Tuesday, July 16, 2019

Home Tuition Miss K



Simpan sini kenangan first day Home Tuition Kharine.

Last Sunday, 13 Ogos baru start first class. Gigih i mencari home tuition untuk anak i walaupun dah nak hujung-hujung trial PT3. 

Pastu sedap hati ni sikit Tutor tu cakap "ramai je parents yang dah nak dekat-dekat PT3 baru nak ambik home tuition untuk anak diorang Puan" terus urut dada hahaha. Bukan la i kata i lega sebab nak ikut style orang lain yang last last minit baru nak cari cikgu ngajar anak kat rumah.

So i was decided to have home tuition for Khairine sampai PT3 nanti. Mudah-mudahan Khairine boleh catch up apa yang Cikgu ni ajar & dapat result cemerlang untuk PT3 dia tahun ni. InshaAllah.
Read More

Friday, July 5, 2019

Report Card Day Miss K


Pagi tadi sebelum masuk kerja I terus ke sekolah Khairine attend report card day.

Lagi dekat nak hari PT3 ni, mak rasa debo kat dada ni macam naik gunung Kinabalu goncangannya. Apalah result yang bakal Miss K bawak balik sok ni.

Mak redha dengan apa yang Khairine usahakan untuk PT3 akan datang ye nak.




Agak awal juga settled jumpa cikgu tadi. Sepatutnya start pukul 8am, sebelum pukul 8am I dah terpacak depan meja cikgu dalam kelas Khairine hahaha. Sebelum pukul 8am juga cikgu panggil face to face. 

Alhamdulillah so far result Khairine semua ok, ada la sikit-sikit tu tergelincir.. InshaAllah cikgu kata boleh dibaiki lagi tu. Cuma kena banyakkan lagi buat latihan dekat rumah.


Dah habis jumpa cikgu, I pun turun nak gerak masuk office. Tapi kan, apa yang buatkan I kata perasaan jadi seorang ibu tu seronok tu, is I rasa bangga lain macam sangat-sangat. Macam mana nak luahkan pun tak tau. Tak apa, biar I luahkan kat sini je walaupun kalau orang baca tak sampai maksud. I tulis je dalam blog ni so that in future kalau I baca balik, I faham sendiri.


Lepas tu kan, masa I jalan kat corridor sekolah menuju ke kelas, ada sorang kawan Khairine (prefect) tegur I..

Prefect : Auntie nak pergi kelas Khairine ye?
Zaza : Ye. Kenal Khairine?
Prefect : Kenal Auntie.. jom ikut saya, saya hantar auntie sampai kelas Khairine

YA ALLAH BAIK SOPAN NYA LA ANAK ORANG NI… SEMOGA AKHLAK ANAK KEKAL SAMPAI BILA-BILA..  Auntie doakan awak berjaya dunia akhirat ya nak 😊

Lagi sekali masa otw nak gerak dari sekolah menuju ke kantin, ada few prefect standby dekat tepi-tepi corridor tu.. yang buat I rasa bangga dengan budak-budak tu apa tau? Morning wish diorang.. sangat polite, sambil pandang kita sambil cakap “Assalamualaikum Puan” (dia ingat i ni cikgu kot.. hahaha) Ya Allah.. lagi sekali I tadah tangan doakan anak-anak yang baik sopan ni berjaya dunia akhirat juga. Aaminn YRA.

I juga doakan anak-anak yang akan hadapi exam PT3 tahun ni diberi kelapangan dada untuk jawab paper uolls nanti.. Good luck kids!

Read More

Masak “Cara Zaza” - Tom Yam Steamboat


Entry ni bukan nak mengajar masak. Gambar-gambar yang akan dipaparkan semua hasil dari air tangan i. I masak “cara I” bukan “cara you” so adalah diingatkan disini, bila I dah kata cara I, mohon jangan panas ye bila “cara you” tak sama dengan “cara I” 😄😄😄





Bahan-bahan:
- Steamboat Choice dalam packet brand Figo
- Pes Tomyam (any brand)
- Serai (hiris serong)
- Lengkuas
-Akar Ketumbar
- Daun Ketumbar
- Tomato Cherry
- Cauliflower
- Bawang besar
- Daun Limau Purut
- Air perahan limau nipis
- Sos ikan/ garam (dua benda ni sama-sama masin, so kalau tak ada sos ikan, pakai je garam)

Cara:
- Rebus air sampai medidih
- Masukkan akar ketumbar, lengkuas, serai, tomato cherry, daun limau purut
- Lepas 5 minit, masukkan pes tomyam. Ikut suka nak pekat kea tau cair mana.
- Masukkan cauliflower.
- Nampak dah half cook, boleh masukkan bawang dan air perahan limau nipis & fish sos.
- Masukkan steamboat dalam packet tu dan taburkan
- Rasa la apa yang tak kena, adjust kuah tu
- SIAP! 😊


Idea buat Toyam steamboat ni dari IF Rosehayati. I suka car ani sebab tak payah nak masukkan bermacam-macam binatang laut (basah). Beli yang dalam pack ni pun macam-macam ada dah dalam tu.
Read More

Thursday, July 4, 2019

Tetamu Tak Di Undang Lagi Tak Beradab


Korang pernah tak terima tetamu yang tak diundang?

Actually, bukan nak kata kita tak welcome seseorang tu datang ke majlis kita. Apa yang I nak kata kan, tetamu ni dah lah dia yang volunteer offer diri nak join majlis kita (kira tak diundang lah tu kan!) lepas tu bila order makan, memang dia order, dah sedap-sedap makan, hujung2 bila nak bayar, dia buat BODOH je.. buat muka selamber badak je!

Kalau kau tu jenis manusia yang beradap, kau buatlah acah-acah nak bayar pun orang boleh rasa sejuk hati. Ni buat B je.. kau rasa beradab ke perangai tu?

I tulis ni bukan sebab I tak ikhlas, tapi kalau dah tulis ni kita dah tak jadi ikhlas pulak.. lantak lah.. ini sekadar luahan perasaan je.



Contoh:

A : Babe, kau celebrate birthday si Joyah (bukan nama sebenar) kat mana nanti? I nak join skali please..
B: Tak ada idea lah kat mana babe.

**Dengar je kata si A tu nak join, si B ni dah serba salah sebab niat hati nak celebrate dengan family anak beranak je.. tiberrrrrrrrrrrrr si A ni volunteer nak join pulak.. dah si B ni jadi serba salah..

A : Apa kata kita pergi restoran ABC..
B : Ok je la.. I tak tau nak fikir.. u book la tempat (dalam keadaan terpaksa setuju tanpa redho)

Tiba masa & hari kejadian, tengok ada extra seat. After half & hour tu datang la dua umat ni bawak buah tangan. It’s fine for me. Happening la sikit majlis. And the buah tangan tu pun kita tak mintak.

Yang tak siokkkkk tu time dah order, dah makan.. bila Si A ni pergi bayar.. sikit haram pun si B tak offer nak hulur duit ke apa.. padahal kau yang offer diri nak join majlis ni.. lepas tu kau buat batak je lepas makan.

Bak kata abang kat bawah ni..


Moral of the story..
Bukan nak berkira sangat bab-bab makan.. tolong lah jaga adab tu.
Read More

Wednesday, July 3, 2019

Pandora Zaza

Beberapa bulan lepas NJ ada bagi duit lebih sikit untuk I beli barang tak berapa kemas. Kenapa I kata tak berapa kemas? Sebab barang tu silver.. bukan barang kemas “emas” yang I beli.

Selalunya orang nak beli emas, orang panggil “nak beli barang kemas” gituew

Paham ke? Tak paham lantak situ 😄😄😄

Meh la akak tunjuk sikit apa yang akak beli dengan duit yang NJ bagi haritu #SenyumSambilTutupMulutMalu






Jadi lah untuk buat tambah-tambah koleksi charm & cincin I.. 

Thank you NJ yang baik hati 😊

Next Batch lepas beli charms & cincin, i beli safety chain pulak.
Read More

Tuesday, July 2, 2019

Little Rara Thai Noodle House, Jalan TAR

Cerita tahun lepas di bulan July.

Nampak nau dah tak ada bahan nak di update 😅 bahan tahun lepas pun jadilah.. janji berupdate 😄

Kisahnya .. dah ramai orang pergi makan kat Little Rara ni.. baik yang kat Jalan TAR mahupun depan Pavi tu.

I prefer pergi yang kat Jalan TAR.

Dari hari kesehari I ajak NJ pergi makan kat situ. Asek tak kesempatan je.. Plus tengok semua dok update cakap makan kat situ sedap.

Ok let’s try.

Patpong Combo Grilled

Pergi berdua dengan NJ time tu..  so kita order apa yang patut je. Tapi kalau sebesar talam ni dah macam makan kat kenduri pulok gamaknya.

NJ makan Pad Kra Praw (beef) dia cakap kalau macam ni punya roper.. baik masak sendiri je kat rumah.. pffftttt 😖

Pulut Mangga all time favorite

Dah.. cukup sekali je. NO dua kali. Janji dah pernah try.

Location address:
331, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit,
50100 Kuala Lumpur

Contact:
016-305 5388
Read More

Bubur Nasi Kampung Baru Lagi

Sebelum publish entry ni I dah kira berapa kali dah I post cerita I makan bubur nasi yang I rasa ni la favorite bubur nasi ever yang I boleh telan.

Sabtu malam minggu lepas I pergi makan kat sana lagi 😃😃😃

Last I pergi haritu masa bulan puasa. I kepingin sangat nak makan bubur nasi time bulan puasa. Tengok kat ENTRY ni kalau nak baca.






Order lauk yang sama gak macam yang lepas. Kecuali telur masin je I tak include.

Walaupun tak ambik banyak lauk, I rasa ni pun dah cukup fenuh perut dah. Feeling makan bubur nasi & lauk-lauk ni bukan boleh buat berenti. Tau-tau je habis semangkuk #TelanAilio
Read More

Monday, July 1, 2019

Birthday Khairine 2019 @ Dotty's KLCC

Memang dah jadi culture #NJ2424Family setiap kali kitorang punya birthday, mesti akan pergi makan-makan. It’s depend on jatuh hari apa date birthday tahun tu.

Birthday Khairine tahun ni 27 June jatuh pada hari Khamis, so kitorang pergi dinner.

I gave her choice to choose kat mana dia nak makan on her birthday.. dia jawab tak tau. Kalau ikutkan Mummy, Mummy bawak pergi kedai mamak je 😁😁😁

Tahun lepas Birthday dinner Khairine kitorang pilih Hard Rock Café. Untuk tahun ni, Dotty’s is our choice to have birthday dinner. Just a simple makan-makan biasa je. Tahun sebelum-sebelum ni masa budak-budak ni kecik dulu. Semua kenangan birthday family i dah tanamkan kat dalam blog ni. Ada a few yang tak tertanam tu I dah humban masuk FB je 😜😜😜











Pukul 8:30pm sampai KLCC.. order foods, makan-makan, borak-borak, ambik gambar bagai dah almost 9:30pm.

Keluar dari Dotty’s tanya Birthday girl nak hadiah apa? Dia cakap nak handbag. OMG! Dalam hati I Jangan mintak Coach sudah la nakkk.. Coach tengah buat sale pulak time tu 😅😅😅

Masuk Jelly Bunny & Typo tak ada yang berkenan. A bit rush nak pusing satu Suria KLCC tu. I cakap beli je la bag apa-apa dulu.. later on mummy belikan bag lain. End up Babah dia belanja sling bag je kat Vincci. Tu pun harga dah RM100+ Vincci pun dah pandai mahal sekarang ye! ingat dapat la sepuluh doploh hengget macam zaman dulu.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah