Friday, March 20, 2015

Bukit Bendera Penang

Haritu hari kedua kat Penang first destination kitorang is Bukit Bendera. Sebelum ni bukan tak pernah naik pun. Saja suka2.. bila dah reramai dengan family harus lah kita menjejaki bukit tu. 

Limablas horang kitorang haritu penuh satu gerabak.. eh gerabak ke? karang macam menipu pulak kalau cakap satu gerabak penuh dengan kitorang je.. maksud aku penuh satu part of gerabak.. tah lah tak reti aku nak cakap macam mana.

Kalau susah nak bayangkan penuh part of the gerabak macam mana..

Ha! macam ni rupa dia.. hehe.

Brothers & sisters in law



Nak cerita lebih pun macam tak berapa nak pandai.. siapa yang tau apa yang ada kat atas Bukit Bendera tu tau lah apa yang ada. Selain Monkey Cup Garden, dekat atas tu kita boleh tengok macam2 pemandangan sekitar Penang.

Haritu tak pergi pun Monkey Cup Garden.. sebab last time kitorang dah pernah pergi.. siap naik buggy lagi.. Naik kereta tu kena bayar ye.. kalau nak tau cerita lepas yang aku pergi tu bleh tengok kat link ni Penang 2013

9 orang budak2.. 7 orang anak sedara campur 2 orang anak sendiri

Ni campur mak2 & bapak2 budak

Cukup 15 horang family in-law aku. Kalau termasuk Pak Jali (pak mertua ceq) jadi 16 horang. Tu yang masa gi Sarawak tahun lepas naik sampan kat Kuching Water Front penuh satu sampan.

Anak buah paling kecik setakat ni.. Batrisya anak abang Nizam. Comel macam Moksu jugak.. elok je dia pakai spek tak ada cermin tu.. hehehe. 

Pasangan laki bini ;P


Baru perasan kat atas ni ada The Owl Museum.. tak masuk pun.. tak berminat nak masuk setakat tengok burung hantu. Silap2 aku masuk dalam tu.. aku yang jadi hantu nanti.. hahaha.

Kalau korang pergi Penang.. korang mesti kena pergi Love Lock U.. tempat ni atas kedai yang aku kata ada mango ice yang aku ada buat entry lepas.

Sapa yang hangat bercinta boleh naik sini.. kunci hati kekasih masing2 kat atas Bukit Bendera.. Macam Kak Zaza dengan Bang Nizam.. 

Kitorang pun memang pasangan kekasih okeh! buelkkkkk *muntoh* :P

 Kak Zaza datang sini nak lock hati Bang Nizam bagi dia tak pandang perempuan lain selain dari hati Kak Zaza sorang je.. hahaha


 Budak dua orang ni pun aku nak lock juga supaya diorang tak nakal. Eh kalau lock budak2 ni kat sini karang melalak pulak. Ok lah Mummy lock heart you all jugak kat sini ya macam mana Mummy lock heart Babah korang ;)



We are family

Kat atas ni selain dari tengok pemandangan.. jalan2 situ je lah.. bukan ada shopping mall pun atas tu.

Niece

The cousins

My kakak2 ipar duai yang sangat sporting lagi baik.. pandai masak.. pandai ajak bershopping kat kedai dua ringgit.. hahaha (kedai 2 Ringgit pon boleh), kaki berjalan dan pandai segala2nya.. wah!! puji melambong2 nampakkkk.. hehehe. Mesti lah puji.. diorang ni lah kawan aku selain dari kakak2 ipar. Love you along & kak ngah :)

The sisters

Ingat tak entry yang aku cerita kitorang pergi Lumut haritu?? kakak2 ipar aku dua orang ni lah yang buat plan gile.. pukul 2 pagi tiba2 plan ajak pergi Lumut.. dua orang ni lah punya pasal ;P


 View Penang


Read More

Wednesday, March 18, 2015

Jejak Makanan Di Penang

"Jejak" sangat kannn.. hehehe. Well siapa tak suka pergi Penang.. Penang kan Syorga makanan. Aku pun suka pergi Penang.. lagi2 makan nasi kandar. I love curry. I love to eat curry.. wah!! cakap omputeh kau Jah! ;P Lepas tu menyesal makan banyak2.. takut gemok.. hahaha.

Planning nak naik Bukit Bendera.. sebelum tu breakfast kat Medan Selera Tanjung Bungah.

 Motif letak gambar ni?? 


Sebab aku tak ambil gambar masa kat tempat makan tu.. so ini je yang sempat aku snap.. hehehe jangan marah aaaa ;P Medan Selera tu best jugak. Masa kitorang sampai nak breakfast dalam pukul 9pagi.. seawal pagi tu dah banyak lauk pauk yang kedai tu masak.. meriah giler dengan lauk2 yang kat kedai tu. Kalau dah seawal tu aku tak lah makan nasi.. makan roti canai je.

Roti telur + teh tarik = perfect breakfast combo

Lepas tu sakit perut nak terberak... huhu. Aku bukan boleh minum yang bersusu pagi2.. tapi haritu nak tunjuk gagah.. minum jugak..hahaha.

Next destination kitorang nak ke Bukit Bendera. Sebelum ni bukan tak pernah naik pun. Saja suka2.. bila dah reramai dengan family harus lah kita menjejaki bukit tu. Cerita bukit Bendera nanti kita cerita next entry ye.. ni nak menunjuk dulu gambar2 makanan yang aku makan haritu masa kat Penang.

Ini namanya Mango Ice


Sangat2 menggoda mangga dia kan??! terselit pulak strawberry & ais krim kat atas tu.. kena pulak dengan cuaca panas kat atas Bukit Bendera haritu.. rasa nak terkam je.. roar!

ABC




Tengok ABC dia sangat2 bernafsu.. bila masuk dalam tekak ni rasa nak menjerit dibuatnya.. hehe. Over Kak Jah.. ABC je pun! ;P

Banana Split

Ni dah biasa makan.. so tak berapa nak heran sangat.. buat kat rumah pun boleh.. pisang tu nak tukar ke buah lain pon boleh.. nangka ke, durian ke, nenas ke, kedondong ke.. hehehe.

Kalau korang pergi Penang, naik Bukit Bendera.. cari kedai ni. Kak Nor Cafe.. Hai Kak Nor! hehehe.. macam lah si Kak Nor tu baca blog aku ni kann??!! pfffttt ;P

Ni cerita lain pulak.. kalau mai Penang mesti nak pekena char koay teow (CKT) betui dak?? tu dia kedai CKT yang aku makan haritu. Bukan main sedap.. tengok je kedai dia kecik nih.. tapi CKT dia sedap nak mampuih. Udang besaq2 nak habaq mai.. 

Char Koay Teow

Malam hari pertama sampai Penang haritu pi makan char koay teow kat depan Holiday Inn Resort. Malam hari kedua mai ingat nak makan lagi.. skali tutup pulak.. *nanges* :'(

Lagi satu nasi biryani kat Restoran Kapitan.. selain dari nasiq kandaq yang disebut2 kalau ke Penang.. Nasi Briyani Kapitan jugak korang kena try ya.

Restoran Kapitan.. World Class Naan and Briyani Claypot


Tingkat atas restoran

Restoran ni aku tak ingat kat area mana. Apa yang aku ingat.. masa turun dari Bukit Bendera haritu aku terus whatsapp Farah.. tanya dia the nearest restoran kapitan kat mana. Kitorang pun terus menuju ke sana.

Restoran Kapitan ni bersepah2 kat Penang.. maksudnya restoran ni banyak branch. Ala2 macam Restoran Pelita kat KL ni.

 Ini dia nasi Briyani Kapitan Ayam

Dia boh dalam claypot then nanti kita boleh pindahkan dalam pinggan. Kalau nak makan dalam claypot tu itself pun boleh.. tapi kalau aku tak selesa makan dalam claypot tu.. kecik nau mangkuk hayun tu..

Kita pindahkan dalam pinggan macam ni.. baru selesa nak makan.. siap boleh berkepak lagi sambil makan.. hehehe.

Naan cheese & ayam tandoori. Ramai yang kata naan cheese kat kedai Kapitan ni sedap.

Ok itu je yang sempat aku update untuk food hunters masa kat Penang haritu.

See ya ;)
Read More

Tuesday, March 17, 2015

Rumah Kelahiran P.Ramlee, Penang

Lepas check-out dari Apartment & sebelum hantar balik kunci kat office CIMB Penang Branch.. singgah kat area tepi pantai kat Feringghi dulu sebelum beli jeruk Pak Ali yang top top meletop katanya tu.. lepas tu pekena cendoi & laksa pulak.

 Cendol ni sedap nak arwah.. santan dia pekat, gula melaka dia likat.. semua secukup rasa

Laksa ni so so je.. kureng sedap

Dah kenyang makan laksa & cendol, kitorang teruskan perjalanan ke Rumah Kelahiran P.Ramlee. Tak berapa nak jauh dari Feringghi pun. Set je waze terus boleh sampai.

dengan keluarga in-law

Khairine & Mak long

Ini lah rumah kelahiran Allayarham P.Ramlee

Kalau nak tau info lanjut boleh baca kat link ni 
--> Rumah Kelahiran P.Ramlee (sumber : Arkib Negara)

Khairine

Dia suka lah pergi tempat-tempat macam ni. Sebab dari kecik aku selalu bawa dia ke tempat2 bersejarah yang ada info. So bila dia pergi tempat macam ni, dia suka baca apa yang tertulis kat situ.

Busu & Trisya naik sampan bawah rumah.. hehe

Basikal tua bawah rumah

Rumah ni kecik je.. tak besar mana.. rumah orang dulu2 kann.. orang sekarang ni rumah bukan main godang-godang!

Antara cerita2 yang dah menjadi sejarah.. boleh baca kat sini salah silah kisah P.Ramlee

IC dulu2 yang dimiliki oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Katil besi turun temurun

Sejarah katil besi


Ruang dapur

Rumah ni kecik je.. memang tak boleh masuk ramai2.. dikuatiri roboh.. hehehe.

Habis mengelilingi dalam rumah.. kita bergambar pulak kat luar rumah.


 My family.. feeling dok kampung sangatttt ;P

 Menunggu mu di jendela.. gittew ;)

Ni dah kenapa pulak?? anak beranak sama je perangai.. hahaha


 Semua sakit perut nak tercirit.. nak masuk jamban kat belakang tu tapi tak muat anak beranak ;P

Dia ni lah pembawak cirit tu.. hahaha

Cabottttt!! ;P
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah