Friday, May 9, 2014

6D Motion Ride Fun di Tesco Ampang

Ehh macam mana boleh terlupa nak canangkan kat orang2 kampung pulak ni??? 

Ni cerita minggu lepas masa labor day 1 May haritu.. niat dihati nak lepak ilex dan chillax je kat rumah sambil nak membongkang.. ternyata terkabur niat murni aku tu sebab kena attend kenduri rumah Pak Cik Nizam kat Kajang.. sobs =( tapi tak apa.. janji ada makan2.. so tak payah lah hakak nak kena main masak2 kat rumah.. yer dak? hehehe.

Balik dari kenduri haritu aku dah mengantuk giler menguap macam badak dekat seriburatus kali dalam kereta tanda2 nak membuta.. aleh2 Nizam ajak singgah Tesco Ampang.. dia kata kat sana ada "tong" yang dalam dia boleh tengok 6D.. hahaha kuno sangat bahasa laki Kak Jah panggil "tong".. sebenarnya itu bukan tong.. benda tu macam caravan yang diletakkan kat luar Tesco.. dalam tu boleh tengok movie 6D. Kalau rumah korang dekat dengan Tesco Ampang sila serbu beramai2 ke sana bawak jiran rumah sebelah menyebelah sekali merasa tengok 6D kat sana yer =)


Nanti sebelum masuk kena duduk luar dulu..sambil2 tu boleh saksikan orang2 kat dalam "tong" tu harok menjerit2 hehe.. kalakor!

Mula2 aku memberontak tak nak pergi.. kau giler Senah??!!! ada ke ajak gi Tesco pakai baju tradisional!!! Kak Jah kau ni bukan orang kampung dot com nak pergi hypermarket pakai baju tradisional.. tau lah baru lepas balik kenduri.. tapi orang lain bukannya tau pon Kak Jah baru balik dari kenduri time tu.. Bantahan Kak Jah gagal masa tu.. akhirnya aku akur... Nasib baik aku tak pakai baju kurung yang boleh menampakkan ketradisionalan sangat.. dan nasib baik lah masa tu aku pakai dress labuh. Sekarang ni pergi mana2 kenduri aku dah malas nak pakai baju tradisional sangat.. pakai dress je atau skirt dengan blous yang boleh mix & match.. tak koser nak pakai baju kurung songket bagai.

 Cuba tengok kat celah hujung sebelah kiri tu ada harga tiket untuk masuk.. murah & berbaloi sangat.. harga untuk 15minit tayangan.. 

Actually tempat ni tak lah sehebat kat Menara KL & Wangsa Walk yang ada 6D jugak.. cuma kat sini dia buat kat open space parking je.. Kalau nak high class sangat kau pergi kat Menara KL (harga almost RM100) kalau kat Wangsa Walk tu aku tak pasti berapa harga tiket.. mungkin almost RM70 kot.

Nizam kata tengok kat sini pun dah ok.. sebab last time kitorang pernah nak masuk yang kat Menara KL tapi disebabkan harga macam tak worth it, tak jadi lah tengok.. sian Khairine & Danish masa tu.. Bila dah ada yang dekat dengan rumah macam ni kitorang pergi je lah.. janji ado daripada kempunan.

 Pamphlet 6D Motion.. Haritu aku tanya kat cina yang jaga ticket tu.. dia kata diorang akan berada kat Tesco Ampang only limited time.. Tak silap aku dia kata sampai end of May kot.. Kalau korang nak rasa macam mana tengok 6D baik korang pergi cepat.

Nanti dah bayar dia kasi kau ticket macam ni..

View kat dalam aku tak ambik gambar.. gelap plus macam mana pulak aku nak bergambar kalau dah kerusi dalam tu bergoyang 360darjah.. hahaha.

Ok lah.. itu je info free yang aku boleh share dengan korang.. sapa rumah yang dekat2 Ampang atau dekat dengan Tesco Ampang sila pergi cepat.

19 comments:

  1. umah aku dekat giler kot dgn tesco ampang..tapi mengenangkan aku ade teddy bear mmg tak la nak masuk tuh..huwaa..

    ReplyDelete
  2. Jauh la beb nk g tesco ampang..
    Aci tak alasan tu..hikhik

    ReplyDelete
  3. dengar ampang terus malas nak gi...jem di mana mana.

    ReplyDelete
  4. Ada tengok hr tu. Tp tak masuk. Sbb berdua je. Klu bawa budak ica tu sesuai tak?

    ReplyDelete
  5. all..akk kekadang gi shopping mall pakai jubah...heheee

    ReplyDelete
  6. great la kak. tq so much. next time nk g sini. best2..

    ReplyDelete
  7. Ok...klo aku balik kampung, bley lah menyinggah jap. Ada had umur ker nak masuk ni jah?

    ReplyDelete
  8. masa mula2 transfer mai ke sini ada gak saya nmpak benda ni kat tesco shah alam skrg memang dh tak dak maybe yg ni jugak la kot kan dia bergerak dari satu tesco ke tesco yg lain :)

    ReplyDelete
  9. pergi singgah kat Tesco baru-baru ni..ada nampak "tong" ni..tapi tak pula masuk...sebab tak ambil kisah sangat apa benda "tong" kat sini...lagipun tgk mcm tak ada orang pun.

    ReplyDelete
  10. Ni Tesco Ampang yang kat sebelah MRR2 tu kan? Dah lama tak gi shopping kat situ. Dah ada wayang 6D rupanya.

    ReplyDelete
  11. macam menarik je pulak..jauh nau lah pulak nak ke sana..huhuhu..

    ReplyDelete
  12. tak pernah sampai ke sana lagi

    ReplyDelete
  13. Kat sini pun ada tp tak pernah try lagi... segan kot sebab org boleh tgk kita dok hegeh2 kat dalam tue.. tak privacy pulak rasanya..huhuhu.. i is pemalu okey!!..erkk pemalu ka..wakakaka...

    ReplyDelete
  14. macma best je.. tapi tak pernah nampak area sini

    ReplyDelete
  15. yg penting ok tu berbaloi ke tak kak?? hehehe tak dapat kubayangkan bergerak 360! aahhahaha ada kat IOI mall kat zoo pon sama..tapi tu la nak baca review org dulu...akekekkee

    ReplyDelete
  16. x pnah naik.tapi kalaunakmesti terjerik2 mcm org giler..tu yg best ha..ha..

    ReplyDelete
  17. Dekat the garden pn ada jugak benda ni. Depan signature.. Tapi yang tu 4D kalau tak silap. dah macam no ekor pulak. Hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah