Monday, May 20, 2013

Roller Blade di Titiwangsa

Sabtu memang mati kutu Khairine & Danish duduk rumah.. hahahaha 
Sebab malas nak gi mana2.. makpak korang pun malas nak keluar sebab nak rest cukup-cukup memandangkan kepenatan bekerja.. perrrgghhhh mcm kerja membanting padi pulek hahaha ;P

Semalam lepas pergi kenduri rumah kawan emak aku kat keramat, petang baru lah keluar rumah. 
Pergi Titiwangsa je, nenek pun ikut sekali, nenek kata boleh lah nenek exercise kaki jalan kat situ sambil kena angin petang. hamboii feeling ala2 kat tepi laut pulak nenek ko.. hehehe

Kat sana ada ramai budak-budak main Roller Blade.
Roller Blade tu boleh sewa je. Setengah jam RM5
Kepada korang yang tak ada idea nak kemana petang-petang hari weekend, boleh lah ke Titiwangsa bawa anak-anak korang berhibur kat sana.


Jangan risau yer Tuan2 & Puan2, lepas kasut dah disarungkan dikaki anak anda, ada trainer yang akan train diorang.
Itu pada yang anak2 belum mahir berRoller Blade macam Khairine & Danish lah.. 

Tahu tempat ni ada sewa roller blade pun Anne yang bagitahu, sebab dia pun selalu bawa Yasmin & Damia ke sana.
Actually Khairine & Danish first time main roller blade, dia punya excited asek dok memekak kat aku ajak datang lagi tiap-tiap minggu.. hahaha mampooo gitew???!!


Disebabkan aku ni hover excited, gambar tak banyak yang aku snap, aku asek dok mengKEEK je hahaha Layan je Keek eh =)


Actually Danish demam, tu yang dia lemau je nak aktif.. 
Kecian dia, main kejap je lepas tu duduk tepi dengan Babah dia.
Aku dok melayan si Khairine yang ter'over lah excited bebeno tu.. ;)





Walaupun masih terkangkang-kangkang lagi, tapi Khairine manyak happy.. hahahahha


Keek ni yang buat aku asek nak tergelak je tengok, sebab Khairine dah macam orang sakit celah kangkang je jalan dengan roller blade tu. hahahaha

Main pun sekejap je dalam 20 minit giteww.. sebab nak hari nak hujan.
Dalam pada nak hujan tu, sempat juga pi main kat playground kejap.. ngeh ngeh ngeh ;P



Sebelum pukul 7pm hujan dah nak makin lebat.. cepat2 pecut ke kereta ramboss dari Titiwangsa ;)
Read More

Friday, May 17, 2013

Sayangi Anak Anda

Perrgghhh tajuk entry kemain macam berkempen pulek.. hahahaha 

Salam Jumaat uolls.
Especially to all parents & parents to be ;)

Harini aku nak bercerita sikit kisah anak.
Cerita pun general je, aku bukan pakar motivasi pun nak cerita lebih2 :p

Sebenarnya rindu sangat saat-saat diorang ni membesar.
Comel je tengok, dah lah kemetot, pelat pulak tu.. rasa nak ketok2 je hahaha 
Arrggghhh rindunyaaaaaaaaa, kalau boleh nak diorang ni sentiasa baby =(


Time ni rasanya Khairine berumur 4 tahun & Danish berumur 3 tahun kot.. Aku pun dah lupa.. heee ;P

Nampak beza dah, dalam gambar ni kemain kecik lagi korang. Sekarang nak dekat sama tinggi dengan Mummy & Babah... pffffttt >_<

Apa yang aku nak ceritakan, 
Hampir setiap hari aku akan hantar Khairine & Danish ke sekolah. 
Kalau aku tak sempat pun Nizam yang akan hantar diorang.
Setiap pagi juga ramai parents lain yang akan hantar anak mereka ke sekolah 
dan pada masa yang sama juga aku akan nampak anak-anak diorang turun dari kereta/ motor/ jalan kaki dan sebagainya diorang akan bersalaman samada dengan Ibu atau bapa diorang.
Itu pun depends on siapa yang menghantar anak diorang time tu lah kannn.

Secara automatiknya ibu/ bapa akan mencium anak-anak diorang.. 
itu juga dah memang  menjadi adat semua orang.
Kecuali anak-anak yang naik bas sekolah, for sure diorang dah siap-siap bersalaman dengan parents diorang dari rumah kannn.. ;)
How sweet that moment betul tak?????!!!!

Aku memang serious bab itu, tak nak lah nanti anak2 atau kita sendiri terasa macam tak disayangi & tak dihargai.. kann?? ke korang tak amek serious hal ni??? :D


Bila aku ternampak, aku rasa nak nangis pulak.. terharu sangat *hah tak payah nak hover sangat!!* :p
Eh betul Jah!! kita ni sebagai ibu, instinct terhadap anak sangat kuat okeh
Dats y bila kita tengok kat tv & sotkabar tu ada kes dera, colek, bunuh kanak-kanak kita mesti akan rasa sedih menangis meleleh air mata.. kennn??

Yer aku paham. Itu semua human sense, siapa2 pun kalau dah nama pun manusia ada hati & perasaan.. 
tapi bila bab2 kes berkaitan dengan anak & budak kecik, sure kita yang orang pompuan ni, feeling terlebih.. hehe ;)



Dan aku juga tak ketinggalan tau!!!
Khairine & Danish nak turun kereta je mesti kitorang akan bersalam-salam  & bercium-cium.. 
lepas tu terasa macam tak nak pulak lepaskan diorang * hah hover sekali lagi*
Dengan Nizam pulak diorang dah siap-siap salam & cium masa kat rumah sebelum keluar ke sekolah... 
itu perkara wajib buat kitorang, kalau nak kemana-mana HARUS bersalaman & bercium-ciuman antara satu sama lain.. 
Itu tandanya kasih sayang =)


Setiap kali aku nampak je aksi-aksi macam tu, aku akan rasa WOW bertuahnya kita sebagai ibu bapa yang ada anak.. gitewww =)



Kadang-kadang tu aku terfikir juga, ada sesetengah ibu atau bapa tu, macam tak ambil kisah pasal anak, lagi-lagi hal pelajaran & proses pengajaran.

Ada satu kes yang aku pernah dengar, lepas bercerai dia lebih rela angkut barang-barang rumah daripada dia angkut anak dia. 
Euuwww perempuan jenis apakah kau???
Ko fikir lah Jah, kalau ko rasa harta benda lagi penting dari anak, maknanya ada something wrong lah disitu. Dasarrrrrrrrr!!!!! 
Hurmm itu dia punya pasal lah kannn.. akak tak nak campur..
Yang ruginya kau, bukan orang lain pun.. 

Bertambah rugi lah ko tak dapat tengok anak kau membesar depan mata, tak dapat buat apa saja untuk anak-anak.
Lagi-lagi detik & saat ko bersama anak-anak.. 
Kenangan tu lah yang akan ko ingat nanti time ko dah tua kerepot.. tahu???!!! 


Tagline aku, MY KIDS ARE MY HEART & SOUL. THEY WILL ALWAYS BE MY BABIES, EVEN WHEN THEY GROW OLD ;)

Opppsss sebelum aku terEMO lebih lanjut di hari Jumaat yang mulia ni, 
lebih baik aku stop disini.. kbaiiiii =)
Read More

Tuesday, May 14, 2013

Belated Mother's Day Dinner di Fullhouse

Cehhh macam lah sambut besar-besaran.. 
TIDAK yer.. Suami saya memang pantang kalau nak ber'celebrate' Hari Ibu ke, Hari Kekasih ke dan sewaktu dengannya. 
Kecuali Birthday atau Anniversary.
Selain dari dua hari penting tu, ko jangan harap lah dapat wish or present dari dia.. 
kadang-kadang bini dia yang hover sangat.. konon nak orang puteh style giteww.. puiiii mampos memang tak dapat layanan hahahaha


Tahu kan kenapa kita tak perlu celebrate Hari Ibu?? 
Kalau tak tahu sila klik sini untuk baca.
Lagi pun hari Ibu kan hari-hari, bukan setahun sekali.. ;)


Malam tadi Nizam bawa kitorang sefamily ke Fullhouse, Wangsa Walk saja makan-makan.. 
Emak aku pun ikut sekali.. tapi nak verangan punya pasal, TETAP nak letak tajuk entry ni as 'Belated Mother's Day Dinner' kennnn.. hahaha *lantak lah kau* :D




Penggayaan nak lebih budak dua orang ni.. haha
Time ni aku dok melayan Khairine & Danish amek gambar sekitar Fullhouse ni sementara order belum sampai.

Dahhhh berenti bergambar kejap.
Makanan sudah sampai ;)
Mari layan gambar-gambar makanan yang kami orang makan malam tadi.. *Petanda Orang Sakit Mental* muahahahahahaha.. kau hado?????!!!


Ini nenek punya.. nenek makan Seaweed Fillet 'O' Fish
Nenek tak makan makanan pelik-pelik.. kecuali ikan.. 
Lagi-lagi kalau bawa dia pegi makan kat TGIF ke atau Hard Rock ke dan sewaktu dengannya.. nenek mesti pilih Ikan saja... hahaha *macam orang laut pulak mak aku ni*
tekak orang tua, gitu lah gamaknya.. kita dah tua sok tak tahu lah macam mana agaknya kann... 
so layan je lah selera tekak nenek tu =)

Ini anak dara aku punya.. Cik Khairine Adrina.
Minah ni makan Tony's Teriyaki Chicken Burger.. 
Rasa burger ni sebijik macam ko makan mushroom swiss burger kat Burger King.. hahahaha 

Ini Nizam punya.
Herbal Thyme Emulsion Chicken.

Ini anak teruna aku punya.. En. Danish Izdiyad
dia makan Turkey Ham & Cheese Clabatta
Danish kata 'kenapa ada taman sayur kat pinggan ni?' pffffft >_<
Itu salad lah Adik.. derrrrrrrrrr

Ini akak punyaaaa ala-ala masam oren gitu.. 
Orange Mix Seafood. 


Tetiba abang aku datang menyebuk.. hahaha
dia datang pun kejap je, kebetulan dia ada kat area Wangsa Walk.. 
Dia tahu kitorang kat sini pun kebetulan je time kitorang dah on the way nak ke Wangsa Walk dia call.
Apa-apa pun terima kasih abang sebab tolong amek kan gambar kitorang ni hehe ;D



Sementara tunggu nenek tak habis makan lagi, aku sambung melayan Khairine & Danish bergambar pulak kat dalam.. hamboiii kemain lagi.. :D


Kitorang duduk kat luar, malas nak duduk kat dalam coz sejork nak mamp.. 
Duduk luar santai sikit.. boleh memekak-mekak hehehe 


Tiba-tiba aku dikejutkan dengan ini.. hahaha 
Kata tak ada Mother's day Celebration or present-present??????

Memang tak ada, tapi ini dari Khairine je.. 
Dia karang satu surat nak bagi kat Mummy dia.
Khairine kata dia buat kat sekolah hehehe 
Cho Chuwit anak Mummy

Tak cukup dengan surat, siap bunga uolls.. wahahahhahaha
Mak kau sangat bangga dengan usaha kau nak.. :D

Habis makan & acara bagi surat & bunga, 
mari berpoya-poya & berpoyo-poyo bergambar ;)


 Aksi orang bercinta ke apa ni?? choyyy :D

Sekarang pegi mana-mana nak amek gambar yang ada lukisan kat dinding, mesti bajet macam ko kat Trick Art Museum kan Khairine???? hahaha 
Nak tergelak mak ko dibuatnya.. 


Memang saja tak kasi Danish senyum lebar-lebar nampak gigi.
Sebab gigi depan dia dah tak ada.. kena kaber line sket nanti tak kacak.. heeee ;p


Sambil diperhatikan oleh Nenek. 
Nenek tengok gelagat anak, menantu & cucus dia retis bergambar.. hehe
Steady lah Nenek.. gimme five ;)


Last sekali berpoyo-poyoan dalam gelap..
amek gambar depan kedai ni bergelap sebab cover kegemokan.. 
padahal boleh je snap ada flash.. muahahahahahaha.. 

Dah terlambat nak wish kat uolls Selamat Hari Ibu.. 
Selamat Hari Ibu uolls ;)
Read More

Friday, May 10, 2013

Early Dinner di Strawberry Field, Petaling Jaya

Hurmmmm ini bukan cerita pasal Kidzania lagi yer. hehehe
Balik dari Kidzania haritu masing-masing dah kebuluran.. 

Aku cakap kat Nizam aku nak makan heavy-heavy & banyak-banyak *hahaha buruk lantak*
So kita menyinggah ke Strawberry Field di PJ.

Bila dah sampai tak tahu apa nak dipilih.
Kemain lama menatap menu tu seolah-oleh macam tengah mengeja pula.. 
Padahal menu tu untuk ko baca okehhhhh :D


Tempat ni yang sangat cozy, tak crowded.
Masa aku datang orang tak ramai, sebab petang baru pukul 5 lebih normally peak hour restauratn ni time lunch & dinner
Memang dari dulu lagi aku suka sangat lepak sini.
Foodies, so yummylicious.

Seberang sana pun Strawberry field juga.. kedai ni ada dua unit tapi cuma terpisah je each other.. 


Lepas je order makanan, aku terus bawa budak-budak ni ke Chatime.. 
Kebetulan pula Chatime ni terletak selang beberapa kedai je dari Strawberry ;)

Tujuan amek gambar kat sini??
saja je suruh Khairine & Danish pose macam tu.. 
konon-konon macam dekat Trick Art Museum... hehehehe 


Keterujaan apakah budak ni??
Perlu ke buat muka macam tu Khairine??? muahahhahahahaha


Kenapa tepek dua gambar kat sini??
sebab balas dendam masa kat Kidzania muka mak kau tak banyak di ambil.. hahahaha
*mak kau memang selalu gila kuasa dimana-mana sahaja* puuuiiii :D


Dah puas berjalan??
Perut dah kenyang???
Moh balik!!! Esoknya Babah & Mummy nak pegi mengudi.. lalalalalala ;D
Read More

Thursday, May 9, 2013

Kidzania - Marrybrown Masterchef

Hopefully this is my last entry about Kidzania.. 
Ikutkan ada je lagi cerita yang aku boleh selit kat entry lain lepasni.. 
tapi cukup-cukup lah kennn.. hehehe
Penat sudah nak pikir, nak bikin ayat & nak refresh balik apa yang berlaku kat sana last week.
Ini semata-mata nak share dengan uolls yang sudi nak baca blog burok I ni.. pffffftttt >_<

Tak payah nak bebel sangat lah Kiah, moh lah tengok aku tepek gambar sajo di sini ;)


Ni balance Kidzos Khairine.. aku kira-kira ada lah lebih kurang dalam 48 Kidzos yang tinggal selepas dah bayar kat Marrybrown untuk jadi seorang burger maker haritu.. 
Kalau duit Khairine ada 48 Kidzos, maknanya sama je dengan Danish punya.. 
Sebab semua job & aktiviti diorang haritu diorang pergi bersama-sama.


FIB yang Khairine & Danish kena bayar.. -15Kidzos.
Mahal sikit sebab lepas diorang jadi burger maker, diorang boleh bawa balik burger yang diorang buat tu untuk dimakan sendiri.. 

Sementara menunggu yang lain masuk.. 


Comel tak tengok diorang ni??? comelll kan??!! o_O

Tempat dah ready.

Tengah dengar arahan yang diberi..


Eh dah start lah.. mula-mula letak sos dulu



Lepas tu letak sayur & mayonis


Letak daging burger..
daging burger budak-budak tu tak perlu goreng sendiri, sebab diorang dah memang siap-siap gorengkan.. 

Dan tepek roti burger.
hamboii kemain fokus muka Khairie, Danish pula sibuk usha kakak dia punya burger.. muahahaha

OK mari melipat..

Membalut..


Siap!!! ;)
Senang & sekejap je..

Lepas tu boleh bawa keluar burger tu dari Marrybrown untuk santapan sendiri.. hihihi


Haaaa makan burger buatan sendiri.. heheheh

Habis dah cerita pasal buat burger.. 


Selingan.. aku terbekanan pulak dengan batang pokok ni.. siap dengan Lady Bird yang dilukis atas penutup tin.. sangat somellll =)


Dihujung-hujung entry ni, tepek lah sekeping gambar makpak diorang kat sini.. hahaha :p


Terjumpa pulak natang ni kat tengah jalan.. amek je lah gambar ngan dia.. :)


Time ni kat CIMB, Khairine & Danish nak bank-in duit balance gaji diorang.

 Balance tu nanti kita boleh guna lagi untuk next coming to Kidzania ok ;)

 Kira duit masing-masing berapa ada, lepas tu bank-in..

 Apahal pulak melopong tu?????

Time ni dah dekat pukul 3petang. 1st session ni dah nak tutup. 
Dalam bank agak ramai sebab bank pun dah nak tutup... akan dibuka balik pukul 4petang untuk 2nd session.. 

  Kira dulu duit tu.. hihi


 Betul ke tidak tu?? ke tak reti kira?? :O

 Isi form & tunjuk MyKids nak buka akaun baru

Si kakak dah tersentil kat hujung sana.. payah nak nampak bila amek gambar.. hahahaha



Tadaaaa... ni lah kad ATM Khairine & Danish.. 
Real kan???!!!!!

Aku suka Kidzania, bagus juga kat Malaysia ni ada tempat gini. 
At least kids boleh learn something new & experience what they get from Kidzania.. 
Harus kena repeat nanti, nanti kita datang lagi yer anak-anak.. ;)
Lagi pun duit uolls still gor balance dalam bank.. so nanti bila ke sana, boleh gunakan Kidzos yang ada.. 
Itu lah gunanya buka buku bank, so that nanti datang sekali lagi, tak payah nak bekerja lebih-lebih sangatttt =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah