Monday, January 13, 2020

Pengaruh Social Media - SENDUK 🍴🥢🥄

Ada je cerita cerita lain yang tersadai dalam draft tu.. tapi cerita cerita tu semua memerlukan sel-sel otak i ni untuk berhubung. Mostly cerita cerita berat arr.. berat?? berat macam mana tu Jah? alaaa cerita cerita biasa je.. cuma membabitkan memories, gambar yang perlu diedit dan di watermark je. Paling letih nak mikior ayat apa nak dicharutkan. Kalau ikut malas, aku campak je gambar dalam 1 entry.. tapi sebab nak kan memory tu tertanam dalam blog ni, sis gigih untuk peram dulu cerita cerita tu dalam draft then baru kita buat karangan panjang-panjang berdasarkan gambar 😂😂😂

Ni tadi tengah dok belek belek shoppe, tiba-tiba pulak sel otak berhubung laju untuk update cerita.

Tajuk kita harini ialah SENDUK ya Senah!

Ni semua pengaruh social media. I ni suka tengok instafamous memasak kat IG. Ada one day tu i nampak that instafamous review pasal SENDUK.. terus i berkenan dengan senduk yang dia review tu. I pun mintak NJ belanja 🙊 tapi i tak beli kat IG yang sponsor tu.. i beli kat shopee. Sebab kat Shopee muroh sikit harga dia. Kualiti pun sama.

 

Kemain typo terang terangan disitu 😅 bukan 120cs ya! nak tulis 12pcs sebenarnya😆 

Hebat sangat ke SENDUK tu sampai kena buat entry pasal beli SENDUK?

Tak lah hebat mana pun.. kan dah kata kat tajuk atas tu.. "pengaruh social media" 🙈😆 meh i tunjuk sikit rupa senduk yang i order tu macam mana 🠋🠋🠋

 Mint Green

 Black

Pink
Light Green


My choice!! i beli kaler ni.. LIGHT GREEN

Niat hati nak pakai bila rumah baru siap nanti.. tapi macam lama je lagi.. 2 tahun lagi oiii rumah baru siap!! hahaha. Concept "office" (dapur) kat rumah baru tu pun i tak fikir lagi nak kaler concept apa nanti. So, mari kita rasmikan penggunaan SENDUK ni dulu ya!

Setakat i tulis entry ni, i belum guna lagi SENDUK baru tu hehehe. Bak kata NJ "bila masa u masak?" ya lah i tau i jarang masak.. tapi dengan kehadiran KAK SENDUK baru ni, inshaAllah i akan cuba push diri i untuk selalu kedapur ya Encik Somi... hehehe

7 comments:

  1. tudiaaaaa...ada rasa2 macam i nak terjebak je ni..,baik i larik dulu......eh...u beli kaler apa?muahahahha

    ReplyDelete
  2. soh je mamak masak kat kedai.. hehehe

    ReplyDelete
  3. yes senduk ni memang viral pun. rasanya sebab dia warna warni tu kan, lawa yakmat ^_^

    ReplyDelete
  4. same like mine. akak punya yang light green tu.. mmg pengaruh social media. pelan2 je akak buat online transfer.

    ReplyDelete
  5. Bagi la alasan... "Cantik sangat... sayang nak pakai..."

    ReplyDelete
  6. Pinjam satu
    nak buat senduk tanah buat tanam bunga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah