Thursday, July 18, 2013

Bantuan Untuk Pesakit Barah & Lukimia

Salam Ramadhan uolls.... puasa ke korang?? apa?? puasa?? Alhamdulillah.. hehe. Dah beberapa hari Kak Yah tak keudara kannnn.. Kini Kak Yah keudara lagi..*nyanyi lagu Francisca Peter sket* muahahhahaha 

Sejak bulan puasa ni aktiviti kamiorang agak terbatas.. tu yang tak ada cerita menarik nak di keudarakan.. Kalau keluar pun bukan boleh gi makan2. Nak shopping pun tidak, masa aku ke Bandung bulan April yang lepas aku & Nizam dah siap2 beli baju raya buat Khairine & Danish.. save disitu. Kalau ada pun tinggal sikit2 je lah persiapan yang perlu kami beli nanti. Time weekend je pun tak berjalan sangat. Kalau tidak selalunya on weekend je mesti ada outdoor aktiviti yang di plan oleh sang suami..

Cewahhhhh sana sini review dok cerita pasal menu bersahur & buka puasa tengokkkkkkkk *jenjeling mata* aku?? hurmmm macam korang jugak.. kadang2 masak, kadang2 beli.. menu pun lebih kurang korang juga sama. Kadang2 adalah aku cilok idea menu korang tu.. ngehngehngeh. 

So far kamiorang masih bertahan sahur & berbuka dirumah ajos.. Planning untuk berbuka diluar tu nanti aku kena tanya dengan Tuan Nizam dulu.. Kamiorang ni bukan bangsa pemakan punya orang begitu juga Khairine & Danish.. makan pun kadang2 tak habis.. nak pergi buffet pun kena pikir seratuslimaplohjutakali.. karang membazir dosa plak kennn.. 

Bila renung2, orang lain yang susah nak dapat makan tu sampai kebuluran dibuatnya. Kita ni yang mewah dengan makanan sampai membazir-bazir aku tengok. Tak payah fikir orang luar lah, korang tengok homeless yang kat tepi-tepi jalan tu pun korang mesti rasa insap diri. Begitu jugak aku.. rasa nak nangeh je bila tengok pembaziran berlaku. Kita nak mencari duit bukannya senang Senah oiii.. sekali dapat duit, ko membazir.. tak sayang ke?? =(

Mungkin itu lumrah kot.. dalam pada lumrah tu, sila lah beringat2, jangan membazir yer.. lagi2 dibulan Ramadhan yang Mulia gini.. lebih baik bersedekah dari membazior!! ada paham???!! hurmmm sekian sahaja Ceramah Semanis Tamar dari Ostajah Zaza hahahaha :D

OKlah nanti kalau ada cerita menarik disepanjang bulan ramadhan ni, aku buat review yer.. sekarang aku nak cerita pasal kemusyikilan email2 yang aku terima lately ni. So far dah tiga email yang aku terima dari orang yang aku tak kenal. 

Kalau korang ngeri tengok email tu panjang berjela & pemalas nak baca, korang baca Email 1 je pun dah cukup. Sebab cerita dari Email 2 & Email 3 tu lebih korang sama je Cik Senah!! usah lah ko runsing sangat.



Email 1 :
Tajuk email : Asssalamualaikum
Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya  
hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan  
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir  
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana  
tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah  
saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta  
pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu  
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai  
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah  
Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap  
penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk  
pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa  
untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan  
seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya  
menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan  
kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk  
didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini  
juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia  
dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada  
kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang  
politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak  
diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta  
sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda  
kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya  
mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih  
dahulu.

Yang Benar

Pn. Nor Syahridah Binti Noh
bintinoh@hotmail.com
From: Malaysia


***************************************************************************************************************
Email 2 :
Tajuk email : Asssalamualaikum
Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Norhazwani Aqilah Bt Zulkiflie
norhazwaniaqilah@hotmail.com
From: Malaysia


***************************************************************************************************************
Email 3 :
Tajuk email : Selamat Menyambut Ramadhan
Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini. Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian. Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan  untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah. Dana simpanan kami sebanyak  £2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.Semoga ALLAH  SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah.Amin.
Sekian,

Puan Abida Binti Abdul Razak.
From: Malaysia.
Email: rabidabinti@yahoo.com

29 comments:

  1. Replies
    1. kita baru 1st time, tp dpt sampai 3 email.. cisss

      Delete
  2. selalu dapat jugak...tengok dari cara susunan ayat tu pun dah tau menipu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita first time dpt..
      susunan ayat kemain tak logic.. hehe

      Delete
  3. Ostazah Zaza, boleh mai surau taman saya tak bagi tazkirah muslimah....? Wakakakakaka...

    Keji kan, dah la menipu orang, sanggup guna nama tuhan, guna alasan Ramadan...Mmg patut kena rejam aja spesis macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh2 tapi kena bayar.. 1jam RM5k bolehhh?? hahahahhahah

      itu lah manusia skrg, tk ingat dosa pahala, halal haram..
      motip email ni?? ko ingat org nak caya ke!!! kannn DZ huhu

      Delete
  4. sy pernah dpt..tpi abaikan je...zaman skrg mcm2 taktik depa ni nk dpt duit..kita lintang pukang nk cri duit depa sng je nk guna cara muslihat ni...klu nk sedekah better trus gi pusat2 yg bedaftar lgi selamatttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. masalah nya apa lah motif dorang ni.. sendiket ke apo..
      tak agak2 nak menipu org through email.. lg lah senang org nak trace

      Delete
  5. Tipu ni. Macam2 cara dorang ni kan.

    ReplyDelete
  6. jgn percaya sngt sis..sy pun dapat email macam2 lagi.. dari luar ngara pun ada minta bank in duit..giler betul..

    *saya tambahkan duit tabung sini setiap kali singgah tau.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lagi melampau kannnn.. berani mati betul lah org skrg nak buat jenayah.. huhu

      Delete
  7. Email menipu ni...org luar nyer keja..dia guns google translate...usah dilayan zaza....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. mula2 baca pn terkejut.. tp bila dia gebang kata ada duit pound sterling tu dia ingat org nak percaya.. phuiii

      Delete
  8. 1. Negara kita memang melimpah ruah dengan rezeki walau org miskin pun masih ramai di sana-sini. Sedih
    2. Email tu abaikan aje zaza. Kakak ada dapat yg email no. 2 tu... exactly. Just ignore it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Kak, tapi pembaziran tetap berlaku.. sodehhh =(
      lor kak Zakie pn dpt jg ke email yang sama?? ermm sure lah email spam tu..

      Delete
  9. Kalau KA buat tak tau jelah email2 mcm ni mmg ditongsampahkan aje !

    ReplyDelete
  10. salam sis...email 1st tu diaorg guna nama sy. tp, email tu bkn email sy. And i dunno from where they get your email. ni satu sendikit. semua ni bermula sejak salah seorg kawan saya dicuri smartphone nya. maybe may details ada dlm phone tu.

    laporan polis, skmm & suruhanjaya sekuriti akan dibuat hari ni.

    tq

    ReplyDelete
  11. tol tu zaza...bulan2 puase ni mmg cuti mate ajek tgk entry menu2 heehehehh tapi lieya suke gak sbb leh cedok idea nak masak ape...buntu wooo nak masak ari2 nieh, lagi2 menu berbuka hah....penin pikior....

    bagus la zaza, bace jugak hah...lieya ni kalo email dari bukan2 jek....lagi2 email dari sender yg tak dikenali mmg laju jek tangan ni klik buang dlm trash hahhahahaha...ye laa sebab malas ar nak bace....letih mate akak tauuuuu....auwwww....

    hepy weekend dear!~

    ReplyDelete
  12. delete je, menipu je emel2 mcm ni.

    ReplyDelete
  13. Ada ker orang yang murah hati sampai tahap tu sekali? hahahaha ridicilous sungguh!

    ReplyDelete
  14. http://tengkubutang.blogspot.com/

    Follower no. 111..
    Done follow here..
    Jom follow me lak.. heee.. salam ramadhan..


    ReplyDelete
  15. Hoho... lama tak ke udara ? lapo ke? hehe....
    Baguslah kalau cenggitu zaza oi...duk umah je save! hehe
    Email cenggitu ....macam menipu je kot..... tp kalau nak bersedekah tak salah...yg penting memberi! Betul ke tidak itu antara dia ngan Allah...

    ReplyDelete
  16. Ada juga orang nk duit dgn cara begini ye zaza....ya Allah...

    ReplyDelete
  17. saya ingin sedekahkan hutang-hutang saya kat bank tu...hohohoho...macam2 taktik org skang ni...

    ReplyDelete
  18. Sy bru jer terkena td..spt surat yg ke 2 tu la yg die snd kt sy.
    X elok wat2 sakit tau..klu2 btl2 kena mcm mna?engt sdp ke nak menghembuskan nafas ni?? :-P

    ReplyDelete
  19. Hi, I baru je dapat email yang pertama tu dari Puan Syaridah Binti Noh pada 16/10/2013 haritu. I pun selalu dapat email yang kononnya dia dari England kata nak datang Malaysia because dulu parents dia orang Malaysia and dia pulak tak pernah datang ke Malaysia. I ignore, rupayanya ada lagi email macam tu.

    Jangan sesekali buka link kalau dia ada provide sekali dalam email diaorang because takut itu ialah virus. Dan jangan reply sebab takut dia tau email you tu masih active and diaorang akan cari you all punya IP address and boleh dapat di mana location you. Kebanyakan buat macam ni sebab $.

    So jangan sesekali tertipu dengan taktik diaorang ni sebab diaorang punya banyak cara untuk tipu kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah