Monday, January 6, 2020

Lunch 🥘 Kopitan Classic, Cheras

A day after cuti Christmas haritu tak silap hari Khamis kot.. kitorang pergi lunch kat Kopitan Classic, Cheras

Sebab depan dengan office kitorang.. Plus tempat ni pot baru lah untuk kitorang kalau nak datang lunch. Tu pun haritu I lalu area ni, masa kat traffic light, terpandang kedai nama Kopitan Classic.. betul-betul kat hujung corner shoplot kat Taman Maluri.

Suggest dengan “Group Fuhh BAWANG” semua kata ONZ je. As usual kennn. Group kitorang ni kalau bab makan makan memang lajuuuuuu 🏃 🏃 


Lunch hour kitorang keluar pergi JJCM. Dari luar nampak menyelerakan.

Interior pun cantik.. look cool & cozy 👍🏼 

Jom kita try order.. tengok macam mana pergi dia.. sedap ke tidok??? 😉

Ini Dimsum.. teringat makan kat Hatyai haritu. disebabkan teringat, mari order. Yang kaler putih ni nama dia Prawn Siew Mai RM5.00 (3pcs). Kaler oren sana tu nama dia Otak-otak (otak kau 😂) Siew Mai RM4.50 (3pcs).

Spicy Creamy Chicken with Butter RM13.50 pilihan tekak Ibu.

I, Fieza & Saida order menu yang sama. Lunch value set Kopitan Fried with Fish Fillet come with drink.. ice lemon tea. Siapa yang kebulor tengah2 hari rembang, boleh choose nasi ni. Portion gia giler banyak. Dalam timbunan nasi ni ada fish fillet. Sedap banget dong.. nampak macam bodo bodo je kennnn!

Kak Zie order Lunch set value juga.. tapi Hainan Chicken Rice.. pun come with drink.. ice lemon tea.

 Few choices untuk lunch menu in set

Pilihan Dimsum

Thai milk tea tarik ni tak sempat order hari.. might be next time.

Masa kitorang datang lunch kat sini, i saja la tanya kat abang cashier tu.. berapa lama dah kedai ni? dia kata baru 3 bulan. Oh ok, no wonder nampak serba serbi semua baru.

KOPITAN CLASSIC CHERAS
74, Jalan Jejaka 9
Maluri, Cheras
03-9226 6949

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah