Thursday, July 17, 2014

Luahan Perasaan Yang Terpendam

Pergghhhh terpendam sangat perasaan kau Jah!! dah macam bakat terpendam pulak nih.. hahaha. Biasalah Joyah, bila kekeringan idea nak menulis ada je benda yang terlintas kat kepala aku ni nak dijadikan cerita merapu.. kadang2 cerita tu datang secara tiba2 even time aku berada dalam jamban..pfffftttt.. sila jangan bayangkan!! hahaha.

Gini kisahnya... cehh macam suspender je kann.

Semalam boss aku suruh aku pergi Department of Civil Aviation kat Putrajaya.. ada kerja sikit yang aku kena buat kat sana.. si Cik Puan Fadli tau lah aku kesana buat apa.. kami sempat jumpa sekejap semalam tapi tak sempat nak bergambar. Macam biasa siapa lagi pembawa aku kalau bukan boss aku punya driver.

**FYI, sepanjang jalan dari opis sampai ke Putrajaya hanya stesen radio THR Gegar sokmo.. terpaksa tadah telinga dengar lagu2 India**

Sebelum bertolak aku tengok dia sibuk gelebek handphone dia yang sebesar penampar tangan orang gemok (tab yang boleh buat call) ohh rupanya dia set waze nak ke Putrajaya. Ok fine. Bukan nak citer banyak ar.. actually aku agak familia jugak lah kalau nak ke sana.. aku diamkan je malas nak tunjuk jalan.. sebab aku pikir dia driver.. for sure dia familia jalan2 kat KL, Putrajaya.

Masa dah masuk area Putrajaya aku cakap kat dia "nanti lepas Masjid Putrajaya you straight je then nanti boleh nampak bangunan DCA"  dia diam tanpa mengendahkan aku. Sebaik je sebelum sampai bangunan DCA, dia waze lagi cari jalan kononnya. Dalam hati aku ni dah terbakar dah ni. Sampai satu simpang dia terus belok. Eh dia lagi buat hati aku membara-bara.. dia kata "ini waze tunjuk lagi 15 minit lagi boleh sampai.. so ini bukan jalan betul" Jadah apanya 15 minit (dalam hati aku) bangunan DCA setahu aku selepas Masjid Putrajaya dan sebelum PICC.. maknanya selepas Palace of Justice (tak silap aku) ini pemahaman aku lah untuk kesana. 

Kau tau dia boleh belok dekat satu simpang ikut laluan mana tah tau2 je sampai kat area Alamanda.. nampak tak??? sebenarnya dia pusing jalan mana tah lepas tu keluar kat tempat yang sama. Dia buat Kak Jah pitam ditengahari buta di Putrajaya... so bad!


Ok ini lagi best. Lepas yang dia dah pusing sampai ke Alamanda dia still guna waze kat handphone sebesar pelempang dia tu. Sekali masuk kat bangunan JAKIM yang warna coklat tu.. maknanya sebelum simpang masuk Masjid Putrajaya (orang Putrajaya sorry eh kalau aku salah.. ini apa yang aku tau je). Kat situ ada bangunan MOT kan??? dalam waze dia memang tunjuk kat Bangunan MOT tu ada Jabatan Penerbangan Awam.. dengan confident dia suruh aku turun.. Hoi kau ingat aku ni gelandangan ke apa??

Ayat confident dia "Ok dah sampai.. sini lah tempat tu.. you tengok ni (tunjuk waze kat hp sebesar pelempang) nanti kalau you sudah settle you call I.. I datang ambil you dekat sini" 

Aku "Buat apa I nak turun sini.. ini bukan tempat dia.. kalau I turun sini I nak jumpa siapa?? my appointment dekat bangunan DCA bukan dekat sini" 

Kau nampak tak betapa besarnya tahap kebanggangannya dia.. aku tau lah mana aku nak pergi.. dia pulak yang tetapkan mana aku nak pergi dah kenapa??!! aargghhh tekanan aku dibuatnya semalam.. sampai dah gigil2 kaki tangan aku nak meletop.. dada ni dah berapi tinggal nak keluar asap kepul2 je menahan marah.

Cuba bayangkan kalau dia bawak boss time tu.. mau kena hamun berkilometer dengan boss aku. 

Ada lagi satu cerita pasal dia yang aku nak cerita.. tapi tu nanti aku buat kat entry lain eh.. macam best je buat luahan perasaan kat blog kann.. hehehe.

25 comments:

  1. habis tu diam jelah eh!!hadoi..payah betul boss macam tu,taulah boss,tapi kalau salah,xkanlah nak berlagak macam betul je..

    ReplyDelete
  2. hahaha klo sy pn angin dgn org yg jenis tnjk pandai ni

    ReplyDelete
  3. percaya sungguh dia kat waze tu yer...sib baik cik jah terror area2 sana kan...klu tak..jenuh ko jah nak menapak...hehehe

    ReplyDelete
  4. Waze tue kadang2 bukan betul pn Zaza.. pernah sekali farah waze la nak pergi ke satu tempat nie..last2 jalan mati yg dia bawak..Ermmm sabar jer la zaza.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Adoi...konfident betul driver tu ngan wave die...so..awak turun juga ke?

    ReplyDelete
  6. memang geram lah kan kalau jadi macam tu. dah tu kak, last sekali macam mana?. dia hantar tak akak ke tempat yang sebenar-benarnya nak dituju ?. hihi

    ReplyDelete
  7. Ahahahaaa...ko jangan kasar dengan dia berdua je tu dalam kereta...opsssss...

    Bodoh tak leh ank di ajar.

    ReplyDelete
  8. Ada plak si zaza ni popular ni kang...u ckp betul2 za...xde org rakam kan smlm?

    ReplyDelete
  9. hoiiii sudah tu dia bwk ko ke tak kat tmpt yg ko nak pegi ni???jgn la citer sangkut sgttt...tensi aku la!

    ReplyDelete
  10. hahha hempok je kt thambi tu dgn henpong sebesar pelempang dia tu pastu kasi penampo buaya sket! ;p

    ReplyDelete
  11. kehkehkeh,,, memang betol2 percaya waze sampai xdengar langsung buah org lain .... hmmm...

    ReplyDelete
  12. hahaahh tak pasal puase ko diuji semalam yeak jah ahahahahaah

    alah waze pun takleh pakai skrang...bape kali dah laki aku maki hamun waze nie...tahap nak campak henset jek...google map skrang canggih lepas upgrade ari tu...lagi tepat.....

    ReplyDelete
  13. Luahkan Cik Jah tapi jangan sampai terover pulak yer, ingat2 skit bulan pose. Nampaknya driver ni memang patut kena lempang dengan tab tu ...hehe

    ReplyDelete
  14. saba cik oi.. lain kali bawa steering lock

    ReplyDelete
  15. susahlah kalau ikut kepala dia...bodoh sombong orang kata..sabar ye kak

    ReplyDelete
  16. sabar kak jah..tapi ingat jgnhampukdia pkai steering lock ya.. pasai femes kak ya..
    eh memng layan la lgu tamil.. betul2 1 malaysia ni :)

    ReplyDelete
  17. adeyyyy, so kak jahnya turun kat situ jugak ke tak ni?

    ReplyDelete
  18. hahaha..sabo je la kak jah..mmg dh jauh sgt menyimpang tuuu..klu dh dr masjid putra tu ke picc pun xde la smpi 15mnt..sengal punye tambi..hahaha

    ReplyDelete
  19. Hahahahaha.. Akk sy bca ni sambil gelak gelak.. Sampai kna cop xbetul dgn cik abg ni ha.. Kelakar betul.. Mesti akk rasa nk lmpang2 je kan time tu.. Bertabah je la dpt driver cmtu..

    ReplyDelete
  20. Hmmm...ujian bulan puasa ni...betul2 kena menahan kemarahan...zaza kalo julia ada buat salah apa2 kt u jgn buat entry cm ni haa...leh sentap hahahhahah...

    ReplyDelete
  21. tetiba yatie pulak rs nak join marah sekali. haha

    ReplyDelete
  22. Haipppp...terasa iols tau sebab iols pakai HP sebesar pelempang tu tau.

    ReplyDelete
  23. Oh....inilah cite yg terpendam kat entri tadi tu....kisah salah tompek ko.....ok...ok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah