Thursday, June 10, 2021

BAGAIMANA UNTUK HIDUP DENGAN AL-QURAN?

 


1) BACA
Bacalah setiap hari. Walaupun kita masih belum pandai sepenuhnya. Bacalah walaupun kita tidak memahami maknanya. Bacalah saat kita merasa sepi atau sendiri, sedih atau putus asa. Semoga dengan membacanya setiap hari memberi sedikit cahaya ketenangan dalam diri kita. Merawat hati kita yang terluka.

2) TELITI
Setelah kita berjaya menambah baik bacaan dan istiqamah membacanya, perlahan-lahan kita boleh meneliti dengan lebih mendalam ayat-ayat Al-Quran. Berusaha memahami makna sebenar yang ingin Tuhan sampaikan dalam ayat-ayatNya yang indah itu. Kita boleh merujuk buku-buku tadabbur Al-Quran, yang berkongsi secara ringkas dan mudah intipati yang kita boleh perolehi dari setiap surah.

3) REFLEKSI
Tidaklah lain Al-Quran diturunkan selain menjadi panduan buat kita umat Islam. Sayangnya Allah pada kita lalu menurunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi mengisi kehidupan kita di dunia ini. Ketika kita mula memahami makna-makna yang disampaikan dalam ayat-ayat tersebut, kita secara tak langsung akan merefleksi diri kita. Sejauh mana ketaatan kita kepadaNya. Sejauh mana kita telah berakhlak dengan akhlak yang disebut di dalam Al-Quran.

credit:KAK IMAN
#NoteToSelfAndOthers

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah