Wednesday, September 10, 2014

Tamu Dari Bandung

Terkejut bila tengok kat timeline FB Pak Budi bergambar kat KLCC. Siasat punya siasat rupanya memang sah dia ada kat KL.. kemain orang tua tu main surprise2 tau-tau je dah ada kat Kolumpor.. hehe.

Korang kenal Pak Budi tak? tak kenal?? mesti korang tertanya-tanya siapa Pak Budi dengan family aku kan?? Pak Budi ni kan supir kitorang masa kitorang kat Bandung dulu. Tiga tahun berturut2 dari tahun 2012, 2013 & 2014 kitorang ke Bandung mesti ambik dia as our Pak Supir. Dah kenal dah macam keluarga sendiri dah. Kalau nak tau cerita2 aku kat Bandung pergi baca cerita2 tu kat side bar sebelah kanan blog aku ni.

Hari Selasa haritu 3 September kitorang bawak dia pergi makan kat Flora Kafe. Dia kata memang dia nak jumpa sangat dengan Emak & anak-anak aku.. rindu lettew.. hahaha. Ha yor lah Pak Budi, mari kita pergi makan2. Nizam pergi jemput dia kat area Kolumpor. Aku balik je dari kerja terus jumpa dorang kat Flora Kafe bawak Emak & budak2 skali.


We are family.

Kelakor ayat Pak Budi haritu masa dia cakap kat Nizam "Pak, jangan bagi makan yang aneh-aneh ya"  muahahaha. Pak Budi kan tak biasa dengan makanan Malaysia.. yang dia tau nasi goreng dengan teh tarik je kalau makan kat Bandung. Puas kitorang ajar dia makan Pizza masa kat Bandung haritu.. aleh2 dia cakap "Ga bisa makan keju Buk.. nanti kepala jadi pusing" hahahaha.. kampung dot com sangat!

Kamiolls

Khairine Danish & Pak Budi

Pak Budi ni suka melayan Khairine & Danish.. Kalau chatting dalam whatsapp Pak Budi selalu pesan "Salam pada ade Khaterin & ade Danish ya buk" Ade tu stand for adik.. dan tiba2 nama anak aku jadi Khaterin.. apa2 je lah Pak.. janji kau paham ;p




Teman rapat antara dua Benua.. Pak Budi & Pak Nizam



Gambar kenangan bersama Pak Budi


Emak request ambik gambar dia kat bunga2 ni.. Chantek katanya :)


Selfie laki bini seketui hehe ;P


Mummy with kiddos 

Malam tu Pak Budi tidur rumah kitorang.. esoknya bawak dia jenjalan lagi.

Nanti aku sambung entry lain pulak yer.. Kitorang bawak Pak Budi pergi Putrajaya. Kemain jakun orang tua tu tengok keindahan Putrajaya.. hahaha.
Read More

Thursday, September 4, 2014

Happy Hour with Kiddos

Start bulan September ni aku dah boleh gumbira sebab opis aku dah tak buat alternate Saturday lagi dah waktu kerja.. hohoho mana ada orang kerja hari Sabtu lagi dah kannnn.. opis ni baru terhegeh2 nak mansuhkan hari bekerja hari Sabtu.. poyo! Orang nak menggeletis hari weekend pun susah! Lantak lah janji dah diwartakan tak bekerja setiap alternate Saturday pun aku dah happy.

Ni cerita Sabtu lepas lah ni.. hari terakhir aku kerja untuk setiap alternate Saturday. Balik je kerja tengahari tu menggelupur keluar opis nak cepat2 sampai rumah. Emak aku nak lepak rumah Kakak aku haritu.. so jumpa kakak aku halfway kat Subang lepas tu chow pergi Sunway Pyramid jenjalan bawak budak2.

 Membelek mengalahkan aku.. kemain lama.. mencikkk ;p

Dah jalan merata dalam Sunway Pyramid terus masuk Parkson. Si Khairine tu bukan boleh nampak Parkson, mesti wajib masuk.. sebab dia kan giler barang2 Monster High.. anak perempuan korang kalau tanya Monster High mesti diorang tau. Lepas ni korang jangan lalu depan Parkson tau.. hahahaha.


 Leka dari satu benda ke satu benda dia telek

Tu kat tangan tu ada paper bag Jelly Bunny.. dapat beli sepasang.

 Lepas dah telek2 accessories terus ke tempat Monster High pulak.

 Dia dah start tengok price kat kotak

 Lepas tu pegang2 kotak.. dengan harapan nanti aku tanya dia nak ke tidak..derrrr ;P


Dah mula nak pilih mana yang dia berkenan.
Aku perati je dari jauh.. takut nak dekat2 dengan dia.. lepas curi2 snap gambar dia ni aku terus bla jauh2 sikit bagi dia tak nampak aku.. hahaha. Kalau aku berdiri dekat2 karang macam2 dia mintak. Nizam pulak dok melayan Danish kat bahagian budak2 lelaki. Si Danish tu pun sama jugak tu.. aku tengok bapak dia berdiri jauh2 sikit dari anak jantan dia.. takut kena paw lettew.. hahaha.

Lepas tu masuk H&M pulak. Aku ingat nak cari seluar jeans Khairine sehelai.. dapat pun.. itu pun dia yang pilih sendiri. Lepas tu dia dok belek2 baju pulak. Amboi niat mak kau sebenarnya nak belikan seluar je selai.. aleh2 tengok dia membelek baju lagi pulak. Over sangat! 

Mari tengok gelagat dia.









Ini lah ragam budak umur 10 tahun bila bershopping. Nasib baik si Danish tak kaki sopping macam kakak dia. Danish more to beli mainan2 kartun apa entah.

Tengok gaya Danish pulak.




Kedai2 macam ni lah kesukaan Danish dengan bapak dia.

Keluar je dari Sunway Pyramid kitorang terus ke Bangsar nak lepak coffee-coffee.

Nanti cerita kat entry lain yer biar aku release entry ni dulu dah lah lately ni blog aku ni dah macam terabai je.. dengan entry lain nanti nampak lah banyak sikit berupdate.. hahaha.

Kbai :))
Read More

Thursday, August 28, 2014

Khairine Belajar Silat

Amboi kau hantar anak kau kelas silat Jah?? Yer Cik Bedah.. aku hantar anak aku belajar silat. Actually abang aku yang suggest suruh hantar anak2 aku belajar silat sebab dia pun belajar silat kat tempat ni jugak.. tapi dia dah lama start. Jangan takut yer tuan-tuan dan puan-puan.. Khairine cuma belajar yang basic2 je plus more to untuk buat persembahan je kot2 ada jemputan orang kawin ke atau mana2.. Silat untuk pertahankan diri pun dia ada belajar juga.. tapi tu bukan yang level2 orang tua punya ar.

 Pengurusan Seni Silat Setiabakti Malaysia

 Pasang kuda-kuda

 Tak nampak Danish dalam gambar ni kan?? dia memang tak ada.. sebab dia tak minat nak bersilat. Ok fine. Budak2 ni tak boleh paksa nanti dia belajar sekerat jalan je lepas tu aku yang stress sebab dah keluar duit. Sebenarnya Mummy pun tak minat jugak.. Mummy cuma minat bersilat atas katil je dengan Babah.. muahahaha.

Masa abang aku suggest suruh budak2 ni belajar silat, Khairine kata dia minat.. minat kalu mak kau confident nak hantar untuk belajar silat.. kalau dia kata tak minat mahap dipinta. 

Jangan jadi macam tahun lepas sudah.. dia sibuk nak belajar swimming.. bila hantar ke swimming class dia belajar satu sessi je.. lepas tu tak nak sambung lagi dah.. gggrrr. Alasan dia sebab sejuk.. lagi pun malas nak bangun pagi-pagi. Mana taknya.. class start pagi pukul 8 pagi setiap Sabtu dan Ahad. Mesti korang tertanya2 kenapa tak pergi sesi petang.. tau kenapa? sebab petang banyak program aku boleh buat. kalau pergi kelas pagi habis pukul 10 je.. lepas tu tengahari dah boleh meronggeng.. maklumlah weekend kannn.. tu je masa yang boleh merayap.

Minggu lepas 17 Ogos.. kelas pertama Khairine attend belajar silat. Kelas dia setiap hari Ahad pukul 11pagi sampai 12.30tengahari je. Baju belum beli lagi.. so pakai je lah tshirt dok rumah dengan seluar track sekolah tu.. hahaha. 

Masa nak pergi haritu aku cakap kat Khairine suruh dia pakai kasut sebab aku tengok dia pakai selipar je. Pastu kena sound.. "Mummy, belajar silat mana ada pakai kasut.. pakai kaki ayam je lah".. pfffttt termalu mak kau sekejap.. hahaha.


 Tumbuk

 Tumbuk

Lepas tu balik rumah dok mengadu kat aku tangan dia sakit sebab pergi tumbuk punching bag tu.. hahaha. Silat kata ko.. kena lah tabah nak oiii :D

 Dua orang sebelah Khairine tu anak-anak abang aku. Elok lah korang belajar silat bersama sepupu. Jangan dah pro sok bertumbok sesama sendiri udah ler.. hahaha. Yang paling aku risau mana tau sok-sok aku bergaduh dengan Khairine, dia wachaaa kan aku pulak nanti.. hahaha.
Read More

Monday, August 25, 2014

Kegilaan Laksa Sarawak

Ada hari tu minggu lepas kot.. teringat yang gelang tangan aku dah lama tersadai bawah bantal (sorok bawah bantal yer.. kau mampu??)  rantai kat cangkuk gelang tu dah putus. Lepas balik kerja aku ambik Khairine dulu kat rumah ajak teman aku ke Tesco Ampang. Dalam Tesco Ampang ada kedai emas Poh Kong.. bila masuk dah cerita2 kat cina tu suruh dia ganti. Lepas tu cina tu kata suruh tunggu dalam 45minit ke satu jam. Mampossss.. takkann nak balik dulu. alang2 dah ada kat Tesco tu walaupun dekat nak balik dulu tapi aku dah malas nak keluar balik kalau dah sampai rumah.

Sementara tu Khairine ajak pergi Popular sebab dia nak beli buku cerita dan buku latihan.. layan kejap dalam 15 minit then settled.

Aku cakap kat Khairine.. "jom lah kita lepak minum dulu kat Kluang Station tu Khairine.. mummy haus lah".. Bila dah duduk selak menu tengok macam dah terpikat plak dengan Laksa Sarawak dia.. nyummm mari lah kita try. Order semangkuk je aku share dengan Khairine..

Laksa Sarawak Kluang Station

Actually atas tu ada taugeh tapi aku request tak nak taugeh. Nampak biasa2 je kannn??? tapi sedap nak mati sampai menjilat ibu jari kaki!! hahaha.

 Apa ke teruk benau budak ni.. Mak kau tak masak ke kat rumah??? ishhh ;P

Licin dikerjakannya.

Dalam pada dia dok hirup2 kuah laksa tu dia tanya aku "mummy, mummy nak lagi ke tak? kalau tak Khairine habiskan ni.. sedap sangatttttt rasa macam nak order lagi satu je" (sambil buat muka comel). Yer lah nak.. habiskan lah kalau dah kata sedap sangat. Dalam hati ni rasa macam nak cari batu belah batu betangkup je time tu.. hahaha. Fikir anak punya pasal, kau makan lah.. mak kempunan pun tak mengapa wahai anak =)

Lepas tu esoknya aku repeat. Kali ni bawak emak aku dengan Danish sekali. Nizam tak ikut sebab dia balik kerja lambat.

 Repeat Laksa Sarawak lagi..

 Nenek & Danish.. 
 Danish pakai baju tidur je haritu.. baju tidur gambar Frozen okeh!! kau mampu bagi anak jantan kau pakai baju tidur Frozen pergi Tesco?? muahahaha.

Kitorang semua order Laksa Sarawak sorang semangkuk.. jakun betul.. mentang2 bulan depan nak pergi Sarawak.. *Oppsss terpecah lubang plak*.. hehe. 


Roti jala 

Roti jala yang ada dalam menu kat kedai ni buat aku tertarik sekejap.. tertarik dengan harga dia yang tak masuk akal tu. 

Aku whatsapp gambar ni kat SIL aku.. dia kata "kalau harga macam tu along boleh buat 3 kilo tepung Za.. kau jangan order".. terus aku tergelak.. hahaha. 

Yer lah 5 keping je kot roti jala tu.. lepas tu dia alas dengan daun pisang yang sebesar bijik je tu.. then secebis kuah dia.. can choose rendang daging or kari ayam.. haha. Memang tak teringin lah Kak Jah nak order Dik Kiah oii.. baik Kak Jah buat sendiri.. Kak Jah kan dah pandai buat ROTI JALA :)
Read More

Thursday, August 21, 2014

Beraya di Rumah Ryta Bersama Besties

Minggu lepas hari Sabtu aku ada 2 undangan open house.. first tu aku ke Puncak Alam.. nunnn jauh dah nak sampai ke Kuala Selangor sana.. bapak jauh!! 

Kawan lama punya pasal, aku attend jugak lah. Actually dia ni ex boss aku masa aku kerja kat SYABAS dulu.. disebabkan dia call aku paksa suruh datang, aku pun kena lah datang.. tak cukup dengan call siap whatsapp lagi.. serba salah pulak kalau rupa itu orang dah jemput tapi tak datang. Terharu sangat bila orang mengangkat diri ini macam RATU.. auuwww ratu sangat Jah!! hahaha. Kat sana tak bergambar sebab sibuk mentedarah.. lapau kata ko.. hehehe.

Selesai je open house kat Puncak Alam, terus shoot ke Ampang.. open house kat rumah Ryta pulak. Actually open house ni Ryta buat among kitorang je.. dia kata esoknya tu baru dia panggil kengkawan lain pulak.. tak boleh campur katanya nanti runtuh rumah.. amboi kau Ryta.. macam dok rumah kampung jer kannnn.. hahaha.

Tak tau lah nak cakap.. ni sessi bergambar ke atau sesi makan2 sempena open house. Sebab yang banyaknya sessi bergambar dari sesi gambar makanan dan makan2.. hahaha. Well kitorang ni walaupun dah berpangkat mak-mak orang, perangai masing2 lebih dari anak masing2. Kalau tengok kat gambar tak lah nampak sakainess dot com sangat.. tapi kalau siapa yang kenal kitorang-kitorang ni tau lah tahap kepala otak "sot" kitorang macam mana.. hahaha.

Kitorang ni kawan sejak dari sekolah dulu.. sama2 sekolah kat Ampang Girl School (ARGS) dari form 1 sampai form 5. Sekarang masing2 dah jadi mak orang.

Me, Ryta, Shida & Kak Syida

Bak kata shida "kami lah empat geng bantut" hahaha kongajau sangat. Actually Kak Syida tu kakak kepada Ryta.. senior kitorang masa sekolah Ampang Girl dulu.. disebabkan kepala "sot" dia pun macam kitorang jugak, memang boleh jadi geng "sot" ar kitorang semua.. hahaha.

Lama tak jumpa diorang ni.. selalu borak dalam group whatsapp je. Kalau tidak ada jugak lepak coffee sambil menjoyah macam kat Flora Cafe haritu.

Aku rasa gambar ni satu je yang paling senonoh sikit time makan.. gambar2 lain puas aku belek tak ada yang elok.. hahaha.

Dah jom tengok gambar selanjutnya.

 Baju biru kiri sekali tu anak sulong Shida.. ko tengok lah badan dia dah sama besar dengan mak dia dah (baju pink) dia lah selalu menjadi mangsa mak dia dan kawan2 mak dia yang giler bergambar ni untuk dijadikan jurugambar tak professional.. hahahaha.. Hi Nabila.. Kak Zaza love you.. kikiki. Kenyataannya Nabila memang panggil aku KAK ZAZA okeh.. hahaha ;P


 Me & Kak Syida. 

Orang tua ni anak dua orang dah besar2 plak tu.. tapi tetap vogey (vogue) the vass.. tapi satu je penyakit dia ni.. suka sangat buat memek muka bila bergambar.. ada je rupa tak senonoh yang dia buat nanti.. tengok lah tu.. hahahhahaha.

 Me, Shida & Kak Syida

 Me & Kak Syida

 Us

 Ada dua orang lagi geng yang tak dapat datang malam tu.. tapi apa kan daya.. acara makan memakan tetap diteruskan.. hahaha.

 Shida, Kak Syida, Me, Syarlina, and Ewin

Masa bergambar pun tetap kendong anak.. dulu masa sekolah2 aku tengok korang kendong buku je.. hahaha. Macam tak caya je masing2 dah beranak pinak. Rasa macam baru je lagi buat jahat kat sekolah dulu.. hahaha

 Kau tengok perangai Kak Syida.. orang tengah syok2 nak bergambar dia datang terus tekup muka aku dengan Shida.. kau kan kakkk!!!.. hahahaha

 Kiddos

Asek gambar emak2 je.. mari kita panggil anak2 pulak. Gambar suami2 tak ada.. sebab diorang bukannya kisah pun nak bergambar.. diorang tu lebih rela tengok gambar dari melayan bini2 diorang bergambar.. hahaha.

Sekarang turn emak-emak pulak bergambar kat tangga.







Ya ampun tak senonohnya kau Jah!!.. nampak sangat busy body.. hahahaha.

Malu nak tampal kat sini gambar muka yang teruk2.. kalau siapa yang follow aku kat IG, aku ada post gambar2 tu kat IG. so rejeki korang lah dapat tengok gambar2 buruk tu kat IG aku.. hehehe

Bye :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah