Thursday, June 6, 2013

Bukit Gambang Safari Park + Night Jungle

Ehhhh Chop!!! acaner plak lah aku bleh tercicir cerita malam tu lepas gi makan..  
Tak apa lah, aku sambung kat sini lah yer.. 

Malam tu lepas gi makan kat area Resort, kitorang gi jalan2 kat Safari Park + Night Jungle.
Oppsss jalan2 kat luar je lah.. tak masuk pun.. Coz mahal & tak berbaloi je bagi aku..
Masuk dalam tu gelap2 semata2 nak tengok binatang.. no no no.. tak mo!!
So bergambar kat depan enterance je lah. Coz esok nya pun pagi2 dah nak ke Water Park.

Harga masuk ke Safari Park + Night Jungle tu kalau ko ada MyKad, Adult RM38 Kids RM18
Kalau ko bangsa asing, harga lagi sengat. 
Baik lah ko masuk Water Park disiang hari & murah sket dari Safari Park + Night Jungle tu.. 
Tajuk atas tu macam ko masuk je kannn.. hahahaha
Tak lah, memang tak masuk pun.. bergambar kat depan ajos ;)


Bergambar depan pintu sajok.. sambil2 riki line hihihi
Ni pun dua beradik tu dah memekak2 ngajak masuk, maka tiada layanan istimewa dari bapak diorang.. hahaha 
Bukan tak kesian kat diorang, tapi kalau masuk tak berbaloi, buat haper ko tabur duit masuk sana kann???!!

Dah depan pintu masuk.
Dengan harapan kedua2 budak ni nak masuk sampai kedalam.. muahahahaha

Tak apa lah nak oii, 
bergambar kat dinding yang ada binatang pun boleh lah, dari tak ado langsung.. hahaha
Nampak tak kedua2 budak ni posing ala2 macam kat Trick Art Museum.. Ini semua pengaruh huahuahuaaaaaa :D

Lepas dah bergambar kat sana, balik tu Aku & KHaNish balik naik tram..
Hotel pun tak jauh dari Safari Park ni, naik tram singgit je dia charge.
Nenek & Nizam balik naik kereta ikut belakang tram.. 
Kemain suka lah KhaNish naik tram, dah serupa naik bas mini.. kahkahkah.. 

 Ini lah wajah tram tu.. bayar singgit terus dia hantar ko kat depan Arabian Bay.. 

Masa tunggu Nizam pegi parking kereta, aku melayan KhaNish bergambar kat sekitar lobby hotel.. 
Sekali ternampak plak dua ekor unta sesat tu.. hahaha 
Abessss dah nama pun 'Arabian Bay Resort' harus lah ada ciri2 Arabic sket kann.. 
Dalam IG kawan aku kata, ko gi Abu Dhabi ke?? I kata 'Oh tak perlu jauh2 sana, kat Bukit Gambang pun dah ada unta' kikiki ;P


All the way nak ke lift.. 

Sekarang, perangai diorang pantang nampak kosi urut serupa ini..
Asal nampak je terus kata 'Mummy nak singgit nak massage2' 
kalau dua orang duahengget.. memandangkan kat rumah ko tak ada kosi ni, mak ko kasi lah sorang singgit.. hahaha

Ok jom lepas ni aku cerita sikit pengalaman aku kat Water Park pulak yer.
Itu next entry. Entry kemain ada tiga empat, padahal pergi nya 2D1N jer.. hahaha
Bukan apa uolls, ada sorang member aku tu, kalau aku letak satu entry je lepas tu nak lagi lagi lagi.. 

Lebih baik aku buat banyak2 entry supaya dia muntah hijau baca entry aku yang banyak ni yang padahal nya aku pergi ke satu tempat je pun.. hahahhaha 
To Hanna Rayner nah hamek.. baca puas2.. kikiki ;P
Read More

Tuesday, June 4, 2013

Arabian Bay Resort, Bukit Gambang City

Sampai je dah dekat pukul 2, helok sangat lah check-in dulu..
perut pun dah kenyang.

Nizam booked Family Deluxe, Arabian Bay Resort
Molek sangat lah tu, memandangkan Mak aku pun ikut sekali, so ada dua bilik & boleh lah mak & KhaNish tido dibilik sebelah ;D
Agak privacy sikit lah makpak ko yer KhaNish.. hehehe 

Lepas check-in, hangkut barang naik keatas, kitorang lepak meluruskan pinggang kejap dalam bilik.
agak2 dah pukul 3.30pm, KhaNish sibuk ajak turun berkubang.. 

Hadoiiii ini yang mak ko lemah ni!! 
aku ni bangsa pemalas nak turun meneman diorang kalau berkubang.. 
sebabnya, diorang tu kalau berkubang tak reti nak sekejap2.
Bohsan dowh =(
Kalau dapat pool depan pintu macam kat Dawn Chalet haritu kan best, tak payah lah mak ko jadi penunggu korang dikala korang berendam.. huhu

Asek dah melalak ngajak mak ko turun, end up aku turutkan lah jugakkkk.. Gggrrr
Nizam dah surrender awal2, nak tido katanyer.. penat driving dari KL ke Gambang.
Leh bukan jauh pun KL - Gambang.. 
psssttt.. nak tahu kenapa penat sangat???????? *cakap bisik2*
sebab malam2 asek layan Candy Crush sampai tengah malam.. huwaaaaaaaaa 
Ini semua salah Candy Crush..puuuiiiiiiiii :'(

Pukul 4pm turun bawak KhaNish pegi pool, selagi tak turun, selagi tu diorang memekak kat aku.. huhu

Jom layan KEEK diorang ;)


Tengok eh, lepas habis je diorang bercakap, terus lari lintang pukang masuk dalam air.. hahahhaha
Suruh cakap kat KEEK pun muka macam terpaksa.. derrrrrrrr :p


Nampak tak keterujaan diorang bila dah dalam air???  hahaha
itu belum lagi ke Water Park.. nanti tengok kat next entry eh ;)

Terjunan dari Khairine.. 


Terjunan hebat dari Danish.. hahaha sampai terlipat kaki ko dik.. 

Nenek lepak tepi je tengok cucus dia berkubang kat pool.. hehe ;P

Aku pun lepak tepi.. 
Konon bajet ala2 macam ongputih ar sambil berjemur.. kononnyaaaa huhihuhi :D

Nak tengok lagi KEEK tak? 


Sibuk suruh aku KEEK dia sambil berenang.. 



Khairine pun nak jugaakkkkk 

Agak2 dah 2 jam berendam, aku pun dah tak koser nak layan diorang menunggu, moh lah kita naik atas.. mak ko dah kepanasan, kemengantukan, kepenatan menunggu..

Malam pulak di makan kat luar.
Yang tak bestnya di kawasan terdekat tak ada tempat yang menarik & happening untuk nak cari makan.
Semua jauh2.. kalau nak helok sikit pun kena lah ke Teluk Chempedak sana.. jahuh plak tu 45minit dari BGRC ni, jalan pun gelap sitap.. tak koser nak pegi jauh2

Cari punya cari, ada lah kedai tomyam tepi jalan.. nak tak nak, santap je lah kat situ.. no choice.. 

Esoknya ke Water Park pulak.. tunggu next entry.. *masa buat entry ni pun aku rasa dah nak terpejam bijik mata ni* nantokkkkkkkkkk 


Nite2 ;)
Read More

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur

Yeayyyy cuti sekolah dah bermula.. 
Khamis & Jumaat lepas aku & Nizam apply cuti, 
bawak anak2 ke Bukit Gambang Resort.

Hotel & water park Nizam dah siap booking awal2.
Aku & anak2..cuma get ready je.. senang banyak hidup aku kannnn semua laki yang buat.. 
huhihuhi trima kaceh Bie.. *peluk kuat2* ;P

Tapi sebelum kamiorang sampai ke Arabian Bay Resort untuk check-in,
kamiorang singgah makan dulu kat Tanjung Lumpur.

Mak pun ikut sekali, bawa mak jalan2 sekali dengan anak menantu & cucus dia ;)
time tu sampai Kuantan pukul 11.30am, terus menuju ke Warong PakSu & Maksu, Tanjung Lumpur


Nampak kedai ni buruk & sempoi, tapi foodies dia sedap.
Kedai ni letaknya betul2 sebelah Balai Polis Peramu.


Keadaan dalam kedai ni.. kemain ramai orang datang. Mostly orang luar yang banyak singgah kot.. sebab sini makanan dia sangat variety.

Dalam pada variety pun, ko kena datang awal Kiah, ko lambat je semua akan pinish oredi. hahaha


Ini lah benda pertama yang aku nampak bila masuk dalam kedai ni.. Omnomnomnom.. dapppppp ;D

Actually ni kali kedua aku makan kat sini, last datang on 2011 masa tu Girls Vacation katanyer..  Girls lah sangatttt.. dah mak budak pun Kiah oiii ;P
OK lupakan saja.. kalau korang nak baca, sila lah klik kat link tu yer.. kalau tak nak, tak payah.. :O

Jom tengok apa makanan yang ada & yang kitorang makan haritu.. 


Side ni semua seafood celup tepung.. manyak sidapppp ;p

Udang celup tepung ni sedap! udang baru plak tu, terasa kemanisan udang tu.. 
hahahha ada macam pengacara JJCM tak?? derrrrr ;P


Ikan celup tepung, pun sedap ikan baru naik dari laut kot.. nyummmmyssss ;D



Kuih-muih aku tak amek kecuali ketupat palas goreng dia yang sedap gilossss.. walllahhh 


Otak2 ni sedap tahap gigil ok.. 
Isi ikan + kelapa.. menyesal tak makan banyak2, bila tengok gambar ni rasa nak gi repeat jew =(

Pulut panggang pun sodap, inti ikan belaker.. 


Ini lah sata yang tengah dipanggang tadi.. lepas dah di panggang dia terus lambak kan dalam talam ni untuk ko kutip berapa bijik ko nak santap.. memang sodappppppppp 

Dalam bungkusan ni Laksam, aku pernah try dulu laksam dia..
honestly tak sedap, kuah cair.. so tak berani nak try lagi takut tak habis, membazir ajos..
Tak tahu lah kalau kali ni dah sedap pulak.. 


Nasi minyak & kari ayam menjadi pilihan hati ku untuk hati tu.. boleh tahan gak sodappp.

 Ketupat Palas, Udang celup tepung, Sata, kopok lekor, otak2 dalam 1 pinggan.. 
pinggan yang lain malas nak snap.. lebih baik aku concentrate kat makanan dari dok amek gambar makanan.. muahahhhahaha 

Lepas dah mendapat sedap makan2, patah balik ke arah Gambang nak check-in hotel.
Jalan nak ke Tanjung Lumpur ke Bukit Gambang ambik masa dalam 45minit.

On the way tu singgah tepi sungai Kuantan jap amek gambar KhaNish dengan tulisan KUANTAN kat tepi sungai tu.


Sekarang dah tak boleh pegi ke benteng sungai tu coz sorang buat renovation.
So amek gambar kat tepi pagar sebelah Shell pun jadikk.. hahhahaha
janji korang ada gambar kat situ ;P
Read More

Tuesday, May 28, 2013

Klebang Original Coconut Shake

W/pun kampung Nizam kat Melaka, tapi ini lah 1st time baru aku dapat merasa minum coconut shake kat Melaka hahaha 
Abes, asal nak pergi je ada je hal, tak sempat. 

Lepas dah buat lawatan sambil belajar bersama Ibu Bapa kat museum haritu, Nizam terus bawak kitorang ke Klebang.

Perrgghhh dari tepi jalan je dah jammed Jah!! 
mula2 ingat apahal lah jammed menggila ni, ingatkan ada orang kawin ke, accident ke apa!!
rupa2nya nahhhhhhhh tu dia penangan Coconut Shake kat Klebang tu. 

Kat tepi jalan tu je aku dah nampak orang begitu punya ramai beratur nak membeli coconut shake.
Bila Nizam masuk je ke lorong sebelah coconut shake tu, aku pun turun lah beratur sorang2 sementara Nizam nak pusing kereta kononnya nak cari parking.

Aleh2 time aku beratur, Nizam call aku suruh aku ke belah belakang.
Tanjat kita rupa2nya ada kedai dia kat belakang tu.. hahahaha *sangat jakun* ;P

Aku pun cepat2 lah jalan kaki sikit ke lorong belakang tu.
Masuk2 je kedai dia.. perrrgggghhhh ramai giler orang okeh!!!
Aku kalau ramai sangat, aku memang tak suka. Lagi2 nak kena berdiri tunggu seat... derrrrrr

Helok je aku berdiri sebelah meja makcik tu, dia pulak bangun..
perrrgghhh memang rejeki aku anak beranak lah dapat seat cepat.

Kat situ ko kena aggressive sket, kalau ko lemau je tak mintak order atau tak reti nak membeliak kan bijik mata mencari seat, alamatnya sampai ke malam lah ko cangok kat situ Jah.. hahahaha

Amek kuih & nasi lemak, ngap kat situ.
Order 4 gelas Coconut Shake, makan & minum sepantas kilat, dah kenyang boleh terus rambossss
Kesian kat orang2 yang menunggu nak duduk tu.. 

Ni lah keadaan kat kedai tu..yang menunggu siap berdiri2 
Tak tengok kat belah belakang kedai ni lagi.. kemain ramai manusia!! 
Aku pun tak lepak lama kat sini, janji aku dah dapat apa yang aku idamkan dah cukup =)

Ni keadaan kat luar, yang take away punya.. 
dalam gambar ni nampak x panjang Q, sebenarnya lagi panjang sampai ke belakang okeh!! 
Mohon percaya sekarang!! 


Ni Khairine punya, minum tak abes, maka tapau bawak balik.. 

Lain2 gambar aku tak dapat nak tunjuk..
sebab NIZAM DAH TERDELETE GAMBAR2 TU!!!!
huwaaaaaaaaaaaa sakit hati kita!!!!! 
You tahu tak Bie, I sangat kecewa tahu tak???!!!!
Adoiii nak marah pun yer juga, nak gelak pun yer jugak.. hahahahahahha (gelak marah)
Hadoiii bikin panas betul lah laki aku tu... Ggggrrrrr

Ada lah dua gambar yang aku sempat post kat IG 
Cer try klik kat sini kalau nak tengok & kat sini 

Dah lah lupakan je cerita pasal coconut shake tu.
Meh aku tunjuk plak kat korang gambar2 KhaNish naik kuda kat Dataran 1 Malaysia =)



Ni kat Pantai Klebang, sebelah menyebelah dengan Dataran 1 Malaysia.


 RM10 seorang untuk 1 round.. tak jauh tak dekat.. berbaloi lah seploh hengget sorang.

Aku kira2 dalam 10 minit je kot 1 round tu..
Kalau round satu pantai Klebang tu, aku rasa mau budak yang tolong bawak kan tu pengsan!! hahaha


Menghabiskan Coconut Shake anaknya yang tak habis hehehe 

Korang nampak tak deretan kedai kat belakang tu??
kat situ macam2 mainan ada. Salah satunya layang2 lah yang KhaNish mintak nak beli..
nak main kat tepi pantai katanyerr.. 
memang tak dapat layanan lah dari bapak korang KhaNish.. hahaha

Sekali nampak kuda, terus tak sebut lagi dah pasal layang2..

Nizam bayar doploh hengget, nah naik lah ko kuda disana dua beradik.. haha ;p
Read More

Monday, May 27, 2013

Museum Samudera & Museum TLDM, Melaka

Kitorang kalau pergi Melaka tak payah nak pening2 kepala cari Hotel, sebab kat Melaka kitorang dah memang ada tempat untuk stay. Kampung Nizam kan kat Melaka. So kitorang stay kat rumah kampung Nizam je lah.. dah save kat situ tak payah nak cari hotel ;)
untung kawin dengan orang Melaka ni ;P

W/pun selalu balik Melaka, tapi masih ada lagi tempat2 yang nak kena bawak Khairine & Danish ke tempat bersejarah di Melaka. Kalau nak bawa, dari dulu memang boleh bawak dah tapi memandangkan dulu2 kan diorang masih kecik lagi, mana lah nak paham apa pun kannn.. 

So Sabtu lepas bawak Khairine & Danish (KhaNish) jalan2 kat Bandar Melaka. Bawak masuk ke Museum Samudera, tak tau ke?? alahaii yang kapal besau tu.. dalam tu lah museum nya Jah oiii.. hehe

Memandangkan KhaNish pun dah besar, dah bersekolah, dah pandai membaca & dah paham, sekarang baru lah Babah & Mummy boleh bawa KhaNish ke tempat2 gini ;)


Untuk more info Klik Sini

Aksi mak diorang & anak2, idea si bapak yang suruh kitorang sandar kat dinding tu hehe 

Bergambar sikit2 je dalam ni, yang penting KhaNish dapat baca & faham semua sejarah yang ada dalam museum ni.. Eceh macam belajar Sejarah pulak kannn.. Ini namanya lawatan sambil belajar bersama Ibubapa.. hahahaha


Ini kat tingkat atas, Captain Cabin. 



 Mak kau yang terlebih bergambar.. sibuk nak tarik tali tu buat haperrrrr.. derrrrr :p

Angin kuat kat atas ni.. best tapi panassss 

Ada je yang nak nyebok bila mummy nak amek gambar =(





Jom ke Museum sebelah pulak.. 







Lepas dah kepenatan & kepanasan, kitorang pun gerak dari sini. Nak ke Klebang pulak pekena Coconut Shake. 

Itu Next entry eh ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah