Tuesday, November 19, 2019

Budget 💷 ke Hatyai 2D1N



Actually i tak meletakkan satu budget untuk sekat i dari shopping atau makan masa kat Hatyai. Dengan berbekalkan THB7000 = lebih kurang RM950++ i just enjoy duit yang ada je. Kalau ko berkira atau dok pikir nanti duit habis kalau beli macam-macam kat sana, nanti hidup tak enjoy kalau nak shopping atau makan. Hujung-hujung balik KL nanti menyesal. Terbayang benda yang ko nak beli tu... disebabkan berkira sangat takut duit habis.

For me kalau kita dah peruntukkan satu amount yang kita bawak tu, means dat itu memang dah budget kita untuk kita enjoy kat sana.. so buat apa nak berkira betul dak? itu pendapat i la.. kalau korang i tak tau. Tapi kalau korang bawak budget lebih dari RM1k, pandai-pandai lah berbelanja kat sana... jangan sampai tak cukup sudah la ye 😄 THB7000 tu dah kira banyak untuk perbelanjaan sorang kalau kat sana 2D1N.

Ok, jom kita cerita pasal budget yang dibelanjakan.

Now! baru reti nak buat entry budget. Sebelum sebelum ni pergi bercuti tak pernah buat entry budget macam ni sebab tak pandai kira duit… hahaha. Sekarang pun tak pandai jugak… tapi untuk entry ni Sis cuba LOL.

Budget ni calculation kitorang masa pergi haritu untuk 8 orang. Maklonglah rombongan makcik bawang… seharusnya ramai sekampung hehehe. Kalau dah kata 8 orang tu, apa-apa benda yang melibatkan duit, kitorang akan divide by 8 (Van, Hotel, makan) Untuk shopping sikit-sikit tu I just kira apa yang I belanja je.. diorang yang lain tu I tak tanya lah apa yang diorang beli & berapa tbh yang diorang berhabis.

Harga pulak tertakluk ikut pada currency semasa.

Ok jom kita mulakan mata pelajaran mathematic kita harini 😄😄


Tips: Kalau rasa duit yang korang bawak tu tak mencukupi, korang standby lah Setting Card to Overseas. Buat online je. Contoh kalau korang pakai Maybank, Setting je dekat website Maybank2u. So dat kalau ada emergency tak cukup duit ke.. boleh cucuk guna ATM/MEPS kat sana.

KTMB ETS - KL Sentral - Padang Besar 
Padang Besar - KL Sentral
Baca di LINK ➞ 2D1N Trip ke Hatyai Menariki ETS Dari KL ke Padang Besar
Gold Class Seat
Budget: RM76 sehala x 2
= RM152 (2 hala)

Van Transportation by booking:
Baca di LINK ➞ Transport Malaysia Thai
Deposit RM200 – ini request by Abang Rimba untuk lock van & date untuk kitorang. It is refundable. That’s why dia TAK MINTA dalam Tbh. Untuk bayaran penuh baru dia minta Tbh.
Budget: Tbh7800 (RM1,076) untuk 1 van. Dah divide by 8 orang
Tbh975 = RM134.50 seorang

Accomodation
Baca di LINK ➞ Check-in di Anytime @ 24 Resort
Both bilik bayar by THB
Harga bilik dah ++ dengan VAT & tax
Deluxe Double Room = Thb 690 = RM94
Standard Double Room = Thb 590 = RM81
Total: RM21.90 seorang

Kenapa harga lain-lain? Macam I bagitau kat atas ni tadi, I book dua kali… dah tak dapat type bilik yang sama macam masa I book first tu. so dua-dua bilik yang I dapat tu ofcoz berlainan type & harga. Kenapa berlainan? Kau pergi tanya booking.com! hahahaha

Breakfast 
Baca di LINK ➞ Chabura Dimsum
Cost semua makanan termasuk minuman, miangkam & pulut mangga: Tbh878 = RM119.35
Bahagi 8 orang: Tbh109.75 (seorang) = RM15 (seorang)

Lunch
Baca di LINK ➞ Chalee D'Hatyai
Hatyai Restoran Ibu pilih ambik 4-6 orang punya pack.. Include:
Nasi putih 8
Tomsap.. dia macam Tomyam
Sup Keting
Ikan siakap 3 rasa
Kailan ikan masin
Ayam goreng kunyit
Telur dadar
Total: TBH1220 = RM167
Bahagi 8 orang: THB152.50 = RM20+ (seorang)

Baca di LINK ➞ Khlong Hae Floating Market
Kat sini I cuma beli baju je sehelai untuk belasahan
Total: TBH200 = RM27.20

Baca di LINK ➞ Asean Night Market
- I beli 2 ketul charm untuk tambah kat passport cover i: Tbh20 = RM2.70
- Beli Nasi komok
- Pancake Krabi
- Teh Ais
Total: TBH300 =RM40+

Baca di LINK➞ Lee Garden Walking Street
Beli souvenir
TBH150 = RM20+

Day 2
Baca di LINK ➞ Breakfast diRestoran Zaina Dimsum
TBH100 = RM13

Baca di LINK ➞ Kim Yong Market (beli kacang)
Tbh600 = RM80+

Baki masih ada dalam THB2000+ = RM200+

Balance duit THB tu i tukar semula dengan RM
Jangan risau. Kalau korang ada balance note THB atau syiling, nanti ada akak akak Thai datang himpit korang bawak duit RM kemain tebal duit RM dia pegang kat tangan.. tak takut kena rompak agaknya! hahaha.

Nanti dia cakap "adik nak tukar duit RM tak?" sebab dia tau kita dah nak balik Malaysia & masih ada lagi duit thai.. tu yang dia offer tu. Korang jangan risau.. diorang ok je. tak menipu. Tapi kalau kau dia offer RM125, korang try la mintak tinggi sikit.. RM130 ke.. kalau dia tak bagi, ko pergi buat-buat tanya kat akak lain pulak. Nanti mesti dia gelabah hahaha. End up mesti dia bagi gak berapa yang ko nak. Haritu aku ugut dia.. terus dia bagi hahaha.

2D1N I bawak THB7000 dah lebih dari cukup. So lepas ni dah boleh rancang perjalanan anda ke Hatyai ye 😉 Selamat Berjaya! 
Read More

Monday, November 18, 2019

Hatyai 2019 - Zaina Dimsum 🥣

Pagi hari kedua (Ahad, 3 November 2019) kitorang terus check out siap-siap dari Anytime @ 24 Hours. Terus pergi breakfast di Zaina Dimsum. Dimsum lagi breakfast kau Jah? a'ah kat sini bukan setakat dimsum je yang ada... Roti pun ada jugak. Mula-mula ingatkan roti gardinea ke apa.. rupanya kat sana roti canai tu dia panggil roti. Ok, Paham! #SambilTundukKepala 😂

Welcome


Ini foods i. I makan Roti kari kambing & dua bekas dimsum. Jarang-jarang berlaku dalam kehidupan i minum teh ais pagi-pagi apatah lagi minuman berais. Hatyai punya pasal, i teguk jugak lah teh ais 😜



Fieza punya. Ini namanya martaba ke apa ke tah.. sedap. Macam murtabak kita kat Kolumpor jugak. Ada cicah kuah.



Sementara menunggu dimsum sampei i selfie sorang pun tak sedar. Kalau sedar tu mesti ada yang ready tadah muka hahahaha.


Korang kalau nak makan kat sini, nak booking ke apa ke boleh call number tu. Sebab banyak i baca review tempat ni hot macam Chabura Dimsum jugak. Sokmo fullhouse.


Kat sini kitorang makan bayar sendiri-sendiri. Kau makan apa, kau bayar. Aku makan apa, aku bayar 😂

Budget:
Roti kuah kari kambing
2 dimsum
Teh ais buih
Total = THB100 = RM13+

Read More

Hatyai 2019 - Lee Garden Street Market 🛒

Dalam pukul 8+pm macam tu dari Asean Night Market, kitorang sambung pergi ke Lee Garden Street Market. Driver drop kitorang kat depan hotel Lee Garden... kitorang pun turun van macam anak ayam berderet 😆 Lepas van dah drop kitorang, dia terus gerak... sebab balik tu kitorang nak balik hotel naik tuktuk. Saja nak experience naik tuktuk.

Ok lets go!

Dalam van masa otw nak ke Lee Garden, kitorang cakap kat Abang driver. Kitorang bagi dia release awal lepas drop kitorang kat sini. Sebab balik tu dari Lee Garden kitorang nak merasa naik tuktuk. Mula-mula Abang driver macam tak yakin je nak lepaskan kitorang. Tapi sebab kitorang terlalu eksided (excited)… so dia terpaksa redho dengan keputusan kitorang.. hahaha. Mana tak Abang driver tak risau nyah! Kitorang ni semua perempuan. Kat tempat orang pulak tu. Dia risau jadi apa-apa kat kitorang. Tapi dia ada pesan.. Kalau apa-apa hal roger je dia. Risau betul dia kat kitorang. Hujung-hujung memang ada kejadian menakutkan pun 😱🤭 jap lagi i cerita kat bawah.

Korang yang dah pernah sampai Hatyai ni, tau lah macam mana rupa walking street ni. Memang penuh dengan orang sokmo. Nak jalan pun kena berimpit-himpit. Pastu ada jual makanan, baju, souvenir & etc. Kat sini I cuma beli souvenir yang macam pouch tu.. Mur mur je yang dalam 1 pack  ada pouch dalam tu.. harga RM15. Jadilah nak bagi-bagi kat kengkawan rapat kat Kolumpor 😊


Focus kitorang malam tu kat hidupan laut semua ni 😋😋


Yummy 😋 tapi kitorang tak beli pun. Jakun tengok je 😅

Menjalar-jalar udang ni 


Ok..sudah-sudah lah tunjuk gambar ubat gout tu. Karang ada pulak yang telan2 ailio 😂


Ini wajib. Datang Hatyai tak.makan askrem kelapa ni.. Kau rugi nyah!




Beli askrem 1 je.. Tapi gambar kemain banyak tempeknya kat sini 😂 macam ninlah perangai seorang Noriza.. Selalu kalau buat entry banyak-banyak macam ni, bila dah nak ending part mesti jadi malas nak menulis.. Hahaha. Malas nak mikir dah 🤦🏻‍♀️


Last. Penutup untuk first day kitorang di Hatyai malam tu. Lepas dah berpenat rasa macam nak heret kaki, kitorang ambik gambar dulu kat depan Lee Gardens Hotel ni 😍

Klakar je time ni. I suruh ada auntie cina ni tolong ambikkan gambar kitorang angle ni. Ko tau.. Sampai melutut kawan tu kat lantai depan kitorang.. Dah la dia pakai skirt.. Gigih dia capture nak menampakkan tulisan kat hotel belakang tu 😂


Citernya macam ni. Settled merayap kat Lee Garden Street Market kan kitorang nak balik ke resort naik tuktuk.. Pastu macam confident ar nak pick mana-mana tuktuk yang standby kat tepi jalan tu. Ko tau la nyah.. Diorang yang bawak tuktuk tu bangsa yang tak reti cakap omputeh. Apatah lagi cakap melayu. Dah macam ayam bercakap dengan itik kitorang haritu nak explain mana kitorang nak pergi.

Pastu ada satu mamat tuktuk ni umur dalam late 30s rasanya. Dia tanya kitorang nak kemana.. Kitorang cakap nak ke Anytime @ 24 Resort. Pastu dia macam tak tau kat mana tempat tu. Dah tunjuk address kat Google, dah call resort kat dia, dia still blur blur ayam jugak. Tapinat the same time dia macam memaksa kitorang ikut dia naik tuktuk. Dat time semua dah takut. Mulalah dalam kepala otak time tu pikir benda buruk je hahaha. Makin kitorang tak layan, makin dia paksa kitorang. Lagi lah bertambah takut. 

Pastu kitorang tanya driver tuktuk lain pulak. Dah explain molek2 pada dia, dia pun tak tau pada mulanya.. Tapi dia bangsa yang tak memaksa. So, weolls decide naik je. Dalam tuktuk semua dok bercerita lagi pasal mamat tuktuk saiko tu 😂😂😂 

Alhamdulillah, sampai jugak ke resort kitorang malam tu. So, korang kalau nak naik tuktuk.. tengok2 jugak lah ye. Ada tu dia tengok kita orang luar yang tercangak cangak, silap-silap dia tekan harga. 


Budget:
Naik Tuktuk dari Lee Garden to Anytime @ 24 Resort (4km) THB200 = RM27+
Read More

Hatyai 2019 - Asean Night Market 🛒

Bila dah tak jadi dinner kat  Khloe-hae Seafood buffet, abang driver terus bawak kitorang ke Asean Night Market. As usual… kalau datang Hatyai mesti kena singgah Asean Night Market kan?! macam-macam hado! 😉

Dekat pukul 6+pm (waktu Thai) sampai Asean Night Market. Abang Driver cakap tak kisahlah nak merayap sampai berapa jam pun.. nanti dia tunggu kat tempat parking. Not to tush & no time limit sebab lepas kat sini kitorang nak ke Lee Garden Street Market pulak yang sememangnya tutup lambat tempat tu.



Kat sini kitorang mula berpecah. Sebab kalau nak jalan sekali lapan orang sesame rasanya sampai suboh sok pun tak selesai. I dengan Fieza jalan berdua.. Kak June, Nadia, Chacha & saida jalan berempat. Kak Zie berdua2an dengan anak dara dia. Tempat ni banyak row. So korang boleh jalan row by row. Haritu jalan pun tak habis semua tempat kitorang jelajah.




Lepas tu janji balik kat tangga nak naik ke tempat makan tu pukul 7pm (waktu thai) sebab nak dinner ka tatas tu. Memang diorang mencapati janji sangat haritu… kecuali Kak Zie & Shira. Bila dah jumpa Kak June & rombongan dia, I dengan Fieza pun ikut sekali naik ke tempat makan. 

Sementara tu tertunggu-tunggu jugak Kak Zie.. mana la dua beranak tu pergi tak muncul-muncul kat tempat yang dijanjikan 🤦🏻‍♀️Ingatkan dah balik Malaysia ke.. sesat ke.. rupanya dia kata dia dah tunggu kitorang kat tangga tu tapi kitorang yang tak muncul tiba.. Adoiii ajaib sangat kejadian nih! 😂😂😂



Kat atas tempat makan ni pun besar gak tempat dia.. row by row. Sekali tengok dah macam Thai Food Festival yang dok selalu ada kat Malaysia hahaha. Tapi yang tak bestnya korang kena hati-hati ye. Foods yang tak halal pun dia duduk kat sini jugak. So kena tengok la muka/ gaya penjual tu.. agak-agak bertatu atau muka macam orang bukan islam je... tak payah lah pergi beli.



Haritu nyaris-nyaris nak kena. Fieza nak pergi beli kerabu suhoon. Malas nak pergi jauh sangat, Fieza pergi gerai yang just opposite meja makan kitorang. Lepas tu peniaga tu cakap "not halal" mungkin sebab dia tengok Fieza pakai tudung.. tu yang cepat-cepat dia kata tak halal. Nasib baik dia bagitau.. buatnya dia diam je tak bagitau tak halal... kita pun makan je.


Lantak lah gambar kabur kat situ hahaha.



Done merayap kat sini. Next kita ke Lee Garden Street Market pulak.
Read More

Friday, November 15, 2019

Hatyai 2019 - Khlong-Hae Floating Market 🛒

Nak dekat pukul 4+pm macam tu baru kitorang gerak dari Anytime @ 24 Hours Resort. Abang driver pun memang datang on time tunggu kitorang depan resort tu.

Masuk je van masih lagi hujan renyai-renyai. Tanya advise Abang driver.. Kalau tak pergi Floating Market sekarang, sempat tak kalau pergi esok? Abang driver cakap TAK SEMPAT sebab Floating Market buka pukul 3.30pm onwards.  Esok tu pulak nak balik KL.. train kitorang pukul 3.50pm at least nak ada kat border 1 jam sebelum. Mana nak immigration check lagi, nak scan luggage 🛅 lagi. Memang tak sempat lah jawabnya.

So, kitorang teruskan jugak misi ke Klong-Hae Floating Market dalam hujan renyai-renyai tu.


Tadaaaa. Sampai pun Floating Market 😄😄😄


Terkezut i nampak akak tu berdiri dalam air.. tak sure samada sungai tu cetek, atau ada tangga kat tepi tu yang dia boleh berdiri kat situ




Kat Floating Market yang dalam sampan ni i tak beli apa-apa langsung. Sebab tak berkenan dengan makanan yang dijual. Plus, tak selera tengok apa yang dijual.. hahaha. Bukan nak kata i ni memilih ke apa.. tapiiiiiiiii kalau korang datang sini, korang nilai lah sendiri ye nak beli ke tidak makanan diorang hehehe. Tahun lepas pun masa datang sini i tak beli apa-apa makanan dari sampan ni. Kbai 😆

Posing kejap 


Fieza & Saida nak try beli air dalam clay tu.. kemain ekshidet sorang beli yang muka Atomen, sorang lagi beli muka Hello Kitty pastu bawak balik KL 😄


Kat floating market siapa tak beli air dalam clay ni atau yang dalam buloh, memang tak sah. Nah gambar untuk tatapan korang hehe.


Cuma kat belah tempat ☝ ni je i ada beli kerepek yang kalau kat Malaysia jual 3pack - RM10 



Time ni tengah tunggu van. Abang driver park van kat depan ni je.. tapi sebabkan van-van pelancong yang besar & panjang-panjang park kat situ, so dia kena ikut turn untuk keluar dari parking.. plus hujan pulak.. jalan kat parking tu pun lecak.


Gerak dari situ, kitorang ingat nak terus gi dinner kat Khlong-Hae Seafood Buffet memang ada dalam itinerary pun. Tempat pun tak jauh nau dari floating market.

So let's go...


Tadaaaa dah sampai.. dalam tak sampai 5 minit pun dari floating market ke sini. Sampai-sampai je (tak turun dari van lagi) dah nampak kedai ni dipenuhi dengan lautan manusia sampai ke pintu luar. OMG! acaner nak makan????

Segumpal suara telah kami buat. Decide to not dinner here. Kitorang teruskan plan yang memang ada dalam itinerary juga untuk ke Asean Night Market.

Jumpa di lain entry.. kbai 🙋
Read More

Thursday, November 14, 2019

Hatyai 2019 - Check-in 🏩 di Anytime @ 24 Resort

Check-in (Anytime @ 24 Resort) – 3pm

Lepas sekotak suara diputuskan, sekotak ya! bukan sebulat suara 😅 #LawakHambar semua setuju by choosing Anytime @ 24 Resort ada jugak tanya pendapat diorang.. selain dari tempat yang I stay last year ni, kat mana lagi yang diorang rasa ok. Diorang pun no idea. Ok lah sini pun sini lah.

So, tak perlu cerita panjang.. sebab sama macam kat entry i yang lepas..  boleh baca kat SINI 

Untuk entry kali ni I share juga lah walaupun stay ditempat yang sama. Cuma kali ni versi datang dengan kawan-kawan.



Masuk je bilik rasa lega wei nampak tilam & bantal.. Terus nampak bantal tu memanggil manggil ajak lepak atas tilam hahaha. Tapi i tak layan dulu.. Letak luggage, terus pergi mandi dulu. Niqmat lepas mandi tu hanya tuhan je yang tau 😁😁  dah bergilir-gilir mandi dengan Kak Zie, Fieza & Shira.. I terus terlelap kejap 😴 

Masa i baru nak lelap tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Uihh lagi la rasa nak tutup mata rapat-rapat hahaha. Yang bilik sebelah sana tu (Ibu, Saida, Nadia & Chacha) tak tau apa cer 😅 mungkin diorang pun sama gak macam kitorang. Lepas mandi leklek jap.

Nasib baik hujan dah reda sikit by the time Abang driver nak datang kutip kitorang balik untuk keluar ke Floating Market. Kalau tidak macam nak cancel je. Dah tu macam mana nak berjalan ke Floating Market tu kalau hujan lebat kennn. So, kitorang proceed juga pergi sana. Itu nanti i cerita kat entry lain.


We booked dua rooms.. stay satu bilik empat orang. Kak June stay dengan Saida, Nadia & Chacha. Lagi satu bilik pulak... i share dengan Kak Zie, Fieza & Shira.

Deluxe Double Room & Standard Double Room tengok macam tak ada beza je. I tempek je lah gambar yang i ambik dari google ni untuk korang dapat bayangkan macam mana keadaan bilik dan katil kat Anytime @ 24 Hours. Rasanya dua-dua type bilik ni mcm tak banyak beza pun. Mungkin dari sqft je kot ada lebih atau kurang ukurannya. Tapi tu lantak lah… janji ada tempat berteduh 😁 For us haritu satu bilik sumbat empat orang just nice je.



Dua ni i screenshot dari confirmation booking yang diorang email kat i haritu

Kenapa dua dua bilik tu harga berbeza? Wah macam soklan Trivago pulak hahaha. Sebab I booked dua kali. First book tu tak fikir pun yang sebenarnya rombongan Cik Kiah kitorang ni seramai lapan orang. Bila congak congak balik… Giler ke satu bilik nak sumbat sampai lapan orang? Hahaha. So Ibu suggest kita book satu lagi bilik. So boleh divide by two untuk dua bilik.



Budget:
Deluxe Double Room, THB690 = RM94
Standard Double Room, THB590 = RM81
Total = THB1280 = RM176
Bahagi 8 orang = THB160 = RM22 seorang



Read More

Hatyai 2019 - Lunch @ Chalee D'Hatyai Restaurant 🍴

Day 1

12+pm
Ikut itinerary, lepas settled immigration kitorang nak terus brunch kat Kai Tod Decha. Tapi tak sempat. Sebab Kai Tod Decha ni tempat dia kat daerah lain. Abang driver suggest ajak makan kat Chalee D'Hatyai Restaurant 🍴

Restaurant ni ala-ala Kai Tod Decha jugak sebab ada tomyam & etc. Cuma kat sini tak ada ayam goreng panas macam di Kai Tod Decha... slurpppp tengah taip ni pun dah terbayang makanan kat sana.. tomyam dia sedap kemain #TelanAilio 

Kenapa i telan ailio? sebab tahun lepas i dah pernah makan kat Kai Tod Decha. Cuma kat sana tu risikonya terlalu ramai orang. Nak cari seat pun kena tunggu bagai satu purnama lamanya.. hahahaha.

Ok, let's go.. Perut pun dah berdangdut. Maklonglah dah masuk tengahari kannn. 


Dah kenapa berpelukan depan kedai? Lapau nau ke? 🤭 🤣 Ini namanya kemesraan antara adik & kakak yang sama-sama sedang kelaparan 🤭🤪

Masa sampai ramai giler orang kat restaurant ni. Dat time memang lunch hour... So i guess memang semua orang tengah kelaparan. Rupanya yang ramai-ramai datang tu semua pelancong.. Sebab diorang datang naik bas.. Tak sure dari negara mana diorang datang.. Yang pastinya bukan muka-muka orang Malaysia.


Our table 

Bila makan ala-cart, mesti tak ada idea apa nak order. Haritu Ibu June yang orderkan. Kitorang onz je. Ibu pilih set untuk makan 4 - 6 orang punya portion.

Dalam set tu ada 🠋

Siakap 3 rasa

Kailan ikan masin, telur dadar


Tomsap (left) dia ala ala Tomyam. Sedap gilssss & sup keting (right) pun sodap nak mamp. Tapi i hirup sup je i tak makan keting tu 😁

Dat day i rasa macam lama giler tunggu order sampai. Mana tidaknya.. I tertidur kat meja makan hahaha. Penat nyah.. Penat macam baru lepas membajak kekdahnya 😂😂😂 sampai terkeluar ailio 🤭😅

Foods sampai je atas meja terus makan. Lapau jangan cakaplah.. Penat pun sama. Masing-masing dah terbayang tilam & bantal sebab lepas makan tu kitorang terus nak check-in hotel nak mandi & rest. Tu yang makan laju-laju macam piranha 🤦🏻‍♀️



Perut dah kenyang baru boleh senyum lebarrrrrrr 😍😍😍😍

Korang kalau datang Hatyai try lah makan kat Chalee D'Hatyai Restaurant ni. Makanan dia not bad.. Sedap.



Budget:
Set untuk 4 - 6 orang makan
Siakap 3 rasa
Sup keting
Sayur kailan ikan masin
Telur dadar
Tomsap (order ala-cart) 
Total = THB1220 = RM167
Bahagi 8 orang = THB152.50 = RM20+ (seorang)



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah