Wednesday, August 28, 2019

Sunset & Dinner di Jimbaran Beach, Bali

Day 2

Fuhhhhhh!!! tarik nafas lega kejap.  Akhirnya sampai last part setelah seharian berjalan ke pantai-pantai sekitar Bali. Ada lagi pantai yang tak dapat pergi. Tak cukup masa nok! hari kedua je dari pagi sampai malam dapat jelajah 6 pantai termasuk Jimbaran pun dah puas. Tu pun cukup lelah nak berjalan dah. Padang Padang Beach yang paling penat. Sampai sakit betis mak ni menonggek naik tangga tinggi dia tu.. hahaha.  Lepas ni dah boleh masuk entry lain pulak untuk hari ketiga. 

Actually sebelum sampai Jimbaran haritu.. kitorang ingat nak singgah pergi Uluwatu. Tak masuk pun. I cakap i tak nak turun.. sebab situ monyet dia ganas-ganas. Karang dia rogol i.. matilanakkkkkkk. Pak supir cuma lalu je dalam kawasan luar Uluwatu.. so i tengok dari dalam kereta je sekitar kawasan tu. Ramai giler orang kat situ. Parking pun penuh.


Jimbaran. Tempat ni memang top kalau nak tengok sunset sambil dinner tepi pantai. Im sure korang tau tempat ni. Memang terkenal dengan seafood yang mahal namatey šŸ˜„




Kitorang sampai dalam pukul 5pm+ Sedang elok sangat dinner berpandangan sunset. 






Blue Ocean Seafood

Sepanjang tepi pantai ni banyak kedai makan. Yang mana satu jadi pilihan hati, its up to uolls. Kedai yang kitorang pergi haritu yang menjadi pilihan hati pak supir. Dia stop & drop us kat kedai ni. So I guess this is the best one lah kot.

View sebelum sunset turun

Time ni nak dekat pukul 6 ke 6+ macam tu


Sebelum order, kitorang enjoy the view dulu

Our table number 1

Table jiran sebelah

Its time to choose our dinner menu

Dah decide apa nak makan, then baru pergi kat tempat pilih seafood.



Done pilih seafood

Sementara menunggu makanan dimasak, jom acah acah kita main kejar-kejar ditepi pantai.. hehehe #Tipu

Tengok apa tu? šŸ˜Š

 Kissing the sunset šŸŒ‡

 My ketua darjah šŸ’š


LšŸ’“ve Bird


Tengah dok ambik-ambik gambar, Nampak ada orang jual jagung bakar kat depan tu.. jom lah kita  try jagung Bali.



Amboii macam tak menyabar si NJ tu dengan duit kat tangan 





Kat Bali profession I dah jadi tukang jual jagung ya! 


Terkejut harga jagung bakar kat sini.. RM6 setongkol. Nak merasa punya pasal, nam henggetttttt pun nam henggetttttt lah. Tapi sedap. Lepas dia bakar tu dia sapu bumbu. Boleh pilih nak pedas atau manis. I pilih yang manis.



Makanan yang di order. Kitorang pilih ala-carte je. Kalau order package 1 ada Lobster (1 ekor), fish (1 ekor), prawn (10 ekor), clam (10 betul), calamary & air bintang (alcohol) dengan harga Rp1 juta. Untuk 2 orang makan harga Rp1 juta I rasa tak berbaloi. Baik pergi makan dekat TopSpot lagi murah giler.. macam-macam seafood boleh dapat dengan harga tak sampai RM200.


Ikan grouper masak sweet sour. Tak tau tang mana yang dia kata sweet sour tu.. hahaha. Tengok kaler pun ngeri meroh kemain. NJ cakap ikan ni fresh. Tapi masakan dia out. I rasa I masak lagi sedap kot.


Clam masak oyster. Ok lah.. berasa lah jugak. Better then ikan sweet sour tadi hehe

 Kangkong goreng. Hmmm tak selera

 Nasi sebekas untuk dua orang makan

 The bumbu


Our dinner views



Tengah makan ada basking akan datang dari meja ke meja. 


Sedappppp suara dia. Kalau datang KL buat album mesti letup šŸ˜ƒ

 Thank you

 Hiburan untuk meja jiran sebelah

Total semua yang kitorang makan tadi, Rp453 = RM135++ mahal ke murah???

Habis dah cerita pantai. Next entry masuk hari ketiga.. stay tune šŸ˜‰

5 comments:

  1. Seronoknyaaaa....makan sambil tengok sunset...menarik...suka tgok gambar yang u bakar jagung tu...heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam minah indon berniaga jagung tepi pantai hehehe

      Delete
  2. Boleh order ala carte not bad harga dia...at least dpt makan tepi pantai tgk sunset cantik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah