 2017 ni aku dah berhijab.. cuma belum berniqab je lagi hehe. Alhamdulillah. Bukan paksaan dari Bang Nizam, memang aku dah berazam untuk berhijrah kearah yang lebih baik. Mencari ketenangan dikala hujung usia ni. Bila lagi nak buat perubahan hidup kan? asek dalam dunia yang sama je. Bosan uolls! so marilah kita sama-sama menuju kearah yang lebih baik & tenang.. InshaAllah.

Sementara aku buat karangan cerita lain, harini aku saja nak share 1 cerita ni. Tapi ini pun amatlah ketinggalan zaman.. hahahaha. (cakap bisik-bisik) Last week aku try naik MRT dari Semantan sampai Sg. Buloh.. krik krik krik πŸ’« Ya!! aku naik MRT! apasal gelak pulak? sebab korang dah try naik masa MRT baru-baru bukak kann?? ok lah korang hebat πŸ’ͺ Bukan tak nak naik masa awal-awal haritu. Korang tau lah kan.. Orang Malaysia ni pantang sikit.. pantang ada benda baru mesti berpusu-pusu nak try. Supaya nampak diri tu WIN.. derrrr. Tak sanggup aku berhimpit-himpit penuh dengan manusia. 

Station MRT Semantan. Sangat elok kalau dibuat lokasi untuk berlakon. Kau tengok lah daun-daun pokok ketapang bertaburan depan tu.. Bila ada scene bersihkan kawasan, boleh lah buat-buat menyapu kat depan tu.. hahahaha.
Dah beberapa kali dok sebut kat Bang Nizam nak try naik MRT. Sabtu lepas baru berkesempatan. Ingatkan dah start kena bayar. Masa naik kat kaunter tu Bang 'buat-buat tanya'. Bro tu kata belum lagi. Start 17 January baru start kena bayar kalau nak naik. Rejeki sangat nih. So kami diberi token sorang satu untuk naik MRT. If korang ada Touch & Go card korang boleh jugak pakai. Pasal parking ko jangan tanya aku.. masa aku sampai aku tak nampak pulak parking space yang disediakan.. so aku assumed tak ada. Parking je tepi-tepi bangunan depan station tu. Kalau kena saman nasib kau lah. Alhamdulillah haritu nasib aku baik kot tak kena saman πŸ‘


Us
Korang yang belum try naik MRT tu pergi lah. Tapi start harini dah kena bayar. Aku ada tengok kat fb.. tambah MRT murah je. 

Tadi kat atas ada mention pasal aku baru berhijab tahun ni. Kat bawah ni saja nak lekatkan gambar-gambar aku berhijab untuk korang cuci-cuci mata. Jangan gelak tau kalau tengok tudung aku senget benget. Bermacam-macam tutorial dah aku tengok.. bila buat practical baru tau betapa kadang-kadang susah & kadang-kadang mencabar keimanan aku.. hahaha.

My 1st ever picture yang aku post kat FB awal tahun 2017. Alhamdulillah. Ramai kawan-kawan & sedara mara yang bagi sokongan padu πŸ’ͺ dengan penghijrahan aku. Syukur sangat. Korang sangat supportive.. love uoll very strong πŸ’—

Ada yang komen mintak nak tengok gambar kaler. Masa tu rasa tak confident lagi nak show out gambar kaler. Masih lagi keluar dengan gambar yang tak berkaler. Wow! bajet hot stuff sangat nih. 
Pastu keluar dengan gambar semi berkaler pulekkkkk.. kau ghaserrrrr??? hahahaha


Masa ni dinner kat Kenny Rogers masa promotion buy 1 free 1.. ngeh ngeh ngeh πŸ™ˆ
So itu saja gambar yang dapat aku share ngan korang untuk ubati rindu korang kat aku.. muahahahaha. Akan bersambung lain kali.. itu pun mengikut kerajinan.. kalau tidak, kita jumpa lagi tiga purnama di entry lain πŸ™Œ
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah