Sunday, August 25, 2019

Padang Padang Beach, Bali

Day 2



Nak muntah dok update cerita pasal pantai je. Sampai tak tau nak tulis apa dah. Demi untuk menanamkan memory kitorang kat Bali haritu, buat jugak lah. Ni pun NJ asek push je.. "u dah siap part mana?" Soalan sama jugak diulang hari-hari 😄 Tapi i suka je. Bila ada yang tak kena dengan ayat dalam blog ni, mesti dia kritik.. sini tak kena, sana tak kena.. hahaha. Thanks Bie selalu jadi pengkritik tetap i. You sangat supportive.. meh sini nak sayang sikit 😅



Padang Padang Beach. Sini pun cantik.. pendek kata semua pantai pantai kat Bali semua cantik lah. Setiap pantai tu ada keunikan & kecantikan dia tersendiri. Walaupun i ni bukan pencinta pantai, tapi bila datang & tengok sendiri.. terus rasa suka pantai.




Kat sini ramai omputeh bersidai. Bak kata NJ.. ada karipap pusing, karipap chidut, karipap kedut dan macam-macam jenis karipap boleh tengok hahaha. Amboiiii kemain ko ye.. dalam diam ushar karipap orang! hahahaha.



Suka tempat lumut ni. Bila capture nampak kaler hijau lumut jadi menarik. Belakang tu macam open cave. Cantik sangat hakisan batu tu.





Disebabkan suka spot ni, i letak gambar yang lebih kurang sama lebih sikit.. hahaha. I ni kan, sejenis perangai yang suka suruh NJ snap gambar banyak-banyak kali. NJ pun melayan je perangai bini dia. Selagi tak puas hati selagi tu suruh dia snap snap snap lagi hahaha. Ni la hasil kesakaian posing diri sendiri 😄

#NJ2424

NJ si Somi ku.. gichew 😄


Kena paksa posing mencangkong.. hahaha. NJ punya kerja la ni.. "u mencangkong kat atas batu tu.. i snap" nak majal ke apa ni?? hahaha. Seumur hidup, i tak pernah posing mencangkong macam ni.. tak suka posing acah-acah cangkong #TepukDahi 😃

Next, kesebelah satu lagi tempat.. ada batu-batu cantik kat sana. Kalau nak ambik-ambik gambar verangan duduk atas batu ke atau dalam celah-celah batu tu memang sesuai sangat.


Besau giler batu ni.. jalan ke depan sikit ada batu yang i kata cantik-cantik kat situ.



Nilah celah bedah batu yang i cakap tadi. Masuk celah-celah tu kena beralah.. sebab dalam tu one way. Silap-silap kepala pun boleh terantuk kat batu tu.. boleh jadi bangang sekejap haha.



Nak ke pantai ni kena turun tangga curam.. kat situ lah orang turun, kat situ jugak orang nak naik. Kalau siapa pernah pergi Pulau Dayang Bunting kat Langkawi tu.. ha macam ni la tempat dia.. dari atas turun ke bawah, dari bawah naik ke atas.. tapi tangga kat sini lagi curam manati.. setengah nyawa jugak la nak naik balik.. masa turun kemain laju je macam boleh melompat lompat. Tak fikir hazab nak naik balik.. hahahaha.



Masih boleh senyum lagi.. sampai separuh jalan nak naik tangga tu dah tercungap mintak NJ dukung 😃😃 Lupa pulak nak ambik gambar tanggi yang tinggi namati tu 😃


Masuk sini kena bayar Rp20 ribu = RM6+


Labuan Sait Padang Padang Beach

Done Padang Padang Beach.. where's next beach?? Jom dinner di Jimbaran 😉

2 comments:

  1. Dah banyak kali ke Bali. tapi dulu2 pantai ni macam tak pernah dengar lah pulak. cantik batu2 dia.

    ReplyDelete
  2. Siyes cantik la batu2 tu semua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah